Thursday, December 5, 2013

Sapa Yang Kenaaaaaa .............

N3 ni nak memperihalkan pasal aku & hangpa yang jadi rakyat di bumi bertuah bernama MALAYSIA!.

#1  Harga minyak naik

 
Hadiah pertama dari pemerintah selepas berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan untuk 5 tahun berikutnya.
 
  ....Kita jugak kene .....! 










#2  Harga gula naik

Memula kata menteri pengguna xde bincang nak naik reghe gula (putik bunga). Lepaih tu menteri kesihatan buat kluaq data pengidap kencing manis meningkat (bunga  dah kembang). Tup-tup bajet 2014 reghe gula naik (kurangkan subsidi). 

Ayat kaw dari PM "statistik menunjukkan terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yg berumuq >30 tahun mengidap penyakit diabetes. Sekiranya tidak dikawal, pesakit akan mendapat pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata bute & kaki kene potong. Sehubungan dgn itu, Kerajaan mencadangkan utk memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen kuatkuasa 26 Okt 2013...." (segera sungguh!).....Sayang sungguh PM kepada rakyatnya (tersayang buat kroni yg dpt AP).

Kenyataan 'standard' menteri & suku sakat ...kenaikan tidak membebankan rakyat & peniaga dilarang menaikkan harga  makanan sebarangan.... (kalau aku peniaga tu...ade aku kisah!)
 ....Kita jugak kene potong.....!

 #3  Tadika -pengasuh dera anak
Bila jadi kes dera anak pulak, depa siasat, habaq mai pusat asuhan tu xdaftar kat JKM pulak. Salahkan ibubapa pasai pa xsemak dgn JKM dulu. Lepaih tu depa buat saranan 'baguih punya!', mak menteri suruh ibubapa 'buat lawatan mengejut kat nursery' ... adoi kat Aloq Setaq bolehlah ...kalau kat KL ... mamai kot mak menteri ni!


    ....Kita jugak kene jadi spy pekak!.....

 
  
#4 GST
Yang ni pun dah habaq dalam bajet aritu. Lani dah mula dibuai-buai & dinyanyikan dalam media elektronik/TV, tentang kebaikan GST ni. Dulu-dulu syarikat besaq & org yg gaji besau je kena cukai...lani tok/tok wan, pak long, mak ngah buat bendang pun kene... sama-samalah kita menikmatinya .....he..he...

....Kita jugakkkkk......




#5 Isu Kad pengenalan palsu/hilang

Terbongkaq.... bila sorang isteri a.k.a ibu telah dbunuh oleh pengawal keselamatan? Siasat-punya siasat pemilik kad pengenalan palsu & terbongkar sindiket kad pengenalan palsu. Entah macam mana selongkar punya selongkar dapatlah sekian banyak IC telah hilang (nak habaq, IC hilang nilah punca ada IC palsu -kes bagi IC...tu camna pulak?). 

Penyelesaian, pak menteri kata, kita kasi "naik kadar denda kat sesapa yang hilang MYKad".
  ....Kita jugak yang lalai & tanggung sendirilah dendanya tu.....!


#6 Elak Cukai
Baru ni, keluaq pulak  crita, ....xpatriotik & pengkhianat negara jika rakyat elak dari membayar cukai. 

Yang depa boros & salah urus duit pembayar cukai tu kita nak panggil ape ye!

 ....Kita jugak  yang pengkhianat.....!
 



#7 Tarif elektrik

Terkini dengan gembira diumumkan kenaikan tarif elektik bermula Jan 2014
TAHNIAH!!!

Dimaklumkan kenaikan tidak melibatkan pengguna domestik yg guna kurang 300kwj sebulan.  Tambah fakta lebih 70% pengguna domastik dikatakan xterlibat, pakat seghonok dengaq nooooo.... (secara langsung, cara xlangsung?)

