Monday, May 14, 2012

Hari-hari 'MOTHERS DAY'

Sepanjang bulan Mei ni- semua channel TV tontonkan crita pasai ibu/mak/ama/mami etc..etc, N3 ni bukan nak crita pasai hari ibu (dah tertulis kat sini hukum sambut MD's)  tapi persepsi aku masa ter'tonton' noon news (xingat TV mana-hari Jumaat ke Sabtu?), dalam news tu diselitkan rintihan ibu-ibu (wartawan lah tanya) yang ditinggal 'terbiar' oleh anak-anak (sempena hari ibu kot!), bukan lah tinggal tepi jalan tapi depa tak jaga & ibu-ibu tu  diberi duit kebajikan (aku xtengok sangatlah..dengaq sambil sediakan 'lunch'). Aku x brapa setuju dengan ibu-ibu tersebut, kenapalah di aibkan anak-anak mereka sedemikian rupa. Anak bukan aset untuk kita kaut keuntungan bila mereka dewasa, anak adalah amanah & tanggung jawab juga merupakan 'ujian' buat kita dari Allah swt.

Bukan aku menyebelahi anak-anak (aku juga anak & aku juga ibu), cuma sebagai mak/ibu etc... kita perlu redha & ikhlas terhadap anak-anak kita, ingatlah wahai ibu-ibu (peringatan untuk aku juga) ketidak'redhaan' kita akan menyebabkan anak-anak tidak mendapat syurga diakhirat kelak. Sebagai ibu/mak sanggupkah kita membiarkan anak kita hanya berada dipintu syurga @ d neraka kerana ibunya tidak redha semasa didunia fana!. Berilah peluang & ruang kepada anak-anak kita menjalani hidup mereka pula, redha & terima seadanya anak-anak kita.

Sebelum menuntut hak kita sebagai ibubapa, apakah sudah kita menunaikan hak anak-anak kita?
Sebagaimana riwayat Abuhurairah r.a berkata Rasullullah saw.
"Hak anak yang harus dilaksana oleh ibubapa ada tiga :
1-memilih nama yang baik ketika lahir.
2-mengajar kitab Allah (mendidik agama Allah).
3-harus dikahwinkan jika telah dewasa (jgn tergoda hingga melacur)."

Diriwayatkan juga, seseorang datang kpd Umar r.a,
Ayah : "putraku derhaka kepada ku"
Umar r.a (berkata kepada anak itu) : "Apakah tidak takut kepada Allah kerana derhaka kepada orang tuamu, kewajipan anak ...begitu...begini".
Anak  (bertanya) : "Ya amiral mu'minin, apakah anak itu tidak berhak keatas ayahnya?"
Umar r.a : "Ada...1-memilih ibu yang bangsawan/baik, 2-harus memberi nama yang baik, 3-harus mengajari kitab Allah"
Anak : "Demi Allah dia tidak memilih untuk ku ibu yg baik, 2- saya dinamakan 'kelawar jantan', 3- saya tidak diajar kitab Allah walau satu ayat".
Umar r.a berkata kepada ayahnya : "Engkau telah derhaka kepada anakmu sebelum ia derhaka kepadamu"

Satu riwayat lain, Tsabit Albunani berkata : 'Ada seorang anak memukul ayah disatu tempat dan ketika anak itu ditegur oleh orang ..Mengapakah demikian?
Jawab si ayah : 'Biarlah ia, kerana aku dahulu telah memukul ayahku ditempat ini, maka kini aku dibalas oleh anakku memukul aku ditempat ini, semuga ini menjadi tebusan itu & ia tidak dapat disalahkan'.

Dalam banyak kes ibubapa terabai, alkisah awalnya anak-anak tersebut terlebih dulu diabaikan oleh ibubapa itu, Waallahualam.

Jadilah Ibu yang sentiasa memaaf & redha segalanya supaya kita tidak menjadi ibu seperti yang di riwayatkan Abban dari Anas r.a  (aku ringkaskan) :


"Kisah seorang lelaki bernama Alqomah yang dalam nazak tapi lidahnya kelu x boleh nak mengucap (laa ilaha illallah) & ditangguhkan kematiannya, hanya kerana ibu Alqomah  berkecil hati lantaran Alqomah mengutamakan isteri dari ibunya. Sedangkan Alqomah seorang yang rajin solat, berpuasa & seorang dermawan. Bersabda Rasulluallah saw. "murka ibunya  itulah menggunci lidahnya untuk mengucapkan Laa ilaha illallah". Lalu Rasulullah saw. meminta Alqomah dibakar tapi dihalang oleh ibunya. Rasulullah bersabda kepada ibu Alqomah "hai ibu Alqomah, siksa Allah lebih berat & kekal, kerana itu jika kau ingin Allah mengampunkan dosa anakmu, maka relakanlah ia (kau harus redha padanya), demi Allah jiwanya ada ditangannya-tidak berguna solat, sedekahnya selama engkau murka kepadanya". Dipendekkan riwayat ini, Ibu Alqomah meredhakan & Alqomah boleh mengucap & meninggal dunia. (riwayat ni panjang aku ambil intro & ending je, ramai yang tau kan!).

Sebagai anak juga, setiap kali aku menziarahi mak, sering aku meminta mak supaya redha & memaafkan kami anak-anaknya. Kami telah cuba sebaik mungkin memenuhi kehendak mak. Moga mak sentiasa ikhlas & redha terhadap kami, anak-anaknya.

Pada aku, jika telah tertunai hak anak-anak maka  pasti hak kita juga akan ditunaikan oleh anak-anak, itu janji Allah. Kalau hak anak tidak kita laksanakan mana mungkin kita menerima do'a keampunan dari anak-anak (yang soleh) bila kita kembali ke rohmatullah.

Yaa Allah, Engkau jauhilah aku dari sifat kecil hati & tidak redha/ikhlas terhadap anak-anak ku. Aku halalkan setiap titik air susuku yang diminum oleh anak-anakku & titik peluhku membesarkan mereka . Telahku cuba sedaya upayaku menjalankan tanggungjawab dari amanahMu, yaa Allah. 
Yaa Allah berkatilah kami & lindungilah kami di dunia & akhirat, jauhi kami dari Azab Neraka.
 Amin.

Wasalam.

2 comments: