Dalam perjalanan pi ambik result SPM, aku tanya anak aku 'based on exam ari tu, rasanya berapa 'A' boleh dapat'. Jawab anak aku, 6A kot!. Otak aku berkata-kata 'masa aku ambik lepas jawab exam aritu...memanjang semua 'A' - ni tinggai 6 pulak!'.
Pencapaian keseluruhan GPN sekolah anak aku meningkat berbanding tahun sebelumnya (kenaikannya begitu memberangsangkan tapi lupa pulak dari brapa .. ke.. brapa, dengar sambil lalu je!). Pelajar dpt all-A's seramai 19 org ( tahun sebelumnya kuranglah).
Terima kasih xterhingga buat semua guru-guru, persatuan PIBG yang bertungkus lumus mengadakan kelas tambahan di samping tuisyen tambahan di pusat tuisyen. Segala penat lelah guru-guru sekelian moga diberi ganjaran dunia & akhirat oleh ALLAH YANG ESA. Bagi aku, hilang segala keletihan tenaga dan wang apabila menerima keputusan. Alhamdullilah! walaupun xsemua 'A' - 9A,2B tapi ia melepasi target anak aku. Syukur kehadratMU ya ALLAH, Amin.
Walaupun 9A's, nak kan biasiswa bursary @ tajaan kerajaan keputusan must A+, takat 2..3 ketul je A+, kena bersainglah nampaknya.
Bila dah sampai tahap ke IPT ni, aku beri kebebasan kepada anak-anak aku. Masa depa sekolah, aku tentukan sekolah mana depa perlu pergi. Peringkat ni aku guide je kursus-kursus yang sesuai dengan kelulusan diperolehi. Berbanding dengan anak aku yang sulung (tahap kepatuhan tinggi), yang 2nd ni banyak sikit songgehnya, aku cakap macam ni ..dia kata lagu tu...lama-lama, aku kata 'ikut hang lah syam'. Aku nak terima kasih gaklah kat laman sosial-FB, ade jugaklah positive sidenya kerana depa boleh 'communicate' & bertukar info tentang pelbagai hal pasai further study ni!. Walaupun dikatakan kita 'makan garam' dulu, depa lagi advance. hu..hu.. xlaku cakap aku!
Dalam kekeliruan anak aku memilih kursus (bila kekawan FB pun ade macam-macam pendapat) & meminta my 2 cents tentang kursus yang sesuai. Tetiba aku teringat lagu yang sering aku nyanyikan masa sekolah dolu-dolu ...
Dalam menentukan masa depan, semua ditangan ALLAH. Kita tak tau apa Qada & Qadar yang Allah tetapkan buat kita semasa ruh dimasukkan dalam jasad kita, kalau dah tau rasanya semua orang akan tunggu jelah.
Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu berusaha merubahnya. Islam menganjurkan kita berusaha/ikhtiar barulah bertawakal & berdoa kepada Allah mohon pekenan/kejayaan.
Sebagai mak, aku mendoakan segala yang terbaik buat anak aku.
Yaa ALLAH, yang maha pemurah & pengasih,
Engkau berilah kejayaan & berkatilah anakku didunia & akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.
Amin!
Kepada follower aku arvin yang bakal menduduki SPM end of this year , zaman ini kena 'be the best of the best'. Masih belum terlambat untuk menjadi yang terbaik/the best. GOOD LUCK.
Wasalam
p/s: N3 ni aku coret masa lepas ambil result, buat 2 para -aku peram bagi ranum he..he.. publish je lah for my record purposes.
Tahniah,Dah oklah tu,sebab dah melebihi target.
ReplyDeleteAlamak, tahun ni giliran anak saya pula ambil SPM.
TQ, letih jadi ibubapa sekarang, kita dulu nak exam-emak ayah xambil kisah, sendiri mau ingatlah. mak saya cuma bagi 'warning'tiada harta dtinggalkan, cuma dia bagi sekolah & belajar rajin-rajin.
DeleteDampingi/call etc.. anak u utk beri semangat & 'hint' yg kita sayang dia & nak dia berjaya. Good luck to u & anak.
Alhamdulillah, anak u telah berjaya..amiin to your doa..
ReplyDelete:-)
Apa-apa yg kita buat,mohon supaya diberkatiNYA.
DeleteRisau sangat2 ni..anak saya semuanya nk ambik peksa...spm,pmr,upsr..
ReplyDeleteCuma mampu berdoa agar dia buatvyg terbaik. Insya allah..
Memang merisaukan, persaingan begitu hebat. Jgn beri tekanan pada anak, saya hanya kata org lain boleh, kita pun boleh. Doa & solat hajat selalu terutama masa depa sedang buat exam. Good luck 2 ain & anak-anak. Insyallah
DeleteTahniah.. Kita belom ada anak.. tak merasa lagi perasaan risau2 mcm ni.. tumpang merasa kejayaan anak2 buah jer lah..
ReplyDeleteTQ, akan tiba masanya Nz & mungkin masa tu makin mencabar. Apepun serah padaNYA.
Delete