Tuesday, June 12, 2012

Itu KetentuanNYA - the Finale

Continuity dari N3 ni, lepas dapat keputusan SPM ari tu, keluar aje sebarang iklan pelawaan untuk sambung belajar, asal qualified semua aku suruh apply dulu ...'dapat x dapat belakang kira', kata aku.

Permohonan semestinya melalui portal MOHE. Mula dapat jawapan berjaya ke Matrikulasi kat Changloon, Kedah...aku suruh hold dulu, jgn jawab lagi..... lepas tu dapat UiTM Puncak Alam-Asasi Sains Kejuruteraan. Dapat UiTM aku suruh tolak Matrik, bagi peluang kat orang lain lah kan!. Masa tu macam dah muktamad nak pi kat UiTM Puncak Alam, print semua borang & lengkapkan semua arahan yang diminta.

Dalam dok buat persediaan nak pi UiTM, mai pulak panggilan interview JPA untuk tajaan ke Jepun (ni dia applied 'online'). Dia x mau pi, 'pi jelah, bukan dapat pun' kata aku. Nak x nak dia pi jugaklah (interview kat INTURA, Sg. Petani). Aku cutilah sehari, teman bagi semangat (bagi semangat @ buat lemah semangat xtau lah!..he..he..).

Sebelum pi 'interview' tu, kami pun buatlah 'rehearsal' &  soalan ramalan(macam nak ambik SPM pulak) pasai 'current issues'. Antara soalan yg aku tanya kat anak aku kalau depa tanya..."Kenapa pilih negara Jepun?" (4 negara yg d offer -Jepun, Korea, Jerman & France). Anak aku jawab "sebab cheq(saya) nak jumpa  Doreamon & nak tengok rumah sincan". "Ha..ha... kalau hang habaq macam tu kantoi terus", kata aku. Banyak lagi soalan bayangan (bukan kerajaan bayangan) yang kami bincangkan (antara isu hangat ialah bersih 3.0 & hapus PTPTN), tapi  xtimbui pulak masa interview.

Selesai interview, dalam kreta aku tanya, "macam mana?...dapat." ."...ehmmm xtaulah, xdapat kot, kalau dapat pun, xmau pi lah" katanya. Masa dalam perjalanan balik tu, kawan dia call nak dpt info (xschoolmate dia kena pada sebelah petang). Interview ni berjalan selama 3 hari dengan 2 sesi (pagi & petang), setiap sesi +- 25 orang.

Dari perbualan mereka, aku dapatlah info sikit bagaimana interview tu dijalankan (kalau aku tanya, mati idup balik dia x crita). Katanya semasa interview, pelajar dipecahkan kepada kumpulan (group anak aku terdiri 4 orang, dia sorang lelaki & 3 lagi perempuan cina, melayu & india -1Malaysia gitu). Ada 3 segment - segmen 1, dberi 1 topic, bincang kuat-kuat (bagi penemuduga tu dengaq) & present dlm 100% BI (xleh rojak dgn BM), segment 2 boleh guna BI+BM & segment 3 pulak 100% BM. 

Pada aku, ia bukanlah 'interview' dalam ertikata sebenar tapi lebih kepada menilai potensi diri, sikap, kerjasama dalam setiap pelajar. Yang anak aku gabra sangat, katanya group dia merupakan kumpulan pertama, jadi semuanya jadi pertamalah (yg syoknya paling awal keluar dewan.. so balikpun jadi pertamalah keluaq parkir). Keputusan diketahui pada 25 Mei & diminta semak secara online (lani semua online-camne anak-anak yg xde capaian ye!).

25 Mei tiba, online xde lagi. Mai  26 Mei, malam kawan dia call kata dah keluaq keputusan & katanya dia gagal, yang anak aku ni bukan dia yg  tengok (dia dok online game bola), dia suruh kawan dia tolong tengok, bagi no IC & pw kat kawan dia. Aku tumpang dengaq kawan dia kata anak aku dapat, apalagi terkejutlah (bukan seronok tapi xmau pi). Lepaih tu tanya aku, "mak nak pi dak", aku kata "kalau mak, mak pi". Lepaih tu aku tak kata apa, aku biaq je dia tengah 'shock' tu.

