Tanggal 15 Dis 2012, pak mentua aku dipanggil Ilahi pada usia 81 tahun. Tiada kejutan buat kami kerana gemulah telah lumpuh hampir 6 tahun & 2 bulan kebelakangan ni kesihatannya mula merosot.
Apa yang membuatkan kami berasa 'lega', gemulah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan menantu perempuan sulungnya (gemulah suaminya juga telah dipanggil Ilahi sebelum pak mentua aku lumpuh lagi).
Seorang yang mempunyai ilmu agama yang lebih tinggi berbanding kami di samping pernah melalui situasi ini (Sebelum ini, gemulah ayah, suami dan mak biras aku ni menghembuskan nafas terakhir mereka dipangkuannya). Saat-saat akhir gemulah pak mentua aku diperdengarkan kalimat-kalimat tauhid & disambut dengan sempurna oleh gemulah pak mentua aku. Alhamdullilah.
Moga gemulah pak mentua aku aman di sana!

Alfatihah
Amin...Amin...Amin.
Sekadar peringatan buat aku dan semua. Jangan kita meraung, meratap pemergian orang yang kita sayang kerana mereka bukan milik kita ........KITA & MEREKA ADALAH MILIK ALLAH......
dipinjamkan kepada kita buat seketika cuma...
Mana Milik Kita...Rabbani (alfatihah buat ustaz Asri)
Selamat menyambut tahun baru masihi 2013, moga kita tidak dimurkai Allah dan sentiasa dalam lindungan NYA. Amin.
Wasalam
Selamat Tahun Baru,
ReplyDeletesetiap yg datang pasti akan kembali jua.
innalillahiwainnailaihirojiun..takziah buat cheqno skga!
ReplyDelete