Thursday, May 12, 2011

Kereta Aku Alternator Out

Kali ni nak crite pasal kereta aku, kes ni berlaku pada khamis lepas (seminggu dahlah-basi kot). Masa tengahari pi ambik anak balik sekolah, masa pi  ok, on the way back to office, tetiba aku terpandang penel depan aku tu 'sign' break & bateri naik warna merah. Eh, ape hal ni, slalu tak menyala (krete auto ni takut jugak-tetiba mati tengah jalan yg tengah sesak ni, mampus aku kene sumpah seranah dek pemandu lain). Aku pun tak henti-henti berdoa semuga kreta aku tu sempat sampai kat office, lepas tu hang nak mati pun matilah!, bisik ati aku.

Aku buat andaian mungkin bateri atau 'alternator' yang punya pasal ni (sebab pengalaman pakai kreta lama dulu) Aku pun buat kira-kira, umur kreta aku ni baru nak masuk 4 tahun, bateri aku baru setahun, tak kan dah 'out' kot. Sampai office, tanya officemate, depa kata macam yang aku rasa  lah kalau tak bateri-alternator lah. Adoi!, kalau alternator mesti mahal kereta lama dulupun beratus jugak aku kena.

Aku pun call lah mekanik kreta lama aku tu (sejak beli krete ni aku tak lagi berhubung dgn dia, servis masih pi authorised dealer). 'Ah huat, bengkel hang kat mana', tanya aku. 'Tempat lama lah', katanya. 'Ye ke, aku tengok tempat tu dah kene roboh', kata aku. 'Ayo, tulah hang sejak beli kreta baru hang dah tak mai sembang dengan aku no!, katanya. Aku pun tergelak besarlah. 'nilah aku telepon hang, aku nak mailah, kreta aku ni, lampu brek & bateri naik merahlah', kata aku. 'Hang bawak mailah aku tengok', katanya. Hey boleh jalan lagi ka, sat lg mati kat jalan macam mana? kata aku. 'Dan (sempat) lagi tu', kata dia.

Lepas waktu kerja, penuh doa & tawakal kepada Allah, sempat lagi aku pi ambik anak aku kat sekolah, patah balik pi bengkel si Ah huat, selesai dia buat 'postmortem', katanya 'bateri ok, alternator out, Sah! lari budget aku bulan ni. 'Sekarang tak dan (tak sempatlah maksudnya), aku pi ambik kat rumah hang ari sabtulah', katanya (Jumaat sini cuti).

Hari jumaat & sabtu, program aku bersama kreta memang padat, macam mana ni? Pagi jumaat tu aku tawakal lagi, pi antaq anak pi tuisyen, balik-selamat lagi. trip kedua pi ambil anak balik tuisyen, masa ni aku bedebar habislah & doa tak henti-henti, semua nasihat makanik aku patuhi-no econd, no radio, no lampu dll no..no..no. Memang aku dilindungi oleh Allah Taala, elok-elok kreta aku masuk lot di porch rumah aku dia pun padam-no sound at all. Alhamdullilah. Trip berikutnya nak ambil dua orang lagi, tu aku suruh anak yg sulung pi ambil dgn motor, sorang pukul 12:00, sorang lagi pukul 1:00 dan trip berikutnya belah petang semua serah kontrak kat anak aku, jumaat setel.

Hari sabtu?, anak sulung aku kene pi keje bawa motor .. So macam ni!... anak kedua aku pi antaq abang dia pi keje, ambik motor dan pi tuisyen. By evening, kreta aku siap, pi ambik balik keje. setel. 

Hangpa tau tak apekebendenya Alternator  ni, benda ni macam orang ketigalah @ perantara minyak-bateri (betul ke!). Kalau rosak , maka ia tidak boleh menukar tenaga dari minyak patrol kepada tenaga elektrik supaya bateri sentiasa 'tip top'. Jadi bila dia rosak, bateri kereta tidak dicas kuasanya.

tempat alternator
macam nilah rupa alternator tu

   










Bateri  ni berperanan nak hidupkan engine, bunyikan radio, acond, nyala  lampu, hon dan menggerakkan segala tali-temali yang ada dalam engine tu . Kalau bateri out, tak bernyawalah kreta tu.

Aku ingat kereta baru tak makan duit, tapi nasib kureng baik, baru nak cecah 4 tahun dah buat hal. Kreta lama aku dulu lagi bagus, ganti minyak hitam, brek sekali sekala, alternator pun ganti selepas aku pakai lama jugaklah, Sayang kat KE20 dulu tu hu..hu..hu... Banyak kenangan dengan KE20. Bila aku jual kat besi buruk semua marah kat aku sebab depa kata masih ada value-dah terlambat.

kreta baru aku yang buat hal tu macam nilah

macam nilah kreta lama aku
-banyak crita lucu tercatat bersama KE20 ni













Hepotesis aku pasal alternator ni, ikut apa yang aku pahamlah dari penerangan mekanik aku yang tak berapa fasih bahasa melayu tu, sorrylah kalau silap.

Wasalam.


2 comments:

  1. uittt...aku pakai keta lama jugak tapi tak tau sume tuh....yang aku tau bila lampu minyak naik kuning.......isi minyak ja.....

    KE20 yang tak payah kunci tu ka!!!!..hilang jumpa balik..hahaha

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, byk ilmu ye... amie isi minyak kete pun tak pandai (malas he he he)

    ReplyDelete