Kos xperasan 'dana wang tenaga boleh baharu-re fund' (nipun aku xfaham tapi kene bayaq tau), depa caj 1% (dari total tarif elektrik) naik jadi 1.6% (pi tanya kat TNB la no).
Satu hal lagi depa akan kenakan GST (xpasti jumlah kwj yg guna).

Sayugia harus diingat kalau tarif eletrik komersial & industri/kilang naik (ingat depa nak rugi ke?, maka pengguna akan tanggung) maka rantaiannya harga barang semua naiklah, waima nak cabut bulu ayam pun pakai letrik

......pak menteri oooiiiiiii.......akai ada ka!!!!!!!

....Kita jugakkkkkkkk....!

COMING SOON -last not least
HAPPY HOLIDAYS......TOL NAIK

....Kita jugak  la .....!

Didikasi kan lagu ni buat rakyat Malaysia yang masih aman & kos sara hidup yang masih rendah berbanding negara lain ....he..he.,.
Hoore..hoore...horee...bergumbiralah 

 


 

Wasalam.
gambar-gambar ihsan 'google' & harap dihalalkan oleh pemiliknya.


Monday, November 4, 2013

Ahlan Hijrah 1435

Dengan izinNYA, terbit fajar esok kita berada di tahun baru Hijrah 1435.

Naik satu angka 1434H kepada 1435H, masa beredar, usia meningkat, maka makin hampir kita ke hujung usia (seghiau pulak aku bila ingat ......). Sesungguhnya hidup di dunia hanya seketika (realiti bukan fantasi).

Menyambut tahun baru bukan sekadar memperingati & memeriahkan dengan segala bagai sambutan tapi menghayati sejarah & mengambil iktibar/hikmah disebaliknya. 

Macam biasa bila tahun baru (masihi ke...hijrah ke)! soalan standard. Apa azam tahun ni? pada aku tu pesen lama & x terkesan pun!

Hijrah dengan ikhlas & istiqamah (bersungguh-sungguh kerana Allah) dalam diri!
  • Istiqamah hati supaya sentiasa teguh dgn 'tali Allah', jauhi dari syirik, riak, takbur dll-yakin akan kebenaran. 
  • Istiqamah lisan dengan berkata benar, tidak berpura-pura/bermuka-muka/berdolak dalih. Berani berkata benar & hanya takut kpd Allah. 
  • Istiqamah perbuatan melaksana pekerjaan hanya untuk mendapat keredhaan Allah. Berdidikasi melaksanakan tugas tanpa rasa kecewa, lemah semangat/putus asa & tidak hanya mengharap laba dunia semata!
Sabda Rasulullah saw, bermaksud :
 "Seorang muslim itu, adalah orang yang menjadikan muslim lainnya merasa selamat dari lisan & tangan (perbuatannya). Sedangkan muhajir (orang yang hijrah) adalah orang yang meninggalkan segala yang dilarang Allah SWT.(muttafaqun Alaih)"

Jom hijrah!!!!
  • Kalau selama ni kita rasa dah "A" dalam solat wajib, jadikan "A+". dgn solat sunat.
  • kalau selama ni dah "A" solat sunat, jadikan "A+" dgn tambahkan bilangan rokaatnya.
  • kalau selama ni dah "A" puasa wajib (bulan Ramadhan), jadikan "A+" dgn puasa sunat.
  • lagi..dan..lagi....dan...lagi 
......Teruskan hijrah kepada yang lebih baik....
KITA MAMPU MELAKUKANNYA....

Yaa Allah, teguhkan iman kami & keyakinan yg bersungguh-sungguh kepada ajaranMU & melakukan ibadah dengan baik/sempurna. 
Yaa Allah kekalkan kami didalam agamaMU. Moga kami mendapat manfaat dunia dan akhirat atas segala yang kami lakukan hanya kerana MU,
Amin...Amin...Amin



"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Selamat menyambut Ma'al Hijrah. Tiada hijrah selain kerana ALLAH. 

Moga bumi Malaysia juga penduduknya sentiasa mendapat perlindungan dan hidayah dari Allah swt.

