Thursday, January 30, 2014

Welcome Kuda Kayu....

Lama x jengok & buat N3 kat blog aku ni. Akhir tahun & awal tahun dihabiskan dgn bercuti ziarah emak & teman-teman mak aku ...ayam, itik, mengadap anak sungai belakang rumah sambil mengimbau kenangan lalu (tempat menyelam, segala jenis kuak-kupu2,lentang seme boleh & ada ketikanya menjadi tempat membuang hasil mahsul dlm badan ketika xcukup jamban ..he...he..he), kini lesu & semak aka samun. 

Diluar sedar dah  sebulan 2014 dilalui. Maal Hijrah disambut dengan penuh keinsafan, dunia & usia makin meningkat. Tahun baru masihi 2014 disambut suram & diraikan dengan perhimpunan TURUN sempena kenaikan harga barang!.

Masa tetap pergi xkira kita nak rai ke x, ia tetap berlalu. 

Tanggal 31 Jan 2014 kita sambut kedatangan tahun baru cina & mengikut kalendar cina, tahun 2014-2015 adalah giliran kuda kayu mengambil alih ular air. Bila aku tanya wiki, baru aku tau ...tahun kuda ni ada elemen api, tanah, besi, air dan kayu

Aku suka kuda, kuda merupakan binatang yg memiliki natural beauty & sexy (melalut dah), melambangkan prestige, elegant, courage, power (berkuasa 'kuda' he..he..he ) &  boleh juga  nak menumpang manja (.iye ke?..) berbanding dengan ular yg  mengelikan aku (sebut nama pun aku boleh meremang bulu roma, waima melihat gambar apalagi melihat yg idup-bukan mati kena patuk tapi mati sebab geli tengok!).

Kuda kayu  mempunyai 2 elemen
... kuda ada elemen api 
... kayu ada elemen keras/kaku 
merupakan gabungan yg produktif & harmoni. 

Warna yang dikatakan bawa 'tuah' ialah hijau, biru muda (cyan), ungu  & oren (jingga), so sesapa yg rasa nak tukaq cat rumah, boleh cuba guna warna-warna tu ...kot..kot bertuah/kaya! (rezeki Allah bagi, bukan sebab warna tu .... jgn percaya lak), nak tau lebih  tanya wiki!

Tengok kan keadaan dunia lani, suasana politik dok haru biru (eg:thailand & mesir), cuaca x menentu (banjir, ribut, letusan gberapi dll) dan ekonomi dunia menjunam dgn kadar inflasi yg meningkat, akan wujudkah?.....harmoni. 

Kat Malaysia pulak, semenjak 2menjak ni, dah jadi trend pulak semua hal dikaitkan isu kaum, guru denda murid xbuat kerja sekolah pun boleh jadi isu perkauman...berilah ruang kepada guru-guru untuk mendidik anak-anak kita, waima kangkung pun boleh jadi isu kaum...adohai Malaysia!

Mari kita ambil semangat 'lo hei' (gaul & lambung ramuan yee sang keudara sambil melaungkan ucapan tanda bermula tahun baru yg makmur) di mana semua dah campoq gaul xleh nak kelaih dah. Boleh tambah kangkung dalam yee sang, kalau suka...he..he.. (sekadar gurauan je! ....maaf kalau ia terkesan dihati). 

Moga keharmonian & saling memahami yg terpahat sekian lama xterhakis dek isu-isu yg remeh temeh! 

Sekadar memahami & menghormati adat resam juga kepercayaan sesama kita. Sebagai orang islam yang berpegang kepada rukun islam yang lima dan rukun iman yang enam ...hidup-mati-rezeki -jodoh telah ditentukan & rahsia Allah.
  
Happy Chinese New Year to those that celebrate it! 
teristimewa buat mereka yg mengenali & sentiasa ada dikala khidmat mereka diperlukan. TQ....Xièxiè

Gong Xi Fa Cai




Selamat berhujung minggu & berhati-hati di perjalanan.

Wasalam
p/s : harap xde yg dok judi 'lumba kuda' sempena tahun kuda ni .... nak menari kuda kepang ok..