Hari ini merupakan hari pertama sekolah bagi sesi tahun 2011 bagi seluruh negeri di Malaysia. Hasil dari kemenangan pasukan bola negara menjulang kejuaraan piala konika (silap pulak! piala Suzuki lah), mengalahkan Indonesia dengan agregate 4-2, maka memanda perdana menteri telah memberi hadiah cuti umum pada hari jumaat, maka bagi kami di negeri yang bercuti umum pada hari jumaat maka cuti dibawa ke hari ahad. Maka dengan itu semua sekolah mula pada hari Isnin. Bagi pelajar tahun satu, awal sedikit untuk tujuan orentasi & penyusunan kelas.
Bila menonton pelbagai gelagat murid-murid tahun 1, teringat hari pertama aku bersekolah lebih 40 tahun dulu. Masa aku dulu, tak de lah macam budak sekarang dah pegi tadika/pasti, dah tau ABC, 123 dan membaca perkataan mudah-2 suku kata juga campur tolak yang mudah. Dulu masuk sekolah dengan 'buta kayu'. Jadi budak-budak dulu lagilah teruknya, ada yang menangis bukan sehari tapi makan minggu/bulan, ada yang masih membawa botol susu dalam beg, ibu/bapa juga terpaksa duduk disebelah (belajarjuga lah). Guru-guru dulu sangat sabar sekali, terima kasih cikgu.
Tapi hari pertama aku disekolah, lain pulak ceritanya, aku ni jenis 'tomboy' sikit, perangai kasar, xde lemah lembutnya (sampai sekaranglah perangai tu), pegi sekolahpun, aku pegi dengan kakak aku, masa tu dia darjah 6 (sekarang dipanggil 'tahun 6'). Kakak aku masa itu Penolong Ketua Pengawas, eksyen jugak lah aku, adik Pen. Ketua Pengawas. Kakak aku hantar aku masuk kelas dia chau pegi kelas dia, aku pun duduklah di salah satu tempat dalam kelas tu. Guru kelas masih sibuk berurusan dengan waris, aku pulak boring duduk tanpa buat apa-apa, lalu aku pun mulalah membuat rondaan dalam kelas, nak berkenalan lah kononnya. Rupanya kawan-kawan yang duduk dibahagian belakang tu ada pelbagai masalah, ade yang duk menangis, dok hisap botol, dok belakang maklah dan macam-macam.
Aku kembali duduk ditempat aku, kejap jelah. Lepas tu aku pegi ronda belakang dan entah macam mana punya tak de kerja, aku pegi ambil botol susu seorang murid tu (aku lupa namanya) dan sembunyi kan botol tu dibelakang kelas (kat belakang kelas tu ada satu meja panjang yang letak botol-botol warna, palet dan buku-buku/alat bantuan mengajar). Ok, aku duduk tempat aku, selang beberapa lama (dalam satu jam kot-lupa pulak) budak tadi baru perasan botol susunya hilang, apalagi meraunglah "waa...waa...'. terkejutlah satu kelas, gurupun datang tanya kenapa, lepas tu guru kelaspun tanya ada sesiapa nampak botol susu tersebut. Aku buat diam je! nak jadi cerita ada seorang tu nampak kot, maka dia pun tunjuklah kat aku. Apalagi geramlah guru kelas aku, kamu naik atas kerusi dan berdiri sampai waktu rehat. Berdirilah aku atas kerusi, malu sungguh masa tu!
Heboh jugalah aku kena berdiri atas kerusi kerana kakak aku kan Pen. Ketua Pengawas. Marah sungguh kakak aku kerana telah memalukan dia. Balik sekolah kakak aku pun buat laporan lah kepada abah aku, nasib baik tiada tindakan selanjutnya, mungkin kalau buat tindakan aku terus tak mau pegi sekolah, aku ni terkenal dengan degilnya.
Itulah sedikit coretan masa silamku yang menjadi kenangan manis kini. Kepada anak-anak semua belajarlah rajin-rajin semuga menjadi rakyat yang berguna dan berilmu. Anak-anak semua bakal menerajui dan membentuk negara masa hadapan. Pelajaran bukan hanya untuk kejayaan didunia tetapi diakhirat jua. Ingat, anak-anak semua adalah pejuang sabillilah, segala ilmu ditimba niat kerana ALLAH TAALA.
"SELAMAT MENEMPUH ALAM PERSEKOLAHAN"
No comments:
Post a Comment