Monday, October 22, 2012

Jengok sat ....

Lama x update blog aku ni!

Banyak yg nak aku N3 kan, tapi bila mood diganggu (bukan oleh makhluk halus tau!), N3 selalu hang (bukan komputer je hang) maka aku kuburkan N3 tu (delete). Antara yg aku 'kuburkan' ialah N3 pasai pindah pejabat (memang haru-biru & kalut-malut, hilang semangat dibuatnya), pasai Hari Malaysia ke-49, pasai bujet 2013 yg 'menakutkan' ...dermawan sungguh memanda menteri! tapi masih aku 'biarkan' draft N3 pasai perjalanan aku pada aidul fitri lalu, kalau ada kelapangan waktu akan aku sambung nukilan tu sebagai koleksi kenangan buat aku.

Sempena Aidul Adha hujung minggu ni, aku ucapkan selamat menjalani ibadah Qurban bagi yang mampu. Qurban ialah penyembelihan binatang (kibas/kambing/lembu/unta..etc) yang dilakukan pada Aidul Adha (selepas solat raya) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 

Antara firman Allah s.w.t:

 "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah."    (Surah al-Kauthar:2)

 Antara sabda Rasullah s.a.w

"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang beserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." 

Sebelum tu, disunatkan berpuasa (bagi yg x menunaikan fardu haji macam aku) pada hari arafah (9 Zulhijjah). Memandangkan Hari Raya Aidul Adha d Malaysia jatuh pada hari Jumaat 26 Oktober 2012, sunat berpuasa hari arafah pada hari Khamis 25 Oktober 2012.(dapat 2 pahala sunat tu-sunat h.arafah & sunat hari Khamis-waallahualam!)

Antara  fadhilat puasa hari Arafah ialah :

Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah s.a.w yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.

juga sabda baginda:

Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :- 1. Orang-orang yang mati syahid 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah."

Info lanjut http://ummushofi.wordpress.com/
         
 Selamat berpuasa sunat hari arafah & menjalani ibadah Qurban 

 
Wasalam

Ye..ye.. balik kampung!!!!!! (Ya Allah, Engkau selamatkanlah perjalanan pergi & balik kami. Sesungguhnya Engkau tempat kami memohon perlindungan, Amin..Amin..Amin)


1 comment: