Sunday, December 12, 2010

Back to School

Anak aku dah menghitung hari, bukan kerana seronok nak pergi kesekolah tapi tak seronok.

Anak tak seronok, maknya lagilah. Bukan tak suka anak belajar tapi pening kepala nak korek lubang mana pulak nak beli keperluan sekolah, belum lagi yuran, buku dan lain-lain bayaran yang akan dikenakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah hanya dapat beri kelonggaran untuk membayar secara ansuran, bayar tetap bayar!

Semua anak, aku hantar sekolah agama yang dikendalikan oleh pihak swasta, bukan banyak duit tapi tiada keyakinan dengan sistem pendidikan yang disediakan oleh kerajaan akan dapat melahirkan anak yang cemerlang akademik cemerlang akhlak (agamanya).

Banyak rungutan yang aku dengar dari ibubapa tentang guru-guru yang lebih utamakan/terpaksa terlibat dalam ko-korikulam dan bermesyuarat dari menghadirikan diri di kelas-kelas untuk mendidik anak-anak muridnya. Kepentingan prestasi diri/sekolah diutamakan, mendidik jadi perkara kedua. Itu belum lagi diambil kira guru-guru yang 'terpaksa' menjadi guru lantaran tiada pekerjaan sesuai selepas tamat pengajian, maka jadilah guru! Rungutan ini bukan saja dari ibubapa tetapi keluhan dari guru juga, bilamana mereka sendiri menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta, kerana mereka lebih tahu!

Bagi memastikan kecemerlangan anak-anak, kena pulak cari pusat tuisyen, pusat tuisyen yang baik kosnya juga baik, tak hantar tuisyen, risau pulak anak kita ketinggalan. Duit lagi!

Nampaknya kerajaan aku tidak begitu perihatin terhadap pendidikan rakyatnya, rasanya sebagai rakyat disebuah negara demokrasi dan merdeka ni selayaknya rakyat diberi pendidikan, kesihatan dan kemudahan lain secara percuma. Entahlah!

Dengan ura-ura pembelajaran pendidikan seks di sekolah menambah kegusaran ibubapa, macam mana lah bentuk pengajaran yang akan dibuat. Jangan nanti ibubapa disuruh bekalkan kondom & pil cegah hamil pulah! Nauzubillah.

Akhir luahan, kepada ibubapa selamat berbelanja, kepada anak-anak sekelian selamat belajar, walaupun tak seronok kini tapi ia akan menjadi kenangan yang manis bila dewasa nanti. Zaman persekolahan adalah paling indah untuk dikenang, hargailah, ia tidak ada kali kedua!. Kepada pemerintah, ingat jawatan diberi adalah amanah jika tidak dilaksanakan dengan sempurna ia akan dituntut diakhirat kelak.


"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
DAN
SELAMAT BELAJAR"





No comments:

Post a Comment