Showing posts with label Anak-anak ku. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak ku. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

A Step Forward!

Lama  tak membuat nukilan kat blog 'cabuk' aku ni, rindu!.  Alhamdulillah, aku masih diberi kesihatan dan peluang untuk menyedut Oksigen & membebaskan Karbon dioksida (betul ke!)

Banyak sebenarnya nak aku nukilkan tapi mood x mai-mai, nak buat lagu mana! Tetiba hari ni aku teringin nak tengok blog aku yang kejur kesejukan ni, bila aku terbaca satu tajuk kat newspaper 2-3 days ago "Death of an Internet Friend", maka aku ingin memaklumkan kepada rakan-rakan maya aku (ade ke?) bahawasanya aku masih lagi berpijak dibumi. Rupanya dah melampaui 6 bulan aku x jengoi kat rumah maya aku ni.


Dok mood aku ade suam-suam kuku ni, mai nak habaq sikit pasai aku hadiri majlis konvokesyen anak aku, bulan Dis 2014 (2 bulan lepaih). Tamat sudah pengajian diploma AIS (accounting-lupa dah). Xlah dianugerahkan hadiah dekan ke hape tapi tetap bersyukur kehadrat illahi kerana berjaya juga dia menamatkan diplomanya.
 TAHNIAH!


streamer & cenderahati majlis tu
lagak para graduan
Macam tajuk N3 aku, ini baru langkah pertama, more step to go ....graduation isn't the end, but a tough journey forward.........


Sekarang sedang sambung ijazah Accounting (terkeluar sikit dari pengkhususan diploma) d UiTM Melaka. Ni pun satu hal gak!, IPT wujudkan kursus diploma AIS tapi peringkat ijazah depa tak create maka bila anak aku nak sambung ijazah, dimaklumkan course AIS ni akan diwujudkan pada sessi 2015/16, xkan nak tunggu kot!, so kena ambik accounting & tambah 1semester to cover subject account yg depa x belajar. 
Pendidikan bukan hanya kacau-bilau peringkat sekolah, peringkat IPT pun xdirancang dengan sempurna  (.... oh Malaysia tanah airku).

Moga anak aku terus tabah & bersemangat untuk menamatkan ijazah pula.

Alhamdullilah, setakat ini aku masih mampu menanggung kos pengajian dari kocek koyak aku, masih belum perlu guna PTPTN. Kalau boleh, nak elak supaya anak aku x menanggung hutang!

Buat anak aku, perjalanan masih jauh, usah dirisau tentang ade kerja @ tidak lepas tamat belajar, juga usah gulana dengan kos pengajian. Selalu aku ingatkan, hidup/mati-rezeki-jodoh/pertemuan adalah ditangan ALLAH-diluar kuasa manusia.  Senjata kita hanya Ikhtiar-doa-tawakal  dan redha segala ketentuanNYA.

Wasalam. 

Buat kekawan berbangsa cina-selamat  menyambut tahun kambing
Ah Fatt.... TQ bagi limau noo....he..he..he!!!!!!.

 

Monday, April 7, 2014

The Journey Begins...Nihon e yokoso!

A Continuation of this N3.

Dalam kesibukan membuat listing & preparation nak fly ke Jepun, dikejutkan dengan kehilangan MH370 yg hingga kini  xde kepastian!

harapan untuk MH370 di Anjung Tinjau - ditutup kepada orang ramai
Yaa Allah, Engkau rungkaikanlah kerumitan ini & bukakan 'hijab' MH370 supaya pencarian & penantian kami terhadap MH370 ditamatkan, Amin. 

Simpati yg amat sangat buat yg terbabit, moga ada keajaiban!

Map lokasi pelajar dari IBT di serata Jepun
Lepas 'mini graduation', anak aku dipanggil hadiri kursus tatanegara (wajib bagi penerima tajaan JPA), bersama dgn kumpulan pelajar yg mendapat 'biasiswa busary' (betui kot...xbrapa nak ingat), iaitu biasiswa kpd pelajar yg berjaya mendapat 9A+ dlm SPM.  Group busary ni akan mula pengajian pada September manakala ke Jepun bermula pada April  2014.
Route to Kyushu Universiti , Fukuoka, Japan




Lepas tamat kursus tu, dimaklumkan anak aku berjaya menempatkan diri di Universiti Kyushu, Fukuoka, Jepun. Alhamdullillah!

