Showing posts with label Kenangan Lalu. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Lalu. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

3H2M @ Langkawi

AMARAN! N3 agak panjang, kalau xmau baca, boleh tengok gambaqlah ye @ boleh baca berdikit-dikit lama-lama jadi bukit ..xgitu! (aku xsuka buat crite bersiri2)

N3 ni aku dah draf lama  tapi N3 lain ddulukan ikut 'event' masa tu, lagi satu aku nak gelidah kotak cari gambar-gambar silam aku tapi rupanya semua dah kena 'shred' (bila mood mencuci aku mai) ... hu.. hu..sedih sungguh!. Walaupun dah agak lama aktiviti cuti-cuti malaysia ni aku publish jugak, macam yg dah aku war-warkan dalam N3 terdahulu  .


Aku bingkiskan coretan perjalanan kami.
  
Hari Pertama (18 Dis 2011)
First of all, adik & anak saudara beserta keluarga mereka tiba kat rumah aku pada malam 17 Dis, depa mai semua dah siap dinner (selamat aku tak payah nak masak). Malam tu bersendat-sendatlah kami tidoq dalam 3 bilik tu (nak bagi tidoq kat ruang tamu ..nyamuk mak datuk macam dok dalam sarang depa .. tulah nikmatnya Aloq Staq). Ramai xsuka tapi kami kalau berkumpul suka tidoq bersendat-sendat ni-tambah mesra lah sepupu sepapat ni kan!

Jeti Kuala Kedah
Esoknya, ke Kuala Kedah naik feri pi Langkawi. Aku cadangkan bawa 2 kreta je... safe cost parking. Kononnya nak pi seawal mungkin ..ting..tong.. tong..teng paling awal +- 9 pagi bergerak (kalau bertolak lagi lambatlah..ialah kena tolak kan..he..he..) ke jeti Kuala Kedah (xjauh dlm 10-15 min sampailah). 

Jeti Kuah
Tiba di jeti Kuah, Langkawi dah tengahari.  Called my sister-in-law to borrow her car (dok Langkawi dari zaman Padang Jarak Padang Terkukur lg), dapat lah unser & kancil. Alhamdullilah. 
Lokasi motel tu-belakang UWW
Malam pertama menginap di Sugary Beach Motel. (nak yang tepi pantai-ni jelah yang dapat, tu pun 1malam/2bilik je perlukan 2malam/3bilik).  Hu.. hu.. nak selesai masalah- 1 bilik utk kaum hawa... 1 bilik kaum adam.

Malam kedua nampaknya kena duk kondo kak ipaqlah kalau orang xsewa @ dok umah dialah....

Sampai je kat motel, anak-anak sekelian teruja sungguh bila tengok pantai  depan mata. Yang mat/mek saleh  dok jemur badan, kita pulak  pi menyelam kat laut (tengah panas lip..lip..).

Lepas solat asar, aktiviti pertama nak naik kereta kabel (anak aku asik tersasul 'kereta kebal'). Aku tak naiklah- fobia tinggi. Mula-mula semua nak naik, lepas tengok punyalah tinggi, anak perempuan aku xmau, jadi kami merayau-rayau dalam  Oriental Village.

Gambar  dari blog lain
Kat sini, bagi makan kat ikan, kat arnab, tengok sana-sini-sinun, pusing segala ceruk. Nak tercabut kaki, tunggu depa 'turun dari atas angin'

bagi makan arnab,
makanan kena beli RM1 sebungkus kecik je!
Gambar dari blog lain
kat sini bagi makan ikan RM1 sebungkus.









Hari Kedua (19 Dis 2011)
Nak pi island hoping
terus check-out
Aktiviti island hoping. Dah booking awal satu boat kami sekeluarga dengan En. Ramli (ayah kepada kawan isteri officemate aku-pening?- abaikan).
Jeti Tanjung Rhu.
Gambar dari blog lain









Kami nak hoping seluruh island dengan boat  En. Ramli, tapi mungkin depa (pemilik boat) ade 'MOU' kot, dia  hanya boleh bawa laluan ni aje next hoping beliau akan hantaq kami kat jeti di Porto Malai.
Pakej yang dipilih- gambar dari blog lain.

Trip pertama kami ambik pakej terakhir. Alang-alang nak pusing kata anak saudara aku. Tapi price aku xlah sebanyak tu  atas harga kenalan anaknya (tapi aku xkenalpun anaknya)

tunjuk tangan je lah, tunjuk kaki kata
kurang ajaq pulak  he..he..he
Destinasi pertama kami Pulau Dangli- bagi makan ikan nemo & the geng (selalu tengok ikan ni dalam big acquarium UWWorld je!). Sambil bagi makan (makanan disediakan jgn pandai-pandai nak bagi roti Gardenia ke High5 ke! berminyak cemar  alam- ada faham!) bolehlah nak uluq kaki bagi ikan tu gigit. (macam terapi ikan kat SPA tu).

Gua Buaya


Next destination-Gua Buaya, kami bernasib baik kerana 'low tide', berpeluanglah kami going through cave tu.



