Sunday, December 9, 2012

Aku Menangis!!!

Lembab tul tenet (yg aku langgan pulak x match dgn PC aku ..hu..hu), hilang mood nak buat N3 & singgah di blog kekawan. 

N3 ni  crita benar, yang selama ni aku tonton di TV & baca d akhbar/tenet tentang masalah sosial remaja-kes sex bebas, anak luar nikah, kawin lari & seangkatannya. Anggaplah N3 ni sebagai pedoman & sempadan.

Crita ni terkeluar masa balik raya, setiap kali raya (aidulfitri) keluarga ni merupakan tetamu tetap kat rumah mak aku. Setelah beberapa kali raya, salah seorang anak perempuannya tidak lagi sertai 'rombongan' tu, lama dia tak datang. Sebelum ni aku tanya gak, mama dia kata, xdapat cutilah, ade kelaslah, pegi rumah mak angkat lah, ...etc..etc. 

Kali ni aku tanya kakaknya, mana 'y'? Mula-mula dia kata "ade hal xdapat dtg", tapi lepas lama berborak d ajak aku ke satu penjuru, diperihalkanlah pasai 'y'.

Aku menangis!

Mendengar crita kakak 'y', dlm hati aku menangis (tajuk N3 aku).  Antara  bradik  depa, aku paling rapat dengan 'y'. Masa aku belajar d IPT & kerja kat KL, 'y'  masih kanak-kanak. Bila ade masa terluang aku akan bawak 'y' pi makan ais-cream, waima balik ke kampung aku. Aku melihat gelagak/keletah 'y', seorang kanak-kanak yang petah bercakap & ceria, sepanjang bersama, 'y' akan terus bercerita,  pasai kelas tadikanya, pasai ibu pengasuhnya, apa aktiviti dia dll.

Hubungan terputus bila aku d pindahkan ke utara, sejak tu aku dah x ikut berkembangan 'y'. Berjumpa sekali setahun, dia membesar menjadi seorang pendiam, cuba mengelak dari berbicara (x spt masa kanak-kanak) & aku tidak anggap ia suatu yang luarbiasa. 

Rupa-rupanya zaman kanak-kanak (selepas tadika) & remajanya tidak mengembirakan.(kakak 'y' kata kalau bagi nasihat, 'y' selalu kata jangan cakap pasal masa dia kecik @ dulu, xde kenangan manis nak ingat, dah xmau dengar katanya). Ibubapanya memberikan tekanan, tiada negotiation semua merupakan arahan yang perlu dipatuhi (adik bradik lain pun dilayan begitu) cuma 'y' ade kelebihan, dia d sayangi mamanya (kerana disayangi & menjadi harapan mama, tekanan tentu lebih lagi).

Mungkin akibat tertekan/dendam kepada ibubapa (andaian aku), dia menjadi seorang yang pendiam tapi 'liar', menjadi anak kesayangan mama, duit xde hal 'brapa mintak mama bagi', kata kakak 'y'. 

Mama depa pulak seorang suka bercerita & selalunya 'lebih kuah dari sudu' (betul ke perumpamaan aku ni) tentang kejayaan anak-anak & memaksa anak-anaknya belajar & mengambil 'course' mengikut kehendaknya (bukan kehendak anak) & memaksa anak-anaknya belajar hingga PHD (tetapi anak-anak xmau), ini tentu menambah tekanan! 

Kakak 'y' bercerita mereka adik bradik tekun belajar & nak skor dlm exam bukan ape, cuma bagi membolehkan mereka ke sekolah berasrama. Takala pelajar lain gembira menyambut kedatangan cuti sekolah, mereka mengeluh -alangkah baiknye jika sekolah sepanjang tahun!.

Dari crita tu, dapatlah aku rungkaikan punca dia (kakak 'y') berkahwin sebaik tamat diploma & meneruskan ijazah selepas kahwin, nak keluar dari rumah & tekanan rupenya (yg depa rasa neraka) . Dia memilih jalan & lelaki yang betul (ikhlas mengahwininya).... tapi tidak 'y'.

'y' tersilap langkah, dia membebaskan diri dari tekanan dgn bersosial -kaki disko (mama bagi duit), bila ke disco adalah 'minum' & teman lelaki (akhirnya d tinggalkan teman lelaki lepas 'body' tergadai). Lelaki tersebut hanya mengambil kesempatan je (kata kakak 'y').

