Wednesday, December 28, 2011

Perbuatan Kurafat di Bulan Safar

Tat sat  tengok kalendar, kalau tengok kalendar tu nak cuti lagi lah!  Anak aku sms 'mak jgn lupa cuti  29 hb nak pi beli buku kat sekolah' . Tenong kalendar..... hai dah 2 Safar 1433 (27 Dis 2011) -masa berlalu pantas. Safar mengingatkan aku amalan kurafat dolu-dolu.


Bulan kedua dalam kalendar islam, Safar ertinya sifar/kosong. Dinamakan Safar kerana bulan ini orang arab jahiliah dahulu meninggalkan rumah mereka untuk berperang dan menuntut pembalasan keatas musuh-musuh mereka setelah bebas dari bulan-bulan diharamkan berperang.


N3 ni aku saja nak imbas kenangan masa kecik dolu-dolu dmana bulan ini umat islam banyak melakukan perkara bida'ah & kurafat akibat dari kejahilan masyarakat islam terdahulu. Amalan & kepercayaan turun temurun bahawa bulan Safar adalah bulan turunnya bencana & malapetaka. Paling aku ingat ialah pesta Mandi Safar beramai-ramai d sungai/laut. Masa tu aku masih kecik lagi, bab mandi sungai/laut ni sungguh menyeronokkan, xde lah aku niat nak tolak bala ke hape. Kepercayaan bahawa mandi beramai-ramai ni akan menghapuskan dosa & menolak bala kerana kepercayaan bahawa bulan Safar, Allah menurunkan kemarahan dan hukuman kepada dunia khusus pada hari rabu terakhir bulan Safar.

Bulan ini juga tidak dibenarkan diadakan kenduri kahwin kerana dikhuatiri jodoh xpanjang & xde zuriat, manakala bayi yang lahir dibulan Safar dikatakan bernasib malang & perlu dibuang dengan upacara tertentu, mengadakan kenduri tolak bala dan korban pada 27 Safar dan pelbagai lagi perbuatan kurafat.

 Amalan kurafat/karut ditegah oleh syarak & tiada manafaat malah boleh merosakkan akidah/iman. Kerosakan imam akan menyebabkan amalan kita tidak akan diterima oleh Allah swt.

Daripada Abdulah ibnu Umar ra-sabda Rasulullah saw. "Barangsiapa yang menanguhkan hajat kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka ia telah berbuat syirik"

Bencana, kerosakan dan kemalangan tidak berlaku dalam bulan Safar saja dan kepercayaan ini bertentangan dengan firman Alllah swt:-

surah Al-taubah ayat 51 bermaksud :
katakan (wahai Muhammad) : "sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada (dengan kepercayaan itu)  Allah  orang-orang yang beriman bertawakal"

surah At Taghaabun ayat 11 bermaksud :
"Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah: Barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

juga sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Bukhari, bermaksud :
" Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa". 

Alhamdullilah, selari dengan kemajuan mungkin, dan pengetahuan mengenai  agama islam telah meningkat, perkara-perkara kurafat bulan Safar ni dah xde. Bagi generasi yang dilahirkan pada 80-an mungkin tidak langsung mengetahui akan perbuatan kurafat ini.

Sebagai umat islam jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan bagi menentukan setiap perbuatan mengikut syarak atau sebaliknya.

 
Wasalam

lani aku tengok trend depa dok tunggu 25 & 26 Dis nak jdi bencana apa, ni kurafat zaman ICT pulak kot! Astagfirullah - Istighfar banyak-banyak,

 

Tuesday, December 27, 2011

Hari Keluarga - Air Panas Ulu Legong, Baling

Dah lama tak masuk rumah ni, sawang & habuk berkilo dah. Hilang di alam siber ni bukan ape, pi singgah kat tanah pusaka bonda tinggalan turun temurun.

Ingatkan bersahabat di alam maya ni xberi kesan apepun tapi tidak ye! aku merindui teman-teman maya sekelian.
 
Sepeninggalan aku dari alam maya, aku singgah ke alam nyata, menziarahi tanah pusaka bonda di Ulu Legong, Baling. Badan Kebajikan taman perumahan aku telah mengadakan hari keluarga 2hari 1malam ke Air Panas Ulu Legong, Daerah Baling, Kedah. 

Aku pun x ingat ni siri ke brapa dah hari keluarga anjuran Badan Kebajikan taman aku ni, dua tahun lepas kami ke Taiping (night safarilah kan), before that ke Rekreasi Rimba d Bendang Man (nama tempat) di Sik. Pernah juga ke Pusat Rekreasi Rimba (xingat nama ape tah) d Hosba Daerah Kubang Pasu dan beberapa tempat lagi lah. Boleh dkatakan aktif jugalah Badan Kebajikan taman aku ni. Sekalung Tahniah buat ahli jawatan kuasa semua ye!

Hari keluarga ni berlangsung pada 16-17 Dis 2011 (lupa nak ambik gambaq 'banner' Hari Keluarga tu besaq sungguh depa buat). Pukul 9:00 pagi semua keluarga yang bersetuju untuk menyertai d minta berhimpun depan surau. Biasalah kata 9:00 pagi tapi 9:30 pagi masih xcukup 'corum', jenuh ketua rombongan membuat panggilan & melaung kat 'hele' suruh perhimpun (bukan ape ketua rombongan kami ustaz, beliau  takut xdan nak solat jumaat la tu!..he..he.. lantik lagi ustaz jdi ketua rombongan!). Pukui +-10:00 am berkonvoilah kami ke destinasi. Sekilas perkiraan sekitar 40 buah kenderaan terlibat  dalam program ni.

Perjalanan mengambil masa  2 jam kot, kami menginap d homestay penduduk KEDA (kira cam dok sebumbung ngan tuan rumahlah)  dekat dengan pintu masuk air panas tu. Dsebabkan sampai awal, ade beberapa keluarga xdapat masuk bilik lagi kerana ade yang belum c-out lagi.  

Program berikutnya adalah aktiviti bebas, budak-budak ape lagi terus menuruni bukit ke Hot Spring. Dsebabkan kami menginap dsitu masuk adalah percuma & boleh keluar masuk ikut suka.

Lepas solat zohor, akupun menyusuri ke sekitar kawasan tersebut. Banyak perubahan yang telah dibuat oleh Majlis Daerah Baling terhadap kawasan tersebut (sayu terasa bila aku teringat seorang sahabat yang terlibat secara langsung dalam pembangunan kolam air panas ni telah kembali mengadap Ilahi. Alfatihah buat beliau).

Aku pernah berada d sini suatu ketika dulu, tercari-cari akan tempat-tempat yang pernah aku bercanda dulu he..he..he.. tak ketemu... dah d telan dek bangunan kot.

Aku snap beberapa foto untuk tatapan dari kamera auto ku (pemberian seseorang, masa d beri aku menolak kerana xtau nak guna kamera kataku, tapi dia kata kamera ni orang buta pun boleh ambik gambar..tergelak gila aku masa tu). So foto-foto ni dari seorang yang 'buta' guna kameralah ye! Thomas & Chegna jangan gelak tau!

Anak sungai  didalam kawasan air panas Ulu Legong

kolam utama - sumber asal 'air panas'
d pagar supaya tidak dicemari
kolam-kolam kecil untuk kegunaan
pengunjung-tenang & damai di waktu petang
Waktu malam rupanya ramai pengunjung memenuhi kolam
hingga aku pun dah xboleh nak lunjuq kaki lagi dah.
















 dkhaskan untuk wanita sahaja,
bahagian dalam kolam untuk wanita shj

Petang & malam hari pertama dipenuhi dengan bermandi manda di air panas tulah. Bagi remaja lelaki depa ade perlawanan bola & futsal dgn staff MDBaling.

Aku bekira-kira nak mandi malam kerana siang agak panas tapi rupanya malam terlalu ramai orang. 1Malaysia-pelbagai bangsa, pelbagai usia, pelbagai keadaan yg bertongkat-yg kerusi roda-yg didukung-macam-macam ade. Program 1Malaysia (mandi air panas tulah) rupanya berlarutan sehingga pukul 4-5 pagi.

Maka dengan itu, aku delaykan hajat aku nak mandi kepada esok sesudah subuh. Esok sesudah subuh kami (ibu-ibu) pilah kolam tu,  ditutup pulak untuk pembersihan selepas aktiviti 1Malaysia selesai-pukui 7:00 kami pun turun. Alangkah seronoknya ibu-ibu dapat mandi air yang bersih penuh 'sulfur' tu (lepas dbersihkan). Fresh dari ladang gitu!

Hari kedua lepas makan pagi- ada program sukanika di sungai luar kawasan air panas tersebut (lupa pulak nama kawasan rekreasi sungai .... ape tah). Disebabkan buat sukaneka sambil mandi manda,  xlah diendah oleh anak-anak sekelian yg ada, maka pengurus sukanika ubah lokasi dari atas tanah lapang-sukanika dbuat dalam sungai-baru jalan. Selain dari itu, ade beberapa cabutan bertuah diadakan serta hadiah kepada beberapa soalan yang dkemukan  urusetia. Hadiah tidaklah menarik sekadar memeriahkan suasana.

Selepas makan tengahari & solat zohor, konvoi kami bergerak ke kawasan penempatan orang asli (satu-satunya penempatan orang asli di Kedah). Ketua rombongan memberi sedikit bantuan berupa pakaian terpakai dan sedikit bantuan kewangan kepada mereka. Dari maklumat dterima orang asli dsini kebanyakan menganut agama islam tapi agak sedih juga bila dmaklumkan mereka ni kaki judi & minum arak (info ni dari penduduk dsitulah). Bantuan kewangan @ upah/gaji akan dhabiskan dmeja judi & minum arak, bila dberita sedemikian semasa round table minta derma, aku pun jadi tawar hati nak derma takut duit aku dsalahguna pulak-nak dapat pahala takut jadi subahat pulak!
  
Program sebenar  hari keluarga tamat di perkampungan orang asli tersebut. Aktiviti berikutnya  (optional), bagi yang berminat ialah lawatan ke ladang anggur di Tasik Beris, Daerah Sik (sebelah Daerah Baling). Ladang ni, on the way baliklah, so alang-alang dah dekat kami pun ambik keputusan 'follow' jelah.


Pintu masuk utama ladang
 Untuk masuk tengok pokok anggor ni kena ambik tiket (lupa lak brapa hinggit - RM2-RM4 kot)

entrance masuk ke kawasan ladang

 Laluan dalam ladang tersebut, anda dilarang memetik buah anggor yang bergayut tu. Anak aku buat joke katanya "tak boleh petik je kan, kalau nak gigit terus makan boleh lah kan".



Dalam kawasan ladang
 'DILARANG MEMETIK BUAH ANGGOR'
Keluar dari lawatan ladang, sebagai menghargai pengusaha ladang kami pun minumlah jus anggor sambil melihat keindahan Tasik Beris. Sambil menikmati keindahan alam ciptaan yang Maha Esa aku tertanya-tanya, berapa ramai kah penduduk yang menangisi kehilangan tanah milik turun temurun mereka demi membina empangan Tasik Beris ni. Waallahualam!

Sebelum keluar belilah sekilo anggor hijau & merah/ungu sebagai menghargai titik peluh petani. Anak aku kata "kat Pasific (Gedung beli belah kegemaranya) lagi murah". Beli jelah, nak rasa anggor buatan malaysia.

Bergerak pulang ke rumah untuk menyambut ketibaan anak saudara & adik aku dari KL, nak ajak ke Langkawi pulak. C U then.

Wasalam.


Wednesday, December 14, 2011

Sembah Tahniah

N3 ni  nak ucap tahniah atas perlantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sebagai Yang DiPertuan Agong ke XIV, selama 5 tahun bermula 13 Disember 2011- 2016.


Aku bukan anak negeri baginda sultan tapi aku berpegang pada pepatah "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung", maka aku menjunjung kasih dan mengucapkan tahniah kepada baginda. Semoga baginda sentiasa di dalam lindungan Allah SWT. dan dapat memerintah dengan penuh bijaksana,  berdaulat dan aman.
 


Ini merupakan kali kedua baginda dilantik menjadi YDP Agong, kali pertama pada tahun 1970-1975 (YDP Agong V), masa tu permaisuri  tuanku ialah Sultanah Bahiyyah.

Aku kecik lagi, tapi aku rasa dalam banyak-banyak sultanah/raja perempuan yang jadi permaisuri pada masa tu, Sultanah Kedah nilah paling 'cun' dan berpendidikan tinggi (kalau tak silaplah). Alfatihah... buat Almarhummah baginda Sultanah Bahiyyah.


Terima kasih, Tuanku.
 
Kepada baginda sultan  Tuanku Mizan Zainal Abidin, sekelian rakyat mengucapkan terima kasih atas keperhatinan dan kebijaksanaan tuanku  menangani pelbagai masalah  rakyat & pemimpin sepanjang pemerintahan tuanku.
 
Paling aku ingat (juga seluruh rakyat)  ialah titah pekenan  tuanku kepada perhimpunan Bersih 2.

Seluruh rakyat mendoakan agar baginda berdua dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera kembali ke singgahsana tuanku, Amin.
  
Menjunjung Kasih Tuanku!
 
DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU.. 

Wasallam
  

Sunday, December 4, 2011

Hari Asyura

N3 ni macam part 2-salam maal hijrahlah, sebab dalam N3 tu aku habaq nak sambung amalan sempena 10 Muharram juga dikenali 'Hari Asyura', sebagai berkongsi ilmu dan peringatan diri.

Sejarah Hari Asyura

Berasal dari perkataan arab 'asyara' bermaksud sepuluh dalam bulan Muharram juga bermaksud hari kemenangan/kegembiraan berdasarkan kejayaan menegakkan keadilan & kebenaran.
  
Hari Asyura (10 Muharram) menyaksikan banyak sejarah & keajaiban (kemuliaan) berlaku keatas para nabi dan menyebabkan kita menghormati hari tersebut. Antara kejadian besar yang berlaku pada 10 Muharram antaranya :
  • Allah menerima taubat nabi Adam a.s
  • Allah menaikkan darjat nabi Idris a.s
  • Hari berlabuhnya kapal nabi Nuh a.s
  • Hari kelahiran nabi Ibrahim a.s & diangkat sebagai 'kholillah' juga selamat dari api
  • Allah menerima taubat nabi Daud a.s
  • Allah mengangkat nabi Isa a.s ke langit
  • Allah menyelamatkan nabi Musa a.s
  • Allah menenggelamkan Firaun.
  • Allah mengeluarkan nabi Yunus a.s dari perut ikan
  • Allah mengembalikan kerajaan nabi Sulaiman a.s
ada banyak lagi diriwayatkan  peristiwa yang berlaku sempena  hari Asyura ni.

Hari Asyura juga bermaksud sepuluh kemuliaan yang diberikan kepada umat Islam iaitu :-
  1. Bulan Rejab - kemuliaan kepada hambanya melebihi bulan lain
  2. Bulan Syaaban-kelebihan nabi Muhammad s.a.w atas semua nabi
  3. Bulan Ramadhan-kelebihan Allah keatas semua makhluk
  4. Lailatul Qadr -lebih baik dari seribu bulan
  5. Eidul Fitri-hari menerima ganjaran
  6. Hari sepuluh (1-10 Zulhijjah)-hari berzikir pada Allah
  7. Hari Arafah-yang berpuasa dapat menebus dosa 2 tahun
  8. Eidul Adha-hari korban
  9. Hari Jumaat-hari paling mulia antara hari-hari
  10. Hari Asyura - puasanya dapat menebus satu tahun dosa.
Setiap waktu adalah kemuliaan yang Allah taala berikan kepada hambanya untuk membersih & menebus dosa-dosa.