Pada 24 Mac 2014 jam 11:45 mlm, bermulalah anak aku bermusafir ke Nihon-negara matahari terbit. Selamat tiba ke Airport Narita & meneruskan perjalanan darat ke Fukuoka. 
Menurut pegawai JPA (sembang masa kat KLIA), pelajar senior (ex IBT) dari U tempat anak aku nak belajaq diminta menunggu di Airport, hanya sorang pegawai JPA ditempatkan di Jepun.
Akan bermastautinlah dia kat situ selama 4 tahun (insya allah), sehingga 2018.

Selamat tiba di Airport Narita, Japan
Pada petang 25 Mac (dlm 3+pm), aku dapat panggilan dari anak aku, habaq dia dah tiba di U tempat dia nak blajaq (dia dah sampai Fukuoka, kami masih kat highway utara-selatan, xsampai Aloq Staq lg...hu..hu..hu)

Syukur kehadrat Ilahi, semuanya selamat!

Antara 'task'  yg perlu anak aku laksanakan & confirm gagal ialah .....mencari rumah sincan & doreamon ....ha..ha...ha....(itu tugasan dpd adik-adik dia). 

Buat anak aku, selamat mengharungi pengalaman baru yang mungkin pahit tapi akan menjadi kenangan manis. Aku iringi doa & berserah semua nya kepada Allah yg Esa. 

 "Yaa Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan MU daripada sifat lemah,malas, pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur.
Yaa Allah berikan ketakwaan kepada kami & sucikanlah ia, kerana ENGKAU lah sebaik-baik tuhan yg menyucikan, ENGKAU pelindung & memeliharanya.
Yaa Allah, kami memohon perlindunganMU, daripada ilmu yang tidak bermanafaat, hati yg tidak khusyuk, nafsu yg tidak puas & doa yg tidak dikabulkan"
amin...amin...amin

GOOD LUCK

頑張ってください!(Ganbattekudasai!)


Wasalam
  ps: Musim bunga sakura sedang melanda Aloq Staq. Subhanallah... indah sungguh ciptaanMU!
Bunga Sakura 'Malaysia' sedang mekar menghiasi Aloq Staq &  Sakura Jepun  juga sedemikian (aku ciloq dr FB kekawan anak aku). Moga Allah memberi rezeki & kesihatan utk aku menikmati bebunga sakura di Jepun... Insya Allah!
 

Wednesday, February 5, 2014

Get Set....wait the whistle blow!

Mood 'Tahun Kuda Kayu' xhabis lagi! Yang meraikan kaum cina tapi yg melayu pun tumpang raya. Penuhi undangan walimatulurus, sampai perut pun 'menangis' (xdan nak rehat, merana tuan bila perut buat hal- cirit birit, memulas dll hu rasakan!...he..he..he)!. Yelah, sekolah cuti kat seminggu kan!

Lanjutan dari N3 2yrs ago, permulaan suatu perjalanan ....
...kini perjalanan akan bermula, menunggu tarikh & tempat dari pihak U di Jepun & JPA.




Setelah hampir 2yrs mengikuti pengajian di IBT, pada 22 Jan 2014 berlangsunglah hari penyerahan sijil (mini convocation) menandakan tamat kursus persedian ke Jepun tajaan JPA. Alhamdullilah, berjaya juga anak aku menamatkan suatu permulaan bagi memulakan suatu perjalanan.

Majlis seperti biasa dimulakan dengan ucapan aluan oleh Principal IBT-Madam Kondo Yoko, yg ni aku xbrapa nak faham (berucap dlm Nihongo ditujukan pd pelajar), yg aku tau intro (sebab dlm BI) & penutup (beliau cuba berucap dlm BM).