Wasalam 

coming soon .... tahun baru masihi 2014. Masa berlalu pantas...dunia dah tua!!!!
 

Monday, October 7, 2013

Dilarang Potong Kuku & Rambut?

Hari ni dah 2 Zulhijjah 1434H yang lebih dikenali bulan haji. Bila kata bulan haji maka tentulah ada raya haji aka aidul adha aka raya qurban. 

"Event" utama pada bulan ni ialah melaksanakan rukun islam ke-5, menunaikan haji di Baitullah (bagi yang terpilih menjadi tetamu Allah). Bagi yang x sampai giliran @ yg dah pi, boleh laksanakan ibadah Qurban.

Selama aku laksanakan ibadah qurban ini, yg aku tau, selaku  org yang nak buat korban, aku diingatkan :-
  1.  Pilih binatang ternakan berkaki empat (unta, lembu/kerbau, kambing/kibas) cukup umoq, sihat tubuh badan, cukup sifat (xcacatlah) dan sekiranya betina pastikan ia tidak bunting/mengandung. Kambing/kibas dikira satu bahagian (seorang je), binatang lain boleh syer 7 orang (7 bahagian).
  2. Melaksanakan diwaktu-waktu yg ditetapkan iaitu 10-13 Zulhijjah (lepas solat aidul adha 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah), jangan nak memadai sembelih malam raya ke @ nak lajak 14 Zulhijjah ke! Tu xkira qurban, boleh jadi sedekah jelah!
  3. Sunat dilakukan bagi seorang yang menjalankan ibadah qurban ialah :-
  • sunat dihadapkan binatang sembelihan ke arah kiblat
  • sunat kita  menyapu/mengusap kepala binatang korban
  • menggunakan pisau besi yg tajam semasa penyembelihan
  • menyaksikan sendiri binatang korban tersebut disembelih (kalau xrasa ngerilah & xboleh rasa kesian kat binatang tu),
  • Semasa proses penyembelihan binatang qurban tu, bacalah bismillah, berdoa (Yaa Allah, inilah amalan yang ENGKAU perintahkan supaya aku kerjakan keranaMU terimalah amalanku ini ...lebih kuranglah), berselawat & bertakbir.
  • sunat melakukan sendiri penyembelihan binatang qurban (kalau lelaki lah)
Bila aku ronda kat Youtube, dengaq ceramah ni, baru aku tau!!
DISUNATKAN KEPADA MEREKA YANG BERHAJAT MELAKUKAN IBADAH KORBAN, apabila masuknya bulan zulhijjah (1 zulhijjah) sehingga selesai ibadah korban, tidak dibenarkan memotong kuku juga mencukur segala rambut yg ada di badan.
(sib baik aku potong kuku Jumaat aritu-lom masuk Zulhijjah. Dulu-dulu tu xtaulah, walaupun sunat tapi rugi gak kalau xbuat)

Jom dengaq  ni....


Ini berdasarkan sabda Rasullullah saw. bermaksud :

"sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka biarkan (jangan dipotong) rambut dan kuku-kukunya"

Bila dah laksanakan qurban, sekoq lembu/kerbau/unta dibagilah 7 tompok/bahagian. Maka bahagian kita tu bolehlah kita simpan sikit utk sekali makan (xdigalakkan menyimpan lebih pada 3 hari) yg lelain tu sedekahlah, 1/3 kat kaum keluarga, 1/3 utk sahabat handai (xkira miskin..kaya) dan 1/3 kat golongan fakir & miskin. Pernah juga aku dengar (xpasti), daging qurban boleh diberikan kepada non-muslim terutama kepada mereka yg diharapkan akan memeluk islam & dengan pemberian tersebut menunjukkan kebaikan & Islam menyanjungi  mereka sebagai manusia, walallah huallam!.

Satu kemuskilan aku tentang membuat qurban di negari/negara lain (Sabah, Kemboja, Palestine dll) juga terjawab dalam ceramah Dr. Abd. Basit tu. Jadi bolehlah aku teruskan niat nak melaksanakan ibadah qurban di Kemboja (bukan aku pi, tapi wakilkan kat ustaz yg pi tu he..he..he...Insyaallah) sebab room-mate aku akan buat qurban kat taman perumahan aku ni.