Destinasi berikutnya ke 'Fish Farm' - 'Magrove Sg Kilim' - Gua Kelawar - 'Geogpark' -  'Eagle feeding'. Gua Cherita (tak singgah dah xsempat) dan diakhiri ke 'Andaman  Sea' (sempadan Malaysia-Thai). 
'Eagle Feeding'
Masa aim tu adelah 2..3 ekoq,
 bila snap tinggai sekoq










'Eagle Feeding'- masa kami pi tu xbanyak yang turun makan ada dua info yang aku dapat. Pertama dikatakan ni musim burung betina ram telur so xkeluar cari makan, kedua burung banyak yang mati kerana tertipu dek makanan (depa bagi makan plastik dll) mana betui xtau!
Fish Farm -sini boleh pegang/sentuh
ikan yg dalam kolam/sangkar tu

belangkas

Laluan mangrove-Sg Kilim
Gua Kelawar

Antara batuan tertua di dunia
Merupakan geopark pertama di Asia Tenggara dengan formasi landskap karst (batu kapur) yang unik & antara yang terindah di dunia, terbentuk daripada proses hakisan dan cuaca & d iktiraf oleh PBB


Gua Cherita

Gua Cerita dikatakan tempat puteri China dsembunyikan utk elak dari berkahwin dengan Putera Rom, burung garuda bawak putri tu kat sini... ni kot crita Merong Mahawangsa tu.

Kami ditunjukkan juga  pulau/pantai yang 'dikatakan' menjadi lokasi program realiti yang mana pesertanya dikatakan 'berbogel' yang pernah dihebohkan satu ketika dulu (aku xambik pot tentang ni, xtau pulak) -xingat pulak nama pulau/pantai tu (gambar pun xdak sorry..).

'ini resit puan, terima kasih & minta maaf lah
kalau ada yang xkena', kata En Ramli.
Kami pun samalah En Ramli ooi...
Trip pertama berakhir dengan berhenti di Padang Matsirat, solat zohor & makan  sambil beli ikan bilis dll hasil laut yang 'fresh dari jemuran'. kerana menurut En Ramli  & penjual, hasil laut disini baru dikeringkan & dibungkus berbanding d pekan Kuah.

Trip petang kami akan ke Pulau Dayang Bunting &  Pulau Beras Basah. En. Ramli berbesar hati tolong escort kami ke Porto Malai untuk trip kedua (takut kami silap jalan dek kerana dah lewat jadual).
Pulau yang menyerupai 'King-Kong'

Lokasi pertama ke Pulau Dayang Bunting. Sepanjang perjalanan ke PDB, kami ditunjuk beberapa pulau yang menyerupai bentuk tertentu antaranya...(aku bab-bab imiginasi ni ....kureng sikit)..u-all tengoklah

Aku begitu teruja nak tengok PDB ni, aku pernah jejak kaki kat sini pada tahun 90-an dulu. Banyak kemudahan telah disediakan -rupenya dah boleh mandi kat tasik atas pulau tu- dulu kalau mandi kat situ tempah maut lah (sumpah mahsuri xhabis lagi kot he..he..).
Tasik Dayang Bunting dolu-dolu.





TDB  adalah tasik air tawar terbesar dLangkawi. Bentuk pulau ni dsatu sisi kelihatan seperti seorang wanita mengandung yang sedang baring.
Lagenda PDB baca ni-xnampak yee..
mailah Langkawi ..he..he.
Crita karut tentang pulau ni ialah, kalau sapa yang tiada anak kemudian minum/mandi air tasik ni garenti dapat anak... karut lagi marut & kurafat!

Tapi monyet-monyet disitu agak liar, semasa aku menaiki tangga, seorang remaja diserang oleh sekoq monyet jantan & menarik serta membuka beg galasnya (aku ketakutan & lari menyelamatkaan diri & anak aku- xbantu remaja tu), beliau dselamatkan oleh pengunjung lain dengan melibas monyet tu. Patutlah semasa melalui laluan, penjaga tandas awam (on the way tu ade toilet) menjual lastik, rupanya sebagai senjata untuk menakut-nakutkan monyet2 tu. Berhati-hatilah (jangan bawa makanan kerana baunya  punca anda diserang). Pihak terbabit perlu mengambil tindakan sebelum ada pengunjung yang cedera (mungkin dah ada).

Dolu-Dolu  depa panggil Pulau Singa Besar
just to prove i was there he..he..
Pulau Singa - dah x boleh pi









Pulau Singa satu lagi tempat dalam kenangan aku, Pulau ni sudah terbengkalai rupanya, sayang sungguh & terkilan rasanya tempat yang begitu cantik suatu masa dulu dah terbiar & tiada tarikan lagi!
Lokasi kedua ke Pulau Beras Basah- kat sini pun aku teruja jugak, untuk melihat tempat aku (kami- bukan aku sorang) pernah dijemput 'barbeque' & menginap. Kami dijemput oleh pemiliknya (kawan bos aku) dengan bot beliau dari Jeti Kuah. Tetapi keciwe hamba bila melihat kawasan tu dah dililit reben "dilarang masuk-milik persendirian" ingin rasanya bertanya kepada penjaga kawasan tersebut ape gerangan telah menimpa pemiliknya tapi malang masa tu tiada kelibat penjaganya!
no entry
Mengamit kenangan lalu








Trip kedua berakhir disini, kembali ke jeti dan on the way ke kondo milik kak ipaq singgah di Stesen minyak petronas-solat asar (dah nak masuk maghrib tu yg singgah sini-depa dari KL bolehlah jamak hu..hu..).

Hari Ketiga (20 Dis 2011)
tiket...tiket....
Hari ni aktiviti bebas kat main island Langkawi xde naik bot dah (sep baik xde yg mabuk laut).  Anak aku nak sangat tengok Makam Mahsuri, so kami pi lah. Masuk kena tiket (RM 5-dewasa, RM2.5 kanak2). 


