Thursday, August 30, 2012

Welcome 55

Mencecah ulang tahun ke-55 kemerdekaan,  pertama kali  dalam sejarah (seingat akulah), berlaku perbalahan terhadap logo/tema yang dipilih  untuk dijadikan tema  peringkat kebangsaan. Walaupun mendapat banyak bantahan, malah ade syarikat grafik sudi membuat logo secara FOC, tema 'janji ditepati'  tetap digunakan.






Kegagalan &  kelemahan pencipta 1Malaysia  menghayati semangat 1Malaysia telah menyebabkan perbalahan dalam tema hari merdeka. 1Malaysia tidak membawa satu penyatuan tetapi ia mencipta  kontroversi.




Tema yang dianggap lebih  berbau politik telah menyebabkan negeri-negeri  pakatan rakyat mencipta tema masing-masing - Kelantan dengan tema 'Menerajui Perubahan', manakala Kedah 'Terus Berbakti' dan Pulau Pinang 'Budaya Bersih Merdekakan Rakyat'. 

Bagaimanapun selepas Pakatan Rakyat memutuskan tema bersama iaitu Sebangsa, Senegara, Sejiwa, kesemua negeri-negeri tersebut bersetuju untuk menggunakan tema bersama itu.


 


Bagi aku yang dok bawah pemerintahan Pakatan Rakyat ni tentunya .....Setuju ngan tema tu he..he..he..
sebab aku pernah di'warning' oleh pemerintah terdahulu, 'dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung'.




Selamat meyambut ulangtahun kemerdekaan Semenanjung Malaysia @ Tanah Melayu @ Malaya ke-55,  sebab masa ni Sabah & Sarawak xjoint lagi, & Selamat Hari Malaysia  (yang ke brapa ye?)


Ya Allah, 
Engkau lindungilah kami sekelian  rakyat Malaysia   ini.
 Limpahi kami dengan rezekiMu.
 Jauhi kami dari sebarang bencana.
Engkau satukan hati-hati kami yang pelbagai kaum ini.
Hindari kami dari pemerintah yang zalim
Ya Allah, hanya kepadaMU tempat kami  memohon .
 Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih & Penyayang.

Amin...Amin... Amin.

Wasalam. 
.....image dari google...

 

Wednesday, August 15, 2012

WE ARE MOVING

Dalam kesibukan sekelian umat islam menjalankan ibadah puasa dan membuat persiapan menyambut syawal, aku dan geng di office sibuk packaging barang-barang nak pindah office.

Perpindahan ni sebenarnya xdapat restu (he..he… macam nak kawin lak) sebahagian dari kami (ade depa nak kisah). 

Aku yang dah pasang akar tunjang/pasak kat bangunan ni >20 tahun. Dah beberapa pengarah datang dan pergi, setiap 2 tahun sewa bangunan akan di’renew’ & setiap kali ‘renew’ akan ditambah beberapa syarat & pemilik bangunan juga akan minta naik sewa. Bangunan ni xlah brapa selesa (xlah teruk sangat pun) tapi lokasi strategiknya dan ‘carpark’ yang luas (xdapat yg free...berbayar pun banyak) menyebabkan kami xkisah tentang lain-lain kekurangan tu.

Atas alasan kononnya kesian & ingin memberikan suasana kerja ‘newlook’ maka keputusan berpindah diambil tanpa merujuk pandangan sekelian umat yang terlibat.

Atas dasar orang lama, aku tahu kenapa dalam tempoh >20 tahun, pengarah-pengarah dahulu tidak membuat permohonan untuk pindah. Aku pernah menjadi ahli J/Kuasa yang terlibat dalam mengurus ruang pejabat ni. Ni crita dulu-dulu bagaimana kami tetap disini sehingga >20 tahun.

Begini critanya, sayugia bila hampir tiba masanya tamat kontrak sewa bangunan, maka dipanggilnya kami sekelian ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat (he..he..he.. sorry ye! puasa…terlebih baca kitab lama).

Dalam mesyuarat, pihak pengurusan akan meminta pendapat untuk ‘renew’ @ berpindah. Memang terdapat cadangan untuk ke tempat baru & pihak pengurusan akan meminta kami mencari bangunan-bangunan yang sesuai. Bukan itu saja, seluruh ‘rakyat marhain’ akan dimaklumkan akan cadangan tersebut & seterusnya meminta pendapat/pandangan tentang tempat baru tersebut.

Selepas ‘survey’ pendapat/pandangan sekelian ‘rakyat marhain’ tu, kami akan membuat ‘checklist’ & pastikan semua tuntutan ‘rakyat marhain’ tu dipenuhi. Kegagalan syor berpindah selalunya ialah kerana xcukup ‘carpark’ & kami tidak kisah ketidakselesaan yang akan dihadapi masa tu (dah 'manghli' kot). Dengan itu gugurlah cadangan tersebut untuk 2 tahun berikutnya. Walaupun pengarah silih berganti, proses setiap kali tamat kontrak sewa tetap sama sehingga di noktahkan pada 2011.

