Tuesday, April 30, 2013

AlKisah PRU # 3

N3 ni nak habaq pasai Kewajipan Pemimpin, tajuk masa kutbah Jumaat (aku xpi solat jumaat tapi dengaq kat TV), kalau x silap sempena hari merdeka 2012 (Janji Ditepati!).

Antara intipati yang aku rasa boleh ambik 'pot' masa nak ngundi ni kan!

Nak habaq kat hampa. Khutbah Jumaat ni, ending dia (sebelum doa kat DYMM Agong), wajib ada puji-pujian  kerajaan 1M. (masa tu eloklah pi bilik ayaq-ambik wuduk-solat zohor ...he..he..he).

Kewajipan Pemimpin

1.Menjaga Agama Rakyatnya- Pemimpin yang tidak menjaga agama rakyatnya akan menyebabkan rakyat lemah akhlaknya dan hilang semangat patriotik dan jati diri. Tidak mustahil akan tergadailah negara demi tuntutan nafsunya dengan pemikiran libralisma dll.
(ulasan aku : terjagakah agama rakyatnya bila sekolah agama ditindas & disekat peruntukan, pendidikan moral tidak diberi perhatian di sekolah?)

2. Menjaga Nyawa Rakyatnya - Islam mengharamkan pertumpahan darah dijalan yang tidak dibenarkan. Jika nyawa rakyat xterpelihara, negara akan musnah & kesejahteraan akan hilang. "Seorang islam itu menyelamatkan kaum muslimin melalui lidah dan tangan yakni berkuasa & pelaksanaan orang yang BERIMAN".
(ulasan aku : selamatkah kita bila saban hari dihidang dgn kes bunuh/culik/rogol dll di media?. Kutbah ni sebelum kes di Lahat Datu)

3. Menjaga Akal Rakyatnya - Akal dipelihara dan dipupuk dengan ilmu. Unsur-unsur yang merendahkan akal saperti dadah, arak wajib dibenteras dengan segera (ulasan aku : segera hapenye...brapa lama dah dok lagu tu....). 
Hanya yang berakal & berilmu mampu mempertahankan kedaulatan/ kemerdekaan negara.
(ulasan aku : terpeliharakah akal bila pusat hiburan tumbuh bak cendawan manakala pendidikan agama diabaikan-dihadkan pelajaran agama disekolah?  Tok Imam habaq unsur je, xhabag kewajipan pemerintah memberi pendidikan agama/moral kat rakyat).

4. Menjaga Maruah & Keturunan Rakyatnya - Demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat, apabila keturunan telah rosak saperti zina, biseksual dll. Sistem sosial/masyarakat akan kacau/kelaru & akan runtuh dengan sendirinya.
(ulasan aku : ni berkait dgn no: 1&3 kat ataih tu lah)

5. Menjaga Harta Rakyatnya -  Islam telah mengariskan pendekatan KEADILAN & mengharamkan segala bentuk penindasan. Haramkan amalan riba, rasuah, monopoli yang xseimbang, monupulasi pasaran & segala bentuk penyelewengan @ perkara yang menzalimi & merugikan pihak-pihak tertentu. 
(ulasan aku :sapa yg kene tindas tu-kitalah, rakyat marhain ni. Mana pegi hasil mahsul negara kalau tak pi kat 'mereke & keluarga mereka' ).

lepaih tu tok imam baca surah An-Nisa, ayat 29
"Hai, orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka diantara kamu. Dan janganlah kamu berbunuhan sesama sendiri(diri sendiri @ orang lain). Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu"

Lepaih tu tok imam pun kempen 1Malaysia .. NBOS ..NKRA ..TQ kat pemerintah & mintak rakyat taat setia kat pemerintah ....bla ..bla ..bla..(time tok imam intro tu...jom masuk bilik ayaq-ambil wuduk-solat zohor...aman!).

Tok imam xtau kalau depa majoriti kat parlimen (kalau pembangkang setoit je) ade depa nak layan BR1M, BB1M ....bagai lagi 1Malaysia tu.. 
KIRIM SALAM lah!!!..tok imam oooiiiiii (kesian tok imam..dia baca je teks yg depa bagi...sorry ye tok imam!)

lepaih tu tok imam baca surah An-Nisa, ayat 59.
 "Hai, orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasulnya(sunnahnya). Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya".
... ade depa rujuk Al-Quran & Sunnah Rasullullah saw.?

diikuti

Sabda Rasulluallah saw. "
"Barangsiapa yang mentaati aku, dia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa mengingkari aku, sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Dan sesiapa yang mentaati pemerintah, ia telah mentaati aku. Dan sesiapa yang mengingkari pemerintah maka ia telah mengingkari  aku"


Tang nak taat pemimpin/pemerintah ni, aku rasa pemimpin yang perlu ditaati ialah pemimpin yg mukmin (beriman), macam N3 ni. Wallahhualam!

Dari apa yang dikutbahkan tu,hampa ghasa kerajaan jaga ka kita ni???????????????
   
Terdidikkah akal & akhlak anak-anak kita?
Selamatkah anak-anak kita bermain diluar rumah?
Selamatkah kita bila diluar @ dalam rumah?
Terjagakah harta kita bila kita tiada di rumah?

Ihsan Google
INI KALILAH...UBAH PUTRAJAYA 

JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH & MERUBAH (tukar/pindah rumah & tempat kerja dah selalu apa salah nya kita tukar kerajaan pulak)


Sekadar pencerahan minda.

Wasalam

Ps: heran! macam mana aku ingat begitu 'detail' khutbah jumaat ni ye. Crita dia hari tu, puteri aku sibok dok rakam bunyi kucinglah, rakam apa yg aku cakap...Lelama aku cakap 'dok rakam xtentu arah tu, baik rakam khutbah jumaat kat tv tu!'. Sblum aku 'delete' tulah, aku dengaq & rasa sesuai buat N3 sempena PRU. Sekian...adanya.


2 comments: