Sunday, March 27, 2011

Pentingkah dara/teruna pada anda?

Ini rentetan dari kotak helomelo saya, sue tanya penting ke ada dara/teruna pada anda. Mengikut fahaman saya sue maksudkan jika nak kahwin penting ke pasangan kita itu masih dara atau teruna, kalau itu maksudnya saya ada satu cerita nak dikongsikan berkenaan seseorang,  dia berkahwin hasil dari 'matchmade', jadi dia tidak kenal pasangan nya. Dia menerima untuk berkahwin dan dia tidak mengambil tahu pasal masa silam pasangannya kerana padanya masa silam adalah 'past tense' yang telah jadi sejarah, apa yang penting 'present tense' & 'future tense' yang akan dilalui bersama. Maka berkahwinlah pasangan ini,  malam pertama dilalui, beberapa lama melalui hidup berumahtangga, suatu hari dia ditanya suami adakan dia masih ada dara semasa berkahwin & dgn pasti dia menjawab YA (sebab ia pasti pasal dirinya).

Si is3 ini tidak pernah fikir akan penting status dara ni pada suaminya (sebab pada dia masa lalu adalah sejarah). Nak jadi crita malam pertama mereka, cadarnya berwarna 'merah hati' maka tiadalah kelihatan tompokan. Itu sebab orang tua-tua dulu akan alaskan cadar dengan kain putih bagi memastikan malam pertama barulah 'pecah dara si gadis' (akan ada tompokan darah diatas cadar tu). Tidak adil juga untuk kita menilai 'dara' is3 tapi 'teruna' suami macam mana nak tahu?.

Masa berlalu, si suami kerap bertanya hal yang sama. Sikap prejudis suami membuatkan si is3 tidak selesa. Menyesal juga si is3 kerana tidak menunjukkan cadar 'mlm pertama' tersebut sblum di basuh dulu (kerana tidak terlintas akan si is3 pentingnya status dara ni). Akibatnya  keharmonian rumahtangga mereka tergugat hingga kini dan membuat si is3 sering kecil hati, makan hati, jauh hati & macam-macam hatilah!.

Dari kisah tu, pada aku, berterus teranglah jika kita ada ketelanjuran masa silam, lebih baik xjadi kawin dari makan hati sepanjang tempoh perkahwinan. Dalam kes ni takde pun berlaku penipuan cuma si suami tu tak yakin sebab xtengok 'tompokan' kot. Atau mungkin sisuami ni xteruna kot so dia ingat is3nya pun dah tak..... (mungkin ia  teringat kata-kata ni 'perempuan yang baik utk lelaki yg baik, perempuan yang tak baik utk lelaki tak baik)

Dalam islampun, menganjurkan, kawinilah seorang wanita itu kerana kecantikan, kekayaan, keturunan dan agamanya, tiada pula cakap kerana 'dara' @ 'teruna'nya seseorang tu.


Apa pun dalam perkahwinan, nawaitu kena betul iaitu kerana Allah swt. , melepaskan nafsu kurniaNya mengikut lunas yang telah disyariatkan dan juga sunnah Rasulallah saw. disamping membanyakkan umat muhamad saw.

Terima seadanya jodoh kita yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Kebahagian bukan terletak pada kisah lalu tetapi bagaimana kita melayari bahtera perkahwinan tersebut . Kebahagian hakiki adalah milik Allah.

Semuga kita mendapat keberkatan didunia dan juga di akhirat. AMIN.

layan bualan tanpa suara ni.

Wasalam

Thursday, March 24, 2011

First Follower

Hari ini 24 Mac 2011, terima kasih pada kepada Sharifah kerana jadi 1st follower saya, xcaya saya. TQ again, semuga kita boleh berkongsi apasaja dialam maya ni.
Saya dah masuk blog u, banyak crita xmacam blog saya ni kaku sikit, baru belajar buat & masa xbegitu mengizinkan untuk sentiasa berblog.


Sekian. Wasalam

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM hari ni

Hari ni keluarlah keputusan SPM, anak aku salah seorang dari pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Apapun keputusan ianya semua ketentuan dari Allah swt. atas usaha yang telah dibuat.

Bagi yang tak nak pegi sekolah @ berada di luar kawasan boleh juga sms, talian dibuka sehingga 30 Mac 2011.