Dulu xde kompleks -kuboq  aje & free.  Dalam kompleks tu dibina rumah, telaga, ade bilik  nonton video crita mahsuri kena bunuh dll. Lagenda Mahsuri xpayah critalah kot, seantero dunia dah tau kan!

pi dulu (sekitar akhir 80an-awal 90an).
Dibina dgn batu marmar sepenuhnya
pi hari tu dah jadi lagu ni plak!
Tempat-tempat tarikan lain xpilah semua dah jadi kempleks & kena tiket, masa pun x mengizinkan.

Next destination...mana lagi Pekan Kuahlah - dunia membeli belah paling top kat sini. Tujuan utama mai sini bukan nak 'shopping' maka depa pun xbeli lah pinggan mangkuk & seumpamanya. Depa beli minyak wangi je, murah kata depa. Aku minyak wangi 'sorry' bau orang pakaipun aku dah bersin... jimat duit aku. *Trademark* datang Langkawi untuk buah tangan sanak-saudara, rakan-tolan ialah "CHOCOLATE & sehelai2 kain batik"

Pukul 3pm. balik kat Kondo (kalau xsilap Sri Lagenda) - bersih diri, packing, ready to go. 5.00pm. naik feri back to KKedah. Jamata Langkawi will come again!.

Masa serah kereta aku tinggalkan sekupang dua 'duit air/letrik' dalam laci kreta unser. Kak ipaq  aku xmau tapi anak saudara aku kata xsyoklah mcam tu, jadi itulah caranya nak bagi kan! Sampai Aloq Staq, aku call dia habaq-takut ia terkejut pulak!
  
Aku & Langkawi
Aku dan PLangkawi ini macam membesar bersama (membesar bersama??). Aku lihat macam mana rupanya sebaik saja dikatakan 'keluar dari sumpahan Mahsuri'. Tamat sumpahan & diberi status bebas cukai pada tahun 1987, terlibat secara langsung dalam pembangunannya di zaman PM TMM & TDaim sebagai pengerusi bersama LADA. Tika itu ape yang keluar dari mulut PM TMM adalah arahan- no objection. Bab ni selalu buat bos aku kelam kabut ...hari ni keluar arahan.... esok kena present kat PM- bos xtidoq, kami pun xlena!.
  
Pembangunan & peristiharan sebagai bebas cukai, aku melihat bangunan & kemasukan pelancongan ke Langkawi mencanak naik seiring dengan keruntuhan akhlak penduduknya (xkira tua/muda bila arak menjadi minuman pagi-mat saleh pun surrender & maksiat - ada arak adalah zina ...Nauzubillah). Kejutan budaya mungkin, yelah, sebelun ni jalan pun tanah merah, tetiba bangunan bertingkat & 'simata biru' pun mai-mau xterkejut kan!

Sering aku mendengar rintihan pegawai dari jabatan agama, jabatan kebajikan juga orang perseorangan semasa di dalam feri sepanjang perjalanan ke Pulau Langkawi tentang kerosakan akhlak/moral penduduknya. Dulu kalau bos suruh ikut pi meeting kat Langkawi xde hal tapi mesti 'day trip' - anak kecik masa tu. (bos pun ok, jadi keraplah aku berceloteh dgn orang- xkan nak membisu seribu bahasa, 1 ke 1.5 jam tu !).
  
Sedih bila tanah penduduk kampung terjual demi pembangunan yang akhirnya  mereka merempat dikampung sendiri. (bila duit hasil jual tanah habis diboroskan- akhirnya kembali ke laut dgn bot yg d sewa, bukan takat bot sewa rumahpun sewa). Bukan semua, ada yang beringat di mana duit tersebut digunakan untuk membeli  hartanah d tanah besar (Kedah). Itu crita sedih penduduk Pulau Langkawi yang ditangisi juga dkesali hingga kini. Masalah akhlak, aku rasa hingga kini xselesai lagi kot!

dulu Masjid Al Hana jadi 'landmark'
 PLangkaw-poskad dlm simpanan
Dulu ketibaan ke Pulau Langkawi, kita di sambut oleh Masjid Al-Hana kini ketibaan disambut oleh patung burung helang - fikir-fikirkan lah!.

kini ketibaan disambut patung helang
Pembinaan patung helang ni ade isu jugak. Pertama, masa nak bina patung ni, ia telah dibantah oleh pejabat agama/ahli agama Islam  kerana mengikut hukum, haram membina patung yg menyerupai bentuk benda hidup (ni ayat aku-dah lupa  dulu cam mana hujah tu -boleh rujuk pihak berwajib). Penjelasan hukum ni telah dipatahkan oleh hujah logik PM, maka dengan itu projek diteruskan.

Kedua, masa nak letak patung burung tu pun masalah gak, nak pasang patung tu nak tengok tang mana- tengok laut ka! ...tengok darat ka!. Selepas mesyuarat 7h7m ( 7h7m ni aku tambah -bak reply Thomas kat aku, org dulu-dulu semua 7), Keputusannya  patung tu diletakkan mengadap laut seolah-olah bersedia untuk terbang ke laut ...begitulah adanya.

Lani kalau aku pi Langkawi  pun kerana penuhi undangan majlis perkahwinan anak-anak kak ipaq atau depa suruh aku pi kursus (HQ aku kalau kursus/meeting diarahkan buat kat Kedah, Langkawi & Hotel Bayview (turun je shopping area) adalah pilihan mereka). Hal lain kita bagi kat pegawai2 baru, depa pun nak ghasa kan!