Amalan Hari Asyura (10 Muharram 1433 = 6 Dis 2011)

Doa hari Asyura

  1. Mandi sunat  Asyura ("sahaja aku mandi sunat hari asyura kerana Allah taala")-Allah menjaga/menjauhi penyakit.
  2. Puasa sunat Asyura ("sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari asyura kerana Allah taala")
  3. Mengembirakan ahli keluarga- masa/belanja lebih dari biasa, Allah akan meluaskan rezeki sepanjang tahun.
  4. Saling mendoakan  orang lain (hari Asyura hari yang mustajab berdoa)
  5. Memuliakan fakir miskin-memberi makan/pakaian (Allah menganda 70x disyurga)
  6. Menyapu & mengusap kepala anak yatim (mengembira & menziarahi mereka)-usapan dari belakang ke depan.
  7. Bersedekah- didahului kaum keluarga & orang islam, pahala diganda kepada 700
  8. Memelihara kehormatan/kebersihan diri-memakai bau2a,memotong kuku, memakai celak, menahan marah.
  9. Membersih/menghias rumah
  10. Membaca surah Al Ikhlas 1,000 kali (selepas solat subuh hingga terbenam matahari )-Allah akan memandang dgn belas kasihan
  11. Solat sunat 4 rokaat (sahaja aku sembahyang sunat hari asyura 4 rokaat kerana Allah taala). nota : rokaat 1&2, selepas Al-fatihah baca Al-ikhlas 11x.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Menyambung silatulrahim -ziarahi ibubapa, kaum keluarga, orang alim, orang sakit & mengiringi jenazah ke kubur.
  14. Berzikir & solat-solat sunat-bermula malam Asyura  (malam 5 Dis-6 Dis 2011)
Untuk lebih lanjut/sahih rujuklah mereka-mereka yang lebih berpengetahuan, ni hanya pengetahuan cetek saya.

SELAMAT BERAMAL

Wasalam

ps : masa zaman kanak-kanak dulu, paling seronok pi masjid/surau kacau 'bubur asura' (bukan kacau tapi mengacau/menganggu), kikis tempurung kelapa sampai botak utk isi bubur asura. Itu masa kanak-kanak, dah jdi mak budak ni lainlah pulak pengisiannya  huk..huk..huk  

Wednesday, November 30, 2011

Yes, you can!

N3 ni nak crita pasai aku pi hantaq anak balik kolej. Masa hantaq last week dah habaq suruh bawak ni, bawak tu- semua dia kata tak payah. Lepaih tu, bila pi-ni xde, tu xde, Dok seminggu balik rumah ambil, aku pun kata "kan dah cakap suruh bawak-xnak, nilah jadinya dah dua-x kerja".

Nak jadi crita, anak aku minta hantaq balik kolej.  Nak suruh naik bas kesian pulak nak hangkut barang yang banyak tu,  aku pun kata boleh je (aku tahu abah depa cuti gantian Maal Hijrah, nanti dia drivelah bukan aku).  Aku tak applied cuti jadi aku cuba minta keluaq awal (ni kena ikut mood boslah). Masa kat office anak aku call kata abah depa ada appointment dgn bos pukui 4 ptg, hai mana sempat ni-bisik aku.

Selalunya bab memandu luar territory ni, aku tak pandulah. Hai macam mana ni-kena drive ke!, boleh ke? dalam dok pikiaq-pikiaq tu anak aku tanya "macam mana mak?" Aku dgn spontan jawab "tak pelah mak antaq". Dalam kepala otak aku - boleh ke aku bawak kreta luar kawasan jajahan takluk ni. Tang memandu dalam territory  aku memang jaguh-jaguh kampung! Luar territory  xpenah bawak lagi ni, aduhai macam mana ni.!!!!


Aku bukan ape, dari dulu lagi kalau naik bas/kreta aku banyak pejam dari celik. Bergerak je bas/kreta, aku akan mula menguap diikuti mata menguncup & ZZZZZZZzzzZzzzzzzzz. Dulu & kini, naik kreta/bas aku macam masuk bilik tidur, nyaman dengan buaian perjalanan & aku pun beradu....tidurlah wahai pemaisuriku..he..he..

Kali ni xde alasan lagi, kena bawak jugaklah nampaknya ye, kena bawak co-pilot to guide pilot. Dalam aku dok-dok mencongak nak suruh anak aku yang sedang ambil exam SPM tu ikut, anak aku call, katanya 2 rakannya nak tumpang, boleh tak? "Bolehlah, tapi sempitlah hampa 3 orang dok belakang mak nak suruh syam ikut sama, teman mak masa balik nanti, masa pi hang kena tunjuk jalan kat mak" kata aku.

Pukui 3:00pm, dapat pelepasan pulang awai (TQ boss), balik ambik anak-anak aku, on the way  pick-up 2 kawannya. Dalam kreta anak aku habaq kawan dia kirim RFC-Radic Fried Chicken, singgah RFC pulak. Adoi 'mengidam' pulak budak-budak ni, dahlah aku xbrapa confident ni-bisik aku. "Oklah hang tengok kalau 'Q' xramai hang beli, mak tunggu dalan kreta" sambil tu  aku huluq RM50.00. Bila dia masuk kreta dgn kotak besar terkejut aku. Aku dok ingat untuk roomates dia  je (3 org), rupanye satu floor/classmates-pihak kolej letak courses/level yang sama, mana cukup RM50.00 tambah lagi not... hai budak-budak sekarang!

Berangkatlah kami ke destinasi, sepanjang perjalanan habislah segala doa aku baca termasuklah ayat kursi tanpa henti. Perjalanan diganggu dengan hujan lebat, ni yang membimbangkan aku, driving dalam hujan. Sib baik jalan kurang sesak kerana cuti Maal Hijrah. Selamat sampai ke tempat dituju (tempat ni bukan xpenah pegi tapi selalu duduk sebelah aku tak ambil potlah, sedaq2 dah sampai).

 Sampai aje kat blok kolej anak aku, turunkan depa & tanpa banyak bicara terus keluar dari kawasan kolej, review  semula, tadi belok kanan, nak keluar kena belok kirilah..... terus .....masuk kanan....terus.... Tak macam selalu, kalau pi mana-mana mesti singgah sini singgah sinun, kali ni tak tengok dah kiri kanan terus balik. Ingatkan cuti umum xjem, silap pecaturan rupanya, jalan sesak jugak. Masa pi tadi smooth  je ni jem pulak!

On the way balik anak aku tertengok kat dashboard belakang, tengok fail biru dok elok je, "mak fail pan ade kat blakang-xambik", "Ade lagi yg tertinggai ke, sms kat pan tanya dia nak ke x fail tu" kata aku. Dia reply  sms, nanti balik ambik. OK teruskan perjalanan.

Pepun aku  & anak aku selamat sampai ke rumah 6:45 pm, apalagi masing-masing buat larian jarak dekat ke bilik masing-masing nak kejar solat asar, satgi solat maghrib nak masuk (jangka tiada kesesakan-tu tak singgah solat, jangan buat macam ni lagi tau!)

Pukui 7pm anak aku sms tanya dah sampai ke blum, aku reply 'dah & RFC tu mak belanja, xpayah minta duit kat depa'. Anak aku reply 'depa habaq TQ & kim salam'. Aku reply 'terima kasih daun keladi, lein kali order lagi' (kalau depa order lagi, mau kurus purse aku). Ha..ha..ha.. Xpelah, ikhlas sedekah kepada pejuang 'fisabilillah' jugak kan, moga aku diberi ganjaran sedekah, Amin.
 
we did it...we did it ... 