SPM RESULT [IC NUMBER] [ANGKA GILIRAN] send to 15888
contoh :
  930513021234  KC0212345 send to 15888

Anak aku mendapat keputusan yang pada aku sederhana shj. Walau apapun, keputusan SPM bukan penentu masa depan, ia lebih kepada pembuka ruang dalam memilih hala tuju selanjutnya. Cemerlang SPM belum tentu cemerlang masa depan, kegagalan dalam SPM mungkin memberi kesedaran/kejutan dari tidur yang akan membuahkan kejayaan juga akhirnya.

Berjaya dengan cemerlang SPM akan memberi laluan mudah untuk ke menara gading tapi belum tentu untuk membuahkan kerjaya sebagaimana dicita. Kegagalan bukan bererti ruang untuk berjaya telah tertutup. Banyak kisah orang berjaya bukan didahului dengan kejayaan akedemik yang cemerlang, tapi usaha gigih dan dipermudah oleh Allah untuk berjaya.

Kepada anak aku dan semua pelajar yang telah mendapat keputusan tahniah kerana berani melalui saat-saat yang mencemaskan ni.
Bagi yang berjaya bersyukurlah dan selamat memilih kursus dan IPT yang sesuai dengan keputusan dan bergembiralah dengan ucapan TAHNIAH yang diterima.
Yang gagal pula, selamat mendengar leteran @ ceramah dari ibubapa kalian, anggaplah kegagalan ini sebagai pembakar semangat supaya lebih berjaya.

Pada aku, lepas SPM dan melangkah ke IPT, anak-anak akan terlepas dari kawalan ibubapa sepenuhnya dan bermulalah cabaran hidup sebenar mereka. Kekuatan jatidiri, mental dan pegangan agama yang telah dibekalkan akan menjadi 'pagar' dalam menempuh hidup diluar sana.

Kepada anak ku, apapun pilihannya akan aku terima dan semoga anakku dapat menempuh pancaroba hidup diluar sana yang makin mencabar berbanding semasa remaja aku dulu. Semoga anak aku mempunyai semangat dan jatidiri sekental aku dulu. 
 'Yaa Allah, engkau lindungilah anakku didunia dan diakhirat'
Amin


Monday, March 14, 2011

Tsunami - dugaan atau bala

Sepanjang tahun ni banyak betul gempa bumi berlaku. Khamis atau Jumaat lepas kita dikejutkan dengan bencana tsunami 8.9 pada skala Richter di Jepun (tak ingat sebab masa tu aku demam, x ambil kesah pasal donia).

Tsunami diturunkan di negera paling canggih teknologinya. Tetapi kekuasaan Allah tiada tandingan. Kita dipertontonkan bagaimana kereta, rumah-rumah dihanyutkan nampak saperti kotak-kotak kasut yang hanyut dalam sungai lepas hujan je! Melihat kepada paparan tersebut, rasa betapa kerdilnya kita manusia, bersyukur rasanya tidak dilahirkan di negara tersebut. Mengingatkan aku akan keESAan Allah S.W.T dan menginsafkan diri kerana kurang bersyukur dengan nikmat yang telah diberi Allah kepada aku ni!

Simpati teramat sangat kepada penduduk Jepun yang diuji musibah dengan begitu teruk, salam takziah buat mereka. Rakyat Jepun memang terkenal dengan jiwanya yang kental, sebagaimana mereka boleh bangkit selepas perang dunia ke2 dulu mereka akan bangkit juga nanti. Suatu yang dapat dilihat rakyat Jepun seolah-olah sudah bersedia menghadapi bencana ini kerana tidak pula kita dipaparkan mayat-mayat bergelimpangan sebagaimana tsunami dulu.


Apa tangkapan bila tengok kartun ni


Tetapi aku terkilan jugalah kita rakyat malaysia ni yang kononnya terkenal lemah lembut berjiwa halus tiba-tiba dalam sebuah akbar harian tempatan keluar pulak kartun yang kononnye kelakar. Bila tengok aku berkata dihati, "kelakar ke atas musibah orang lain". Tengok ni

Hari ni keluar pulak kenyataan yang aku rasa tak elok nak dengar pulak, macam menyalahkan kerajaan Jepun kerana tak guna teknologi hijau, ape kaitan, pening juga aku, pada aku Jepun adalah negara canggih manggih teknologinya. Tonton ni.