Apepun aku suka dgn ucapan Ketua Exsekutif IBT-Dato' Zulkifli Ab. Malek, di mana ucapan beliau lebih menyentuh pada tanggung jawab pelajar untuk mengenang budi & membalas budi (suruh blajaq elok-elok). Paling aku seghonoq dengaq bila beliau menggunakan istilah pelajar-pelajar ditaja oleh pembayar cukai (yg selalu dok dengaq ditaja oleh kerajaan & depa dok paham duit BN), baru makcik pakcik kampung/bandaq & karat biru tau, duit sapa!

Sepanjang 2yrs anak aku belajar, seram sejuk jugak aku dibuatnya... kut-kut dia give-up di tengah jalan. Sepanjang tempoh tu, ada juga sekali aku terima 'surat cinta' dari JPA (salinan kpd penjamin) kerana pencapaian BI yg tidak begitu memberangsangkan. Xlah aku risau sangat kerana pada aku, itu antara syarat utk belajar keluar negara kerana bahasa pengantar nanti tentulah bahasa jepun/nihongo. 

Tiap kali balik cuti, ditimbuni dgn homework tulisan merengkoil tu, kalau akulah mau surrender! Pernah juga aku tanya, bagaimana kalau 'kantoi'?. Menurut anak aku, ada pelajar yg surrender awal & pihak JPA uruskan kemasukan ke 'U' yg telah dia masuk sebelum ke IBT dan di akhir sesi terdapat juga seorang pelajar yang tidak mencapai tahap yg dikehendaki, juga JPA bantu menempatkan pelajar tersebut  d 'U' tempatan, aku sedikit lega mendengarnya. 

Tamat majlis dan sambil menjamu selera sempat jugaklah aku bergambar & berbicara dgn Pn. Kondo. Beliau memperihalkan kelaku anak aku ni & betullah penilaiannya terhadap anak aku.(aku dapat rasakan beliau ni amat rapat dgn pelajar-pelajar beliau). Aku juga mendekati & mengucapkan TQ kat warden aka ibu yg dipanggil 'umi' oleh pelajar-pelajar dan menurutnya, beliau sangat menyenangi group anak aku ni, kerana mudah diurus & terharu untuk berpisah dgn mereka. Aku dekati juga beberapa org sensei utk ucapkan  Arigatō.


Sensei Takenoshita Taro (betoi kot)
Yang kelakarnya, aku tunduk (kononnya nak hormati budaya depa), tapi sensei (wanita) menghulurkan tangan untuk bersalaman (ikut budaya melayu ...he..he..he).

Hampir kesemua sensei wanita anggun berbaju kurung moden/tradisional & seorang sensei lelaki berbaju melayu lengkap bersamping & songkok (beliau antara sensei diminati pelajarnya kerana mendapat sorakan gemuruh semasa diperkenalkan oleh emcee).

Terima kasih xterhingga kepada sensei2 dan pengurusan JPA yang telah berusaha & menjaga anak aku sepanjang dalam jagaan mereka. Moga Allah memberi ganjaran didunia & akhirat atas  keikhlasan mereka melaksanakan tanggung jawab.

Saperti yang diungkapkan oleh  Ketua Exsekutif, penerimaan sijil IBT ini bukan suatu destiny tapi permulaan kepada suatu journey yang masih panjang. Semoga anak aku & rakan-rakannya dapat melaksanakan tanggung jawab & amanah  pembayar cukai! (usah gundah gulana sapa perintah Malaysia, duit pembayar cukai bukan duit BN..he..he...)

 

Pelajar F30B&C, Sensei & Pengurusan IBT & JPA
 

...Ato de aimashō .... aka ....jumpa lagi..

 ****Tiada niat untuk berbangga****  
SEMUA MILIK ALLAH

 
Wasalam
p/s: ...yg dialihbahasa tu, xtaulah betul ke x...google habag lagu tu! 


Monday, June 10, 2013

Mana Iron Man 3 ?