Wasalam
Ps: lepaih ni tak de alasan lagi xboleh bawak kreta luar jajahan takluk. hu..hu..hu

Thursday, November 24, 2011

Salam Maal Hijrah

Awal Muharram/Maal Hijrah sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa  bersejarah itu merupakan hari pertama dan tahun baru
(1 Muharram) bagi Takwim Hijrah.

Antara amalan menyambut Maal Hijrah (ni kat surau taman akulah) akan diadakan solat sunat berserta doa Akhir Tahun (Allah akan ampunkan dosa-dosa yang lalu) & doa Awal Tahun (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat) .
   
Doa Akhir Tahun dibaca
 sebelum masuk/azan waktu maghrib
dilaungkan. (hari terakhir Zulhijjah)



Doa Awal Tahun dibaca selepas azan maghrib  sebelum solat fardhu maghrib.







Dalam kalender Islam (Takwim Hijrah) pertukaran hari ialah apabila masuk waktu maghrib. Bagi Kalendar Masihi pertukaran hari ialah pada jam 12:00 malam.

Semoga Allah melimpahi rezeki dan limpah kurnianya untuk kita terus beramal dan memuliakan awal muharam dengan sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Ambiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Solihin.
JANGAN dibuat saperti menyambut awal tahun masihi yang penuh dengan kemungkaran, bukan mendapat keberkatan malah kemurkaan Allah. Nauzubillah.

Lagu ini begitu senonim dengan sambutan Awal Muharram dari semenjak aku sekolah rendah lagi. Bila ada sambutan & perarakan sempena awal muharram lagu ini pilihan utama dan hingga kini masih lagi dalam ingatan. Semangat & aura hijrah ada dalam lagu ni.


Jika ada kesempatan akan aku N3, amalan yang dituntut dalam bulan ini terutama pada 9 & 10 Muharram (hari Asyura), sekadar untuk renongan dan koleksi bagi rujukan aku sendiri . Insyaallah.

Islam itu indah setiap perkara ada adab-adab yang telah ditetapkan oleh ALLAH yang ESA, waima hendak masuk tandas pun dinyatakan adabnya.




Selamat Menyambut Maal Hijrah
&
SELAMAT BERAMAL
(1 Muharram 1433 = 27 Nov. 2011)




Wasalam

Nota : Doa Akhir Tahun (selepas solat asar) & doa Awal Tahun (selepas azan maghrib) dibaca pada petang 26 Nov. 2011.
1 hingga 10 Muharram disunatkan berpuasa.

PS: apakata kita hijrah dlm PRU13 nanti - bagi kat PR pulak, boleh ka! bukan provokasi tapi cadangan he..he..

Wednesday, November 23, 2011

RTM vs TV3

N3 kali ni ada kaitan dengan perlawanan bola sepak akhir sukan SEA Games 26th di Jakarta Indonesia, malam tadi. First of all "Harimau Muda congratulation to the win over Indonesia".  Aku tak tengok habis pun, sebenarnya  aku tak brapa suka menang dengan fenalty kick ni. Apepun sepanjang yang aku tengok tu memang pada aku dua-dua pasukan memang tumb-uplah serang menyerang buat aku nak luruh jantung, bagi mengelak aku sakit jantung baik aku pi tiduq. Pagi ni dengaq brita Malaysia menang.

Aku bukan nak crita pasai bola ni tapi nak crita pasai pengulas sukan antara RTM & TV3 (Astro xde ye). Rumah aku ada 2 TV, TV ruang tamu tu somi bukak TV3 dan ruang tengah tu anak aku bukak RTM.  Aku suruh anak aku pi tengok kat ruang tamu, sama dengan abah depa sebab si adik nak tengok TV9, tapi dia cakap 'takmaulah, pengulaih TV3 macam dahgai'.

Dari dapur, aku dengaqlah dua-dua ulasan selari tu.  Aku nak tergelak pun ade bila dengaq ulasan dari TV3, tak semangat langsung macam bunyi suara 'sotong' pun ade (betullah anak aku kata macam daghai-pondan). RTM memang bertenaga & bersemangat sekali, tak taulah mungkin aku suka cara Hasbullah Awang jadi pengulas. Pada aku Hasbullah Awang ni memang minat dalam bidang sukan, setiap sukan yang dia ulas rasanya dia akan buat 'homework' tentang sukan yang akan diulas. Semasa dia membuat ulasan dia akan memberi info tentang sukan  dan latarbelakang peserta sukan tersebut. Bab ni RTM jadi pilihan.

Aku  letakkan beberapa 'you-tube'  saat cemas perlawanan dari beberapa cannel TV , enjoy the match!
ini dari TV3
berirama ulasannya,  berlagu cam.....   he..he..he..

 ini dari RTM

dari TV  Indonesia

 dibawa khas dari Thailand
terlebih semangat, tang nama je aku faham yg lain buat-buat faham.

Terima kasih pada rakan-rakan maya sekelian, dapatlah aku tengok kejayaan yang tercipta dengan izinNYA.

HARIMAU MENGAUM..GERUDA TERSUNGKUR
"mission complete'

next mission - perlawanan kelayakan ke Olimpik dgn Syria (kalau xsilaplah)-good luck boys

Wasalam

Thursday, November 17, 2011

Peperiksaan sedang dijalankan

Masih boleh kot nak N3 pasai peperiksaan SPM. Baru rasanya aku & anak sulung aku bertension hadapi SPM kini adik dia pulak (kes dapat baby xselang tahunlah, nasib baik tak satu awal tahun satu lagi hujung tahun he..he.. ada kes ni).

SPM 2011 bermula 14 Nov hingga 14 Dec 2011. Dengan bermulanya exam ni, aku pun dah boleh bernafas dengan leganya, this coming weekend xpayahlah aku pi drief hantar tuisyen lagi, bolehlah aku buat aktiviti lain. Hore..hore..pit..pit.. hore.. bergembira!!

Tengok jadual, anak aku  mula sit exam dari 14 Nov dan last paper pada 13 Dec. 2011 . Anak aku ada long break after paper Biology-30 Nov, on the 6th Dec continue dengan paper Bahasa Arab Tinggi & ending dengan paper pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah.  Nampaknya lambat lagilah dia nak rehat. Apapun yang pasti aku dah rehat until January 2012 (rasa macam lama tapi sat je tu!).

First day, pi ambik lepas paper BM aku pun tanya  'macam mana?' Selamba je dia jawab 'A', aku pun 'ye ke! Alhamdullilah'. For the 2nd paper-BI, malam tu dia sibuk menghafal, adik dia tengok kertas dan dia menghafal macam nak masuk contest story telling lah pulak, tergelak aku tengok. Ade ke dihafalnya karangan bahasa Inggeris (Al-hadis & Al-Quran adalah hafazan). Masa aku ambik balik dari exam BI tu aku pun tanyalah 'keluaq ke karangan yang hang hafal semalam tu?',  'Tak de pun' katanya. Akupun tanya balik, abis tu BI dapat berapa pulak, selamba je 'A lah', jawabnya (hai dah 2A ni). The 3rd day exam (paper yg paling xdsukainya), masa aku pi ambik lepas exam aku tak tanya dah dapat berapa, takut aku dengar banyak pulak 'A', bila result keluaq nanti .... hai seram aku!

Abang dia dulu kalau aku tanya 'macam mana boleh jawab' dia mesti kata 'jawab semua, betul ke salah mana tau!' @ 'boleh kot'. Aku tang kot tu yang tak syok, dalam kepala aku 'hai tak boleh buat ke budak ni'. Itu abang dia.

Aku tidak memberi sebarang tekanan kepada anak aku berapa 'A' dia kena dapat, cuma aku cakap SPM adalah menentu untuk langkah seterusnya & aku selalu ingatkan dia bila dah pi IPT belajar tak susah dah, hadir kelas, buat tugasan diberi dan subjek dah tak banyak semua ikut semester. Aku rasa dia pun dah tahu, mesti dah dapat info dari abang dia.

