Sunday, April 22, 2012

Kami Bukan ALONG...Kami Cuma Mau TOLONG

Aku ni macam sabut & batu, bila jadi sabut aku timbul sat, bila jadi batu lamaaaa...tenggelam. N3 ni prepared last week, publish je lah.

N3 ni pasai PTPTN, macam-macam tajuk & hujah, pro&conts tertulis di segala jenis siar raya termasuk d alam maya ni. Desakan demi desakan hinggalah dibuat perhimpunan (haram..ke halal...?). Geng pemerintah kata ni agenda politik pembangkang dan macam-macam lagi lah.  

Aku pun heran bila dikatakan jika memberi pendidikan percuma sehingga ke IPT negara akan muflis? Mana punya formula aku pun x tau. Seingat akulah, masa aku masuk 'u' dulu free je, dulu dipanggil DERMASISWA, antara syarat utama yang masih aku ingat  ialah sekiranya pelajar 'lari' & xtamatkan kursus (bukan sebab gagal) perlu bayar RM50-70K kat gov, pelajar juga diwajibkan bekerja dengan kerajaan antara 7-10 tahun (sekiranya dalam tempoh setahun kerajaan tidak memberi tawaran kerja syarat ni x terpakai) & kalau nak keje kat swasta mohon pelepasan dari gov. Itulah antara yang aku ingat sebab mak aku selalu pesan 'Jangan buat hal, belajar betul-betul, nanti kesian kat penjamin kena bayar", katanya.

Aku tak nampak tang mana depa kata, kalau free pelajar tidak bersungguh & cemerlang. Pada aku, kita akan berusaha lebih kerana TQ kita kpd penjamin kerana sudi jadi penjamin (bukan senang nak cari penjamin, xramai yg berani tau, depa takut kena tanggung hutang-itu masa aku dululah) & mereka adalah orang yang kita kenal, xkan nak bagi depa tengok result yg teruk kot!. Masa aku dulu, pelajar yg xditaja/kaya-rayalah yg selalu buat hal, kami yg ditaja ni selalu hidup dalam kesedaran (sedar kami pelajar subsidi ..he..he..)

Lepaih tu aku kejelah dengan kerajaan & xpenah pulak aku terima jadual bayaran ... semua percuma...aku ulang PERCUMA. Masa negara xmaju dulu boleh pree, bila maju dah xcukup duit pulak hingga dikatakan negara akan muflis!. Oh Malaysiaku.

Sebelum aku terus melalut, mai aku crita sikit macam mana terbersalinnya PTPTN ni, sapa ibubapanya. Sayugia bagi memaju & menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan (kat malaysia ni macam-macam hub & pusat ada), maka dengan itu Menteri Pendidikan pada masa itu yang kini menjadi Memanda Menteri telah memperkenalkan beberapa akta baru seperti Akta Pendidikan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, (Akta 555). Masa era tu berapa keratlah suara pembangkang & without doubt parlimen lulus punyalah.  Prasangka aku - ni tak lain tak bukan nak bagi kat kronilah, depa dok nganga tunggu duit dari langit xdak.

Pengenalan akta-akta nilah yang mula mencekik darah & keringat rakyat. Bilamana peranan menyediakan tempat & peluang pendidikan tinggi bagi kat swasta. Memang ada kebimbangan/ bantahan wakil siswa/wi  akan terjadi perniagaan dalam pendidikan tinggi swasta ni ...tapi.. 
 'ade sapa kesah...man tak kisah'.

Bagi menampung kos pengajian (nak bagi kat geng yg buka IPTS). Dengan itu, tertubuhlah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 & mula beroperasi pada 1 Nov. 1997.

Kerjanya urus pembiayaan pada sapa yang nak pi IPTA/S dan kutip bayaran balik pinjaman (kos pengajian + % nak bagi kat dot..dot..), disamping menyediakan skim  simpanan (SSPN tulah) &  apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis. Lain-lain hal macam objektif, visi, misi (bla..bla..sesedap rasa), sila layari web PTPTN tu ...K..

Semasa menerawang disesawang,
aku jumpa ni
Fakta nipun telah diputarbelit oleh ex-memanda  menteri dalam media beberapa hari lepas katanya Anwar lah yang buat & lulus PTPTN ni, apa punya ex lah..dah lupa rupenye. Xkiralah sapa yang buat & lulus, bila ada pandangan/bantahan apa salahnya dikaji balik bukan berdosa pun, yang langgar hukum Allah tu buat-buat xtau. HUH.

Penyediaan tempat IPTA yang terhad berbanding lepasan sekolah yang layak memasuki IPT yang ramai (yang ni pun pernah dipertikaikan adakah betul anak-anak ni layak @ dilayakkan dgn merendahkan gred kelulusan-wallahualam) maka, ribu-riban rakyat 1Malaysia pelbagai kaum terpaksa mendaftar ke IPTS. Akibat terlalu bergantung kepada IPTS yg tentunya kos pengajian lebih mahal & membebankan (bila dah meniaga mestilah nak untungkan!), tak pe belajar dulu...hutang.

