Monday, May 2, 2011

Mei bulan penuh sambutan

Setelah dua bulan kerja tanpa cuti (cuti extralah bukan cuti  hujung minggu). Bulan Mei adalah bulan yang penuh dengan sambutan, di mulai dengan sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei, Tema tahun ini ”Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi".  Selamat hari pekerja kepada semua rakyat malaysia! Semoga kita lebih bersemangat & istiqamah dalam menjalankan tugas, penuh ikhlas dengan niat tiada lain kerana Allah Ta'ala. Ingatkan adalah habuan dari PM sempena perhimpunan Hari Pekerja -hampeh (ade ke?- tak tonton tv & tak dengo radio) tapi perhimpunan pekerja mohon naik gaji dan barang naik adelah depa crite,  tak brapa jadi, diganggu pak polisi. oh.. Malaysia ku

Lepas tu, Hari Ibu pada hari Ahad minggu ke dua (kalau gitu 8 Mei 2011), maka berebut-rebut anak-anak membeli hadiah untuk ibu-ibu,(termasuklah anak perempuan aku, yang lelaki buat dek je!) aku tak penahlah beli apa-apa kat mak aku. Tak kira hari ibu ke tidak, selalulah ziarah & 'call' mak kita untuk bertanya khabar (tak payahlah belanja mak makan kat hotel besar setahun sekali -bukan itu yang mereka mahukan) juga bukan wang ringgit, cuma perhatian kita tiada ternilai buat mereka. Kata-kata keramat "Syurga dibawah tapak kaki ibu"

Hari Guru, 16 Mei, adoi! bocor lagilah purse aku, kena beli hadiah kat setiap guru yang ajaq anak perempuan aku tu. Itu satu hal, dalam aku dok bekira-kira nak buat taik mata (cuti hari pekerja), anak aku uluq surat dari sekolah minta derma untuk sambutan hari guru nak buat pada 17 Mei (tupun cuti hari vesak), majlis mesra guru bersama waris katanya. Kenalah uluq & kena hadir jugalah nampaknya, kalau tak muncunglah puteriku sorang tu. Ingatkan bolehlah jadi gardener. Kepada semua guru-guru, jasamu dikenang!

17 Mei 2011, Hari Vesak, aku takle sambut raya vesak ni tapi depa bagi cuti, cotilah (tapi kena pi sekolah lah pulak hu..hu..hu). Kepada rakyat Malaysia yang menyambutnya aku ucapkan Selamat Hari Vesak.

Lepaih tu kalau ikut kalander kuda aku ni, 17 Mei tu juga Hari Keputeraan Raja Perlis (depa tak jemput aku untuk majlis santapan ke, mengadap ke sebab depa ada bagi aku pingat PJK dolu-dolu, tahun 2000 gitu he..he..hee). Amboi  yang kerja kat Perlis dapat cuti berganda gitu!

Akhir sekali Pesta Keamatan (Pesta Menuai) pada 30& 31 di Sabah dan W.P Labuan saje tau, yang lain jangan dok melatah 'tercuti' pulak-"Selamat hari Keamatan kepada orang Sabah" bah. 

Lupa pulak nak habaq, pada 7 Mei 2011 ialah  Hari Hol Negeri Pahang, negeri Pahang saje tau (tanah di mana disitu tempat ku bermain & bersekolah dan di mana ayahanda tercinta bersemadi). Hari hol ni tak silap akulah hari kemangkatan ayahanda Sultan Ahmad Shah- Sultan sekarang ( Almarhum Sultan Abu Bakar)-maaf kalau silap. Alfatihah buat gemulah ayahandaku & Almarhum Sultan.

Bagi aku 'personally' bulan Mei ni ada dua  'big event'  pertamanya 16 Mei 19....(tarikh kawin aku) & 13 Mei 19....(tarikh lahir anak pertamaku)-bukan rusuhan perkauman 13 Mei tu OK. Lupa pulak Hari Jururawat pada 12 Mei (tak ade dalam kalender kuda, tapi masa aku nak bersalin anak sulung dulu, masuk hospital masa nurse sedang sambut hari jururawat-tu yang ingat!). Kepada semua jururawat kerjaya anda sangat mulia & disanjung tinggi-apa ni? iklan tv ke!

Apapun, semuga kita sentiasa didalam lindungan dan hidayah Allah s.w.t  supaya semua perayaan dapat disambut dengan penuh 'gumbira'  dan aman sentosa ever after.

Amin

Wasalam

No comments:

Post a Comment