Wednesday, April 27, 2011

Lady D Vs Kate

N3 kali ini aku nak crite pasal Lady D (x princess of wales). Yang buat aku tercrite ni kerana sepanjang minggu ni di berita NTV7 sibut dok promote pasal prince William nak kawin dgn Kate, diberitakan depa nak siar cara langsunglah pada 29 April ni acara gilang gemilang tu, siap anto wartawan lagi buat 'live coverage' kat london lagi dalam brita tu.

ni lah gambar Lady D kawin dgn P.Charles tu
Bila tengok tu aku pun teringatlah pada Lady D yang menjadi pujaan ramai masa dia kawin dulu(sekitar tahun 1980/81), perkahwinan yang dinobatkan sebagai "wedding of the year" gitu. Keayuan, kelembutan wajahnya menjadikan beliau dikenali sebagai "Puteri berjiwa rakyat"

Kematiannya pada bulan merdeka di Malaysia (sekitar 97/98) diberi liputan meluas, satu dunia menangisi pemergian puteri berjiwa rakyar tu. Pelbagai crita tentang beliau di bukukan dan kematiannya yang penuh tragis

Aku memang suke tengok Lady D ni
ni gambar pertama  disiarkan wartawan Britain, nak tunjuk seksi sebab sket dia jarang & nak malukan keluarga diraja
Aku pun jadi salah sorang yang peminat fanatiknya. Gaya rambutnya jadi ikutan, aku masih ingat lagi setiap kali aku nak gunting rambut (aku memang suka berambut pendek) mesti cakap dengan amoi gunting rambut "potong macam lady diana", itulah penangan Lady D.
Setiap berita dia akan aku ikuti, tukang kasutnya Jimmy Choo (rakyat malaysia) pun laku bisnes kasutnya sebab lady D tempah kasut kat dia.


inilah couple diraja tu


Masa berlalu, kini perkahwinan anak dia pulak menjadi publisiti, semoga depa kekal hingga akhir hayat, tak jadi macam Charles & Diana-sekerat jalan je!

ni depa buat gambar dua 'couple' diraja tu -masa bahgia depa he..he..










Yang aku pun tak pasal-pasal tolong promote depa tu pasai pa tak taulah.
Sebenaq nye meluat dengan TV tu buat 'live' tapi  pasai apa aku pi tengok, tutup jelah kalau tak suke ni pi ulas pulak. Adoi!!

Sapa rasa nak tengok jangan lupa 29 April jam 3.00 ptg (tak pasti time malaysia ke london) di TV7    ... he..he..tolong promote
Kot nak buat 'post mortem' sapa lagi glamour anakanda ke ayahanda-bonda kawin (dapat title 'wedding of the year'  ke! tak?)

Bye

Wasalam

Ps: nak tengok cerderahati sempena Will & Kate kawin pi sini
http://lepak.my/blog/2011/05/04/gambar-pelik-12-cenderahati-royal-wedding/

No comments:

Post a Comment