Akhir N3, buat Cheqna tiap N3 aku ade 'memory lane' orang lama katakan ..he..he..he..


Wasalam.  

Thursday, January 19, 2012

GXFC - Tahniah & Semoga Mendapat Rezeki

22 Jan 2012, pakat berebut nak cuti. Aku xmau berebut ngan depa, hangpa cutilah- aku jaga pejabat. Pasai apa 22 hb tu jadi rebutan?

Ha.. mai chek habaq, hari tu dah 'terkepit' depa nak 'bonus cuti', ambik cuti  1 hari 2+1+2= 5 hari , xmau lagi!  Bukan pasai depa nak buat kuih bakul ke, nak cari pokok limau ke, saja nak buat kalut ngan kawan-kawan depa yang nak celebrate Chinese New Year, haghu sungguh!

Crita pasai CNY ni, aku ade  kenangan yang tak dapat aku lupa sampai kini walaupun aku dah lupa banyak perkara sebenarnya! xfaham? ....abaikan.

Alkisah di suatu ketika dulu semasa abah merantau dari satu negeri ke satu negeri atas tugas yang diamanahkan maka berlabuhlah kami disuatu tempat dinamakan Seremban & bermastautinlah kami selama hampir 6 tahun. Ape mengarut ni...he..he..

Disitulah terjadinya peristiwa yang bakal aku nukilkan ni........

Disuatu pagi sehari sebelum tahun baru cina (xdapatlah aku ingat tahun bila..minta maaflah ye). Dikala itu aku dlm usia 5-6 tahun kot. Ok sebelum tu aku nak habaq, masa kicik-kicik dulu aku dah amalkan 1Malaysia yg baru di war-warkan semenjak2menjak ni. Aku celik mata je dah 1Malaysia. Bukan ape sejak kecik lagi aku dah hidup dengan kaum India & Cina ni (malah Orang Asli pun ok ngan aku...no problem).  Aku ade pelbagai crita gak pasai 1Malaysia ni...ha...ha..ha...melalut lagi.

Masa itu aku berkawan baik dengan satu family cina ni (bukan ape anak dia sebaya ngan aku & kakak aku). Kami berkawan sangat akrablah sehingga mak aku pun tak kisah kalau aku nak tidoq kat rumah depa tu. Kalau aku xtidoq kat rumah depa, celik mata je aku dah bertandang kat rumah depa. Tak taulah untienya tu meluat ke tak kat aku (sebab dia layan aku elok je).

Nak jadi crita, pagi tu, macam biasalah celik mata aje aku dah jengoi kat pintu rumah depa, aku selalunya xmakanlah makanan yang depa masak tapi kacang dll makanan dibeli aku belasah lah,  untienya ni sediakan 2 cawan plastik untuk aku & kakak aku kot-kot aku nak minum kan! (special treatment gitu). Sedang aku main-main ngan anak dia, untienya ni balik ngan raga sarat dengan bahan mentah yang akan dimasak untuk makan besar petang nanti dan diletakkan atas meja makan di dapur sementara dia ke dalam bilik nak simpan purse dan menukar pakaian (tukar uniform  masuk dapur pulak).

Aku & anaknya dengan niat nak membantu keluarkan barang-barang dari raga masukkan dalam besen @ sink ikut kesesuaianlah (sebenarnya aku memang selalu buat macam tu). Bila untienya keluaq dari bilik & tengok aku dan anak dia sedang membuang bungkusan & isi dalam bekas, menjerit dia "Norrrrrrrrrr.....jangan pegang" terkejut kami (selalu boleh je bisik hati aku). "Ayaaaaa... sudah pegang ka", sambungnya.Tercengang-cengang aku, pegang ape?

Dah faham maksud untienya tu? Betul!  dalam salah satu bungkusan tu adelah daging babi (yelah nak makan besar tentu ia salah satu hidangannye kan!). Ape lagi untienya tu tarik tangan aku & bawa aku balik ke rumah aku. Sampai di rumah aku dia cakap ngan mak aku "Kak Mah, sorry la xdan mau kasi tau dia olang sudah bukak itu balang".(lalu dicritakan lah aku dah pegang daging tu).

Nak buat macam mana lagi kan, kena samaklah jawabnya! Kena mandi/basuh dengan air tanah lah nampaknya. Cara ringkas samak ni ialah kena basuh/disucikan dengan 7 kali basuhan dengan satu darinya ialah air bercampur tanah (dari tempat yang bersih)-penjelasan lanjut tanyalah ustaz.

Jenuhlah mak aku nak samak, aku masih ingat lagi mak aku buat satu baldi air tanah, ditapisnya dan dijirusnya aku satu badan tanpa seurat benang, kat luaq rumah pulak tu (malu pulak bila ingat balik), mak aku xbagi masuk rumah. Sebelum jirus aku dilumur dengan tanah (macam kita sabun badan lah). Yelah nak pastikan rata seluruh badan sebab xtau bahagian mana yg kena kan!. Tak ingat pulak baju tidoq aku tu, mak aku buang @ dia samak jugak ? ...banyak dah aku lupa ye....

Satu lagi yang aku seronok ialah merebus (ke kukus) kueh bakul. Kuih ni aku makan sebab aku yang rebus/kukus & untienya kata bekas digunakan untuk buat kueh bakul ni dia xguna buat masak biasa-biasa. Masa dulu-dulu ade aku kisah!  Mak aku pun yakin kot sebab dia pun makan gak! ha..ha..ha..