Lama jugak rupenya aku 'berkabung' lepas PRU 13 ye! bukan demam kekecewaan PRU13 tau Thomas, cuma 'terkilan & tertipu' dgn sistem pilihanraya itu sendiri!. 

Masa nak ngundi aritu bos pun macam kena 'sampok antu' PRU jugak -kerja kurang sempatlah aku buat N3 pasai Al-kisah PRU13, aku ingatkan nak tutup alkisah tu dgn round-up beberapa findings tapi tetiba mood aku down (walaupun calun pilihan aku menang ..he..he).....lain kalilah nampaknya.  case closed !!!!!!

N3 ni dah xde kaitan dgn politik & jauh sekali dari nak promosi filem Iron Man 3
 ....bukan ....bukan ....bukan!!!

Ni kisah iron baju....bukan iron man3 tapi dek penangan kehangatan promosi filem IM3 & dalam masa yang sama iron baju kat rumah aku tu rosak maka terkeluarlah perkataan spt tajuk N3 aku tu!

Pagi kejadian, aku gosok baju sekolah si adik, iron tu dah longgar semacam je!, tang gosok baju aku, handle iron tu dah tercabut dari tapaknya. Nasiblah aku gosok tudung dulu, kalau tak 'retak seribu'lah tudung tu (baju kedut xlah nampak sangat sebab boleh cover dgn bunga2 kat baju tu-fesyen bunga kedut)..he..he..he

Mai lunch break, aku balik nak ambik si-abang yg sekolah petang, aku tengok dia dok pakai towel lagi, "hai, xsiap lagi - xsekolah ke?" kata aku. "Mana Iron Man 3, mak letak kat mana?", tanya anak aku.

Iron Man 3 ??????

cordless iron yg tercabut tapak tu

"Hang nak buat ape dgn IM3 pulak?",tanya aku. Jawab anak aku "laa... cheq nak gosok bajulah ..mak letak kat mana?"

Baru aku tau dia cari iron nak gosok baju. (aku dah letak kat tempat lain, iron tu). "Iron tu dah tercabut ...ari ni, pakai baju kedutlah. Petang satgi beli iron lain!", kata aku.
Ni pulak yg baru beli

After office, pi cari cordless iron  macam yg lama tu, org kedai tu kata-xkeluaq dah model tu (aku suka cordless sbab xdgangu oleh wire iron masa ironing). Dah xde, beli dry iron yg biasa je. Nak pusing kedai xcukup masa. Beli ikut kehendak anak aku, nak yg ringan!.

Sekian, sekadar nak activated blog aku ni & nak habaq yg aku masih diberi nikmat 'hidup' oleh Allah untuk terus menikmati kehidupan didunia fana ini. 

"Alhamdullilah, aku bersyukur akan segala nikmat sihat & rezekiMU. Moga aku dberi kekuatan memanfaatkan nikmatMu untuk terus melaksanakan tuntutanMu". Amin!


Wasalam.


Sunday, April 7, 2013

Boleh Bagi Kunci Dah!

Masa berlalu cepat, still fresh dlm ingatan keletihan membawa, kesakitan melahirkan & kepenatan melayani karenah satu-satunya puteri aku. Tup-tup last 2weeks, dia habaq 'rasanya adik dah mai haidlah', dah baligh anak aku ni. Sempurnalah sifat wanitanya (ade lagilah perubahan fizikal lainkan, cuma peranghai masih budak-budak). Anak aku telah memasuki alam remaja/dewasa, satu alam penuh penerokaan & experiment, penuh warna warni juga pencarian jawapan bagi setiap persoalan.

Baligh

Baligh (Bahasa Arab : بالغ) secara bahasanya bermaksud telah mencapai. Dari segi istilah, ia bermaksud seseorang yang telah mencapai tahap kematangan seksual, iaitu dewasa dari segi jasad/fizikal. Bagi kanak-kanak lelaki, usia baligh ialah antara 11-15 tahun manakala kanak-kanak perempuan, usia baligh antara 9-12 tahun-berbeza mengikut tahap keseimbangan hormon dalam badan juga geografi tempat tinggal.

