Thursday, March 6, 2014

VVIP trip to Betong, Yala, Thailand.

Alkisah lawatan 'terkejut beruk' ke Betong, Yala, Selatan Thailand....

Pasai apa 'terkejut beruk' ......sebab habaq hari khamis (27 Feb) suruh buat border pass..program hari sabtu (1 mac), xke 'terkejut beruk' tu!. Nak ambik gambaq, nak kumpul anak beranak-depa ingat nak buat border pass boleh kirim2 ke?  Imigresen nak jugak tengok muka depa tu!. Tima kasih PM tubuh UTC bolehlah apply border pass diluar waktu pejabat. Petang pi ambil gambaq, malam (khamis) pakat berarak kat UTC (ingat kan aku je ...jiran aku pun sama!).

Ini merupakan program Hari Keluarga yg dianjurkan oleh persatuan taman tempat tinggal aku (tahun lepas pi Pantai Merdeka, xbuat N3 sebab dah banyak kali pi situ, last N3 pasai hari keluarga yg ni). Walaupun short notice, dua bas jugalah kami berangkat ke Betong, Yala Thailand - 'kalau buat surat edaran, mau 4 bas ni'...kata pengerusi kami.
 
Ketibaan anda ke daerah Betong di sambut .....


 


Pandangan dari luar & dalam pintu gerbang utama
Selepas melalui jalan berliku & berbukit tibalah di pintu gerbang utama menyambut kedatangan penyunjung ke Piyamit Tunnel. Tunnel ni dibuat oleh komunis malaya utk bombshells & storing food supplies, terletak di border Malaysia-Thai, etc tanya google..k..!

Entrance  ke Piyamit Tunnel
Lepas tertongek-tongek naik, kita akan disamput oleh kaunter tiket untuk masuk Piyamit Tunnel ni, harga tiket RM5-dewasa & RM2-kanak-kanak. Tapi ari tu, kami dapat offer RM3 dewasa, kanak2 free!
Depan kaunter tiket tu, adalah kedai-kedai jualan (xtengok pulak depa juai ape...kalut cari tempat nak melepas)

 Dari kaunter tiket tadi bermulalah ujian 'lutut' & 'jantung' anda. sapa rasa xlarat beghenti, ..jgn dok paksa diri!

Sepanjang laluan ade beberapa tempat rehat ...boleh 'ambik nyawa' he..he...
Tempat pembakaran kayu untuk dijadikan arang

On the way, terdapat tempat membakar kayu dibuat arang utk mereka memasak (depa xguna kayu utk elakkan asap yg banyak).
Kami diberi penerangan teknik & peralatan memasak





Sampai pintu masuk terowong tu (aku rasa tempat depa masak), kami diberi penerangan oleh pegawai bertugas (dimaklumkan beliau adalah bekas komunis) tentang bagaimana mereka menyedia, dan mendapatkan bekalan mereka. (xhabih dia bcrita kami dah kalut nak masuk terowong...kesian kat dia..hu...hu... kurang hajaq sungguh!!!). 

Intipati nya ialah komunis ni, pakar dalam engineering (bina terowong & sistemnya) & bijak sains (antaranya teknik mengubah asap menjadi wap air utk mengelirukan askar ...macam mana depa buat ...panjang crita....pi dengaq sendirilah!)

Pintu masuk utama & pintu keluar juga kemudahan yg ada.
Kat belah kanan tempat depa masak tulah 'pintu terowong' & bermulalah perjalanan (mula-mula aku ingat kene merangkak...ghopanya tinggi).


Dalam terowong ni macam-macam tempat disediakan such as, tempat duduk, working table, food container etc.. Dalam terowong ni ada exit/entrance (xpasti-7@8 kot). Tunnel ni pun ada menurun & menaik (lutut & jantung anda juga diuji)


 dah terambik gambar ....tunjuk jelah!
Keluar dari terowong, ada mini muzium. Ditunjukkan barang-barang yang mereka miliki & gunakan semasa dalam hutan. Teruja juga tengok, depa ada peralatan muzik, telekomunikasi, dll. Sebenarnya pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar (amaran diletakkan dipintu masuk utama, kami masuk kot pintu belakang...dah ambik gambar baru nampak ...hu..hu..hu).
Lukisan dinding depan pintu masuk muzium (brsama 2 model)














Habis lawatan, bergerak turun ke Pekan Betong, kat sini xsemeriah Padang Besar & Danok, juga harganya lebih mahal ....tapi dah mai beli jelah...bagi menjana ekonomi penduduk setempat. Tiada masalah komunikasi disini kerana mereka fasih berbahasa melayu & beragama Islam juga mengunakan duit RM.

Banyak yg boleh dilawati di Betong ni, lawatan sehari kami hanya melihat Piyamit Tunnel tinggalan komunis. Anak aku yg bongsu tanya "komunis tu sapa?"(..hu..hu..hu..dia xtau), aku tanya "kat sekolah xbelajar ke?", "Sejarah belajaq pasai batu-batu & org zaman batu...." katanya, "nanti belajarlah" kata aku.

Pasai apa title N3 ni VVIP trip. Sebab kami 'escorted by' polis Pengkalan Hulu dan Polis Thailand (Betong). Pertama kali rasa melalui jalan tanpa henti & setiap melalui trafic light akan berbunyi siren utk kami diberi laluan....

Pasai apa kami dapat layanan VVIP... rupanya, ni atas kerja keras salah seorang penduduk taman aku yg jadi ketua polis/balai (xtau sangat pasai polis ni) kat Pengkalan Hulu & beliau telah meminta kerjasama Ketua Polis Betong. Setibanya kami di sempadan daerah Pengkalan Hulu, 2 buah kereta beserta 4 buah motosikal polis sedia menunggu. Aku yg selalu bersangka buruk ni, ingatkan depa buat road block utk saman menyaman (lanikan sibuk dok wat road block saman nak cover BR1M kot), rupanya depa menunggu ketibaan kami & dibawa ke balai. Ketibaan kami disambut oleh barisan pegawai polis, diberi sedikit taklimat & dijamu makan tengahari.
depa yg paling seghonok!
Kami kemudian diiringi hingga ke sempadan (laluan terus-xguna pun border pass tu...melayang duit aku kat RM100 buat gambar &bpass..hu..hu..hu) & disambut oleh polis Betong yg mengiringi kami sepanjang di Betong sehingga kembali ke Pengkalan Hulu dengan selamatnya!

Buat rakan maya aku, Thomas & Cheqna ... mailah singgah Betong ... jiran sebelah pintu...

('bandar ni masih selamat dari sebarang pergolakan', itu kata polis Betong, Thailand)

Wasalam.