N3 Ni...nak habaq sejarah awal wujudnya raya 5 tahun sekali ni. Sapa yang memandai suruh ghaya ni! Apadia pilihan raya ni-raya sapa!
Lagu Ni.
Dolu-dolu, Tanah Melayu (lani jadi Malaysia dah), sangat menawan & banyaklah yg tertawan (kena jajah he..he..he) dek macam-macam oghang. Dah jenuh bertukaq tangan, TAR & kekawan pun bincanglah mintak talaq kat oghang puteh (British). Lagu tu-lagu ni maka British pun jatuhkan talaq dgn kata dua-tiga. Bila dah bebas, sapa pulak nak jaga makan pakai anak-anak (rakyat)? Kene bentuk kerajaan! Macam mana nak bentuk kerajaan, kene tanya & bagi anak-anak (rakyat) pilih. Macamana nak pilih? Kene buat pilihanraya.
Sapa Nak Handle Pilihan Raya Ni
Maka dengan itu, pada 4 Sept 1957 tertubuhlah SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)-Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, iaitu seorang Pengerusi & 2 orang ahli.
Taun 1963, tertubuh Malaysia maka tambah ahli jadi 3 orang (seorang Sabah/Sarawak bergilir).
Taun 1981, pinda perkara 114 Perlembagaan Persekutuan - tambah Tim. Pengerusi.
Taun 2002 pinda lagi-tambah anggota kpd 7 org. (Pengerusi, Tim. Pengerusi & 5 orang ahli -tambah 1 Sabah & 1 Sarawak).
Nak buat keje, SPR kene ada urusetia dikemudi oleh seorang Setiausaha a.k.a. Pentadbir.
Taun 1963, tertubuh Malaysia maka tambah ahli jadi 3 orang (seorang Sabah/Sarawak bergilir).
Taun 1981, pinda perkara 114 Perlembagaan Persekutuan - tambah Tim. Pengerusi.
Taun 2002 pinda lagi-tambah anggota kpd 7 org. (Pengerusi, Tim. Pengerusi & 5 orang ahli -tambah 1 Sabah & 1 Sarawak).
Nak buat keje, SPR kene ada urusetia dikemudi oleh seorang Setiausaha a.k.a. Pentadbir.
Apa Keje SPR Ni
- buat kajian dan persempadanan semula kawasan parlimen/negeri (lepas 8 tahun dari persempadanan terdahulu)
- buat pendaftaran/semakan daftar pemilih yang layak (warga negara, umuq >21 tahun, dok dlm kawasan tu & xdihalang oleh undang-undang) supaya boleh mengundi wakil negeri & parlimen kat tempat depa dok .
- buat pilihan raya umum (setiap 5 tahun)
- memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihanraya yang bebas & adil. (ye ke?)
- memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dlm pilihanraya.
Lagu Mana Nak Buat Pilihanraya Ni
Mula bila parlimen dibubarkan, maka SPR masuk gear....
PM bubar Parlimen pd 3 April 2013, sempena genap 4 tahun jadi PM |
Tok Mun pun boleh jadi calun |
2. Penamaan Calun (20 April 2013) - Sesapa aje boleh jadi calun (kalau tak jadi ahli parti politik boleh jadi calun bebas), isi borang (ambil kat SPR sebelum tarikh penamaan) hantaq borang penamaan calun, pencadang/ penyokong & deposit (duit- Parlimen=RM10,000, DUN=RM5,000) pada hari penamaan (PRU13 pada 20 April 2013 : 9-10 pagi... kot). Duit Deposit ni 'burn'lah kalau dapat undi setoit (1/8 dpd jumlah undi).
Kalau silap maaf noo, xpenah mohon jadi calun lagi ni..he..he..he, nanti tanya Tok Mun!
Parti Politik & simbol Bebas (simbol 50'an, boleh tukaq lain kot SPR) |
Cover Manifesto PRU13 - BN (manifesto Najib ke BN?) & PR- ada isu tiru-niru gak! |
Ni brosure manifesto & laporan pencapaian Kedah Sejahtera, ada kat rumah aku, mai mana xtau! Insyallah I will vote ... |
ni depa pos kat rumah aku, nak sama besaq dgn saiz cek, ingatkan insurence refund terlebih bayaq, cuba gak klebek sampul tu kot-kot ade duit ..he..he..he xde! |
Tahniah!, nak masuk 13x ngundi |
Jgn menonong pi mcam tu je, semak dulu ngan SPR, kat mana tempat ngundi kita, xlah buang masa. Mula boleh ngudi ni dari 8:00 pagi sampai 5:00 ptg (ade tempat tutup awal).
Jangan pulak lenggang mak limah, bawak Kad Pengenalan (duit xbawak xpa..foc).
Masa ni kita dilayan memang cantik! depa mai jemput & hantaq balik ,,,macam 'mem/raja' ... ade drebar, tapi aku pi sendiri.
Pergilah mengundi, laksanakan tanggung jawab demi masa depan negara & anak cucu kita ...
5. Kira Undi- tamat je masa mengundi, Ketua Tempat Mengundi akan kira & isi borang & bagi kat Pegawai Pengurus buat penjumlahan rasmi undi-setuju umum, ragu-semak semula. Terima penyata undi pos, campoq semua (depa kata, masa ni yang selalu jdi isu, tipu undi & bagai lg ).
6. Umum Keputusan - Lepaih selesai terima borang Pegawai Pengurus Bahagian akan buat pengistiharaan undi majoriti & calun terpilih menjadi wakil bahagian tu! Kalau ada yang xpuas hati bolehlah kemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.
Malaysia mengamalkan pemilihan mengikut sistem mudah (simple first-past-the-post) iaitu calun yang dapat undi terbanyak (even extra 1 vote) akan menang. Sistem ini telah digunakan sejak pilihan raya pertama pada tahun 1959.
Lepaih tu, depa ni jadilah wakil kita (wakil rakyat) kat parlimen/adun untuk 5 tahun berikutnya. Xpuas hati ngan wakil tu, bukan susahpun, PRU berikutnya kita tukaq!
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.
Sebelum bye..bye.. mai baca & renung ayat 23 dari Surah Al-Taubah ni
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi wali(mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim"
Hidup ini suatu percaturan!
zaman Tunku dulu kerja2 spr memang bagus,
ReplyDeletetapi sekarang persempadanan kawasan2 undi lebih utk memenangkan parti pemerintah sahaja.
Thomas,
DeleteSPR dah d'mandulkan' oleh BN ...he..he..he