Wednesday, February 8, 2012

BB1M

N3 ni nak post masa CNY, tapi lepas CGM baru boleh released he..he... sibuk raya kan!

Nak kisahkan pasai Boucer Buku 1Malaysia(BB1M) , kalut 1Malaysia nak belanjakan boucer tu! Macam-macam Malaysia ni. Aku pun termasuk dalam group tu.

Critanya macam ni, saperti biasa aktiviti d hari Jumaat ialah weekly shopping, selain beli keperluan dapur, keperluan diri dll xketinggalan juga lawatan ke kedai buku pilihan semua.
 Mak oooooi....sendatnya, ade harijadi buku ke ni! (tauke ministore kat rumah aku bila harga murah, dia xpakai  'term' harga runtuh tapi harijadi eg: harijadi bawang-bawang murah dari biasa lah tu!).

Ramainya orang macam dapat free, lepas pilih buku-buku & stationaries dll, nak bayar kat kaunter dia tanya "guna boucer puan..."  "boucer?  tak, saya bayar cash.

Rupe-rupenya ramai beli guna boucer yg memanda menteri janji masa bentang Bujet 2012 pemberian boucer buku RM200 kepada pelajar IPT-macam free gak lah kan. Bila dia cakap macam tu baru aku ingat-lah tak tanya anak aku dia dapat ke dak boucer tu.
 

ni lah Boucer tu diberi 4 keping.
Total RM200.00
Balik rumah aku belum tanya, anak aku dah cakap "lah hangwat mak tak mintak boucer kat chek(saya)", bila dia tengok plastik buku yg aku bawak. Aku cakap "bukan mak yang kena mintak, hang yang kena bagi kat mak, mana mak tau hang ade boucer?" (adoi anak-anak ooi..). "Boucer tu kena guna sebelum 31 Mac & chek x balik dah sampai April" kata anak aku. Pulak dah!

Esok Sabtu lepas tu Ahad, Isnin-Selasa cuti CNY. Selasa dah nak balik, bila nak pi beli ni. Ye xye esok kena pi beli lah. Alahai .....aku dah habiskan RM86.85 baru habaq ade boucer. "hang kena pi jugak lah sebab depa nak  IC, nanti depa xbagi pulak guna boucer tu" kata aku.
 
Esoknya, lepas antaq anak aku pi tuisyen, kami berkunjung sekali lagi ke Popular- orang makin sendat manakala buku & stationaries makin susut. Jurujual tu cakap xkira ape saja yang ade dalam kedai ni boleh beli. Sebelum tu anak aku cakap dia nak pakai dalam RM50 je (1boucer jelah).
 
nilah buku-buku dibeli bernilai hampir RM150.00.
nak cukupkan tambah dgn chocolate & sweets.
Maka untuk menggunakan boucer tu- instead beli buku abang, aku beli buku untuk adik dia & pelbagai stationaries yang ade kat kedai tu. Nak kembalikan boucer tu buat ape kan, depa sapu berjuta lemon, yang ade ditangan kita guna sebaik mungkin, untuk pendidikan rakyat memanda jugak kan.
 
Menunggu masa membayar, mak datuk naik sakit lutut berdiri. Itu dah atuq strategi kalau x mahu tercabut lutut, sebab pi pun satu kapal (ramai). Masuk aje Popular tu,  anak aku cadang sorang pi berbaris, jadi orang pertama berbaris adik depa, yg lain pi pilih barang ape nak beli. Lepas tu aku pulak masuk 'Q', adik dia plak pilih buku ape nak beli. Cukup barang....kira +-x = RM150+++ ok.

Sikit punya lama (lama sangat bukan sikit he.he..he..)  jam dah 5:00 pm (nak pi ambik anak yg pi antaq tuisyen tadi). Sebelum tu suruh anak aku pi solat dulu sementara aku 'Q', bila dia sudah solat dia 'Q' aku pi ambik anak aku tuisyen, patah balik ke Popular depa dok tengah nak bayaq, sebab aku ada kad ahli so certain buku tu ade discount jadi less than RM150.00, nak cukupkan juga ambik chocolate & sweets. Total RM150.10. Settle.

Nampaknya memanda menteri sedang 'berkerja keras' memenuhi janji-janji bajet 2012. Antara janji memanda menteri pernah aku nukilkan dalam N3 ni. Tau pasai ape memanda menteri  kalut??? .....jeng...jeng......PRU 13  'around the coner'   he..he..he..

Nak tanya my mum, dah dapat ke BR1M, next time i story-story ok! (rosak bahasa).


Wasalam.

2 comments:

  1. hai kalut sungguh cheqno kita berbelanja BR1M tu ya..

    ReplyDelete
  2. yelah, bagi macam xnak bagi, ade jangkahayat tamat pd 31 mac-mau tak kalut.

    ReplyDelete