Buat semua ibu aku ucapkan Selamat Hari Ibu semuga kita tergolong dalam kategori ibu-ibu yang berjaya dalam menjalankan tanggung jawab dan amanah Allah dengan sesempurna mungkin. Sebagai Ibu janganlah menganggap anak sebagi aset untuk kita dapatkan keuntungan di masa depan tetapi tanggung jawap yang perlu dilaksana dengan baik supaya kita tidak ditanya di akhirat kelak.
Buat mak, aku mengucapkan Selamat Hari Ibu, walaupun aku pasti dia tak baca pun E3 ni. Aku amat menyayangi mu walaupun perbuatan dan kata-kata kadangkala disalah tafsir oleh mak. Tapi aku juga tahu mak tidak pernah menyambil hati terhadap aku kerana dia sayang aku dan tak mau aku terseksa di akhirat kelak.
Kepada mak, ini bingkisan aku
'Wahai tuhanku, cucurilah rahmat kepada kedua Ibubapa sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" Amin.
Wasalam
No comments:
Post a Comment