Selamat menunaikan ibadah qurban dgn hati yg ikhlas, tanpa rasa takbur @ menunjuk2 dan daging qurban tersebut diagihkan tanpa membazir. 

Semoga amalan kita diterima & diberi ganjaran oleh Allah swt. AMIN!


 

Wednesday, August 28, 2013

Infaq x cukup?

Lama xberN3, nyaris aku lupa pw sign in... Ramadhan berlalu, Syawal dah dipenghujung. Masa pergi xperlu disuruh. 

Hasil  post mortem  Ramadhan tahun ni (he..he..Ramadhan pun buat post mortem), aku mencapai target 100% solat sunat terawih (xmasuk uzur syarii) & pembaziran  sifar (90% tercapai), Alhamdullilah. TAPI......
 
Penemuan berikutnya, aku kurang melakukan 'infaq'/sedekah/derma, hasil post mortem mendapati 
...ia berpunca dari....
  1. PM xbagi bonus hanya bagi bantuan khas kewangan ....duit tu pun lesap (xcukup pun) kat service kreta nak balik kampung  (sebenarnya lebih afdal kiranya kita memberi infaq semasa kita sendiri 'rasa' xcukup peruntukan) ..hu...hu...
  2. Kurang orang datang kat rumah/pejabat minta infaq ...depa semua dah ade sponsor kut! (pejabat baru-pak/mak guard x bagi naik kot!)
  3. Aku ambil sikap berhati-hati nak infaq ...lepas beberapa incidences seolah-olah aku dtipu (bila baca berkaitan penipuan peminta infaq yg dicritakan hampir sama spt yg aku alami). Walaupun UAI dah dijelaskan tentang pahalanya, tetap terkilan dihati.
  4. hati & akal aku tetap xrela-hilang rasa ikhlas!
  • pernah aku infak untuk bina masjid tapi dimaklumkan masjid tu xbina pun!, redha jelah.
  • sekadar hiasan-ihsan Google
  • pernah aku lihat sendiri dmana seorang makcik (masih sihat..segar bugar), masa dia baru 'bukak sila' (nak duduk), diselak lengan baju ...tuuuudia...gelang emas sekerat lengan, dlurut simpan dlm beg tangannya. Anak aku nampak sampai terkeluaq ayat "tudia.... gelang dia banyaknya!". Lepaih tu, aku terminated  makcik tu dari senarai penerima infaq aku!
 
sekadar hiasan-ihsan Google


  • aku xlagi  memberi kepada OKU/peminta sedekah yg dok nyanyi lagu-lagu "lagha" kecuali depa dok selawat @ zikir.




  • masjid yg sama (atas alasan nak bina) berulang kali minta derma pun aku reject bila dbualbicara, aku rasa was-was akan jawapannya.
  • anak-anak yg dok juai 'beli sambil derma' pun aku deleted dari senarai, kalau depa kata xda duit nak makan aku ajak pi makan! 
  • Kenapa xde tindakan?-Ihsan Google
  • aku hadkan infak aku kepada badan/persatuan yg nyata & pasti statusnya.
  • aku hadkan infak aku kat masjid/surau yang aku singgah utk solat yg dah tentu/pasti akan digunakan oleh masjid/surau tersebut. 
Adakah itu bermakna hati & jiwa aku 'kering'?
Ya Allah, ampuni aku!

Dah crita pasai post-mortem Ramadhan bab infaq/sedekah ni, nak juga aku hikayatkan pasai kelaku peminta sedekah/derma ni & sayugia tertipunya aku!

 #1 - dompet dicopet
Aku rasa ni ramai yg terkena, kejadian ni masa aku duduk kat KL. Masa aku dlm perjalanan ke Puduraya (nak balik KL Junior). Aku didekati seorang lelaki, dengan tertib/sopan memberi salam & mengisahkan dia kena pickpocket, nak balik JB, mintak duit kat aku untuk beli tiket bas ke JB. Dengan penuh simpati, dia minta RM10.00 aku bagi RM20.00. Bila aku crita kat housemates aku, depa gelak terguling-guling ..... kene tipu. hu..hu..hu..

#2 - minta derma masa makan
Kalau kita makan kat gerai (tepi ke tengah jln) akan adelah bebudak mintak derma, aku macam biasa "nak makan -duduk, kalau nak duit xboleh", kata aku - confirm depa bla punya! (adakah itu sindiket?)

#3 - lelaki berbasikal
Lelaki ni selalu berbasikal meminta sedekah (aku jumpa muka dia merata-rata, kat office lama aku pun ade). Kali pertama dia datang rumah aku, tunjuk surat 'sakit mental' dari hospital, kesian so bagilah (takutpun ade-bekas org gile). Berikutnya datang lagi, kali ni aku screw  dia, "Saya taulah encik ada surat sakit mental, tapi badan sihat, kaki-tangan-mata-telinga, semua elok. Apa kata, pi belakang rumah saya, bersihkan rumput/daun-daun kering, nanti saya bayar upah" (dalam hati aku takut gak, dia ni ade 'surat sakit mental',walaupun dah lusuh, buat mai gile dia mampus aku ..he...he takut beb!). 
Tau ape dia cakap! ... "ni yg xsuka ni, kita minta duit, dia suruh buat kerja" ...ha...ha...ha.. xgilelah tu. 
Aku cakap "saya nak duit pun kene kerja, saya xde duit pi mintak kat org lain!". Nasib baik dia akur & keluar. 
Sejak hari tu, lama xdtg sehingga satu hari dia timbul balik. Dari sumber anak aku, somi aku pernah bagi duit kat dia masa aku xde-tu yg dia mai lagi. Nampak aku yg keluaq (mungkin muka aku ada dlm memory dia kot ), terus bla.(adakah dia gile?)

#4 - pak cik mintak derma.
Biasalah hujung minggu, akan ada orang datang minta derma bina surau/masjid/rumah anak yatim/sekolah agama dll. Setiap bulan aku akan peruntukan wang kertas RM1/2 dgn jumlah RM20-30 (aku letak dlm mangkuk atas almari) untuk anak-anak aku beri kepada sesapa yg mintak derma (kadang-kadang depa 'pau' duit tu beli ice-cream). 
Nak jadi crita, satu pagi tu semasa aku kat dapur, anak aku jerit "Mak! org mintak derma". Aku kata "ambik duit dalam mangkuk tu". "Dah habis", kata anak aku. Aku pun balas "katalah xde"
Lepas tu aku dengar peminta derma mcam marah-marah. Aku ke ruang depan. Dia merungut & marah2 "nak derma pun susah, bagilah brapa pun". "Pak cik, nak bagi kene ikhlas, kalau x, saya xdapat pahala!", aku pun tetiba jadi naik angin (niat asal nak juga tengok derma apa yg diminta-terus xjadi, xpasal2 aku naik darah). Buat malu kat kopiah/songkok je!

#5 - aci mintak derma. 
Satu hari, aci (wanita india) ni datang kat rumah aku, tetiba dia jengoi kat ruang tamu (xtutup pintu pagarlah). Katanya "aka, saya sudah 3 bulan xde bayar sewa rumah, itu tuan rumah sudah mau kasi halau juga, boleh tolong ka, kasi bayar satu bulan sewa". Aku pun tanya "mana duduk, brapa itu sewa?". Katanya "RM30 sebulan". Hari itu mungkin 'hari kesian sedunia kot', ihsan sesama manusia, akupun bagilah spt yg diminta. 
Alih-alih next month dtg lagi, kali ni nak buat tambang bas anak dia balik KL, "anak mau masuk sekolah (IPT)", katanya. Aku bagi lagi. 
Bulan berikutnya, dtg lagi. Aku jadi cuak "aci, ini kali saya xrak mau kasilah, u pi minta kat kebajikan masyarakatlah", kata aku. ha..ha..ha...tiada lagi keikhlasan dhati aku. Sejak itu aci tu xmai dah! 