Buat semua anak-anak yang sedang menghadapi peperiksan SPM, buat yang terbaik, lupakan subjek yang telah lepas tumpukan kepada subjek yang akan dihadapi.

Kepada semua yang sedang menduduki





Masa aku 'sorting' buku anak-anak yang dah abih exam hujung tahun aku terjumpa lah kertas Doa  yang perlu diamalkan di hari peperiksaan  (kelabu lah pulak tapi tenong betul-betul nooo). Doanya ringkas aje. Walaupun dah agak lambat rasanya masih boleh diamalkan untuk  paper yang masih belum diduduki. Selamat menjawab semua soalan dengan BETUL.


Dikhabarkan hari ni keputusan UPSR akan diketahui, kepada semua ibubapa  terimalah seadanya keputusan dan berilah sokongan kepada anak-anak kita. Itu adalah ketentuanNya atas segala usaha anak-anak kita. Ia hanya langkah awal dalam mengenalpasti kecendungan/minat anak-anak. Tahun 2012 anak aku akan menduduki UPSR, hai tak taulah.

Sekian, wasalam


Sunday, October 30, 2011

Angry Birds........Attack!!!!!!

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera buat teman maya sekelian. Selamat berhujung minggu bagi yg sedang berhujung minggu & selamat memulakan minggu baru pada yang baru mula bertugas hari ni macam cheq.  Dah besawang blog aku ni rupenya. Sibuk nak hujung tahun katakan, konon-konon nak tutup buku tahun 2011 gitu.

Kali ni nak N3 pasal angry birds, aku pun xtau mana datangnya menatang ni. Yang jadi timbul crita ni bila anak aku habaq 'Mak nanti tahun depan, semua barang sekolah adik, adik nak angry birds', apa kebendalah pulak si angry birds ni. Sebabkan aku sebok melampau masa tu, nak memudahcara aku ye je lah. Dalam  pada tu, aku usha jugaklah kat pasar malam & seangkatannya macam manalah rupa si angry birds ni. Ropenya kepala burung yang pelbagai warna dengan pelbagai watak. Aku cakap kat anak aku (abang sekecik tulah), 'Mak xpernah tengok pun crita angry birds ni, crita dia kat astro kot (astro memang aku xlanggan)'. Anak aku habaq 'memang takde kat tv itu game kat komputer'. Oooo gitu critenya, padanlah aku xtau, kalau animasi @ kartun mesti aku tau, aku adalah peminat setia!

Bebalik pada barangan angry birds ni, masa aku ronda kat pasar pagi, last friday aku terjumpalah satu gerai menjual semua jenis angry birds-pencil, shapener, eraser, note pad, pencil case, beg segala saiz dan macam-macam lagi semuanya berkepalakan si angry birds. Aku pun belilah satu pencil case warna merah kat anak aku, seronok bukan main lagi siap cakap 'cantik...cantik...cantiknya, nak simpan tahun depanlah" (sambil cium berkali-kali). Terlintas dalam kepala otak aku 'teruk jugak penangan angry birds ni'. Tak settle kat situ je, 'mak jangan beli angry birds hitam tau, adik tak suka-jahat". Aiks...ada watak pujaan pulak. Yesterday, masa aku ambik dari tuisyen, dengan girangnya masuk kreta 'tadi adik beli kalender & key chain angry birds-cikgu juai, nanti mak  bagi duit tau'. Adoooii angry birds lagi.

Bila aku surf internet, baru aku tahu, ia merupakan game 6 kepala burung dengan pelbagai bentuk & warna memusnahkan khinzir, crita burung lawan khinzirlah.  Hai macam-macam!!

watak-watak dalam game 'angry birds'
kepala burung merah  : tiada kuasa cuma ade bunyi je
kepala burung kuning : begerak laju, dikenali sbgai 'kamikaze'
kepala burung biru : burung terkecil tapi boleh berpecah jadi 3 burung baru
kepala burung hitam : kuasa letupan spt bom
kepala burung putih : serangan dari bawah (jatuhkan telur)
kepala burung hijau : bergerak kedepan tapi boleh patah balik macam boomerang

ni semua Rovio punya pasallah, pi reka crita lepaih tu segala jenis toys tu made in China.

Bersedialah aku dengan serangan angry birds sempena sekolah sesi 2012. Attack!!!!

ni aku ambik dari you-tube pasal game angry bird tu. si kepala burung hijau tu xde pulak, mungkin tu watak baru kot.



You won't like me when I'm angry......birds
Angry birds : The Movie(Trailer)


Sekian,Wasalam


Saturday, October 15, 2011

Mana PERMATA ku

N3 ni aku nak ulas bab bajet 2012 ari tu, > seminggu dah tapi tak basi lagi kot..sibuk sket he..he..he.

Masa belum bentang, macam-macam andaian, penyelarasan gaji pegawai kejaan naik 14%, bonus 1.5 bulan lah & bla..bla ..bla. Masa tu aku cuma berharap supaya kejaan dapat kawal kenaikan harga & segala macam cukai yang dihempuk kat kepala rakyat ni, harap depa pikiaq balik, tak guna gaji naik=barang naik- pi mai-pi mai tang tu!

Bajet pun dibentang, aku tak ngangalah kat TB tengok memanda menteri buat pembetangan pasai banyak keje lain kena buat, kena jadi makrempit/drif-pi antaq pi ambik anak tuisyen bukan sorang tapi 3 orang yg jadual tuisyen macam-macam, pi kenduri kesyukuran depa nak pi haji dan buat shopping mingguan, xcukup 7pagi ke 7malam tu. Belum kira rumput tepi rumah yang dah boleh kucing main sembunyi-sembunyi tu, rimau xdelah.

Natural Fancy Blue Gray
cushion cut diamond ring
Kembali pada bajet, tiada apa yang membuatkan aku teruja dengan bajet tu, cuma aku tercari-cari mana hilangnya PERMATA ku, di bajet 2011 begitu menonjol sekali peruntukan sebanyak RM 3x1 juta tu, tidak dikabokan kenapa xde peruntukan untuk PERMATA, gagal ke, masuk kat menteri mana ke, entah-entah dah jadi cincin. he..he..he

Bila memanda menteri habaq pasai yuran sekolah percuma, aku dok pikiaq berapa kali nak habaq percuma , dulu (kalau xsilap 2009/2010 kot) ibubapa dok bertekak ngan cikgu pasai yuran free, ropenya yang percuma tu hanya RM9 je! Yuran-yuran lain, ding dong ding dong RM300. Bajet 2012 habaq percuma lagi, aku pun penin tapi aku tak terlibat sebabnya aku memang kena bayaq sebab antaq anak kat sekolah agama swasta (dah hilang percaya pada sekolah gomen dapat didik akhlak anak-anak aku). Tak pasti pulak aku pengecualian cukai sekolah swasta yg diberi tu dapat ke tak kat sekolah anak aku sebab depa 'fobia'  dgn sekolah agama ni.

