Wednesday, February 6, 2013

NBOS

N3 ni agak membosankan tapi amat sesuai sebagai pengetahuan am (terutama pelajar STPM kot). Tolonglah habiskan bacaan anda, kesian kat aku, penat tau nak karang ni..he..he.. Mulanya aku nak crita pasai NBOS8-Beautiful Malaysia yang depa dok sibuk hari ahad aritu (akupun kena kerahan gak), tapi alang-alang crita, aku critalah sikit pasai NBOS ni.

ni rupa 'muka buku'
Pada penjawat awam macam aku, term NBOS ni xlaghat nak dengaq dah! NBOS stands for National Blue Ocean Strategy dimelayukan jadi Strategi Laut Biru Kebangsaan (yg bos aku dok habag bila kami berghimpun). Nak clear ape bendanye, aku tanya 'uncle wiki' (xde kaitan saudara -wikipedia ...he..he.), menurut u-wiki, ia sebuah buku  dterbitkan pd 2005 dtulis W.Chan Kim & Renee Mouborgne.
Satu revolusi strategi pentadbiran dlm menjana pertumbuhan & keuntungan (lebih kepada perniagaan & industri) yang mengabungkan inovasi & kreativiti (yg ni pun xlaghat dengaq). Opposite Blue Ocean ni ialah Red Ocean, 4further sila baca buku tu. Dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yg diwar-warkan oleh PM 1M telah mengambil NBOS ni sebagai satu dari strategi nak capai GTP tu.

Setakat ni, beberapa program bagi melaksanakan NBOS dah dibuat, setiap kementerian perlu menyusun program. Program yang dilaksanakan boleh juga melibatkan 2 @ lebih kementerian. Antara yang dah dibuat ialah .... 

Program Pemasyarakatan Banduan. 
Libatkan dua kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. Melalui  program ini, banduan-banduan terpilih (ada syaratnya eg: dah nak keluaq, jenayah ringan, kelakuan baik dll) ditempatkan di kem-kem tentera terpilih, didedahkan dengan program-program khusus/kemahiran diri agar mereka dapat berinteraksi dan kembali kepada masyarakat dengan lebih yakin dan insaf disamping ada sumber kewangan bila depa keluaq!

Kerjasama ATM & PDRM 
Kerjasama ni libatkan, pengambilan anggota baru PDRM dari kalangan bekas pegawai ATM, latihan kepolisian di pusat latihan tentera & rondaan bersama ATM-PDRM dalam mencegah jenayah. Dengan cara ni ATM juga dapat berkhidmat secara langsung pd komuniti & NKRA mengurangkan kadar jenayah pun tercapai. Kan jimat tu!

Program Membantu Memberi Keperluan Asas pada Golongan Miskin Tegar.
Kerjasama antara Kem. Pertahanan & Kem. Pertanian & Ind. Asas Tani. Antara bantuan ialah baiki rumah, bekalan air bersih, bina saluran paip dll. Satu lagi program yang dilaksanakan oleh gabungan 2kem. ni ialah  projek pertanian di tapak tanah milik ATM, peserta terdiri dpd penduduk miskin & miskin tegar.
Kan jimat tu!

Rural Transformasi Centre (RTC)
Ni pulak kerjasama Kem. Pengajian Tinggi (KPT) dgn pelbagai agensi kerajaan (Jab. Pemb. Kemahiran, Pemb. Sumber Manusia & Per. Tabung Pembangunan Kemahiran). Program ni pulak untuk tingkatkan taraf hidup & menjana pendapatan penduduk luar bandar (pusat pengumpulan, proses & agihan hasil pertanian dll). Latihan juga disediakan kpd pelajar-pelajar terpilih dgn pelbagai insentif & latihan kemahiran di peringkat KPT.