#6 - derma nak tampung kos pembedahan.
Aku ke pasar malam, seorang lelaki cina meriba anak memohon derma. Sebak/sayu/hiba melihat anak tersebut dgn wayar yg menutupi badannya (yg tinggal kulit & tulang je)! dgn seorang ayah memohon derma utk selamatkan anaknya (selalu tengok emak & anak). 
Aku mendekati & bertanya, dia menunjukan keratan akhbar (bahasa cina, aku tengok gambar jelah ..he..he..), katanya kutipan xcukup & anaknya perlu dibedah dgn kadar segera, tu yg dia minta derma. 
Dua kali je, aku melihat kelibat dia mintak derma (kat tempat tulah), conclusion aku mungkin dana dah cukup @ anaknya telah dijemput Illahi terlebih dahulu (banyak kes macam tu kan!).
Moga anak itu selamat menjalani pembedahan (kadang-kadang aku terpikir, xboleh ke Jab. Kebajikan Masyarakat top-up kos yg xcukup tu, dah jelas depa xmampu...oh Malaysia Tanahairku).

Persepsi tentang Infaq
Kita selalu salah tanggapan tentang infaq/sedekah. Kita (akupun sama) sempitkan infaq hanya pemberian fizikal (eg duit, brg dll). Sebenarnya segala tindak tanduk/perbuatan yg kita lakukan dgn hati ikhlas untuk membantu adalah sedekah dan diberi ganjaran pahala. 

Kita selalu mendengar unggapan ....
....senyum itu sedekah
....membantu org itu sedekah
....percakapan/ucapan yg baik itu sedekah

Infaq adalah antara perbuatan yg sangat dituntut. Kita selalu merasa bersedekah akan membuat harta kita sedikit tapi janji Allah dalam...
 Al Baqarah ayat 245 "...janganlah kamu takut kepada kemiskinan kerana membelanjakan harta ke jalan Allah swt"

Hadis nabi Muhammad saw.
"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan ...kecuali bertambah ...bertambah...bertambah.."
 (HR.At-Termidzi)

Bila masa yg sesuai nak infaq? 
Bila-bila & dimana-mana saja, dengan syarat kearah kebaikan & ikhlas kerana Allah. 
Menjadi kelaziman masyarakat melayu untuk meningkatkan infaq dalam bulan Ramadhan & pada hari Jumaat. Masa aku kecik-kecik dulu, mak aku selalu suruh bagi derma pada hari Jumaat (sib baik peminta sedekah xtau, kalau x, ramailah depa tunggu kat depan rumah aku tiap hari jumaat ..he..he..). 

Khasiat/Fadhilat Infaq 
Bersedekahlah, ....sedikit atau banyak, kerana didalamnya ada 10 kebaikan iaitu :- 
5 didunia 
  • membersihkan harta kekayaan
  • membersihkan diri dari dosa-dosa
  • menolak bala & penyakit
  • menyenangkan hati org miskin
  • menjadikan berkat kepada harta & luas rezeki
 5 dikhirat
  • menjadi naungan diakhirat
  • meringankan hisab penghitungan amal
  • memberatkan timbangan amal
  • memudahkan menyeberangi diatas shirat
  • bertambah darjat di syurga. 


INGATLAH !!!!!!

Harta kita bukan milik kita tapi milik Allah, yg dpinjamkan kepada kita. Dalam harta itu ada haq-haq org lain yang perlu ditunaikan (zakat & infaq).

Xperlu tunggu kaya...baru nak infaq! 
Infaq dulu ... Insya Allah kita kaya!.

Jom  Layan ......

