SPM datang lagi, selama ini aku hanya melihat kawan-kawan kerisauan dalam mengikuti perkembangan anak-anak mereka menghadapi peperiksaan. Kini giliran aku pula merasainya. Setelah berhempas pulas dari awal tahun menghantar anak ke kelas tuisyen, seminar dll, kini tiba saat untuk menzahirkan apa yang telah dipelajari diatas kertas.
Pada aku SPM adalah terpenting dalam peringkat pembelajaran, ia penentu untuk keperingkat yang lebih tinggi. UPSR hanya ujian bagi membolehkan ke Asrama Penuh bagi ibubapa yang mengimpikannya, tidak bagi aku kerana belum puas rasanya bersama anak-anak dah dihantar ke asrama. PMR pula penentu aliran untuk anak-anak kita sama ada aliran sains, akaun dll.
SPM akan menentukan arah dan tujuan hidup masa depan. Dalam peringkat ini anak-anak sepatutnya telah ada vision tentang masa depan mereka dan target yang perlu dalam mencapai vision. Kegagalan diperingkat ini akan menggugat tercapainya vision mereka.
Kepada semua anak-anak yang menduduki peperiksaan di doakan supaya mendapat kejayaan. Kejayaan atau kegagalan adalah atas usaha yang telah di buat, Jangan lupa apa saja keputusannya ia adalah daripadaNYA jua. Usaha perlu diiringi doa kepada Allah swt. kerana Allah penentu segalanya.
Sekiranya gagal ia bukan berakhirnya suatu kehidupan, ada hikmah yang hanya diketahui olehNYA.
Kepada ibubapa seperti ku, terima seadakan keputusan yang bakal tiba kerana banyak lorong yang ada untuk anak-anak kita berjaya dan teruskan hidup mereka.
Hujung coretan , semuga anak-anak sekelian tenang menjawap soalan dan dapat keputusan yang cemerlang. Jangan lupa kepada guru-guru, ibubapa dan sentiasa berdoa & bersyukur kehadrat Ilahi. Jangan angkuh dengan kejayaan kerana ia milik Allah dan jangan sedih jika gagal kerana dihujungnya ada nikmat yang tidak kita ketahui.
YA ALLAH, ENGKAU BERILAH KEJAYAAN KEPADA ANAK KU,
AMIN
No comments:
Post a Comment