Monday, March 18, 2013

Nak Pilih Sapa, Ikut Suka?

PRU13 dah mengetuk pintu, cuma tuan rumah xmau buka pintu lagi sebab depa x siap hias rumah lagi (lama sungguh dok tunggu ni, kalau nak meminang, lama dah 'anak teghuna' laghi balik he..he..he), atau xhabis packing lagi...kot..kot kena keluaq rumah, tuan rumah nak bagi kat penyewa lain!  Pelbagai tarikh keramat dah diberi, tapi pemegang amanah masih 'malu-malu' nak habag (secret recipe! xboleh habaq) .

Ape pun keliling kelalang aku dah penuh ngan bendera dacing, sesikit bulan tumpang pacak! Sabaq wahai rakyat jelata juga pemimpin sekelian, pemegang kunci xjumpa kunci kot!

Berapa kali dah aku pi mengundi ye???? tahun ....., tahun....entahlah!.
   
Macam Mana Aku Terjebak Sebagai Pengundi?
Kalau xsilap aku, pegawai SPR datang kat pejabat aku & sesapa yg dah 'akhil baligh' (untuk ngundilah) di arah  'menyerah' diri kepada pegawai SPR untuk jadi pengundi (bukan hantu, betui 'berjasad' he..he..). Dengan itu terjerumuslah aku dalam kancah pengundian.

Penting Sangat Ke Mengundi?
Awalnya aku tak kisah sangat. Mula-mula aku pegi mengundi sebab bos bagi pelepasan, sesapa yang pi mengundi pagi xperlu mai office tapi kene masuk lepas rehat tghari, sesapa yang nak pangkah (pasai apa x-pangkah ye!) waktu petang, terus boleh balik. Aku pilih 'opsyen' nidapat balik awai (bukan balikpun, melilau kat shopping compleks)!  Masa tu aku tak kesah sangat nak undi sapa 'hemtam jelah labu'. Bak kata Nabil "bukan jatuhpun ekonomi dunia" (masa peluk gfriend bila menang anugerah/hadiah... lupa dah) 

Sapa Aku Pangkah?
Kali pertama nak mengundi aku dapat pesanan/arahan dari gemulah abah aku, "engkau undi yang tanda  bulan". "Kalau bulan xde", kata aku. "Ikut suke engkaulah" kata gemulah abah. Nak tahu sapa aku undi bila 'bulan' xde?  Aku akan pangkah sapa yang aku rasa akan kalah teruk-kesian kat dia hilang wang pertaruhan... ha..ha..ha... bagus tak aku!

Aku mula ambik tau pasai politik & pentingnya undi aku, bila berlaku pemecatan matan TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kekaguman aku terhadap PM masa tu musnah 'bak kaca terhempas ke batu', kecewa gila! (matan TPM tu idola aku...jgn marah). Dan aku mula mengikuti perkembangan politik semasa dan dari beberapa peristiwa yang aku lalui, aku reject terus parti politik yang satu tu!

Antara peristiwa yang menjengkelkan ialah bila PM masa tu 'menarik' peruntukan kepada sekolah agama di mana sekolah anak aku pun terlibat. Walaupun ia tidak menyebabkan sekolah anak aku collapse (banyak sekolah agama rakyat ditutup lepas tu) tapi tindakan itu merobek jantung aku, betapa terhinanya aku rasa bila sekolah agama terpinggir di negara yang "Agama Islam Agama Rasmi". Dan bermula dari 'penarikan' itu dan demi kelangsungan hidup pihak sekolah terpaksa menaikkan yuran bulanan pelajar bagi menampung kos utiliti & infra sekolah (akibatnya ramai ibubapa terpaksa memindahkan anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan atas ketidakmampuan kewangan ).

Hatiku dihiris bila dalam satu persidangan parti, Presidennya telah mempermainkan janggut Nabi Muhammad saw. & disambut dgn tawa ria perwakilan. Terkilan sangat ia berlaku di negara yang "Agama Islam Agama Rasmi".

Setelah jatungku dirobek, hatiku dihiris dan telah ku congak, campur-tolak-darab-bahagi, rupanya aku xpernah pangkah 'kaum keghabat dacing'. Itulah alkisahnya aku!

Dengan kemajuan alam siber-info dihujung jari (betul kex-crita lain) kini mindaku, hatiku & jasadku akan kekal kepada yang itu, Insyallah. Kini bulan dan ade 2kawan ...... Mai naik roket pi bulan he..he..he  

Marilah Mari Pergi Mengundi!
Walaupun hingga hari ni (18 Mac 2013)  masih belum ada tanda-tanda pintu PRU13 akan dibuka, aku menyeru sekelian rakyat malaysia, tua-muda-lelaki-perempuan-oku ...
JOM Mengundi. 
Bukan ape, nanti bila tiba masa aku pulak xde masa nak buat seruan

versi dolu-dolu-dari turun temurun
 versi kini (taun bila xtau)
 versi hasrat rakyat & pemimpin M'sia di Y-tube
undilah....undilah...undilah.... 
nak gelakpun ade, macam-macam depe ni!

Wasalam
Ps: Masa aku kecik dulu, pernah dengaq gemulah abah tanya mak aku " Moh, pakoh sapo?"
Mak aku jawab "pakoh hok nok kaloh tu" ... he..he.. Bulan lah tu! Undi xrahsia dah!

2 comments:

  1. Dah dua round saya tak mengundi sebab kerja outstation di Labuan,
    kali ini pun mcm tak ada harapan juga sebab ada kerja .

    ReplyDelete
  2. Thomas,
    xde tarikh lagi kan! Masih ada peluang.

    ReplyDelete