Tat sat tengok kalendar, kalau tengok kalendar tu nak cuti lagi lah! Anak aku sms 'mak jgn lupa cuti 29 hb nak pi beli buku kat sekolah' . Tenong kalendar..... hai dah 2 Safar 1433 (27 Dis 2011) -masa berlalu pantas. Safar mengingatkan aku amalan kurafat dolu-dolu.
Bulan kedua dalam kalendar islam, Safar ertinya sifar/kosong. Dinamakan Safar kerana bulan ini orang arab jahiliah dahulu meninggalkan rumah mereka untuk berperang dan menuntut pembalasan keatas musuh-musuh mereka setelah bebas dari bulan-bulan diharamkan berperang.
N3 ni aku saja nak imbas kenangan masa kecik dolu-dolu dmana bulan ini umat islam banyak melakukan perkara bida'ah & kurafat akibat dari kejahilan masyarakat islam terdahulu. Amalan & kepercayaan turun temurun bahawa bulan Safar adalah bulan turunnya bencana & malapetaka. Paling aku ingat ialah pesta Mandi Safar beramai-ramai d sungai/laut. Masa tu aku masih kecik lagi, bab mandi sungai/laut ni sungguh menyeronokkan, xde lah aku niat nak tolak bala ke hape. Kepercayaan bahawa mandi beramai-ramai ni akan menghapuskan dosa & menolak bala kerana kepercayaan bahawa bulan Safar, Allah menurunkan kemarahan dan hukuman kepada dunia khusus pada hari rabu terakhir bulan Safar.
Bulan ini juga tidak dibenarkan diadakan kenduri kahwin kerana dikhuatiri jodoh xpanjang & xde zuriat, manakala bayi yang lahir dibulan Safar dikatakan bernasib malang & perlu dibuang dengan upacara tertentu, mengadakan kenduri tolak bala dan korban pada 27 Safar dan pelbagai lagi perbuatan kurafat.
Amalan kurafat/karut ditegah oleh syarak & tiada manafaat malah boleh merosakkan akidah/iman. Kerosakan imam akan menyebabkan amalan kita tidak akan diterima oleh Allah swt.
Daripada Abdulah ibnu Umar ra-sabda Rasulullah saw. "Barangsiapa yang menanguhkan hajat kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka ia telah berbuat syirik"

Bencana, kerosakan dan kemalangan tidak berlaku dalam bulan Safar saja dan kepercayaan ini bertentangan dengan firman Alllah swt:-
surah Al-taubah ayat 51 bermaksud :
katakan (wahai Muhammad) : "sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada (dengan kepercayaan itu) Allah orang-orang yang beriman bertawakal"
surah At Taghaabun ayat 11 bermaksud :
"Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah: Barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

juga sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Bukhari, bermaksud :
" Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa".
Alhamdullilah, selari dengan kemajuan mungkin, dan pengetahuan mengenai agama islam telah meningkat, perkara-perkara kurafat bulan Safar ni dah xde. Bagi generasi yang dilahirkan pada 80-an mungkin tidak langsung mengetahui akan perbuatan kurafat ini.
Sebagai umat islam jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan bagi menentukan setiap perbuatan mengikut syarak atau sebaliknya.
Wasalam
lani aku tengok trend depa dok tunggu 25 & 26 Dis nak jdi bencana apa, ni kurafat zaman ICT pulak kot! Astagfirullah - Istighfar banyak-banyak,