Banyak pulak masa pree aku minggu ni & mood ketuk keyboard pun ok, jadi layan jela!
disinilah anak aku akan menyambung pengajiannya |
Kali ni aku nak crita pasal anak-anak, sepanjang dua minggu ni anak-anak yang lepas SPM & STPM berdebar-debar menunggu keputusan untuk ke IPT. Anak aku pun terkira jugaklah dalam kumpulan tu dan hari jumaat lepas tamatlah debarannya kerana anak aku terpilih untuk menyambung pelajaran ke IPTA, aku pun lega jugalah bila tempatnya tidak jauh dari tempat tinggal aku sekarang. Dia pun mendapat kursus yang memang menjadi idamannya. Syukur kehadrat Ilahi atas segala kurniaNYA.
Banyak juga kawan-kawannya dapat jawapan yang menghampakan, bila dia melayari facebooknya, aku cuba menyebok tengok kelaku mereka ada yang dapat offer dibanyak tempat hingga tak tau nak pilih & ada yang tidak mendapat tempat dimana-mana. Aku cuma kata kat anak aku, bersyukurlah kita dipermudahkan oleh Allah, tidak perlu buat pilihan & tidak perlu merayu kerana tidak terpilih.
Buat anak aku, nasihat aku bila kita dan masuk peringkat IPT dah tak sesusah semasa bersekolah, hadir kelas, buat research dan kerja kursus- lulus sudah pasti, if you put some efford you got good credit.
Pengalaman aku masa di IPT, pelajar yang gagal kebanyakannya sebab tak hadir kelas, kerja kursus buat cincai, macam mana lecture nak tolong?.
Buat semua anak-anak yang berjaya ke IPT, kamu terpilih antara berpuluh ribu yang memohon, gunakan peluang yang diberi sebaik mungkin, jangan hampakan harapan ibubapa. Kejayaan yang dicapai kelak adalah untuk diri sendiri bukan orang lain.
Buat anak aku, hanya pelajaran yang aku bekalkan kepada mu, tiada aku tinggalkan rumah berderet juga tidak tanah berhektar, berusaha semasa peluang dan ruang terbuka luas ini demi masa depan.
Semuga berjaya memakai topi & membawa pulang gulung ni |
Semuga anak aku berjaya dengan cemerlang bukan saja dalam bidang yang dipilihnya tapi juga menjaga peribadi dan agamanya dalam mengharungi dunia barunya.
Mak tidak lagi dapat mengawal bergerakan mu. Semuga bekalan agama yang telah diberi dapat menjadi benteng kepada godaan dunia yang semakin terhakis nilai-nilai murni.
"Ya Allah, engkau lindungi anakku dan berilah kejayaan didunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka. Hanya engkau tempat aku memohon dan berlindung". Amin.
'SELAMAT MENEMPUH CABARAN BARU'
Wasalam.
No comments:
Post a Comment