Ikut pungkoq (belakang) naga/singa 'makan duit' pun aku syok jugak dengan iringan bunyi  'mercun papan', naik pekak telinga aku.

Penutup CNY ni ialah Chap Goh Mei (hari ke 15), masa ni tumpang raya jugak, depa ada tanglung akupun  ada gak! - Pesta Tanglung...indah untuk dikenang.  Kalau xsilap aku lah hari ni juga ada upacara membaling limau dalam sungai bagi teruna/dara yang belum kawin dengan tujuan bertemu jodoh (maaf kalau salah fakta-mungkin perayaan lain kot) sebab dulu kawan aku(cina) pernah berjenaka ajak baling limau supaya aku dapat jodoh..xlah aku buat sebab dia pun xpercaya. Takdelah aku desperate sangat nak kawin - jodoh, rezeki, hidup, mati ditangan Allah.

Tak lama lepas tu abah dpindahkan ke tempat lain. Terputuslah hubungan kami. Kakak aku masih berhubung dengan keluarga tersebut melalui surat (kakak aku masih terus berkawan dengan kakaknya). Lepas sekolah rasanya hubungan mereka pun terputus & berita terakhir kami terima kakak nya mendapat hidayah Allah & menganut agama Islam. Semoga beliau masih dalam Islam & sentiasa di dalam lindunganNYA. Amin.

NOW tibalah masanya untuk aku mengucapkan GONG XI FA CAI (tajuk N3 aku ni  wiki translate ....betul/salah mintak maaf ye) buat teman-teman kaum cina yang sentiasa mewarnai hidup aku, khas buat wong & family ('shoulder to cry on' waktu duka/musibah menimpa aku semasa awal aku berkelana d Aloq Staq ni-umpama abang/ayah buat kami, kini terputus hubungan setelah beliau berpindah&kini telah bersara ), buat pembekal akhbar (walaupun aku xbeli-boikot he..he) Michael & isterinya (tukang repair pakaian aku & anak-anak), juga Ah-Huat makanik kereta aku (dari xfasih b.melayu sampai kami boleh debat politik lah ...macam-macam) dan teristimewa (istimewa sebab dia je kot akan baca N3 aku ni-tiada maksud lain) tentunya teman maya aku Thomas & family (u celebrate CNY kan) seterusnya kepada seluruh penduduk dunia yang menyambutnya :-

  

wishing peace, prosperity & happiness for everyone



 

Water Dragons – Years 1952 and 2012

Water calms the Dragon’s fire. Water Dragons are able to see things from other points of view. They don’t have the need to always be right. Their decisions, if well-researched, are usually better since they allow other’s to become involved.

Banyak lagi kalau nak crita pasai CNY ni, ada beberapa adat turun temurun mereka telah menjadi budaya rakyat malaysia khasnya masyarakat Melayu antaranya penggunaan sampul 'angpow', dulu-dulu duit bagi cam tu je xde sampul pun, budaya mercun & bunga api pun ikut depa tapi depa x putus tangan yang si melayu ni siap putus kaki-tangan juga nyawa. Adoi melayu..melayu!! ......jangan marah aku pun melayu walaupun aku ade darah cina setoit je! (moyang perempuan sebelah mak aku cina... ha..ha..ha nak habag jugak tu..).

Akhir  nukilan. Dengan kebesaran Allah, moga tahun 'naga air'  ni penduduk dunia lebih aman & bumi tidak lagi murka pada penghuninya-tiada perang tiada bencana.  INSYAALLAH

Melalui siri kartun kegemaran anak aku, aku didikasikan lagu penuh nostalgia ni buat semua.


...GONG XI.. GONG XI ..GONG XI NI

Wasalam.


Tuesday, January 3, 2012

Bermula Sesi 2012

Untuk kesekian kalinya as  previous years, office aku lengang hari ni, ramai yang ambil cuti sempena hari pertama persekolahan sesi 2012. On the way to office, aku melalui beberapa tadika & sekolah, meriah sungguh deretan kenderaan macam kat tempat kenduri pulak.

Bila lihat begitu, teringat masa anak sulung aku ke tadika dulu. Macam biasa aku pi daftar & tinggalkan.  Tanpa ku sedari, hampir 2 bulan anak aku ditadika, selama itulah pengasuh depa tunggu kat tadika tu sampai habis sesi belajar dari 8:30 pagi ke 12:30 noon (4 jam tu).

Nak jadi crita satu hari tu, aku saja nak pi tengok macam mana dia kat tadika. Masa break minum pagi, akupun pi lah kat tadika dia, terkejut aku tengok pengasuh anak aku dok kat kerusi luar kelas, aku pun tanya 'kak buat apa kat sini' jawabnya  'kak tunggu pan, kalau kak balik dia ghiau (menangis)'. 'Ha selama ni kak tunggulah', terkejut aku.

Esoknya aku pi pejabat dulu punch card  kemudian ke rumah pengasuh. Sampai je kat rumah pengasuh tu aku cakap 'Kak, hari ni saya antaq depa pi tadika & kak jangan pi tengok, saya akan ambik & antaq kat rumah kak', kataku (selalunya aku antaq anak-anak aku kat rumah pengasuh & depa perjalan kaki ke tadika).

Sampai kat tadika aku 'warning' anak aku 'hari ni mak combi x datang & jangan nak nangih-nangih, nanti mak suruh cikgu tibai (pukul)' Ha..ha..ha garangnya!.