Insiden kabel letrik dalam bangunan dicuri (nipun aku heran..pak guard buat ape, orang masuk bangunan pun xtau). Untuk beberapa hari semua Ok, sehingga satu hari tu, banyak computer kami ‘power oversupply’ & beberapa peralatan elektronik/computer jadi mangsa. Bila depa chek satu kabel dah xde-hilang/curi (kabel ‘earth’ kot, kalau yang lain mau kami  rentung jadi arang & abu dah). Nak recover balik memakan masa 2-3 weeks jugaklah, mungkin tu yang big bos aku cuak  & tanpa tanya apa kata survey keputusan berpindah dibuat.

Atas justifikasi ape perpindahan dibuat aku xpasti, tapi mungkin justifikasi kabel tulah yang paling top, untuk tambah perasa pada justifikasi, dibangkitkan isu maintenance..toilet xelok, lift & econ selalu rosak dll. Satu lagi yang selalu dibangkitkan ialah lain-lain pejabat dah pindah ke tempat baru, jadi kami pun nak pi tempat baru…rapuh sungguh justifikasi tu!

Selalunya justifikasi utama untuk pindah ialah berlaku penjimatan kos, ruang lebih luas dan lebih selesa, tapi perpindahan kali ini aku xpasti sama ada berlaku penjimatan kos ke x, ikut cepua aku, kos sewa tingkat mesti lagi mahal (bangunan baru kan). Keselesaan kemudahan-kemudahan dalam bangunan maybe lah elok sebab bangunan baru. (toilet paling depa risau, aku heran betul lah depa nak tidoq ke dalam toilet tu?, nak melepas jekan!).

Last week, aku pegi ‘site visit’ & nampak masalah yang akan aku hadapi…. xcukup ‘carpark’, nak bayar pun xde tanah nak bayar. Kalau datang pagi (kalau awal lah) mungkin selamat, lepas aku pi ‘drift’ (ambil anak tengahari) sorry no parking!. Entry/exit ke bangunan punyalah sempit & jem teruk. Masa balik aku kena ambik kanan (jarak antara exit dari bangunan ke traffic light pendek) nak kekanan tu, kalau ade yang kesian bagi laluan....lepas, kalau x…nasib kaulah labi!!!

Masa memaklumkan perpindahan, kami diberi janji manis, jangan risau parking banyak-semua dapat, perabut baru, barang-barang yang nak dibawa pun xpayah susah-susah, semua dah dikeluarkan tender, depa akan ‘pack & carry’, u-all bawa badan je …chewah …bla…bla…bla lagi janji (macam kempen janji ditepati memanda  Menteri lak).

Bila tiba masa nak pindah, kami dikhabarkan 'carpark' yang disediakan oleh owner bangunan hanya 25% dari keperluan, yang lain tu pandai-pandailah nak idup. Keluasan ruang pegawai teknikal juga mengecil 2-3'. Tang barang-barang pulak, masing-masing unit pack sendiri & semasa proses perpindahan/angkat barang perlu ade wakil/pemerhati (masa tu lepas cuti umum aidul fitri, hampir semua sambung cuti, tinggai non muslim & sorang dua ...naya).

Aik mana janji-janji ‘don’t worry..be happy’ dulu tu. Now we are worried & unhappy!

Ni pun berpunca dari xikut jadual, ikut schedule  pindah selesai sebelum puasa, tapi keluar tender ubahsuai lewat, delaylah segala benda. Nasib baik owner bangunan xhalau, kalau x mau buat khemah kat bawah pokok.           

N3 ni sebelum kami pindah, bila pindah nanti baru tau, seronoknya ditempat baru, yelah segalanya baru. Paling aku teringin nak tengok toiletnya bertaraf 5 star kot & tiada kerosakan/kesesakan lift & econ nya yang sejuk nyaman sentiasa….tunggu after raya.

SELAMAT  MENYAMBUT AIDUL FITRI, MAAF ZAHIR & BATHIN.


BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, MALANG XBERBAU,
JANGAN BIARKAN ORANG KESAYANGAN MENANGIS!


Wasalam.


Saturday, August 11, 2012

Negative Thoughts on Ramadhan/berpuasa

Lama tinggai rumah maya aku ni, sibuk dengan keje & packing nak pindah office.

TQ pada yang lalu lalang & singgah kat rumah yang xbrapa nak cantik ni..he..he..he.

N3 ni nak habaq pasai tangkapan negative semasa kita melaksanakan ibadat puasa secara sedar atau tidak.

Scene 1 :
Semasa mengakhiri sesuatu mesyuarat, selalunya ia akan disudahi dengan next program/meeting. Lepaih tu pengerusi pun sibuklah klebek kelender …. Selak  sana…selak sini (selak kalendar tau,.jgn nak melalut kelain plak). Dia nak tengok program dialah, bila dia ‘free’. Lepaih tu dia pun dapat tarikh keramat tu…ting..tong…ade sorang ahli mesyuarat habaq kat pengerusi masa tu posa…

SO WHAT????????

