Thursday, May 26, 2011

Walimatul urus

Next week, cuti sekolah kembali lagi, seiring dgn tu kita pun terima banyak jugaklah jemputan kahwin/ makan kenduri.

Bagi aku, penat kenduri dah terasa last week lagi, kenduri kawin anak perempuan sulung abang ipaq. This week end, kenduri kawin anak lelaki kakak ipaq pulak and next week, pi betandang ke rumah lelaki yang kenduri last week tu. Pening...ada fahamka!

Itu kenduri keluarga terdekatlah kan, anak sedara belah somi, belum ambik kira kenduri kendara pak penakan (bapa saudara lah tu), sepupu sepapat, orang sekampung sekapat , orang setaman & orang sepejabat. Adoi jenuh makan!

Kepada semua yang menjalankan walimatulurus, jalankan mengikut hukum jangan mengikut adat (pada aku banyak membazir & ada yang dah melanggar adab islam). Di tambah pulak dgn. trend sekarang yang macam-macam-sesi fotografi, goddies yg macam-macam hingga tahap perkhidmatan wedding planner pun ade & macam-macam pakej pulak tu, membazir sungguh (kadang-kadang terfikir pulak aku ni kedekut ke!).

Kalau aku (mengikut kepala otak aku sekarang lah) tak akan aku buat semua itu - buat yang wajib-wajib je. macam mas kawin, cincin tanda dan sedikit kenduri kesyukuran dah!. Itu,... kalau akulah ...tapi kot anak aku nak beradun tak taulah! hai nak ikut ke tak ye.

Ape pun aku ade sorang je anak pompuan yang tiga lagi tu kena jugak lah sedia hantaran kawin ikut kehendak pihak perempuan. Jangan sampai berhutang bergadai sudahlah.

Kepada teruna/dara yang akan melalui hidup baru, diharap telah menyediakan diri ke satu alam baru yang penuh tandatanya dan cabaran. Tahap kesabaran, toleransi dll kena pada tahap maksimum. Kalau dulu buat ape pun aku punya hal lah sekarang no..no..no.. u kena tanya yr other half!

Niatkan perkahwinan hanya kerana Allah swt. dan membanyakkan umat Nabi Muhammad saw. Layari perkahwinan mengikut landasan Islam dan mainkan peranan suami/isteri mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Alquran & Hadis.

Kepada semua yang melangsungkan pernikahan....... aku didikasi kan  lagu Maher Zain ni, hayati senikatanya.


........Selamat Pengantin Baru dan  kekal sehingga akhir hayat......

"Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan keatasmu dan menyatukan kalian berdua dalam kebaikan" Amin.


Wasalam

2 comments:

  1. wat sederhana jer..takyah menunjuk sangat..huhu

    ReplyDelete
  2. setuju dengan apik tu cheqno..buat sederhana
    jgn menyusahkan...baziran

    ntah2 cheqno sambut menantu esok pelamin 3 tingkat...haha

    ReplyDelete