Monday, June 10, 2013

Mana Iron Man 3 ?

Lama jugak rupenya aku 'berkabung' lepas PRU 13 ye! bukan demam kekecewaan PRU13 tau Thomas, cuma 'terkilan & tertipu' dgn sistem pilihanraya itu sendiri!. 

Masa nak ngundi aritu bos pun macam kena 'sampok antu' PRU jugak -kerja kurang sempatlah aku buat N3 pasai Al-kisah PRU13, aku ingatkan nak tutup alkisah tu dgn round-up beberapa findings tapi tetiba mood aku down (walaupun calun pilihan aku menang ..he..he).....lain kalilah nampaknya.  case closed !!!!!!

N3 ni dah xde kaitan dgn politik & jauh sekali dari nak promosi filem Iron Man 3
 ....bukan ....bukan ....bukan!!!

Ni kisah iron baju....bukan iron man3 tapi dek penangan kehangatan promosi filem IM3 & dalam masa yang sama iron baju kat rumah aku tu rosak maka terkeluarlah perkataan spt tajuk N3 aku tu!

Pagi kejadian, aku gosok baju sekolah si adik, iron tu dah longgar semacam je!, tang gosok baju aku, handle iron tu dah tercabut dari tapaknya. Nasiblah aku gosok tudung dulu, kalau tak 'retak seribu'lah tudung tu (baju kedut xlah nampak sangat sebab boleh cover dgn bunga2 kat baju tu-fesyen bunga kedut)..he..he..he

Mai lunch break, aku balik nak ambik si-abang yg sekolah petang, aku tengok dia dok pakai towel lagi, "hai, xsiap lagi - xsekolah ke?" kata aku. "Mana Iron Man 3, mak letak kat mana?", tanya anak aku.

Iron Man 3 ??????

cordless iron yg tercabut tapak tu

"Hang nak buat ape dgn IM3 pulak?",tanya aku. Jawab anak aku "laa... cheq nak gosok bajulah ..mak letak kat mana?"

Baru aku tau dia cari iron nak gosok baju. (aku dah letak kat tempat lain, iron tu). "Iron tu dah tercabut ...ari ni, pakai baju kedutlah. Petang satgi beli iron lain!", kata aku.
Ni pulak yg baru beli

After office, pi cari cordless iron  macam yg lama tu, org kedai tu kata-xkeluaq dah model tu (aku suka cordless sbab xdgangu oleh wire iron masa ironing). Dah xde, beli dry iron yg biasa je. Nak pusing kedai xcukup masa. Beli ikut kehendak anak aku, nak yg ringan!.

Sekian, sekadar nak activated blog aku ni & nak habaq yg aku masih diberi nikmat 'hidup' oleh Allah untuk terus menikmati kehidupan didunia fana ini. 

"Alhamdullilah, aku bersyukur akan segala nikmat sihat & rezekiMU. Moga aku dberi kekuatan memanfaatkan nikmatMu untuk terus melaksanakan tuntutanMu". Amin!


Wasalam.


3 comments:

  1. Kamu berkabung,saya kecewa,kecewa kerana cuma seorg sahaja calun saya yg memang,bukan senang sebab terpaksa terbang balik dari Labuan dgn duit sendiri semata2 utk menjatuhkan 'perintah' yg sudah lapok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thomas, sekiranya kalah dgn tiada penipuan, mungkin boleh terima. Dakwat kekal tu memang 'out' & pengundi xboleh mengundi pun ade masa saya pi mengundi, ada seorg warga mas terpaksa balik kerana dikatakan beliau telah mengundi.

      Delete
    2. Sepatutnya SPR mengunakan sistem Biometric fingerprint system utk memastikan identity setiap pengundi,bukan dgn cara membaca nama dan numbor IC tetapi gambar IC hanya dilihat oleh petugas SPR.

      Delete