N3 ni macam sambungan N3 Walimatul Urus aritulah. N3 ni aku nak buat 'post mortem' (macam doktor bedah @ ketua kontigen sukan lah pulak) selepas aku hadiri majlis pernikahan suku sakat somi, rakan tolan aku sepanjang minggu lalu.
Pertamanya aku nak buat analisis tentang pasangan pengantin 'itself', iaitu persediaan menjadi pasangan somu-istri. Pada akulah, setiap individu yang nak melalui alam perkahwinan perlu membuat sedikit 'research' & pembacaan @ tanyalah yang telah melaluinya apa kah perkara-perkara yang digalak/sunat dilakukan sepanjang majlis tersebut (mengikut islamlah). Bukan apa semasa aku menghadiri majlis akad nikah dan selesai majlis tersebut biras aku telah meminta 'couple' tu melaksanakan solat sunat nikah, mempelai lelaki menjawab dia tak mau buat perkara-perkara yang bida'ah. Terkedu juga aku mendengarnya, pada aku, itu antara amalan sunat yang pernah dibuat sahabat nabi. Aku diam ajelah. Bila mai majlis persandingan, mempelai lelaki siap pakai kot & bow-tie lagi (bow-tie ni boleh ke!)
Nasihat aku pada semua yang akan melangsungkan perkahwinan, buatlah persediaan melalui pembacaan tentang adab-adab dalam perkahwinan bukan setakat hadir kursus perkahwinan yang hanya beberapa kali tu (aku dulu tak payah pi kursus kawin ni tak taulah ape silibus yg diajaq). Bukan ape supaya tidak dimalukan/termalu atas kejahilan kita.
Majlis kenduri pulak. Mengadakan majlis kenduri kawin ni memang dianjurkan oleh islam tapi kini banyak yang dah tersasar dari hukum agama. Pengantin yang siap berdandan duduk disinggahsana menjadi tatapan sekelian hadirin, siap ade DJ lagi, setakat bunyi gendang/kompang dan selawat tu pada aku ok jugalah tapi dipasang lagu-lagu yang melalaikan/lagha tu yang dah x betul. Makanan & buah tangan yang bermacam dah jadi trend pulak. Siap dengan ada tema lagi-pink lah, grey lah, semua persiapan perlu warna tu lah. Satu lagi ada sesi fotografi sampai sanak saudara datang nak jumpa mempelai pun x boleh kerana depa ada sesi fotografi, adoi tujuan nak kenal ahli keluarga baru xkesampaian.
Nak buat camne dah itu kehendak masyarakat, kata depa, tapi pada aku kita boleh 'say no' kan cos itu majlis kita, buat ikut selera kitalah. How perfect pun majlis kita still ada yang mengata. Nak ikut orang nilah buat kita terpaksa buat loan/berhutang, ni lagi satu hal. Kalau ikut sunnah nabi, buat setakat mampu saja (nabi dulu sembelih sekoq kambing je) sebagai meraikan dan memaklumkan kepada masyarakat akan perkahwinan pasangan supaya terhindar dari fitnah di kemudian hari.

Yang hadir majlis pulak, hai macam-macam fesyen pakaian & solekan dah tu bercampur antara lelaki/perempuan. Tapi sib baik kat utara ni khemah lelaki dan perempuan diasingkan (adalah islamic sikit), kuranglah nak belaga tangan ambik makanan. Hadir dalam majlis kahwin ni sebenarnya jadi wajib sekiranya tuan rumah sendiri jemput, tapi untuk hadir ni kalau majlis tu dah ada perkara-perkara lagha tu tak pi pun tak pa kut.
Walaimatul urus sekarang ni aku tengok dah makin mengarut, bercampur baur antara adat & hukum, semoga aku tidak terikut dengan kerja-kerja mengarut dan lahga ni.
Sebagai pelipur lara, aku cilok dari you-tube majlis akad nikah lawak ni.
Kah..kah..kah
Wasalam.

trus nak g tido slaluuu..hihihihhi
ReplyDelete