  
Wasalam
Ps : Kat Kedah ni, bila depa niatkan infaq/sedekah depa suka guna perkataan "kenduri", contohnya kita tempah makanan/sajian untuk majlis tahlil/kesyukuran, pengendali sajian tu cakap 'saya bagi lebih, saya buat "kenduri" (maksudnya dia sedekah). Mula-mula dulu aku pening gak. Pada aku kalau kenduri tu .. besar-besaranlah ..he..he.. lain padang-lain belalang.

Monday, July 8, 2013

Auld Lang Syne

7.7.2013....kami meraikan (sesuai ke gunakan meraikan-macam suke je?) persaraan 2 pegawai yang bersara secara pilihan.

Lebih 20yrs kami bersama (sama dgn umoq tertubuhnya jabatan mengikut wilayah/zon). Pada aku, suatu jangkamasa yang cukup lama.(kalau di+- lebih lama berbanding aku bersama ibubapa aku sendiri).  

Antara keduanya, aku lebih banyak bersama kak S, kerana banyak projek aku terlibat bersama beliau, seorang yang sangatlah komited dengan tugasnya, patuh kepada arahan, sehinggakan kadangkala aku pulak yang jadi 'rimas' kerana sikap beliau yg  'never say no to the bos'. Terkadang aku pulak yang menyebuk pi tanya bos 'which one the priority' supaya kak S boleh selesaikan tanpa perlu dibawa pulang kerja tersebut. 

Sahabat yang tiada galang gantinya, tersangat banyak kak S membantu aku. Seorang yang tidak pernah memandang -ve kepada sesiapa pun, sentiasa bersedia membantu. Adakalanya aku pula menjadi penghasut supaya jangan terlalu bersifat 'malaikat' dalam dunia yang penuhi 'syaitan', bila dia kesedihan atas sikap salah anggap kekawan. Mungkin kerana sifar Mahmudah (terpuji) yang ada dalam dirinya, dia dah keluarganya sentiasa dilindungi Allah dari hasad dengki manusia!

Diringkaskan, beliau memiliki ciri-ciri sahabat yang disarankan oleh Imam al Ghazali ...
  1. Kawan yang berakal, kerana kawan yang bodoh akan menjadi musuh & menyakitkan hati.
  2. Kawan yang berakhlak, kerana kawan yang jahat akan merangsang nafsu jahat.
  3. Kawan yang soleh, kerana kawan yang fasik akan membawa kita kepada dosa & maksiat.
  4. Kawan yang sederhana, kerana kawan yang tamak menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
  5. Kawan yang bercakap benar, kerana kawan yang berbohong akan memusnahkan jiwa.
Dipertemuan terakhir (secara rasmi jelah, mungkin akan bersua kat memana!) Aku hadiahkan mereka dengan sebuah buku dengan doa ini....



Moga aku dipanjangkan usia dan sempat merai & dirai dalam satu  majlis pesaraan!

 
Menutup N3, semoga mereka ceria bersama keluarga & melaksana segala perkara yang diidamkan selama ini! 
Sebagai manusia, tiada istilah bersara selagi hayat dikandung badan, sehinggalah  kita 'direhatkan'!. 

Auld Lang Syne-  lagu yg sering dinyanyikan masa sekolah dolu-dolu bila nak bye-bye!

Wasalam.

Selamat Menyambut Ramadhan 1434 H....Rebutlah ganjaran berganda sbgai bekalan disana!

Sunday, June 30, 2013

Selamat Datang Ramadhan

Alhamdullilah, sehingga tanggal 21 Syaaban 1434, aku masih diberi nikmat untuk menyedut udara di bumiMU. Insyaallah, jika diizinkanNYA, untuk kesekian kalinya, Ramadhan 1434 Hijrah akan aku sambut lagi! Syukur atas nikmatMU, Yaa Allah.

 Sempena bulan Ramadhan tahun ini, marilah kita ......


Banyak kan ini



ini....

 



juga  ini......


...... dan ini

Dibulan ramadhan, ini pun dikira sunat

 Kurangkan ingatan kepada ini ....

Jangan begini ....
 Juga begini - 
Lebih besar ganjaran jika  kita 'sponsor' orang  berbuka puasa dari membazir begini.