Tanda-Tanda Baligh


Menurut Syeikh Dr. Mustafa ai-Bugha dan rakan-rakan dalam buku al-Figh al-Manhaji, tahap baligh seseorang itu dapat diketahui dengan beberapa perkara:-
  • Mimpi keluarnya mani, samaada lelaki atau perempuan.
  • Keluarnya darah haid, khusus kepada perempuan sahaja
Waktu yang menjadikannya  baligh disebabkan mimpi atau keluar haid ialah apabila mencapai umur sembilan tahun Qamariah (menurut bulan islam). Kelewatan atau tidak dari umur tersebut adalah bergantung kepada suasana sesebuah negeri dan suasana kehidupan.
  • Berumur 15 tahun berdasarkan tahun Qamariah (hijrah). Keadaan ini diambilkira apabila tidak berlaku mimpi atau tidak keluar haid.

 Tanggungjawab Setelah Baligh

Apabila seseorang lelaki @ perempuan telah baligh, mereka sebenarnya telah tahu/faham/mampu membezakan antara  baik & buruk juga telah bersedia dari segala aspek- fizikal & mental untuk memikul serta melaksanakan perintah Allah swt.  Lengkap bersedia dengan ilmu fardu ain dan telah faham akan segala hukum-hakam yang telah diwahyukan oleh Allah swt. Ketika ini seseorang itu layak menerima taklif yang ditentukan syarak & segala perbuatan dimukallafkan & dihisab di akhirat kelak.

Taklif
Taklif bermaksud "pembebanan" @ tuntutan.
Taklif ialah pembebanan tugas yang wajib dipatuhi. Dalam kata lain taklif adalah patuh/taat dalam melaksanakan sesuatu pembebanan/tuntutan/tanggungjawab yang telah disyariatkan kepada manusia oleh Allah swt. spt solat, puasa dibulan Ramadhan juga menjauhi laranganNya. 

Mukallaf
Mukallaf bermaksud "orang yang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan & perintah" untuk menjalankan tuntutan agama (Islam) atas dasar orang tersebut telah mencapai usia baligh/dewasa.

Dasar utama mukallaf adalah orang yang berakal, waras akalnya (xgila) & paling utama telah sampai syariat Islam kepadanya (agama islam lah). Segala perbuatan sebagai 'hamba' Allah swt akan dihitung (dosa @ pahala) dan mendapat ganjaran (syurga @ neraka) di akhirat kelak.

Peranan Ibubapa

Sebagai Ibubapa, menjadi tanggungjawab kita menerangkan do & don't kepada  anak-anak yang mencapai umoq baligh. 

Mandi hadas besar/wajib 
Mandi selepas seseorang tu bersih dari didatangi 'tanda-tanda' baligh (bersuci dari hadas besar) & membolehkan mereka melaksana tuntutan agama (solat, baca al-quran, puasa dll-berdosa & ditolak amalanya sekiranya masih dalam berhadas besar). Ibubapa bertanggung jawab mengajar cara-cara bersuci/mandi wajib selepas 'tanda-tanda' baligh itu selesai. Mungkin ustaz/zah telah terangkan kat  depa dsekolah, kita perlu review pengetahuan/kefahaman anak-anak tentang bersuci dari 'tanda-tanda' baligh ni. Ini penting bagi mengelakkan mereka melaksanakan ibadah-ibadah wajib yang tidak diterima (malah dosa pula berganda) kerana mandi hadas/wajib yang tidak mengikut syariat @ tidak dilaksanakan.

Menjelaskan  taklif & mukallaf keatas anak-anak.
Ibubapa perlu menjelaskan kepada anak-anak bahawa masa nak 'berpoya-poya' & 'berbulan madu' (ayat aku kat anak-anak aku) dalam menjalankan ibadah dah tamat . Dosa pahala  sendiri tanggung.  Perkara-perkara yang dituntut syarak wajib dilaksanakan (solat, puasa dbulan ramadhan, tutup aurat dll) & larangan wajib dijauhi (xleh nak ngelat dah!). 