Fokus bajet tentang pegawai kejaan  
  • Bonus RM1ribu/sebulan gaji (dah bagi separuh, lagi separuh pada Disember nanti). Mekasih memanda menteri.
  • Tranfomasi kononnye- tukaqlah SSB ke SSM lepaih tu la ni SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) macam tu jugalah kepada yang membodek & cakap pandai akan didahulukan, yang kerja bagus & suka 'argue' ngan bos (kerja betul) akan di pinggirkan, selalunyalah! (bukan semua bos macam tulah). Tak sabar nak tengok opsyen baru ni, ape pulak prinsip perubahan radikal tu.
  • Naikkan umuq bersara 60 tahun, ni  aku tak brapa stuju, katanya bagi optimumkan sumbangan atas pengalaman, pada aku umuq tu dah xde sumbangan dah, pi keje suruh buat keje, depa ni kata "bagilah kat yang muda-muda tu, aku nak pencen dah", bila disuruh pegi kursus katanya "dah nak pencen nak pi kursus ape lagi" bila diberi kerja 'urgent' katanya "jangan bagi darah saya naik" bila jawab macam ni, aku yang xbrapa lemah lembut ni ape lagi "ooo..darah naik en xx nak kira, yg saya naik darah ni"... bila dah macam tu kekawan cuba nak reda keadaan plak cakap "ooi hang sarapan tebuan ke"  dan aku jawab "bukan aje tebuan, aku makan dengan sarang-sarang dia skali" lepas tu cool balik- dah melalut ni.  Kalau macam tu ape sumbangannye? Bukan sume macam tu kot, tapi yang aku jumpa macam tu lah!. Mungkin peringkat tertinggi tidak terjadi demikian.  
Kejaan sebenarnya nak kurangkan kos pengambilan pegawai baru disamping bayar kos gratuiti & pencen. Nampaknya banyaklah yang mati dalam berkhidmat & anak-anak yang tamat belajar menganggur pun ramai tunggu atok/nenek pencen. huk..huk..huk..(tak sanggup aku nak bawa tongkat & beg berisi ubat pi pejabat). Bos aku orang pertama setuju dengan cadangan ni...he..he..


Pasai naik gaji, jangan seronok sangat, kenaikan dalam kadar 7-13% antara RM80-RM300++ je, di mana kita dalam "range" tu ....RM100?. Kenaikan  tu setoit je, barang naik bukan 13% tapi mencapai 50% ape crite...cu crita..cu crita. Masih berharap lepas ni barang-barang & minyak tak naiklah, kalau tak-tang tu jugaklah. Paling kesian depa yang keje swasta & kerja sendiri makin terhimpitlah hidup di negara tercinta ni. Alahai memanda menteri.

Mak aku pun xditinggalkan oleh memanda menteri memberi kenaikan 2% setahun kepada pesara, mekasih memanda menteri. Warga emas juga dihargai dgn kecualikan caj pendaftaran pesakit luar.. he..he xpayah bagilah 1-2henggit je!. Alahai memanda menteri

Satu lagi, memanda menteri habaq nak ringan kos hidup, memanda beri bantuan on-off RM100 pada budak sekolah. boucer RM200 pada pelajar IPT & RM500 pada family income < RM3ribu. Barang naik tiap-tiap hari wahai memanda menteri beri bantuan skali je, kawal harga barang keperluan lagi baik la memanda menteri.

Tentang ni memanda menteri habag nak tambah kedai 1malaysia yang dikatakan harga murah 40%...ye ke murah, kalau murah kualiti apamacam?  (difahamkan penjenamaan semula 1malaysia tidak lengkap tanpa pengesahan tarikh luput, pengeluar dll info tentang produk tu -aku xpasti sebab xpernah tengok lagi kedai tu kat sini). Ade lagilah bbrapa program cam menu malaysia, bazar entah ape lagi, aku tak berapa yakin dengan program tu. Memanda menteri juga cadang Anjung Singgah untuk golongan geladangan, sapa golongan tu aku xtau (mungkin kes pi makan kat gereja tu kot, tu buat anjung ni). Macam mana depa nak kenalpasti golongan ni-biaq pi kat depalah.

Memanda menteri juga menaikkan  had maksimum layak beli Rumah Pertamaku ke RM400ribu, pada aku makin tinggilah bayaran bulanan kena bayar, banyaklah lagi orang yang akan dimasukkan dalam 'group' muflis (yg aku tau jumlah hutang >60% dari income dah kira muflis tu). Alahai memanda menteri. 

Memanda menteri juga kesian kat nelayan, katanya kesian pendapatan tak tetap, peruntukan RM300juta bagi kat Tabung Khas Perumahan Nelayan nak baiki rumah, macam mana nak bagi tak tau lah tu, mesti ade ketirisan kat sini...biasalah kan. Pemilik teksi pun memenda menteri janji kecuali cukai, subsidi..entah ape lagi.

Dalam bajet tu sempat jugak memanda menteri memerli ahli pembangkang tentang penghargaan kepada askar aski kita kononnye pembangkang tak hargai pejuang terdahulu (kes Mat Sabu kata Mat Indra pejuang & polis balaci penjajah hari tu kot), maka memanda menteri memfaraitkan on-off RM3,000 kepada balu/duda depa. Satu lagi konsep pakatan rakyat tentang negara kebajikan, kata memanda menteri depa dah lama amalkan konsep tu, dok crita pasai subsidi beras,gula, minyak, gandum tulah (makin lama makin kurang dah subsidi tu!). Tak brapa paham rupenya memanda menteri tentang negara kebajikan ni. Alahai memanda menteri.

Yang paling lawak tu elaun ahli parlimen, memanda menteri kata nak kaji tapi kemudiannya di tarik balik kerana kata pembantu memanda menteri, pihak pembangkang menolak cadangan tu (he..he.. dengar crite, nak naik bkos ahli parlimen pembangkang minta naik, tapi  tarik balik sebab ahli pembangkang tolak) ape crita ni memanda menteri. ha..ha..ha... Tulah gunakan suara pembangkang di parlimen, bab ni aku "selute" kat depa! BRAVO.

Tu jelah aku nak ulas yang lain tu program-program fizikal & xngerti sangatlah, orang korporat/bisness punya hal kot. Nampaknya belia kita tidak diberi tumpuan dalam bajet 2012....kesian...kesian...kesian.

Akhir N3, bajet 2012 tidak mencapai hasrat aku, aku mengharapkan 'income tax' pendapatan dikaji. Aku mengharapkan dinaikan pelepasan cukai anak, pengecualian pembelian komputer (tiap tahun beli komputer tapi pelepasan tiap 3 tahun), sedikit ihsan kepada yang antaq anak ke sekolah swasta ni (kalau boleh kecuali cukai juga atas yuran bulanan sekolah bukan buku sekolah aje). Tidak aku harap gaji naik diikuti barang naik. HARAPAN TINGGAL HARAPAN.....

JANGAN LUPA GST  (Goods & Service Tax) AKAN DIKENAKAN KEPADA RAKYAT PADA 2012 -RAKYAT DIDAHULUKAN (lani pi KFC, MD & hotel je kena cukai , lepaih ni macam-macam cukai ade) - TUNGGU!!!

Aritu, pre-paid depa nak kenakan cukai 6% tu pada pelanggan, memanda menteri marah katanya syarikat tak maklum pada kerajaan & ditangguhkan. Memanda menteri lupe yang bajet 2011 telah lulus & siap naik dari 5% ke 6%. Masa aku top-up kat anak aku, aku tanya pasai ni, toke tu habag nanti liam-liam kasi naik ma... customer bukan perasan ma... lu beli RM10 juga tapi lu dapat sikit ma...jangan suka sangat ma.. ini kelajaan ma... wa mau cakap sama lu @#%^^&^&*(.....sendiri sambung...he..he)-bukan aku cakap ni tapi org juai pre-paid tu.

DASAR TRANSFORMASI NASIONAL : BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA

Mana PERMATA ni, mana memanda menteri letak ni he..he..he.. sapa jumpa habaq kat comment tu, no  !!!!


Wasalam


Thursday, September 22, 2011

Ehmm... Kereta Api, Keretapi

Ni crita last week, hantar anak ke stesen keretapi, sampai je kat stesen tu depa kata 'ketapi lambat, pukui 9:00 - 9:30am  baru mai' (masa tu kat pukui 7:00am), ingatkan ketapi dah lepaih rupenye xmai lagi.

nilah stesen ketapi tu, tapi
aku xde dalam gambaq tu! ok.
Sib baek rumah dekat je, balik rumah dulu (itulah nikmatnya dok kat bandaraya kampung ni) kalau dok kolumpo, kirim salam-tunggulah kat situ. Balik rumah sempat lagi jemoq kaen, lepaih tu mai pejabat.  8:45am balik rumah ambik anak  pi stesen ketapi. Sampai kat stesen, depa kata ketapi pukui 10:00am  pulak dah. Nak wat cam mana, tunggulah, nak balik office sat gi depa kata xdak tiket, aku kena mai pulak ambik anak aku pi stesen bas, ye tak ye tunggu jugaklah sampai kaunter tiket bukak.


nilah stesen keretapi Kuala Lipis
 yang telah di'moden'kan
Masa nilah aku mengimbau kembali kenangan lalu tentang keseronokan naik ketapi (lama dah xnaik keretapi). Yelah dolu-dolu ketapi ni merupakan pengangkutan utama d Kuala Lipis. Jalanraya sangat berkurangan, jangan terkejut kalau laluan sungai juga menjadi pengangkutan utama, bukan kat Sabah & Sarawak je tau!

