Tuesday, April 23, 2013

AlKisah PRU # 2

N3 ni nak habaq, lagu mana nak pilih wakil idaman kalbu, aku tanya kat uncle Google kriteria nak pilih pemimpin. Google pun tunjukkan kat aku beberapa artikal pasai tu.

Alang-alang dah menyelam tu, rasanya aku nak sharelah who and how to choose a suitable candidate untuk jadi wakil kita kat parlimen/negeri utk 5yrs akan datang dari perpektif islam.

Dalam apepun halnya, kita sering diberi peringatan.
Nak memandu "berhati-hati dijalanraya", "jgn lupa pakai tali kledar" bla...bla..bla...
Naik flight "sila pasang tali kledar anda, tegakkan tempat duduk bla..bla..bla" 
Lantai licin diberi peringatan "caution slippery floor"
Nak kahwin pulak kita diberi peringatan "dah fikir masak-masak ke?" (peringatan ni xbrapa tepat, patutnya tanya dah solat minta petunjuk dari Allah swt. ke belum?)
Lain-lain peringatan  "Beware fierce dog", "Awas....", "berhati-hati..." etc
Sama gak dalam dalam hal memilih pemimpin. Lagilah perlu "awas/caution/alert" kerana isu yang lebih besar & luas kesannya. Nak serah negara serta hasil mahsul nak suruh depa urus bukan suruh peghabih kat depa. Silap-silap anak/cucu dok salah kat mak/ayah/tok/tokwan, xgheti pilih pemimpin-depa menghana  & paling haghu nak jawab di akhirat kelak!

Prinsip Memilih Pemimpin 
  1. Memenangkan kebenaran & membenteras kezaliman.
  2. Membantu si zalim dan yang dizalimi - pemerintah yang zalim dibantu dengan mencegah dari terus memerintah (menolak pemimpin zalim) & membela yang dizalimi (rakyat) dari terus ditindas oleh pemimpin yg zalim.
  3. Tanpa mengira islam @ tidak, keutamaan memenangkan kebenaran & keadilan disamping menolak kezaliman.  
Memilih Pemimpin dari Non-Muslim
1. Surah Al- Mumtahanah, ayat 8, "Allah tiada melarang untuk berbuat baik (bekerjasama) dan berlaku adil orang-orang (umat agama lain) yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir  kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil"

2. Surah Al-Maidah, ayat 82, "Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang beriman ialah orang-orang yang berkata 'sesungguhnya kami ini orang Nasrani (kristian)'. Yang demikian itu disebabkan kerana diantara mereka terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana mereka tidak menyombong diri"

3. Surah Al-Maidah, ayat 8, "Hai, orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"

Berdasarkan ayat-ayat tu & dalam konteks kedamaian dalam masyarakat pelbagai kaum (Malaysia), spt juga masyarakat Madinah dibawah pimpinan Nabi Muhammad saw. terdapat umat islam, yahudi & kristian, maka berlakulah rukhshah (kemudahan), yakni umat islam dibolehkan bekerjasama dan memilih pemimpin yang adil dikalangan non-muslim.
Apatah lagi pemimpin-pemimpin ini tidak mempunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan (perlu diputuskan diparlimen/dun etc.).
  
 "Sesungguhnya Allah melindungi negara yang menegakkan keadilan walaupun ia kafir, dan tidak akan melindungi negara yang zalim, walaupun ia muslim" 
(Mutiara I dr Ali ibn Abi Thalib)

 

Pemimpin wajib dipilih dari kalangan muslim yang mukmin/beriman, bukan islam IC (dalam kad pengenalan je tercatat agama islam) tapi lifestyle, cara hidup tidak menunjukkan ciri-ciri seorang mukmin. Semua orang islam dikatakan muslim tapi tidak semua muslim itu beriman. Jika demikian, lebih baik memilih pemimpin non-muslim tapi adil pemerintahannya.

Sukar untuk mengukur keimanan seseorang. Tapi melalui deria mata, hati & akal, kita boleh menilai/mentafsir melalui akhlak, sikap, tindakan & pemikiran yang ditunjukkan. 

Ciri-ciri Pemimpin Mukmin/beriman
  1. Mencintai Nabi Muhammad saw. melebihi dari keluarganya, hartanya dan segalanya.
  2.  Orang yang Amanah, Adil & Jujur
  3. Orang yang mencegah/membenteras kemungkaran
  4. Orang yang tidak melakukan rasuah, berzina @ minum arak (mereka bukan saja tidak layak memimpin tapi wajib dihukum)
  5. Tidak bermewah-mewah & boros (amalan syaitan) yang akan membawa kepada  rasuah (duit xpenah cukup). Hidup sederhana tidak mengumpul harta tapi memberi sedekah sebahagian harta kepada rakyat. (cincin, beg, baju Tok Mah tu org hadiah @ beli dari duit simpanan sejak lahir ..he..he..he)
  6. Bersifat malu-menarik diri dari menjadi pemimpin apabila gagal menjalankan tanggung jawab/amanah diberi. (xde nya! kalau xkena paksa...mcam....)
  7. Tidak menidas/diskriminasi rakyatnya.
  8. Seorang yang berilmu & bijak-wajib menguasai ilmu (dunia & akhirat) & sedia di kritik.


Pilihlah pemimpin yang boleh menyatukan rakyat (bukan yang adu-domba rakyat/kaum & menjaga kroni saja). Seorang yang amanah & benar-benar ingin mensejahterakan rakyat & memakmurkan negara. Seorang yang bijak supaya xmudah tertipu (dek orang/negara lain) yang akan merugikan negara. Seorang yang adil, tidak menjatuhkan hukum secara terpilih (ikan bilis masuk lokap...si jerung bebas lepas).

Pilihlah pemimpin dari orang-orang yang adil, ihsan & mulia .....
Adapun yang fasik dan zalim mereka tidak layak jadi pemimpin. 

FIKIR-FIKIR KAN!

"...janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri didalam kebinasaan..."  
-Surah Al-Baqarah ayat 195

DENGAQ-TENGOK-PIKIAQ
PILIH 
 
Sekadar berkongsi
Wasalam. 

3 comments:

  1. PM,KM dan MB sepatutnya tak boleh duduk lama2 paling lama 2 penggal cukuplah,undang2 perlu diubah.

    ReplyDelete
  2. Thomas.
    Betul tu, kalau Penjawat awam (Pengarah2 Negeri), hanya 3-5 tahun disatu-satu tempat bimbang 'ada kepentingan'. Mereka pun patut 'dihadkan' masa berkuasa.

    ReplyDelete
  3. HARAM MENGAMBIL PEMIMPIN KAFIR!

    Firman Allah SWT:

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا آبَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ إِنِ اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى الْإِيمَانِ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.
    (At-Taubah 9:23)

    ReplyDelete