Puteri Aku Punya Hal

Mula dia sedar dia didatangi haid, perkara pertama keluar dari mulut dia 'takutlah mai haid'. Aku kata 'awat...bukan sakit pun'. 'Adik takut tanggung dosa', katanya. Dalam hati aku berkata 'Alhamdullilah, itu yang ditakutkan'. Aku pun cakap 'Lepaih ni xleh tinggai solat & kena solat awai waktu!' (anak aku ni tidoq awai @ kadang kadang nak solat lewat atas alasan nak tidoq ada wuduk tapi akhirnya... solat isyak selalu kantoi, aku pun kadang-kadang kejut 2..3x xbangun, aku biaqkan...masih dalam bulan madukan!). 'Mula ari ni, malaikat roqib & atid dah dok kat bahu kiri/kanan adik, nak catat dosa/pahala, tak boleh nak main-main lagi dah', kata aku (kata kat anak, aku sendiripun xbrapa betui hu..hu..hu). Aku lihat perubahan, dia mula memakai stokin & menjaga 'aurat'nya.

Dalam tempuh dia berhadas besar itu, aku tanya 'tau dak nak mandi wajib tu?' katanya 'ustazah dah ajaq, tapi tak ingatlah sebab xmai haid lagi!'. Dalam tempoh tu, aku belikan buku bertajuk cara-cara mandi hadas (terjumpa & saja beli masa pi expo buku) utk dia refresh . Bila dia baca buku tu & merungut 'susahnya nak mandi wajib'. Bila dia cakap macam tu, barulah aku baca buku tu. Penjelasan buku tu memang mengelirukan & menyusahkan. Lepas baca, aku cakap 'buku ni mengaghut' (penjelasannya dicampuraduk antara yang wajib & sunat, akupun confuse  he..he..he).

Mandi wajib sebenaqnya senang aje - 
  • Sebelum mandi, bersihkan badan dari benda/kotoran yg melekat kat badan, dibimbangi air tidak sampai kekulit badan (xtelap air)
  • Niat mandi wajib  (eg: sahaja aku mengangkat hadas besar bersuci dari haid kerana Allah Taala, doa dlm buku tu, aku pun pening baca ... anak aku lagilah first time kan!)
  • Meratakan/mengalirkan air diseluruh badan (rambut perlu dilurut utk meratakan air, gosok/sapu seluruh anggota badan, masukkan air diruang-ruang yg sukar dilalui air)
Beberapa perkara sunat ialah memulakan dgn Bismillah, basuh kedua-dua tangan, berwuduk, mengadap kiblat, memulakan anggota belah kanan - Detail tanyalah Ustaz!
 
Penangan mandi wajib ni, anak aku buat sampai 3x. Aku buat 'practical training-step by step kat dia (sib baik petang tu, aku ngan dia je ade kat rumah). Kali pertama dia kata niat xbetullah, lepas tu lupa nak masukkan air dalam ronggalah...'adik ooi, kembanglah badan tu masuk air', kata aku (Anak-anak lelaki- ayah dia ajaq kot, lupa lak aku!). 
 
Yaa Allah, aku memohon padamu, jadikan anak-anakku, anak-anak yang soleh & solehah, tetapkan mereka pada 'tali'MU, tunjukkan mereka jalan yang lurus dan diredaiMU.
 Yaa Allah lindungi kami didunia & akhirat serta jauhkan kami dari azab nerakaMu.
 Amin.
 
Umur Dewasa/Baligh Di Malaysia
 
Mengikut Akta 21- Akta Umur Dewasa 1971.
Umoq dewasa lelaki & perempuan di Malaysia ialah 18 tahun. Sampai umur ni keputusan mereka tidak lagi boleh dipertikaikan oleh ibubapa mereka.

 Umuq boleh mengundi pulak 21 tahun. Sesapa yang dah cukup umuq & dah mendaftar, bila tiba masa
-jom pi mengundi.

