Monday, January 28, 2013

Masam Manis Awal 2013

Dah hampir sebulan tahun 2013 dilalui, aku sambut dengan pelbagai rasa. 

Masam Manis Aku 

Tahun 2012 diakhiri dengan badan seram sejuk (demam tau bukan masuk antu) bersambung ke tahun 2013. Sekolah dibuka dengan kegagalan anak aku memasuki sekolah idaman aku (bukan idaman anak aku), nak buat rayuan melalui telefon x boleh (xde suara) terpaksa lah pi mengadap pihak yang buat penempatan pelajar ..hu..hu... mohon masuk ke cawangan dulu. Kot-kot nanti ada kosong di bulan Februari bila ada pelajar ke sekolah asrama penuh, kalau xde kekal lah kat situ!

 Masam Manis Kerja Aku 

Sempena perhimpunan tahun baru, bos aku telah maklumkan kami tentang amanat PM kepada penjawat awam antaranya pasai Perpaduan & Jatidiri Nasional, projek dilaksana ikut timeline/jadual (jgn dok delay-delay), agenda GTP (Goverment Tranfomation Programme kot!), Pengurusan Ekonomi Negara - agihan kepada rakyat secara adil & saksama (ye ke??), Nasional Blue Ocean Strategies (ni yang bos aku dok sebok BN-Beautiful Neighbourhood ..he..he.. BN ye!!).  Yang paling aku ingat ialah penjawat awam  diminta beri perkhidmatan cepat, tepat, berintegriti, yang paling-paling aku suka PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN INOVATIF ...

Masam Manis NegaraKU

Tengok pada 2 insiden awal tahun ni bolehkah kita menjadi KREATIF DAN INOVATIF ....kalau...

HKR#KL112
Aku sms anak aku : 'balik tak minggu ni'
anak aku jawab : 'xkut, nak pi rumah kawan KL' 
tup..tup.. petang hari sabtu anak aku terjengoi, 'hang kata na pi KL', kata aku. 'Tak jadi, depa buat gotong-royong, last minute baru habaq', katanya.

Sembang punya sembang rupanya dia nak  pi HKR#KL112 (tang ni aku xbantah @ xsuruh), katanya, pihak U bagi pi HKR#KL112 tapi last minute keluar arahan 'wajib hadir' ke program gotong royong tu. 
Pada aku senang aje ..boleh tapi xboleh...Macam mana nak KREATIF DAN INOVATIF!

Sebelum ni, Himpunan Bersih disekat ...haru-biru, masam-manis, pedih mata & hati, semua ade. Bila depa kata HKR#KL112  ok... aman-bahagia , santai semuanya. Ni baru boleh bentuk PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN INOVATIF, amacam?  stuju!
 
Masam manis tajuk utama  akhbar
Lepas habis HKR#KL112, depa sibuk kira brapa orang hadir, xkisah berapa orang yang berhimpun kan, tengok akhbar macam-macam perisa ada! Atas niat boleh tapi xboleh, depa nak cari juga salahnya, kali ni depa kata tak ikut syarat pulak! ..ape..ape ajelah, tengoklah nanti depa nak buat lagu mana?


Nak tulis ape & nak jadi sape pun boleh masa HKR#KL112. Senak perut aku dibuatnya
...kah..kah...kelakar!. macam-macam permintaan, bukan takat 8 tuntutan tu je!  Amacam! .. KREATIF DAN INOVATIF!.


FENOMENA .....Listen...Listen.. Listen

Top video & quote awal tahun (incident ni hujung tahun 2012) ' listen..listen..11x kot!. Lain yang ditanya, dia pi crita masalah binatang ...veterinar kot dia ni begitu prihatin tentang masalah binatang. Kah...kah..kah nak tercabut urat gelak aku. Ape pun tabik spring aku kat cik Biwani

Kekangan/sekatan yang dihempuk kepada pelajar IPTA/S kita
... adakah ini akan dapat melahirkan pekerja berPEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF ??????.




Yang menariknya, ia memberi idea kepada mereka-mereka yang pandai mencari cara buat duit. Ni memang KREATIF DAN INOVATIF!


 


  
Macam-macam ni? boleh tapi xboleh, diarah supaya KREATIF DAN INOVATIF tapi dihalang untuk bercakap, mana terbitnya KREATIF DAN INOVATIF kalau semua deria (mulut, mata, telinga, hati & akal) dimandulkan? Oh Malaysia tanah airku!!!!!

"Yaa Allah, Engkau lindungi kami dan anak-anak kami dari dibelenggu akal & pemikiran, hindari kami dari sikap alpa dan lalai, kuatkan iman kami untuk melaksanakan tuntutan MU dan menjadi khalifah dimuka bumiMU" ....Amin..Amin...Amin.

 Wasalam,

4 comments:

  1. Memang kreatif org sekarang tapi bukan babak kerja tapi babak membantah,trend sedunia,tak boleh buat apa2.

    ReplyDelete
  2. asam garam kehidupan...byk masam manisnya kan...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan masam-manis je Zurina ... pahit-kelat semua ade.. sabar & beserah pada yg Esa je lah.

      Delete