Kepada peniaga, jangan hanya rebut laba dunia, bekalan akhirat jangan dilupa. Solat laksanakan & aurat dihijab.

Jangan pulak jual ini!

Sifar kan ini













juga jangan.....


.....banyakkan



Dihujung N3, aku bekalkan untuk menyambut Ramadhan dengan ini ....


juga ini ....Nah!, sorang sekotak, he...he..he..


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1434 HIJRAH & SEMOGA AMALAN KITA DITERIMA ALLAH, AMIN.


Wasalam.

p/s - Kerja macam biasa, jangan buat kekawan sepejabat yg bukan muslim sakit hati, lantaran terpaksa laksana lebih kerja atas 'minda negetif' kita tentang puasa.
Mohon maaf atas segala N3 & komen yang menyakiti hati pembaca N3 aku, xde tujuan ke arah itu sekadar luahan semata!
Kepada pemilik gambar-gambar di N3 ni minta dihalalkan.


Monday, June 10, 2013

Mana Iron Man 3 ?

Lama jugak rupenya aku 'berkabung' lepas PRU 13 ye! bukan demam kekecewaan PRU13 tau Thomas, cuma 'terkilan & tertipu' dgn sistem pilihanraya itu sendiri!. 

Masa nak ngundi aritu bos pun macam kena 'sampok antu' PRU jugak -kerja kurang sempatlah aku buat N3 pasai Al-kisah PRU13, aku ingatkan nak tutup alkisah tu dgn round-up beberapa findings tapi tetiba mood aku down (walaupun calun pilihan aku menang ..he..he).....lain kalilah nampaknya.  case closed !!!!!!

N3 ni dah xde kaitan dgn politik & jauh sekali dari nak promosi filem Iron Man 3
 ....bukan ....bukan ....bukan!!!

Ni kisah iron baju....bukan iron man3 tapi dek penangan kehangatan promosi filem IM3 & dalam masa yang sama iron baju kat rumah aku tu rosak maka terkeluarlah perkataan spt tajuk N3 aku tu!

Pagi kejadian, aku gosok baju sekolah si adik, iron tu dah longgar semacam je!, tang gosok baju aku, handle iron tu dah tercabut dari tapaknya. Nasiblah aku gosok tudung dulu, kalau tak 'retak seribu'lah tudung tu (baju kedut xlah nampak sangat sebab boleh cover dgn bunga2 kat baju tu-fesyen bunga kedut)..he..he..he

Mai lunch break, aku balik nak ambik si-abang yg sekolah petang, aku tengok dia dok pakai towel lagi, "hai, xsiap lagi - xsekolah ke?" kata aku. "Mana Iron Man 3, mak letak kat mana?", tanya anak aku.

Iron Man 3 ??????

cordless iron yg tercabut tapak tu

"Hang nak buat ape dgn IM3 pulak?",tanya aku. Jawab anak aku "laa... cheq nak gosok bajulah ..mak letak kat mana?"

Baru aku tau dia cari iron nak gosok baju. (aku dah letak kat tempat lain, iron tu). "Iron tu dah tercabut ...ari ni, pakai baju kedutlah. Petang satgi beli iron lain!", kata aku.
Ni pulak yg baru beli

After office, pi cari cordless iron  macam yg lama tu, org kedai tu kata-xkeluaq dah model tu (aku suka cordless sbab xdgangu oleh wire iron masa ironing). Dah xde, beli dry iron yg biasa je. Nak pusing kedai xcukup masa. Beli ikut kehendak anak aku, nak yg ringan!.

Sekian, sekadar nak activated blog aku ni & nak habaq yg aku masih diberi nikmat 'hidup' oleh Allah untuk terus menikmati kehidupan didunia fana ini. 

"Alhamdullilah, aku bersyukur akan segala nikmat sihat & rezekiMU. Moga aku dberi kekuatan memanfaatkan nikmatMu untuk terus melaksanakan tuntutanMu". Amin!


Wasalam.