SELAMAT MENGUNDI


Wasalam 
...dah tua lah aku ye ..... huk..huk..huk



Wednesday, November 21, 2012

Go My Princess Go

Aku mulakan N3 dengan ucapan syukur ke hadrat Illahi atas segala kurniaNYA melalui amanah yang diberi kat aku. Ini ialah sequel N3 ni, mendapatkan output dari input pada September lalu dgn ertikata lain dapat keputusannya lah kan!.

Pendek crita ambil result UPSR  putri aku tu, bukan ape pun. 

Resultnya xlah all 'A's.

 Alhamdullillah seperti yang dijangka oleh anak aku masa lepas tamat exam UPSR, katanya '5A xdapat kot, 4A  insyallah boleh'. Ujian bulanannya pun tidaklah cemerlang cuma aku selalu ingatkan dia untuk ke sekolah pilihannya, dia memerlukan keputusan minima 4'A'.
 
Tak mau  orang kata 'curi tulang' (ambil masa waktu pejabat), aku decided ambil cuti (sebab banyak hal nak urus lepas tu)

Masa abang-abang dia dulu, semua xmau ikut aku ambik keputusan (takut kata depa), aku pi sorang. Dia ni nak ikut, siap pakai baju sekolah lagi. On the way pi sekolah aku beri peringatan kat anak aku 'sat lagi ape pun keputusan jangan dok nak  buat drama pulak (menangis gembira/sedih-mcam dlm tv tu), mak xsuka, nak menangis ke! hapa ke!, masa periksa aritu awat xbuat elok-elok'. Aku memang meluat tengok drama-drama ni ...he..he..he... jangan marah!

Keputusan keseluruhan sekolah agak menurun, 24 orang 5'A' berbanding  36 org pada 2011, peratus pelajar lulus 91.2% berbanding 93.2% tahun 2011 tetapi Grade Purata Sekolah (GPS) meningkat 1.6%  dari 1.65% (dimaklumkan makin kecil %  makin elok ; guru-guru taulah, aku xtau).
  
Masa diumum nama-nama pelajar 5'A', memang aku xambik kesah sangat sebab tuan punya badan pun xconfident buat ape aku nak mengharap!. Mai d umum 50 pelajar 4'A' 1'B' sampai 'the end' nama anak aku xtimbul (dalam hati aku dah berdetik 'budak ni  3'A' je ke!, hai masalah lah nak masuk sekolah tu-layak minima nak masuk 4'A'...adoi!!). Seterusnya diumumkan pelajar 4'A' 1'C', lepas satu...satu diumumkan dan kertas yang dipegang oleh cikgu tu dah makin menipis tapi yang dok keluaq nama ...mohd...mohd....mohd.... mana nama anak aku ni? Ibu kepada kawan anak aku yg dok sebelah aku dah lega, nama anak dia dah dipanggil -walaupun trial 5'A' tapi dapat 4'A' 1'B', Alhamdullilah.

Dalam aku dok menghitung helaian kertas yang tinggal sehelai-dua kat tangan cikgu tu, tetiba nama anak aku dipanggil (second last), Alhamdullilah, walaupun tergelincir 'B' ke 'C' (macam biasalah BI). Tahniah buat anak aku, targetnya hampir tepat

Next step kene hantaq keputusan tersebut kat sekolah pilihan (ni gara-gara result lambat keluaq, sepatutnya diserahkan semasa ujian kelayakan pd 17 nov), semoga anak aku terpilih ke sekolah tersebut (persaingan agak sengit jugak nak masuk sekolah ni).

"Yaa Allah Engkau permudahkanlah kami"  Amin..Amin..Amin.

Tahniah buat anak-anak  yang cemerlang dalam UPSR, bagi yang kurang cemerlang tidak perlu nak berduka kerana penilaian pencapaian UPSR ni hanya kesinambungan sistem pendidikan untuk ke peringkat seterusnya. Ujian sebenar ialah diperingkat SPM kelak (selamat maju jaya kepada pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM).