Sejak tu selamatlah pengasuh anak aku dari seksaan jdi penunggu tepi tingkap (dari crita pengasuh aku tu, dari masa ke semasa anak aku akan ke tingkap & kalau xnampak dia akan menangis, kak ni tak pernah pulak bagi tau aku). Bab sekolah ni, anak sulung aku memang banyak hal, lain kalilah story-story.  


Tahun ni, aku xperlu berebut cuti, sebab anak-anak semua ke sekolah lama, yang si adik telahpun dibuat bayaran yuran & segalanya pada 29hb yang lalu so hari ni pi sekolah cam biasa jelah.

Nak crita pasai pi sekolah ari tu, selalunya bayaran untuk sesi baru, aku akan bayar yuran Jan (2012)  juga yuran tertunggak bulan Dis (2011), al-maklumlah cuti sekolah aku malas nak jengoi  muka kat pejabat sekolah. Selalunya sebelum yuran tertunggak dijelaskan waris tidak akan diberi list & membuat pembelian buku. Dengan itu, sayugia masuk je ruang dewan tu aku pun tercari-cari meja yang tertulis 'BAYARAN YURAN BULAN DISEMBER'. Dalam aku tercangak-cangak tu, guru sekolah tu menyapa, "Puan, anak tahun brapa, ambik list buku dulu". Aku pun jawab "saya tak bayaq lagi yuran bulan Disember". Guru tu selamba je cakap " Yuran Disember Najib dah bayar". Sambil senyum kambing (kesian! aku yg senyum-kambing dapat nama he..he..) aku balas "Alhamdulilah", ingatkan nak tambah tapi... xpayahlah nanti jadi isu politik lak. Rupe-rupenya kanak-kanak sekolah swasta pun dapat duit RM100 tu, mekasih memanda menteri Najib....(yuran sekolah  memang RM100/bulan...ngam-ngamlah).

Tapi semasa sembang dgn ustaz yang bagi buku teks (bantuan buku ni pulak dapat selepas PR memerintah, dulu belilah sendiri-mekasih kerajaan PR), duit tu sebenarnya xdapat lagi, katanya ia dijadualkan pada selasa (27 Dis 2011) ada majlis penyerahan tapi xjadi ...oooo...belum dapat lagilah (jangan buat-buat lupa dahlah @ kini dah dapatlah kot).

Akhir N3, semoga anak-anak sekelian gembira & bersemangat melalui alam baru yang penuh warna-warni.


Buat anak-anak yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ni khas buat members ke22  aku arvin (target mesti A+ semua, bukan separuh je ye!), sediakan jadual belajar dari sekarang, jangan buat kerja last minute ok. Study Smart & Good Luck!

Tahun ni sibongsu ku akan menghadapi UPSR maka dengan itu aku istiharkan bahawa aku akan kembali  jadi 'mak rempit', tamat sudah bulan maduku. Huk... huk..huk...Waaaaaa.

Wasalam.


Thursday, August 11, 2011

Nostagia Solat Taraweh

Bulan Ramadhan akan seiring dengan solat taraweh kemudiannya ia akan seiring dengan 'more' (juadah yg disediakan selepas selesai solat taraweh)

Nostagia aku ni aku bahagi kpd beberapa segmen (macam rancangan tv lah pulak)

Segmen pertama.

Semasa aku kecik dulu, bulan ramadhan bulan dinanti (bukan sebab suka posa tapi aktiviti disebaliknya). Pertamanya ada makanan yg macam-macam, lepaih tu pi solat tarawih (bukan nak solat sangat tapi nak main). Solat 8 rokaat je lepaih tu keluar surau pi main mercun, main sorok-sorok dll (masa ni tak takutlah kononya 'hantu' dah kena ikat). Masa aku kecik dulu, tiap-tiap malam ade 'more'. AJK masjid akan membentuk beberapa kumpulan untuk menyediakan sajian 'more' ni untuk sepanjang bulan Ramadhan. Kami, kanak-kanak ni usya lah jenis juadah yang disediakan, kalau sedap pada kami, surau akan penuh balik bila solat witir bermula tapi kalau biasa-biasa je kami teruslah bermain. Ini jelah peluang boleh bermain waktu malam. Itu yang seronoknya.

Segmen kedua

Masa remaja/dewasa, solat tarawih adalah ibadat yang dituntut dah dilaksanakan dengan lebih serious lagi. xde nak main-main tapi aku selalu buat 8 aje- nak kejor rancangan TV.

Segmen ketiga

Bila aku dah mempunyai anak, aku tetap melaksanakan solat tarawih di surau, aku tidak menjadikan anak kecil aku untuk tidak hadir ke surau bersolat tarawih dan aku tidak meninggalkan anak-anak kecil aku di rumah (aku memang tiada pengasuhpun untuk menjaga mereka). Kerana pada aku, kalau aku tidak hadir masa itu, aku mungkin akan terus tidak ke surau di kemudian hari.

Kanak-kanak tentu bosan & letih menunggu ibunya menghabis 20 rokaat solat taraweh. Apa yang aku buat ialah semasa  ke surau aku siapkan susu botol, air, makanan & mainan (lego, mainan power ranggers juga 'colouring book') serta tilam kecil untuk mereka tidur (macam pi picniclah pulak). Pada waktu itu, surau di taman aku ni macam rumah kampung, ade 'varanda', so aku letak depa di 'varanda' & aku solatlah (tiap selesai solat aku tengoklah depa). Kadang-kadang aku fotostad gambar untuk diwarnakan beberapa salinan untuk kanak-kanak lain juga bagi mengelakkan mereka membuat bising.(jadi macam pertandingan mewarnalah pulak).

