Semenjak dua menjak ni adalah aku tertengok iklan & sembang di radio tentang galakan untuk menggunakan perkhidmatan awam. Di war-warkan perkhidmatannya dah semakin baik terutamanya bas-bas awam, jadi tak perlulah nak bawak kereta sendiri, kuranglah sesak jalan & akan lancarlah perjalanan. ye ke!
Aku bukan nak ulas kempen @ saranan tu! tapi aku teringat masa dolu-dolu, di mana aku menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur Ibu negara Malaysia sekitar tahun 80-an. Banyak suka, duka, sesak nafas dan kejutan. Masa itu seingat aku hanya ada bas Mini , bas SJ(Srijaya) & beberapa lagi syarikat yang jarang aku gunakan perkhidmatannya. Aku dulu belajar di UTM, Jalan Gurney (kalau naik teksi, bila ditanya nak pegi mana, kami tak cakap UTM tapi sekolah tinggi Ainudin N.C ketika itu), masa tu UTM belum pindah Skudai lagi. Belajar di UTM, bukan semua dapat duduk dalam kampus, ramai yang kena sewa di luar, sekitar Kg. Baru (bakal hilang dari peta Kuala Lumpur) dan Keramat.
Bas Mini,
kalau naik bas ni tak kira jarak bayar je 50 sen (masa tu lah). Sekarang bas ni pun dah jadi sejarah. Kalau naik bas ni jangan beranganlah nak duduk dengan selesa, kalau tak disumbat macam iklan 'milo fuze', selagi boleh letak kaki & tangan boleh paut kat mana-mana bahagian bas tu, naiklah. boleh bawak maut! tapi tak pernah dengar pulak ada yang mati tercampak dari bas ni. Kental dan kuat sungguh stamina penumpang ketika itu. Kalau dah sumbat macam tu, bayangkan betapa tengit dan letihnya dalam himpitan manusia yang memakan masa berjam jugaklah. Kekuatan tangan & kaki akan diuji bila pemandu membuat brek mengejut, Adoi!
Bas Sri Jaya,
Bas ni lebih sopan sikit, muatan penumpang tidak lah seteruk bas mini. Dulu-dulu depa kata Dato' Yusuf Haslam penah jadi konduktor bas ni, aku tak penah jumpa, mungkin dia ditugaskan di 'route' lain (tahniah dato' kerana berjaya membina kekayaan walaupun aku tak suka cerita dia-sorry dato'). Dengan bas SJ ni aku ade cerita lucu nak cerita. Bas SJ ni besar bukan macam bas mini, satu hari tu aku naik bas ni diluar waktu puncak, jadi penumpangnya tak ramailah. Aku naik bas ni dari UTM ke AU3 (kat keramatlah-ade lagi ke tak rumah sewa tu tak taulah). Perjalanan ke destinasi tu bas akan lalu suatu kawasan berbukit & membelok (Bukit Keramat kot-lupa lak, mungkin jalan ni dah lurus kot). Sebelum tu aku nak cerita 'lay-out' dalam bas ni, bahagian depan nya kerusi disusun menghala ke depan (arah pemandu) adalah dalam 10 baris kot! di belakang bas dibuat kerusi di kiri-kanan dinding bas, jadinya penumpang dikerusi belah kanan dinding akan mengadap penumpang di kiri dinding bas.
Nak jadikan cerita, akibat keletihan menyiapkan tugasan, semasa pulang kelas, naik je bas mulalah mengantuk dan tersengok-sengok menahan mengantuk. Orang taklah ramai, tapi tempat duduk depan dah penuh, aku ambil tempat duduk yang di dinding tulah bersama beberapa orang menumpang lain. Nak jadikan cerita semasa melalui kawasan berbukit dan membelok tu driver telah buat 'lipat maut', maka aku yang mulanya duduk ditempat duduk belah kiri telah berpindah ke tempat duduk belah kanan bas. Bila bas dah bergerak lurus, aku sedar-sedar dah duduk ditempat lain. Masa tu tak dapat nak digambarkan malunya, ade beberapa penumpang senyum-senyum tengok aku dah berpindah tempat, kalau ada kawan bolehlah aku gelakkan diri aku sendiri tapi aku sorang je, buat dek jelah. Bila aku balik rumah sewa cerita kat 'housemate' gelak terguling bukan kesian pun. Tapi bila diingat balik memanglah lucupun.
Satu hari lain, aku naik bus SJ ni, penumpang tidak begitu ramai, bila aku naik dah tak ada 'sit' kosong, maka akupun berdiri. Bas SJ ni, untuk penumpang berdiri, disediakan tali-tali yang dipasang pada rod besi di tengah bumbung bas, sapa-sapa yang berdiri berpautlah pada tali tu untuk elakkan diri dari terjatuh. Aku pun bergantunglah pada tali tu (kalu nak pegang terus rod besi tu pun boleh, tapi aku tak cukup inci-ketotlah) maka terpaksalah pegang pada tali je! nak jadikan cerita masa sedang berdiri tu (aku berdiri ditengah-tengah bas, depan & belakang aku adelah 2-3 orang). Sedang akal aku menerawang ke alam lain (selalunya pikir nak makanlah-nak masak ke, nak beli), 'driver' tiba-tiba menekan brek (driver bas ni banyak yang 'gila-gila'). Apa lagi aku yang dalam kondisi tidak bersedia ni terus melurut ke depan dan melanggar penumpang depan aku dan terus menghimpit mereka ke depan hingga ke tempat pemandu. Belakang pemandu tu ade jaring besi, maka jadilah 'sandwich' kat besi tu!, nak kata apa, mintak maaflah-marah ke! tak ke! dah jadi nak wat cam ne!. Malu jugaklah, tapi kat KL ni kadang-kadang depa tak kisahpun. Sejak tu kalau berdiri, aku tak pegang dah tali tu, aku akan pegang besi di kerusi - tak lagi bergayut macam beruk tu.
Sebagai penumpang tetap bas ni dan selalu menggunakan 'route' yang sama, kita akan menjadi kawan pulak dengan driver & konduktor bus dan ada ketikanya mereka sanggup menunggu kita jika mereka melihat kami masih terhegeh-hegeh berlari untuk menaiki bas dan akan bertanya khabar jika lama tidak melihat aku dan kawan-kawan menaiki bas.
Banyak lagi masam-manis jadi penumpang & duduk di KL, kini dah tak tau nak naik bas awam lagi. Tinggal di zon selesa di Utara tanah air tiada lagi hiruk pikuk kota yang meletihkan. Biar dikatakan Bandaraya Kampung, aku selesa disini, walaupun ia bukan negeri kelahiran atau tempat bermain tapi ia tempat aku mencari rezeki. Alhamdullilah
Di kesempatan lain, akan aku coretkan kenangan pahitku menaiki bas ekspress pula.
KEPADA YANG MASIH MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM SENTIASA BERHATI-HATI DAN BANYAK BERSABAR
No comments:
Post a Comment