Gagal percintaan, 'y' mencari cinta baru & akhirnya 'y' hamil anak luar nikah. Atas rasa tanggungjawab keluarga lelaki (lelaki ke brapa xtaulah kata kakak 'y' -nauzubillah), mereka di kahwinkan kat Thailand. Masalah timbul bila anak lahir 1 bulan lepas kawin d Thailand (anak xsah taraf) & perkahwinan d katakan xsah ( xmaklum kedutaan Malaysian d Thailand), pulak!.

Status perkahwinan 'y' masih hang & belum d daftarkan. Keadaan disukarkan lagi bila ibubapa depa masih tidak dapat menerima hakikat 'anak kesayangan' mereka telah tersasar & masih xsedar semuanya terjadi atas kegagalan mereka sendiri, 'xtau macam mana dah nak nasihatkan mama', kata kakak 'y'. Kini 'y' masih hilang arah,  anak (mulanya 'y' mau digugurkan kandungannya, tidak berbuat  demikian setelah dinasihatkan kakak 'y' supaya xtambah dosa) dtinggalkan kat keluarga 'suami' (yg xsah taraf). 

Terkedu mendengar crita depa! aku memberi tanggung jawab kepada kakak 'y' untuk memastikan adik-adiknya yang lain tidak mengambil jalan yang telah di pilih 'y'.  

Aku menangis! 

Seorang kanak-kanak yang aku kenali sebagai kanak-kanak riang/keletah, pernah aku dukung/tidur/berlari bersama rupanya melalui zaman kanak-kanak & remaja yang 'celaru' seterusnya hanyut, cuma aku berharap supaya 'y' masih boleh diselamatkan dari lemas!. 

Kalau aku tidak mengenali kakaknya, mau aku tuduh dia memfitnah mamanya sendiri!  Aku rasa xmasuk akal dari crita yang d sampaikan oleh kakak 'y'... macam crita dongeng pun ade (banyak lg kisah duka yg terlalu panjang utk dN3kan). Mama mereka, dimata aku seorang yang lemah lembut tuturkata & gerak geri. Bila aku suarakan ketidakpercayaan aku, kakak 'y' kata 'yang lemah lembut bagai tu ... berlakun je'.

Aku menangis!

Mungkin belum terlambat untuk aku membantu 'y' kembali kepada kehidupan normal & mencari hidup yang diredai ALLAH.  Yaa Allah berilah kekuatan kepada hambaMu yang kerdil ini! 

"Ya Allah, selamatkan 'y', ampunkan 'y', lembutkan hati 'y' 
juga hati kedua ibubapanya, hilangkan rasa dendam 'y' terdapat kedua ibubapanya. 
...Kembalikan 'y' ke jalan Mu
...kembalikan 'y' ke jalan MU 
...kembalikan 'y' ke jalan MU. 
Yaa Allah, aku memohon kepadaMU, sesungguhnya Engkau yang maha pengampun & penyayang"
Amin .... Amin .... Amin.

Buat aku dan  para ibu bapa sekelian, jadikan kisah ini, sebagai panduan dalam  kita membesarkan anak-anak kita. Anak-anak adalah amanah & anugerah Allah untuk kita  jaga & hargai,  bukan aset untuk dibangga & dapatkan keuntungan darinya.

"Yaa Allah, jadikan kami ibubapa yang memahami & menyantuni anak-anak kami, jauhkan rasa takpuas hati anak-anak kami terhadap kami. Berkati & lindungi kami didunia & akhirat, jauhi kami dari azab  neraka". Amin. 

Selawat & salam buat nabi junjungan Muhammad saw.


Wasalam 

Note : semasa aku publish N3 ni, mungkin dah ada jln penyelesaikan kot. No h/phone kakak 'y' hilang dlm simpanan xsempat nak save dlm hphone  aku. 

4 comments:

  1. Hidup muda mudi di zaman moden ni penuh dgn dugaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thomas,
      mereka masih celaru dalam membentuk identiti & jatidiri ditambah dgn tekanan keluarga itulah akhirnya. N3 ni saya tujukan kpd ibubapa (saya juga) supaya memahami anak-anak kita dmana dunia kini lebih mencabar dri dulu.

      Delete
  2. aamiin to your doa..semoga ada cahaya yang bersinar soon for y..

    dan semoga kita serta keturunan dilindungi Allah SWT drpd tersasar dari jalan yang lurus...

    amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ, Moga Allah memberi 'nur'NYA. Allah maha pengasih lagi pengampun.

      Delete