Monday, January 24, 2011

Aku dan Kucing

Kucing dikelaskan sebagai binatang peliharaan bukan binatang liar walaupun tak boleh dimakan macam ayam, itik, lembu, kerbau dan yang seangkatannya. Kucing selalunya menjadi kesayangan tuannya.

Tapi aku dengan kucing ni macam musuh ketat, kalau kucing nampak aku dan mula nak bermanja-manja dengan aku, silaplah tu! Dekat je dengan aku, aku tendang keluar sampai terpelanting  ke hujung pagar (dalam 20 kaki jugaklah) lepas tu bila dia nampak je aku tobat tak datang dah. Aku bukan ape geram sangat dengan kucing ni, dia suka curi ikan aku, lepas tu pancut didinding rumah aku dan berak atas rumput kesayangan aku. Itu dulu lah.

Satu hari aku buat macam biasa, nampak kucing aku pun terajanglah, anak aku tengok aku buat macam tu, dia pun cakap "mak, mak kata tak baik menginaya binatang, kenapa mak tendang kucing tu!". Alamak!, "Bukan apa, mak gelilah jadi mak tersepaklah", kataku nak tutup 'cakap tak serupa bikin aku tu'.

Walaupun aku tak suka kucing tapi, aku ngan kucing ni macam ngam pulak, mana tidaknya, setiap kali aku melahirkan anak, kucing pun akan beranak, aku berpantang dibilik depan dia  pulak di bilik belakang, dari anak satu sampailah aku ada empat anak, aku bersalin dia beranak. sekarang aku dah stop tapi dia masih belum stop juga. dulu dia beranak dalam bilik sekarang bila nak beranak dia naik atas siling rumah aku pulak, masalah jugak bila anaknya mati kat atas tu, satu rumah harum semerbak-perfume bangkai!
  
macam nilah 'teddybear' kami yang hilang tu
Aku pun dah tak garang sangat dah dengan kucing ni, aku besarkan anak-anaknya dan bela hingga mereka besar, mana yang buat perangai, aku buang kat pasar. Tapi ada sekoq yang kami sayang, kami bela dengan penuh kasih sayang dan jadi 'teddybear' anak-anak aku, satu hari dia bergaduh berebut awek dan di percayai dia telah tewas maka dia pun lari membawa diri. Puas anak-anak aku cari keliling taman tapi tiada kalibatnya. Anak aku kata memang sifat kucing macam tu, kalau dia kalah dia pi lah tempat lain.
 
ni dia si blacky kami sedang lena di katil anak ku
Lepas kucing tu hilang, kami ambik satu dari anaknya dan bela lah walaupun dia tak cantik-hitam + putih, kami sayangi dia dan namakan 'blacky'. Satu hari tu aku saje biarkan blacky tidur dalam rumah (nak testlah) dan  yang bagusnya ia pandai membuang najis dalam tandas, so he can stay in.
  
ni dia 4 ekoq anak kucingtu ngan ibunya
Baru-baru ni anak kepada ibu kucing tu pulak beranak dalam almari baju anak aku, keluarlah 4 ekoq lagi, Kucing ni aku perhatikan tak boleh kacau baby2nya, asyik pindah-pindah kan anaknya, jadi aku perlu pastikan semua pintu almari dan bilik sentiasa tertutup sebelum dia hijrahkan anak-anaknya, x sanggup nak bersihkan. Mengikut anak aku memang sifat kucing akan berpindah tempat sebanyak 16 kali dalam tempoh 'pantang' kot. tak pulak aku kira berapa kali dia dah berhijrah tapi letih jugaklah nak pantau perhijrahan tu. Mula-mula  tu nak buang tapi anak aku kata bagi besar sikit kita buanglah. kini anak-anak kucing tu dah umoq sebulan, nak buang sayang pulak! adoi nak buat camne ni.

Apa yang membuat aku bela kucing ni ialah anak-anak aku ni takut dengan semua jenis binatang, waima kucing. Jadi untuk hilangkan takut mereka aku belalah sikucing ni.

Aku ade satu cerita tentang kucing ni, janganlah percaya semuanya Allah tentukan, seorang hamba Allah ni dah habis ikhtiar kerana mengalami kerugian & tiada upaya dah. Dia ni pon ada banyak kucing dan  dia selalu bercakap dengan kucingnya meminta kucing kesayangan nya berzikir dan memohon kepada Allah agar tuanya dimurahkan rezeki. Nak jadi cerita dalam beberapa bulan  masalahnya dapat diatasi dan dia pun macam percaya zikir & permohonan kucingnya, masalahnya selesai. Memanglah dikatakan tumbuh-tumbuhan dan binatang sentiasa berzikir. I have no komen, tapi pada aku itu semua dari ALLAH.

Sekian cerita aku dan kucing.


No comments:

Post a Comment