Bila mereka diperingkat tadika dan dah boleh ikut orang dewasa solat, mereka akan solat. Peringkat nilah paling mencabar aku, surau lantai papan, bayang kan semasa kami solat (terutama masa sujud) kanak-kanak ni berlari, naik pening kepala dibuatnya, tapi bagi aku kena sabar supaya mereka menjadi 'rakan surau'. Nasib baik tok imam surau aku ni pun oklah, (dia pun ade anak sebaya anak aku) katanya biarlah mereka, jangan pulak ibubapa melarang anak mereka ke surau sebab mereka membuat bising kerana ditakuti mereka tidak akan mendekati surau/masjid bila dewasa nanti. So aku dah jemaah lain ni sembahyanglah dalam 'kegeraman' dengan telatah kanak-kanak ni. Mereka ni pun pandai, bila tok imam mula baca fatihah depa pun mulalah bermain (berlari, menjerit dll) tapi bila kami dah di tahayat akhir, pandai pulak depa duduk diam. Itulah kanak-kanak! 

Segmen keempat

Kini anak-anak aku dah remaja & Alhamdulillah depa semua dah jadi 'rakan surau'. Surau di taman aku pun dan didirikan bangunan konkrit.

Generasi berikutnya pulak 'buat hal', anak aku balik surau merungut 'depa tu bising, kacau orang nak solat', Aku pun kata 'depa tu macam hang dululah, lagi teruk dulu surau kayu, hangpa lari bergegar satu surau'.

Semalam sekeping dinding kaca telah pecah akibat 'lagak ngeri' kanak-kanak tersebut, lepas pecah tu baru semua duduk diam. Pada aku tak perlu nak marah, biarlah, kerana ini akan mendekatkan mereka kepada 'rumah Allah'.

Kini, bulan Ramadhan lebih kepada pengisiannya untuk mendekatkan diri kepada Pencipta, menjalan segala suruhan dengan sesempurna mungkin sebagai bekalan untuk mengadap Pencipta di akhirat kelak.

Beberapa hari lagi akan tiba pertengahan ramadhan dan dipenghujungnya akan ada malam 'Laitatul Qadar', malam yang lebih baik dari seribu malam. Semuga kita menjadi salah seorang yang bersua malam tersebut.

Sekian,

Wasalam.


Tuesday, April 19, 2011

SAMA TUA? TAK, MAK DIA TUA, ANAK DIA MUDA!

Lama tak jengok blog aku ni, sibuk sikit!

Tak faham dengan title N3!

Ini satu dari crita aku & kawan-kawan yang dipindahkan ke utara masa awal tahun 1987 dulu (jabatan aku buat re-og, tiap zon ada pejabat) . Kami yang dihantar ke utara ni kebanyakannya bukan orang utara, jadi banyaklah kejadian lucu yang diingat sampai kini. Satu darinya ialah perkataan 'sama tua' ni lah.

Begini ceritanya. (kisah opismate aku bukan aku, masa tu aku tak kawin lagi)

Opismate aku ni dah kawin & ada anak kecil lagi (sominya masih bekerja di KL), nak cari orang gaji utk menjaga anak kecilnya semasa dia pergi kerja. Maka diwar-warkanlah kesekelian orang akan dia perlukan orang gaji tersebut, dan dalam pencarian tersebut dia dikhabarkan adalah seorang gadis yang sudi menjaga anaknya (dinamakan makcik ni Mak Mah lah- lupa pulak nama makcik ni). Maklumat yang kawan aku dapat ialah rumahnya di kampung XYZ (lupa nama tempat tu) dan depan surau. Dia pun ajak 2 orang opismate aku untuk temankan dia, yang jadi teman dia ni seorang org perak dan sorang lagi orang kedahlah.

Dari info yang dapat, opismate aku ni ingat straightfoward lah, pi je tempat tu alamak banyaknye rumah disekeliling surau tu, yang mana satu ni! (dulu tak de handphone, xboleh nak kontek balik pemberi info), semasa mereka bertiga mencari-cari tu, lalulah seorang makcik ni, maka bertanyalah opismate aku ni. "makcik, tumpang tanya, rumah mak mah yang mana ye!". Mak cik ni pun tanya "sama tua dia nama apa?.
Opismate aku ni jenis kelam kabut sikit, dia pun cakap " ya, ya, mak dia tua anak dia muda" .
Mak cik  tu tanya lagi  "sama tua dia nama apa?.& Opismate aku ni pun cakap " ya, ya, mak dia tua anak dia muda". Setelah beberapa lama soal jawab yang sama, kawan yang dari kedah ni pun tampil ke depan dan cakap "sama tua dia kami tak tahu nama apa, cuma depa habaq rumah mak Mah depan surau"
"Ooo lagu tu ka..." kata makcik tu dan mereka pun teruslah bercerita tentang tujuan mereka mencari mak Mah tu.

Lepas tu mereka pun balik opis dan critelah balik dengan  gaya sekali, maka tergelak besarlah kami. SAMA TUA tu maksudnya pasangan (spouse) sama ada suami/isteri, makcik tu nak tau nama suami mak mah tu mungkin kat situ ada ramai mak mah! BUKAN mak dia tua, anak dia muda. memanglah mak lebih tua dari anaknya. Kak Dini....Kak Dini di mana anda kini!