Tawaran sebenar hanya di onlinekan pada 29 Mei, dapat detail tawaran, aku pun tanya 'macam mana? ...UiTM @ Jepun'. Yelah, daftar UiTM 2 Jun... Jepun 4 Jun.. kena buat madical check-up &  perjanjian, semua dgn kadar segera! 

Lepas buat pertimbangan (cakap aku xpakai kot .. kawan-kawan cakap laku lagi), 'Cheq pi Jepunlah' katanya. OK, letak tepi borang-borang ke UiTM tu, print pulak borang-borang ke Jepun (bukan pi lagi pon, 2 tahun intensif bahasa Jepun di KL-macam yang aku jangkakan).

Masa 2 hari (1&2 Jun cuti, 3 Jun travelling day) kena  'settle' semua, kelam kabut jugalah terutama madical check-up yang detail & perlu masa. Ingatkan pegi kat gov. hospital boleh cepat tapi xjugak, staf hospital cadangkan buat separuh-separuh - means certain check-up kat gov. (coz swasta xbuat) & yg lain kat swasta (coz kat gov. take 2 weeks pulak)- haru biru jadinya. Pi mai pi mai,  endorsement MdC kena buat pada 3 Jun jugak, nampaknya kena bertolak ke KL lewatlah!

Settled semua, dlm kul 1:00 pm bertolak ke KL  ... sesat hampir pasti, tanya jalan pun kat uncle 'Google' kan. Highway North-South sesak teruk macam balik raya pulak rasanya. Sampai KL(dah malam) & xikut arahan uncle 'Google', arahan ambik lane right tapi tak ikut ... KL ....salah lane & asyik kena hon je!  ...sesat.

Nak xnak called SOS kat anak saudara (niat dhati xmau susahkan depa..eehmm). Depa suruh tunggu depa sampai. Lepas tu kakak aku tepon tanya ada kat mana, aku kata dah sesat ... dia pulak suruh aku dok situ nanti dia suruh anak dia mai ...

Nak elakkan dari lewat masa pendaftaran (9:00 am), kami menginap di hotel (taraf hotel ke?) paling hampir dengan Institut Bahasa tu & siap buat 'rehearsal' dari hotel ke tempat pendaftaran (punya 'buta' jln kat KL ni). 

Institut Bahasa Teikyo
Majlis pendaftaran dbuat bersekali dengan taklimat kepada waris/pelajar. Dari penjelasan d beri, aku rasa tough jugalah anak aku nak hadapi pembelajaran bahasa Jepun ni (bermula dari tadika hingga 'term engineering' dlm Jepun).
 
 
Ucapan Aluan

 
Pelajar yang mendaftar pada hari tersebut bersama sensei & pihak pengurusan ....ade kenal sesapa
Foto-foto  http://www.teikyomy.com/00-whatsnew/2012/06-JUN/04-Jun.html

Habis sesi taklimat kami dibawa ke Condo penginapan pelajar2 ini (semua dtaja/urus oleh JPA).

Keluar dari KL petang jugak lah,  exit xsesatlah cari je arrow ke Ipoh... selesai.

Buat anak aku. Ini merupakan permulaan kepada suatu perjalanan yang  masih jauh & berliku. Semoga diberi kekuatan, kecekalan, ketekunan,  ketabahan & kesabaran. Insya Allah dengan izin NYA, pada tahun 2014 (dijangka Mac)  anak aku akan menyambung pelajaran ke Jepun.  Aku berserah kepada Mu-Yaa Allah, permudahkan segalanya buat anak aku.

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-MU, daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur.
Ya Allah, berilah ketaqwaan kepada anakku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung & memeliharanya.
Ya Allah, aku memohon perlindungan Mu daripada ilmu yang tidak bermanafaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas & doa yang tidak dikabulkan"

AMIN...AMIN..AMIN...

Wasalam.

p/s : dulu bos aku minta kami pi kursus bahasa ke3 (selain BI), ramai yang mintak belajar B.Arab, B.Cina tapi aku pi belajar B.Jepun-nihongo' (日本語). Lebih 20 tahun berlalu, yang tersurat  kini anak aku nak pi Jepun. Semua dalam pengetahuan Allah yg Esa & xpernah terjangkau dek akal bahawa anak  aku akan ke Jepun. Belajar sekolah agama, ingatkan ke Mesir @ Jordan!