Wednesday, December 8, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432

Tahun baru hijrah datang lagi dan usia pun meningkat lagi, makin hampir kita untuk mengadap pencipta.
Dengan ringkasnya hijrah bermaksud pindah dari satu tempat ke satu tempat, itu cara fizikallah, kalau rohani pulak sepatutnya kita berhijrah dari kurang amal kepada lebih amal, yang tak berilmu kepada berilmu dan yang telah beramal dan berilmu tingkatkan lagi amal dan ilmu supaya lebih baik & cemerlang, geli pulak tangan ni nak menaip perkataan `gemilang' yang pernah menjadi cogankata pemerintah terdahulu.

Sambutan maal hijrah kali ini kita dihijrahkan dengan beberapa harga barangan oleh pemerintah yang `budiman', bukan kenaikan tapi penyelarasan subsidi, katanya. TAHNIAH! pada sekelian rakyar jelata. Rakyat di negara demokrasi ni sedang menunggu beberapa lagi penghijrahan harga barang seperti tepung gandum, minyak masak yang akan berantai dengan harga pelbagai roti dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Walaupun pemerintah 'budiman' menegaskan tiada lagi penghijrahan harga barang tapi sukar nak percaya dengan kata-kata pemerintah 'budiman' ni. Semasa kenaikan minyak RON95 dikatakan tiada kenaikan sehingga tahun 2011, tapi tup-tup dihijrahkan juga harganya kpd RM1.90. Masih boleh dipakai ke kata-kata pemerintah 'budiman' ni.

Akhir kalam, selamat menyambut maal hijrah, semuga kita berhijrah menjadi lebih baik dari yang baik. Bersama-samalah kita melaksanakan amalan-amalan yang dianjurkan kepada kita sempena bulan Muharam ini.
Wasalam

No comments:

Post a Comment