Naik ketapi ni seronok, bila duduk kita terhenjud-henjud kekiri kekanan, boleh jalan-jalan dari satu koc ke satu koc, ade kantin dalam tu boleh makan-makan & sambil makan-makan boleh ngorat-ngorat he..he..he. Aku dulu siap dapat alamat untuk berutus surat bagi menyambung silatulrahim lah konon. Tapi xpenah lah aku sambut silatulrahim depa tu, nak mampus (surat-surat kami dulu mesti kena check dek kastam/imigresen sebelum sampai ketangan kami-mak baca dulu). Layan masa dalam ketapi tu jelah, kalau tak boring gak berjam-jam dalam ketapi.

Keretapi dolu-dolu, masa aku kecik lagi depa pakai arang (ke kayu dah lupa) utk mengerakkan ketapi tu ( masa tu kalau xsilap aku kepala ketapi tupun hitam macam arang jugak he..he..he), lepaih tu depa tukaq pakai minyak kot. la ni dah pakai letrik lah pulak siap dgn koc 'aircond' lagi tapi perangai 'delay' (xikut jadual) tu tak berubah juga cam tu jugak lah. Dari Keretapi Tanah Melayu kepada KTMB & lebih 50 tahun wujudnya perkhidmatan ni, servis x membangun seiring dengan usia & nama.

Bila kaunter tiket bukak dlm 9:30 am(confirm ketapi nak mai) & anak aku dah dapat tiket, salam ngan anak & pi office. Anak aku sms habaq ketapi dah mai (masa tu pukui 10:08am), sentiasa lewat jadual motto yg sesuai dgn perkhidmatan ketapi ni.

Ending N3 aku letakkan you-tube ni -lawak oleh 2 orang lelaki cina permainkan  mamak restoren. Ia tiada kaitan dengan N3 aku ni . Aku jumpa masa aku merayau di Y-tube masa rehat tengahari mencari ytube ceramah tapi jumpa yg ni pulak!

Enjoy it!



kah..kah..kah.. no pok-no pok  kesian mamak tu


Wasalam.

Monday, September 19, 2011

Selamat Hari Malaysia

Kepada semua rakyat malaysia SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA ke-48, kalau ikut sejarah pembentukan Malaysia kan, (tapi baru kali ke 2 disambut-sorry kalau silap, aku ni tang sejarah lembab tul). Walaupun dah terlewat 3 hari, sambutan dia sebulankan (macam raya juga nak celebrated sebulan gak sebab posa sebulan he..he..).

Masa majlis sambutan Hari Malaysia ari tu, dengaq crita PM dah mansuhkan ISA, setelah sekian lama ia diperjuangkan oleh mereka2 yang terbabit, maka terhapus juga akhirnya. Aku xmau komen pasai ni sebab aku & keluarga aku tiada yang terlibat dengan Akta ni, hanya mereka & keluarga mereka yang terlibat yang tahu kesannya.

Apepun pada aku hukum Allah yang telah termaktub dalam Al-Quran adalah sebaik-baik ikutan kita sebagai umat islam. Allah menjadikan kita dimuka bumi ini siap dengan segala aturan dan panduan iaitu Al-Quran. Undang-undang ciptaan manusia tidak lengkap & akan sentiasa berubah, akal manusia yang sejengkal manakan sama dengan Penciptanya.

Hari Malaysia ni ialah hari pembentukan Malaysia iaitu kemasukan Sabah (North Borneo), Sarawak & Singapura. Tarikh asal pembentukan ialah pada 31 Ogos 1963 (6 tahun lepas merdeka) tapi atas beberapa sebab yang xdapat dielakkan (ayat standard), ia terlaksana pada 16 September 1963 tapi Singapura xjadi joint Malaysia. Selama ni tak sambut pun  Hari Malaysia tapi setelah ade pihak yang buat 'havoc' kata kerajaan xhargai penduduk Sabah & Sarawak dalam pembentukan Malaysia. Jadi pada tahun 2009 diumumkan Hari Malaysia akan mula disambut pada 2010, tu yang aku habaq ni kali ke 2 tu! (timakasih pada depa-depa tu, tambah satu ari cuti umum).

Akhir N3, aku ucap SELAMAT HARI MALAYSIA, semoga kita rakyat malaysia hidup aman didalam pelbagai bangsa, budaya , agama dan adab resam dalam satu negara.

Malaysia : Pelbagai Bangsa Satu Negara (ini tema aku)

Ya Allah, Engkau lindungi lah kami rakyat malaysia dari segala bencana, adu domba untuk merosakkan keamanan dan kesejahteraan hidup kami dibumi bertuah, Malaysia ciptaan Mu ya Allah. Amin.

Wasalam.

Tema Hari Merdeka & Malaysia 2011

Thursday, September 8, 2011

Mencari Jalan Pulang

Selamat kembali bertugas buat semua, yang beraya balik kampung beraya, bagi yang cuti-cuti malaysia pun dah balik bertugaslah kan. Cuti bonuslah katakan ( bonus duitpun dapat kan!)

Confius dengan tajuk N3, aku bukan mencari jalan pulang setelah 'terjerumus' ke lembah hina  @ tersesat dalam hutan ke ape, tapi penjelajahan mencari 'route' untuk balik ke kampung halaman aku.

Mula-mula aku dok utara ni (masa tu single mingle lagi), nak balik kampung senang je!, beli tiket naik bas turun pudu raya (la ni depa panggil 'pudu sentral' - tak pi tengok lagi lagu mana ropernya lepas make-up tu). Dari pudu aku ambik bas lain ke kampung aku, tak payah pikiaq nak ikut 'route' mana , ikut suka driver bas tu lah, yang pasti aku akan sampai ke destinasi yang nak dituju. Selalunya Bas Nasional lah pilihanku kerana aku boleh ambil tiket ke kedua-dua destinasi (AS-KL & KL-Kljunior gelaran org sekampung) & masa tu depa dah ada insurance juga drivernya sangat menjaga 'waktu solat' penumpangnya. Lepas aku kahwin & ada anak, taklah naik bas dah, yelah nak angkut raga susu, buaian baby & segala beg-beg, tak kan nak naik bas lagi. Maka bermulalah expedisi mencari 'route' balik kampung aku (kampung somi xdehal punya, laung pun sampai he..he).

Route Pertama

 Masa pertama kali nak balik tu, kreta lama je, xconfidentlah pulak nak bawak kreta tu sebab bawa 'baby' di kami sewa pandu kretalah (kreta sewa ni pun ade crite tapi lain kalilah).
Kemudiannya kami pernah bawa kereta tu balik & ok rupanya. injinnya power -naik-turun-belok semua ok, jangan pandang rendah pada yang lama he..he..he

Route pertama kami ambil laluan pantai timur. Kami masuk Highway Utara-Selatan hanya sampai Gurun saja, keluar Gurun masuk jalan persekutuan Jeniang-Baling-Grik-Jeli (Jalanraya Timur Barat)-Kuala Krai-Gua Musang-Kuala Lipis.

Adoi! punyalah jauh, kematu punggung. Dengan anak kecik masa tu, rehat memanjang kat  Baling-rehat, on the way ke Jeli-rehat, Bukit Bunga-rehat, Gua Musang-rehat, Merapuh pun rehat, akhirnya sampailah kat Kuala Lipis. Mau 12 jam jugaklah. Dua tiga kali jugalah aku terseksa ikut Jalanraya Timur-Barat ni.