Pada aku, kita kena kembali sebelum 1996, dimana tempat dan peluang untuk ke IPT disediakan oleh kerajaan. Kos dan yurannya lebih rendah kerana tiada unsur “niaga” berbanding IPTS. IPTS hanya sebagai pelengkap kepada IPTA bagi menyediakan peluang khas yang tidak dapat disediakan oleh IPTA seperti kepakaran/kursus-kursus khas, pengajian baru dan seumpamanya.

Bila ada suara-suara suruh mansuh, mailah kata-kata dari akai yg cetek & berbentuk ugutan.. antara tajuk-tajuk yg terbit kat akhbar UM...

'Jika mereka anak jantan pulangkan PTPTN' kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi-mencabar pelajar & sapa-sapa yang mintak PTPTN mansuh

'Mansuhkan PTPTN cicirkan anak bangsa' kata Datuk Abd. Talib Bachek, Naib pengerusi Mimbar Pemaufakatan Ibu Bapa Nasional(MAPIN), negeri Melaka

'Rakyat sengsara jika PTPTN dimansuhkan' kata Dr. Zulkarnain Muhammad Sori, Pensyarah Perniagaan Uni. Malaysia Kelantan.

Apa hal ni,  yang aku faham depa mintak mansuh PTPTN & diganti dengan satu kaedah lain (pinjaman/biasiswa) yang lebih adil & tidak memberi beban hutang kepada para lepasan graduan di kemudian hari.

Aku yang bakal termasuk dalam group  ni, apa yang ku pinta.
  • Bayar apa yang dipinjam je, xpayahlah ada flower2. Kami pun xmau jadi masyarakat 'subsidi' (walaupun salah satu hak rakyat dinegara demokrasi ialah mendapat pendidikan percuma- kalau xsilap akulah, aku baca kat mana xtau dah lupa!
  • Bagi graduan yang mencapai CGPA tertentu eg: 3.5 dapat xx% diskaun, 3.0 dapat yy% diskaun, etc..etc. Gov mungkin boleh guna beberapa syarat kpd graduan dlm membuat pemohonan diskaun tu. (apa-apa mesti ada syaratkan!). Moga dgn diskaun ni jadi  semangat/motivasi kat depa belajar rajin & dapat keputusan cemerlang.
  • Bagi graduan yang sambung belajar tak payah susah-susah buat banyak akaun, satu je-kan senang tu. (ikut sumber kekawan pinjaman PTPTN di peringkat diploma dan ijazah, ada dua akaun..ye  ke!). Gov. jangan lupa bagi diskaun kalau mereka sambung belajar lagi...baru depa bersemangat nak sambung.. betul tak ---- betul..betul..betul, kata Upin&Ipin.
Aku menyokong penuh tuntutan depa (..GO DIEGO GO..), demi kepentingan aku (ha..ha..ha) kerana tahun ni mungkin sorang lagi anak aku akan menyambung pengajian ke IPT jika diizinkanNYA, Insyallah. Anak sulung aku takat ni masih belum berhutang, dapat  biasiswa FAMO (Father & Mother). 2nd year & my 2nd son ....belum tentu lagi...wait & see!.

Tak sanggup melihat anak aku terbeban hutang PTPTN bila tamat pengajian kelak. Kesian rasanya bila menyaksikan pegawai-pegawai baru kat pejabat aku ni bergelut bayar hutang. Rakyat 1malaysia akan hidup dalam hutang seumur hidup (silap-silap akan diwarisi hutang itu kepada waris yang masih hidup). Nauzubillah.

Luar tajuk sikit tapi berkaitan- IPTS ni telah mewujudnya aktiviti/industri  hiliran yang begitu BERJAYA iaitu GRO a.k.a Pelacuran (guna pas pelajar oleh warga asing), hai macam-macam ada kat 1Malaysia ni....                       SATU LAGI PROJEK ....... (sendiri tau)

Malaysia boleh!!!

Sekian cadangan/permintaan/harapan seorang mak terhadap pemimpin yang bijak lagi sana!

MENARUH HARAPAN-tiada kaitan sekadar hiburan


Wasalam.

5 comments:

  1. kami sokong la...sapa tak sokong tu tolak tuah namanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xsokong memang sah 'mangkuk'lah. he..he..

      Delete
  2. Belum dapat kerja pun dah dibebani hutang berpuluh ribu,
    mcmana dgn kehidupan selepas bekerja,rasa saya kena duduk kat setinggan budak2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah yang merisaukan kita ibubapa & kita perlu membetulkan keadaan demi masa depan anak-anak kita. anda mampu mengubahnya ...vote for... he..he.(xsalah mencuba & memberi peluang kan)

      Delete
    2. it's always worth a try,remember the whole world is changing and we don't want to be left behind.

      Delete