Sunday, May 20, 2012

Seksyen 9

N3 ni crita last month.

Jangan panic, Seksyen 9  ni bukan kanun keseksaan atau kanun jenayah & bukan juga seksyen tempat aku tinggal ye .... ni tuntutan pusaka je ye..tenang..tenaaang.

Masa aku elok dibuai mimpi massage tone (h/phone) aku berbunyi, terkejut aku ade kecemasan ?? ape  pulak ni !!!... massage tertulis...

....notis petisyen & pendengaran (seksyen 9) (tuntutan pusaka)  pada 2 April 2012 jam 9:30 pagi, semua kena hadir ari isnin ; kak long....
received 12:29:37 am 25 Mac 2012 from kak long +6019xxxxxx

Apelah Kak Long ni, buat terkejut aku jelah, smslah waktu siang ...kak long!..kak long!

Kena cutilah nampaknya (bukan nak rebut gheta tapi xmau susahkan adikbradik), kenapalah tak dipanggil masa cuti sekolah kan senang (senang kita je nak kira he..he..).

Ni rentetan dari pemergian abah tercinta setahun yang lalu, Alfatihah & semoga  abah sejahtera di alam  sana, Amin!.

Gemulah abah xtinggal banyak pun, ada 2 lot tanah yang masih atas nama gemulah abah & kami sepakat nak selesaikan segera segala hal dunia gemulah abah.

Sebenarnya semasa hayatnya-sebelum gemulah abah menunaikan fardu haji (pertengahan 90-an), gemulah telah memindah hakmilik tanah kepada setiap anaknya (walaupun sekangkang kera & tidak pernah dijanjikan, ada juga untuk kami-tapi aku tiada apa akan d tinggalkan buat anak-anak aku  sekadar pelajaran/ilmu hu..hu..hu ) kerana kata gemulah, dia ingin sekali meninggal dunia di Mekah, tapi harapan gemulah abah tidak kesampaian.

Sebelum pembahagian harta pusaka yang setoit ni, beberapa hal kena selesai dulu, antaranya:
  • Kos Pengkebumian (kos-kos terbabit tapi tidak termasuk kenduri arwah)- ni dah kami selesaikan sebelum kami semua pulang ke rumah memasing selepas pengkebumian gemulah abah.
  •  Hutang piutang- aku mintak kak long (dia je yg tahu) pi cari kekawan & orang yang pernah berurusan dengan gemulah abah untuk bertanyakan hutang, jika ada. Alhamdullilah tiada- bagi yang berhutang dengan gemulah abah kira sedekahlah, selesai.
  • Hak wasiat- tanya kat mak aku sama ada gemulah abah ade habaq atau wasiatkan ape-ape kat sapa-sapa (mengikut mak aku seingat dia xdelah) -selesai.
  • Harta sepencarian-xdiambilkira, selesai
Bila semua settled barulah pembahagian harta pusaka dibuat. Peninggalan wang simpanan yang tak seberapa tu kami setuju serahkan pada mak, yang masalahnya peninggalan aset tak alih ni, nak xnak kena buat jugaklah.

Tiba hari yang telah ditetapkan oleh pejabat tanah, kamipun hadirlah beramai-ramai (mak, kami 6 beradik+1anak angkat). Bagi aku (yg lain pun samalah) nilah pertama kali dalam hidup menghadiri pendengaran harta pusaka ni. Kami dok ingat bila surat bagi jam 9:30 pagi boleh terus masuk, itu 'tentative time' je! Rupanya  group terdahulu dari kami (9:15 pagi) pun belum masuk lagi (pendengaran mungkin bermula 8:15am). Group tu siap suruh kami pi minum dulu, lambat lagi kata nya.