Route Kedua
Berikutnya aku ikut selatan pulak. Kali ini kami masuk Highway Utara-Selatan (Alor Setar-Tanjung Malim) keluar ke Jalan Persekutuan ke Kuala Kubu Bahru, masuk jalan ke Freser Hill terus ke Raub-Benta dan sampailah ke Kuala Lipis.

Perjalanan agak selesa, cuma perjalanan dari Kuala Kubu ke Freser Hill agak lengang, kena pastikan kreta betul-betul 'tiptop' kerana kalau jadi ape-ape xde sape nak nolong. Masa perjalanan juga dalam 8-10jam (tengok mood driverlah-rehat banyak lambatlah sampai). Laluan ni menjadi laluan kesukaan kami ketika itu berbanding 'route' pertama tadi.  Tapi 'route' ni tidak digemari oleh anak-anak aku kerana jika mereka tidak 'tidur' semasa perjalanan dari Kuala Kubu ke "Gate" di kaki Bukit Freser, mereka semua akan muntah dan bila tiba di 'Gate' tu mereka akan aku mandikan & tukar pakaian mereka disitu. Beberapa kali juga aku melalui 'route' ini & lama kelamaan anak-anak aku pun dah manghli kot dah tak muntah lagi. Kemudian kami mencuba satu lagi 'route' yang dicadangkan oleh seorang kenalan yang isterinya juga dari Kuala Lipis.


Route Ketiga


Route  ni hampir sama dengan route kedua tadi iaitu kami keluar di interchange Tanjung Malim dan terus ke Batang Kali ( route kedua tadi kami belok ke Kuala Kubu) naik ke Genting Highland turun  ke Lebuhraya Karak  ke Bentung-Raub-Benta- Kuala Lipis (tak brapa inatlah pulak laluan ni ye!). Seingat aku sekali dua aje aku ikut 'route' ni sebab driver lebih suka 'route' kedua tu.
Semasa lalu 'route' ni aku & anak-anak sempatlah naik kereta kabel dan makan-makan sambil menikmati suasana nyaman di puncak Genting tu (balik kampung sambil melancung gitu).

Route  Empat
Selepas beberapa kali mengikut route dua, jiran kami memperkenalkan satu lagi laluan. Jiran sebelah rumah ni selalu ke Cameron Highland dan dia mengikut jalan Simpang Pulai. Dari info dia & aku sendiri pernah menghadiri bengkel (lupa sapa penganjurnya tapi salah satu kertas kerja yg dibentangkan ialah pasal jalan Simpang Pulai-Gua Musang nilah). Lepas tu kami cuba 'route' ni pulak. Seperti biasa kami masuk Highway Utara-Selatan dan keluar di interchange Simpang Pulai keluar ke kanan dan masuk ke Cameron Highland (ade papan tanda sebelum simpang kanan tu) terus ke Gua Musang dan Kuala Lipis. Kalau route dua & tiga tadi jalannya macam 'ular kena palu' (bengkang bengkok), route ni pulak turun naik bukit.

Kami akan melalui kawasan tanaman sayur & dapatlah beli buah strawberry & sayuran di kaki bukit ke Cameron Highland dan melalui kawasan tanaman sayur Lojing ( yang pernah jadi isu hakisan tanah akibat tanaman sayur di TV3 satu ketika dulu). Tema tanaman sayur di Lojing ni 'Sayur untuk Makanan' (mungkin xguna racun kot). Aku sungguh teruja melalui kawasan ini dengan 'scenaries' gunung & lurah, kawasan tanaman sayur dan suasana nyaman merentas Banjaran Titiwangsa (ye ke tu banjaran titiwangsa). Indah sungguh ciptaan tuhan ( Thomas-pemilik blog Turbineman's Log, u kena lalu sini & take photo)

Selalunya kami akan berhenti di kedai-kedai di tepi kaki bukit Cameron Highland untuk membeli buah & sayur hasil tanaman petani  Cameron Highland disamping menikmati cuaca dingin juga untuk  membuang ape yang patut, next destination ke Gua Musang (kekadang brenti jugak kat sini-makan) dan terus ke Kuala Lipis. Route ni menjadi kegemaran sehingga kami mencuba route berikutnya pada cuti raya baru-baru ni.

Route Kelima

'Route' ni adalah terakhir setakat ini & terbaek buat aku. 'Route' ni mulanya dicadangkan oleh gemulah abah aku masa balik raya aidul fitri tahun lalu-2010, ( kali terakhir rupanya aku beraya dengan abah tercinta- alfatihah buat gemulah). Masa tu kami tak bersedia nak cuba sebab dari Kuala Lipis banyak sangat belok-belok (mengikut penerangan dari gemulah abah) tu yang cuba tahun ni dari Cameron Highland kami rasa mudah sikit.

Macam biasa kami masuk Highway Utara-Selatan, keluar di interchange Simpang Pulai, jalan yang sama saperti route empat, tapi kali ni tidak terus ke Gua Musang sebaliknya  naik ke Cameron Highland melalui Kampung Raja-Brincang-Tanah Rata - Ringlet. Sampai ke Ringlet jumpa simpang Y- satu ke Tapah & satu ke Kuala Lipis.

Dari simpang d Ringlet tu terus saje hingga tiba simpang  tiga, belok kanan (kiri pi mana tah xingat) terus Sungai Koyan daerah Lipis. Terkejut aku biaq betui dah masuk daerah Lipis (simpang ke Ringlet itu ialah Pos Betau-klau tak silap lah). Dari Simpang tu  ke bandar Kuala Lipis & rumah aku dalam 1/2 jam kot. Dekat gila!. Jarak dari Ringlet ke Simpang 3 (keluar Pos Betau) tu aku tak dapat nak habaq sebab tiada perbatuan dinyatakan & papan tanda yang disediakan pun masih kosong tang info km tu. Memang jalan tersebut masih barulah tu, dalam Google pun jalan  dari Ringlet ke Pos Betau tu pun xde,-terputus. Mungkin jalan tu disambung hasil dari jalan balak yang diturapkan macam jalan Simpang Pulai-Gua Musang (tu pun jalan balak asalnya).

Andaian aku Kerajaan Pahang malu kut nak masuk rumah sendiri kena lalu pintu rumah orang lain (lalu negeri Perak nak masuk Cameron Highland), tu yang di turap jalan dari Pos Betau ke Ringlet tu. he..he..he.

Pepun terima kasihlah kepada pemerintah kerana dah memendekkan jarak aku nak balik kampung. Lepaih ni ikut jalan ni lah nampaknya sehingga ada 'route' baru.

Semasa kembali ke Aloq Staq, kami pun singgahlah kat ladang teh Bharat tu, aku letakkan satu photo  aku & my assistance (anak dara akulah) kat dlm ladang teh tu. Ada beberapa gambar tapi dlm hphone anak sulung aku, tak dapeklah nak di tontonkan dlm N3 ni. (Aku macam penah tengok tempat ni dalam satu dari blog Thomas, kalau betul lah, kini aku telah ade d situ)


Sambil menunggu hero-hero solat jumaat, aku & my assistance pekena teh pudina, curry puff, strawberry smoothy & kek coklat, ding dong ding dong RM23 ++, terkejut anak aku teh bubuh daun pudina pun RM5++, aku senyum je xpelah bukan selalu, kata ku.


Di akhir N3, aku paparkan semua Route yang telah aku lalui dalam mencari jalan pulang. 

Seronok balik kampung dapat jumpa anak-anak saudara yang kini dan remaja & kiut miut semuanya, terasa tualah pulak. he..he..he

Wasalam.
p/s; xpandai sangat nak 'insert', pelan-pelan tu sekadar gambaran kasar je! nak 'clear' tanya pakcik Google k.