Kelmarin ( sabtu 21st Mei), pi antaq anak aku masuk IPT, first timelah dia duk d asrama. Konon-konon nak pi awailah, ngek ngot nget ngot lebih kurang pukui 9 gaklah baru pi tapi masih kira awailah jugak.
Sampai kat pintu masuk, depa dah asingkan lorong siswa & siswi, anak aku lelaki jadi siswalah, depa terus bagi kunci bilik. Sepanjang laluan ke tempat menginap di sambut dengan pegawai bertugas dan amat mudah dan selesa sekali. Terima kasih kepada semua.
Sebab mai awai dapatlah bilik d tingkat 1, taklah berpeluh nak naik tangga. 'Check in' pun sangat mudah. Terima kasih kepada anak-anak pelajar tahun 3 yang membantu.
Masuk bilik nak susun barang lah, depa maklumkan ada perhimpunan jam 3:00 ptg dengan pakaian kemas & kasut hitam, dan sepanjang minggu orientasi pelajar dikehendaki memakai baju kemeja btangan panjang, tie, kasut hitam. Alamak! tie aku tak beli, kemeja tangan panjang xbeli (beli tangan pendek saje) & kasut hitam tinggai pulak! (masa aku dulu, pelajar lelaki boleh pakai apa saja jangan 'jeans').
Sudahnya semua barang sumbat dalam almari, keluaq pi cari barang tersebut. Rupanya di shopping compleks (kat sini tu jelah pusat beli belah terbesar yg ada kot.. he..he..) ramailah ibubapa seangkatan dgn aku, berkumpullah kami ditempat pakaian lelaki tu-perempaun xde hal lah semua 'standard'.
Siap beli barang, pi makan tengahari dan antaq anak aku masuk kolej penginapan dan kami terus bertolak balik untuk menuju arah selatan ke rumah abang ipaq kerana kenduri anak perempuan sulungnya.
Sebelum chau, aku pesan kat anak aku, sekarang semua kena sendiri & 'nobody around to remain- do & don't' dah, pandai-pandailah.
Balik malam tu aku sms anak aku tanya roomates dia yang lagi dua tu dari mana & course ape. Masing-masing dari Shah Alam & Perak dan ambik course something about 'science', x sama course lah pulak.
Buat anak aku Semuga Allah sentiasa melindunginya dan ilmu agama yang dibekalkan dapat menjadi panduan dalam membuat tindakan dan pilihan.
Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw.
"Yaa Allah, lindungilah anak ku, kuat&teguhkan imannya, sentiasa melaksanakan suruhan & menjauhi laranganMu, permudahkannya dalam mencari ilmu dan jauhkan dari segala marabahaya. selamatkan kami didunia & diakhirat. Ya Allah, Engkau tempat kami memohon perlindungan"
Amin
Hari Sabtu yang memenatkan!
Wasalam
chek berpisahlah dengan ank sulung chek no!!!!..pandai2lah dia nnt...jgn sedih anak chek budak baikkkk.boleh jadi imam..tok bilal siak pun..
ReplyDelete