Tiada ruang menunggu disediakan, ada 2..3 biji kerusi disediakan di kakilima bangunan tu. Setiap satu pendengaran bukan satu waris ...berwaris-waris, bayangkan betapa sesaknya ruang kaki lima tu.  Dalam aku dok jadi mak pacak (bagi yg veteranlah duduk kan), bersembanglah dgn yg lelain tu, dari borak kosong tu aku difahamkan group sebelum aku  (yg suruh pi minum tu) akan membuat bantahan, jadi kata mereka, selalunya jika ada bantahan akan lambatlah. Adoi!!.., nak bantah ape lagi, ikut ajelah agihan yang ALLAH Taala buat spt. yg termaktub dalam Al-Quran tu!

Setelah letih berdiri (dgn pelbagai gaya-gaya artis, gaya aerobik, dll he..he..he), bertenggek, menyangkung -semua cukup tibalah giliran kami....

Pendengaran dimulakan dengan tuan hakim (panggil hakim ke?) memanggil nama kami & setiap orang kena jawab (macam masa sekolah dulu bila cikgu panggil kena menyaut), lepas tu kami semua kena berdirilah angkat sumpah (antara ayatnya ....dengan ikhlas hati, rendah hati ,tiada paksaan & segalanya yang dikatakan adalah benar tiada yang benar melainkan benar- benar belaka...) lebih kuranglah-macam dlm crita yg slalu dok tengok tu lah. Masa angkat sumpah ni, aku nak tergelak pun ade!

Tuan Hakim selanjutnya menerangkanlah sapa yang membuat tuntutan/permohonan (kak long akulah) & menyatakan lokasi harta peninggalan yg akan dibicarakan & seterusnya bertanya agihan yang hendak kami buat. Waris kuat semestinya anak lelakilah kan (aku ade seorang abang berlainan ibu). Beliau bersetuju dibuat agihan samarata termasuk ngan adik angkat aku. Tuan Hakim selanjutnya memaklumkan, mengikut hukum faraid, anak angkat tidak layak mendapat harta pusaka tetapi kami sepakat untuk memasukkan nama adik angkat kami (mak ambik masa umur 2 minggu kerana mak xde anak lelaki) & sekali lagi kami kena mengangkat sumpah tidak akan membuat tuntutan kemudian hari terhadap adik angkat kami.

Akhir sekali, tanda tangan & bayar kos tuntutan (brapa ye-mak aku yang bayar). Kesudahannya aku sendiri xtau berapa nilai sebenar harta pusaka tu & kat mana? Kemudianlah!

Tu semua xmenarik minat aku. Semoga dengan selesai proses ni, selesai sudah segala urusan dunia buat gemulah abah & semoga abah bersemadi dengan aman di alam sana.

Selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammd saw.
Yaa Allah yang maha pengasih dan penyayang, maka selamatkanlah hambaMU (gemulah abah)  dari siksa kubur yang amat sakit tidak terperi sakitnya & berikan hambuMU (gemulah abah) dengan nikmat kubur. 
Yaa ALLAH berilah kami nikmat syurgaMU & jauhilah kami dari seksa nerakaMU. Sesungguhnya Engkau tempat kami memohon keampunan & perlindungan.
Amin, Amin, Amin.

Alfatihah buat gemulah Abah- we missed u so much!.


Selesai semua, lepas solat Zohor bertolak balik ke Utara...rehat sana..rehat sini +- 12.00 a.m, Alhamdullilah selamat tiba di AS. Anak aku takut sangat ponteng sekolah "nanti cikgu marah" katanya.

Wasalam
  

2 comments:

  1. Ingat dah masuk lockup dah,dulu lepas ayah saya meninggal,kita sekeluarga uruskan perbahagian harta di Pejabat Pembahagian Harta Pusaka Kecil,
    utk selesai proses ambil masa hampir 10 bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pi 'bersih 3.0' aritu mungkin kena lockup he..he..he. Pembahagian harta ni memang patut dibuat cepat kalau lambat mungkin akan berlaku pergaduhan adik bradik pulak nanti.

      Delete