Pengerusi pun pilih tarikh 2 weeks after raya ….. delay lagi. Takat meeting je bukan penat pun ..mulut ngan tangan je guna. Xkan cakap sampai  boleh habih ayak liuk/lapaq kot!...
Memalukan sungguh!!!

Scene 2,
Dalam satu ‘group discussion’ nak set program satu projek ,  kita setkan program for that year, after settled setting program. Seorang dari group tu  terperasan (xsengajalah kan) dia pun cakap. Eh! Data collection/site visit masa bulan posa lah.

SO WHAT????????

Scene 3,
Pengurus projek sedang review projek yang dah memang ‘sakit’ (projek pun ade sakit…jgn xtau), maksudnya re-programlah projek tu, masa program asal tu eloklah xkena bulan posa, dalam dok re-shedule tu bos perasan yang program pameran semasa bulan posa, Bos tanya ‘you all’ boleh ke?

SO WHAT??????

Itulah antara scene-scene yang wujud dalam menghadapi bulan posa. Aku pun heran bin ajaib, pasai apa bulan Ramadhan yang mulia jadi mangsa untuk tidak melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan yang jika dilaksanakan dibulan ni akan diberi pehala berganda dengan niat mendapatkan rezeki halal kerana Allah.

Sepanjang perkhidmatan aku,  aku pernah terlibat ‘data collection’ dalam bulan posa, letih memanglah letih!. Alasan nak bersahor, berbuka puasa, nak solat tarawih semua susah adalah ‘nonsence’. Hang dok buat kerja tu masih dalam Malaysia lagi cuma luar kawasan je, merata-rata bazar ramadhan, nak solat masjid/surau berselerak merata tempat … nak @ tidak je!. Tolonglah jangan jadikan sebab puasa xboleh buat kerja.

Aku pernah bertugas di tempat pameran, bukan susah pun layan/tunggu je kat situ kalau ada yang tanya, jawab…bukannye kene usung bahan-bahan pemeran tu kehulu kehilir, cuma kita xdok dalam office, tu je!

Aku juga membuat kerja ‘overtime’ masa bulan Ramadhan, masa nak pi solat tarawih tu pilah sat , buatlah 8 je kalau rasa xcukup masa (tarawih tu sunat je kan, jgn nak kusutkan otak).

Kadang-kadang malu juga dengan non-muslim, bila berpuasa kita seolah-olah hilang tenaga nak bekerja, betapa kita telah mungkar kepada Pencipta dalam melaksanakan tuntutan NYA.
Masa zaman Nabi Muhamad saw., baginda dan sahabat2 baginda siap pi berperang lagi, xde hal pun.

Semasa membuat N3 ni teringat aku akan seorang teman, satu hari dalam bulan Ramadhan aku sms kat dia ucap selamat berposa. Dia replied sms aku “aku penat tol lah hari ni, rasa macam nak buka posa je!”. Aku replied balik “teruknya! anak aku pun xmacam hang, hawat(why) hang angkat batu ke?..”. Dia replied balik  “bukan, aku cat langit”. 
Lepaih tu  ...KAH …KAH. .KAH  kembung perut aku tergelak,  xpulak aku tau dia berjaya atau gagal pada hari tu.... Aku dah ‘lost contact’ dengan teman aku ni bila handphone aku rosak, rupanya no dia aku saved dlm phone bukan dlm sim  …hu..hu…hu… Moga dia  sentiasa diberkati Allah, Amin.

Akhir N3, selamat menghabiskan 10 (dah kurang dah) hari terakhir Ramadhan tahun ini dengan membanyakkan ibadah kepada ALLAH. Antara amalan yang disarankan pada 10 terakhir Ramadhan ialah :
  1. I’tikaf di masjid – bukan pi tidoq kat masjid pulak! Niat I’tikaf & buat amal ibadat dekatkan diri kepada Alllah swt dengan lebih aman & khusyuk
  2. Adanya malam Lailatul Qadr – Malam yang mempunyai fadhilat & kelebihan yang amat besar, dimana ibadat pada malam tersebut menyamai ibadat beri’tikaf selama seribu bulan @ 83 tahun. Berzikir, bertasbih, berdoa, tilawah Al-Quran dan solat sunat sebanyak mungkin yang mampu. (peringatan untuk aku yang ‘dhaif’ ni).

Ya ALLAH berilah kekuatan &istiqamah untuk memenafaatkan malam-malam terakhir ramadhanMu & berilah hambaMU ini peluang untuk menjalankan ibadah puasa tuntutan MU ditahun depan. Amin..Amin..Amin.

SELAMAT BERAMAL SEMOGA   BERTEMU MALAM LAILATUL QADR.


Wasalam.