Tapi bila baca kenyataan akhbar ni, sejuk hati

Salam takziah dan simpati kepada warga Jepun

Menginsafi akan bencana gempa bumi dan
tsunami yang melanda negara Jepun beberapa hari yang lalu, saya mewakili warga kepimpinan dan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Tsunami yang diberitakan antara yang terburuk dalam sejarah Jepun jelas merentap sanubari.
 

Walaupun begitu, kita seharusnya mencontohi masyarakat Jepun yang begitu berdisiplin meskipun ketika berhadapan dengan malapetaka besar. Tahap kesabaran mereka juga sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh masyarakat dunia. Kedua-dua ciri penting ini pastinya membolehkan mereka bangkit dengan cepat bagi membina semula bandar yang musnah teruk. Apatah lagi dengan kegigihan dan kesungguhan mereka mengenalpasti kaedah dan strategi serta penyebaran maklumat cepat dan tepat kepada seluruh rakyat, pasti akan membantu.

Nyata sekali insiden ini mengundang kesedihan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai. KEADILAN mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada mereka yang terlibat. Semoga Kerajaan Jepun cepat menyusun pembangunan semula infrastruktur yang terkesan akibat bencana ini.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya"

Apapun, semuanya langit dan bumi serta isikandungan adalah milik Allah, semua ditentukan olehNYA. Semua yang tersurat ada yang tersirat, tiada kita mengetahui. Sebagai hambaNYA, jauhi laranganNYA dan laksanakan tuntutanNYA. Semoga kita dijauhi dari kemurkaanNYA dan diberi musibah yang tak tertanggung oleh kita.
"ya Allah, ampunilah kami, hambaMU yang leka dengan nikmatMu hingga tersasar untuk mensyukuri nikmatMU"

Thursday, March 3, 2011

Saman Ekor Kepala Pening

Aku masuk pejabat pagi 28 Feb lalu, belum duduk tempat aku lagi officemate aku tanya 'hang bayaq saman dak lagi?, aku jawab 'saman pasai apa'? 'saman ekoq', katanya. 'Tak de surat pun kata aku kena saman, nak bayaq buat pe-nye'? kata aku. 'Tak, hang kena tengok dalam wsite JPJ @ polis, kat situ hang bagi  no ic & no kreta hang, nanti depa habaqlah hang ade saman ke takdak" (pandai juga komputer ni berkata-kata ye), katanya panjang lebaq. 'Meh aku tengok hang ada saman ke tadaq', sambil dia membuka tenet laman yang dia cakap tu. Sambil tu aku kata 'kalau aku kena pun takde pasai aku nak pi brebut nak pi bayaq, aku tunggulah masa aku nak renew roadtax nanti aku pikirlah masa tu', kata aku. Bila disemak, memang aku takde kena samanpun!. Pemandu berhemah katakan he..he..he (adelah sekali dua memecut semasa lampu kuning-anak aku selalu memberi semangat pada aku bila lampu kuning, mak! laju mak, laju sat lagi merah, salah asuhan dah anak aku, patutnya kuning tu bersedia nak berhenti bukan lagi pecut, adui terbalik pulak!)

Bagi yang ada saman tu, dan dah berebut-rebut pi bayaq saman, tup-tup, pagi ni (3 Mac 2011) aku dengaq depa kata tarikh bayar saman tu di lanjutkan kepada 10 Mac 2011, kalau aku salah sorang yang Q di kaunter masa hari akhir tu mau aku sumpah seranah sampai jadi batu semua yang terlibat secara langsung ni, menyusah masyarakat tul lah.

Akhir-akhir ni aku tengok apa-apa yang dibuat kerajaan makin kelam kabut & menyusahkan rakyat. Slogan rakyat didahulukan : pencapaian diutamakan tu macam ni rupanya, rakyat didahulukan susahnya.

Kepada semua pemandu/penunggang kenderaan, anda ada peluang untuk membayar saman anda tapi dengar apa kata video ni. Jangan kerana saman ekor, kepala pening dan walet kempis budget pun lari.

Sekian, luahan aku kali ni

Wasalam