Kejiranan Indah (My Beautiful Neighbourhood-My BN ..he..he)

Ni pulak dilaksanakan oleh Kem. Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Dalam program ni ada 3 sub-program pulak iaitu membina semula rumah terbakar (ada syarat eg:pemilik miskin tegar, cacat dll), membaik pulih & menceriakan kawasan kejiranan (cat flat, baikpulih sistem perparitan/jalan, taman permainan dll) juga memberi kesedaran kepada surirumah tentang jenayah di rumah(eg: tipu gores & menang dll).
NBOS-Kejiranan Indah & bina semula rumah terbakar di Kedah
Untuk pertama kali dlm sejarah aku mendapat arahan rasmi untuk hadir ke Program Persekutuan yang telah dipolitikkan. Selama ni dengar-dengar jabatan lain terpaksa hadir majlis yang 'berbau' politik. Kali ni tibalah giliran kami pulak he..he..he.... Nak buat macam mana !!!!! "Saya Yang Menurut Perintah", 

Nak tergelak pun ade, bila si ADUN yang tak boleh jalan pun diusung dgn 'stretcher' ke majlis, untuk menunjukkan betapa dia mengambil berat akan rakyat jelata! huh ... kagum gila.(bahasa anak aku). Ade sorang penduduk yg dok tepi my colleague  jerit keseronokan 'pemimpin macam nilah kita mau', my colleague kata 'nak buat ape wakil rakyat yang sakit, xboleh wat kerja..kita nak yang sihat', ..he..he.. betul gak!

Saperti biasa ucapan-ucapan dberi, sokonglah BN kerana bla...bla....bla... (listen..listen...listen jelah).  Habih pok...pek..pok..pek, kena ikrarlah pulak. Kalau ditolak yang 'wajib hadir',  mungkin tinggailah  penduduk yg nak terima kunci tu campoq dgn urusetia je kot.

... Alahai Malaysia Tanah Air Ku. 

NBOS yang paling dpt publisiti ialah... 
ni dia. 
 





Seluruh kementerian terlibat di mana satu kementerian 'incharge' satu negeri. Detail lokasi kat jadual sebelah.

Perasmian peringkat kebangsaan
Peringkat negeri Kedah
Bagi negeri Kedah t-jawab kepada Kem. Perumahan & K'jaan Tempatan. MB Kedah selaku tuan rumah merasmikan program, tentunya dengan kehadiran menteri KPKT (yg tak syoknya ada wakil ahli politik yg bukan pemerintah negeri dok sebok dlm program yg bukan program depa ..hiss xmalu sungguh). 

Hinggakan ada blogger yg cuba 'mempolitikkan' kehadiran MB Kedah dgn kenyataan MB dah bagi publisiti kat BN ...pulak! Thei tambi, aci mau kasi tau, ini program Kerajaan Persekutuan bukan BN/UMNO, ada faham ka? ammak!  Akai tang lutut kaa?

Kerajaan Persekutuan kena hormat tuan rumah & tuan rumah kena layan tetamu. Hormat menghormati budaya kita ... tak gitu! (iklan kat TV xtengok kaa?)

Aku pun terlibat di satu kawasan kat Kedah ni. Utk kawasan aku tu, pihak majlis dah bagi kata dua  'xdaq ucapan-ucapan... terus wat gotong-royong, kami xdaq masa nak dengaq ucapan-ucapan ni' maka tertolaklah tentative program yang penuh dgn ucapan. FULL STOP. Selamatlah telinga aku dari mendengar 'gurindam jiwa ahli politik'..terima kasih penganjur.

Sebagai penghargaan kepada seluruh penduduk Kedah yang terlibat, KPKT telah mengucapkan .......

Aku sebagai rakyat malaysia menyokong usaha-usaha yang memberi manfaat kepada penduduk Malaysia tercinta. Untuk 2013 ni, dijadualkan pelbagai program NBOS akan dilaksanakan, harap tiada ketirisan dalam membelanjakan peruntukan yang telah ditetapkan untuk program2 tersebut.

Syabas (bukan syarikat bekalan air tau) kepada yg tamat membaca N3 ni.
 
Wasalam.