Buat anak aku, ini baru permulaan -perjalanan masih jauh, penuh ranjau & duri

"Yaa Allah Engkau berikan kekuatan, kecekalan & ketabahan kepada anak aku untuk mengharunginya"

Amin...Amin...Amin.


Wasalam
 
 

Sunday, September 9, 2012

Good Luck to My Princess

Lama x bersiaran & melawat blog kekawan, sibuk dgn sambut aidul fitri (bukan raya sangat tapi balik kampung), masuk kerja sibuk lak dgn susun barang macam aku war-warkan kat sini, line tenet pun depa xconnect, nak layari blog kekawan belilah sendiri. hu.. hu..

N3 ni nak luahkan tamatnya suatu penantian buat aku & anak aku, waktu yang dinanti-nantikan oleh pelajar & guru dah mai dah, menguji pencapaian terhadap apa yg telah depa belajaq. 

Sebagai  penutup kepada sistem pembelajaran ialah exam. Pembukan bagi segala exam ialah UPSR yg akan bermula dari 11 hingga 13 Sept 2012, diikuti dengan PMR dari 9 Okt hingga 16 Okt 2012, diakhiri dgn SPM & STPM (tarikh belum dimuktamadkan).

Tahun ni satu-satunya anak dara aku akan menduduki UPSR (terakhir/penutup buat aku, bye-bye UPSR), xtaulah performance dia. Pihak sekolah dah pulun sakan & ibubapa pun tambah tuisyen apa yang patut.  Selain dari tuisyen, pihak sekolah juga telah menganjurkan solat hajat, bacaan yasin dan segala macam bengkel/kem untuk memupuk semangat ingin berjaya dalam diri pelajarnya. (mak pun letih gak nak ikut program sekolah ni).

Kini terpulanglah kepada pelajar untuk menentukan 'nasib' mereka. Dari riak muka & kata-kata anak aku, aku tahu dia pun gundah gulana gak. Aku tidak menjanjikan apa-apa. Cuma aku suruh buat yang terbaik & kalau boleh aku nak dia sambung ke sekolah agama macam abang-abang dia lah!. Tu yang buat dia gabra, sebab paling kurang dia kena score 4A (kalau x, aku kena buat 'rayuan hari pahlawan' kat sekolah tu .. pi buat dono jelah)

Sebagai ibubapa, jangan diberi tekanan kepada anak-anak. 
Apa yang boleh kita buat disaat-saat akhir ni, antara ...
  1.  Jika selalu kita hantaq lewat ke sekolah, masa depa exam ni kita hantaq awai supaya anak kita x gabra & kelamkabut.
  2.  Ambillah cuti sebagai 'hint' yang kita sayang, memberi semangat & menghargai depa (jika kerja-kerja pejabat tidak begitu mendesak-UPSR bolehlah kan, kalau SPM...boleh ke he..he..-aku pun x apply cuti lagi ni), 
  3.  Jika ada peluang, kita hantaq & ambik anak sendiri (kat Aloq Staq bolehlah..kat tempat lain xtaulah).
  4. Most important-buat solat hajat, baca yasin, berdoa kepada Allah juga lain-lain solat sunat semasa anak kita sedang menduduki exam-paling tidak hari pertama exam. Moga Allah pekenan permohonan kita & permudahkan anak kita menjawab soalan-soalan exam. Insyallah!

Doa pada hari/ke bilik peperiksaan, Telah aku 'attached' dalam N3 terdahulu
  




Buat anak-anak sekelian, buat yang terbaik & mohon doa kepada Allah (yg beragama islam), moga dipermudahkan, diberi ilham dan dapat menjawab soalan tanpa rasa ragu. 








Walaupun UPSR tidak begitu penting berbanding exam lain, buat yang terbaik!.
 
Apa yang membahagiakan aku ialah ... ye..ye...xpayah hantaq pi tuisyen dah! (hingga hujung tahun je tau.. 2013 PMR pulak hu..hu..hu)
 
Kepada semua anak-anak seluruh Malaysia 
 
"Selamat menduduki peperiksaan  & jawab soalan dengan betul & tepat".
 
 
Wasalam.