Banyak lagi istilah yang sering membuat kami keliru, malu dan tersalah sangka. Itulah kehidupan. Banyak berjalan luas pandangan,

Wasalam

Friday, April 1, 2011

April Fool

1 April 2011, ia mengingatkan aku di zaman sekolah dan masa aku mula kerja dulu. Sebenarnya aku paling benci april fool ni, sebab aku selalu 'terkena' @ jadi 'mangsa' nya. Tapi kini ia menjadi benda paling kelakar untuk dikenang.

April fool ni lebih kepada hari 'kenakan' orang @ joke @ hari membodohkan orang pada tahap melampau. Masa terkena tu memang rasa nak hempuk si pembuat tu, tapi lepas tu ia jadi kenangan indah pulak!

Selalu yang terkena ni kawan-kawan. ahli keluarga dan rakan pejabat tak terkecuali guru-guru paling teruk kena. Waktu yang paling sesuai untuk mengena @ terkena ialah di awal pagi masa baru sampai sekolah/pejabat, kalau lambat sikit orang dan perasan hari tu 1 April, dah tak menjadi dah!. Masa aku sekolah dulu, aku selalu terkena dengan pesanan guru besar nak jumpalah, ditampal dengan tulisan-tulisan lucu dibelakang lah dan macam-macam lagi.

Bila kerja pun kena juga, Ketua Pengarah panggil, aku pegilah, KP & aku sama-sama tercengang! masuk opis, depa gelak bagai nak gila. sakit hati tol. Satu lagi  yang tak leh nak lupa bila  kasut aku dibubuh dalam bakul sampah, puas aku cari depa buat dek je, si pekena tu lupa nak keluarkan maka bila makcik yang kutip sampah dtg, kasut akupun dibuang nye. Balik pakai selipar jamban lah aku. Esoknya, ditanya pada makcik  yg ambil sampah tu katanya "dah buang, ingatkan kasut tu dah rosak walaupun nampak macam baru". Adoi, nasib baik masa tu hobi  aku beli kasut-tak pelah banyak lagi stok kat rumah. Beratus kali minta maaf, tak buat dah!, mintak maaf jelah, tak ganti pun kasut aku yang dibakulsampahkan tu.

Tak pulak diketahui tentang 'April Fool'  ni ada berkaitan dengan keugamaan macam 'velentine day' tu!, Tapi rasanya ia lebih kepada meraikan bulan mengikut 'kalendar gregorian' kot'. Sejarahnya, siapa yang mula tu,  malas pulak nak tanya pakcik Google. sapa nak tahu carilah sendiri!

Tapi kalau mengikut agama Islam, berjenaka tahap melampau sehingga boleh mengaibkan orang ni berdosa juga tu, tapi selalunya selepas kita mengena atau terkena kita akan saling memohon maaf atas jenaka tersebut. Mungkin masa tu tak maafkan lah tapi lepas tu oklah.

Cepat sungguh masa berlalu, rasanya macam baru sambut tahun baru, suku tahun pertama 2011 dah berlalu rupanya.  Ciri-ciri akhir zaman.

Selamat menyambut 'April fool'  (boleh ke beri ucapan ni), jangan buat nakal ok.
Wasalam



Monday, February 21, 2011

Demam Panas

Pagi ni, aku mai kerja (di utara ni kami keja hari Ahad) 'officemate' aku dengan risaunya bagitau anaknya demam panas & cirit-birit masih belum reda lagi. Beberapa klinik & hospital pun  dah pegi, macam-macam hipotensisi diberi. Aku & yang lain-lain cuma minta dia jangan ambik rengan demam panas ni, ia boleh membawa kecacatan jika panas ke tahap melampau.

Aku bukan nak cerita pasal demam panas ni, aku bukan doktor pun. Cuma aku teringat kisah aku dolu-dolu, masa anak-anak aku kecik. Aku tinggal sebagai 'nuklies family', tiada ibubapa untuk mendapatkan nasihat. Pengalaman semasa anak sulungku agak cemas & lucu juga, anak sulung aku ni setiap bulan mesti beri hadiah kepada doktor (kos rawatanlah). Satu hari tu, nasib baik hari tu hari cuti jadi anak tu di bawah jagaan aku sepenuhnya (tak hantar ke rumah pengasuh). Pagi tu badannya panas sungguh, aku bagi ubat demam (ubat yang memang tersedia di rumah), ubat tu tahan selama 4 jam, selepas tamat tempoh  badannya kembali panas dan kemudian mengigil & kaki tangan mula sejuk (aku ingatkan dia sejuk, akupun bungkuslah dengan selimut 'baby') dan terus pegi klinik. Dalam kereta aku memeluknya kononnya nak panaskan badannya yang aku sangkakan sejuk.

Umurnya masih panjang, semasa menunggu giliran kebetulan aku duduk di pintu, bila pesakit keluar doktor terus nampak aku pangku anak aku yang berbungkus, lalu doktor tu cakap pada nurse 'bagi kak yang pangku budak tu masuk dulu' & nurse pun suruh aku masuk . Bila aku masuk doktor terus ambik anak aku, dia dengan segera membuka selimut, kain bedung & pakaian anak aku sambil berkata 'dia bukan sejuk ni tapi terlampau panas, nanti kena 'tarik',(tak tau pulak 'term' sebenar 'tarik' ni tapi bukan 'tarik' yang satu lagi tu). lalu membawa anak aku ke sink & dimandikan anak aku. Aku terdiam melihat kekalutan doktor tersebut & berdoa semoga Allah memberi kesembuhan dan keselamatan kepada anak aku.

Lepas tu doktor ni memberi sedikit maklumat & kesan tentang bahayanya demam panas ni dan memberi discripsi ubat dan meminta aku datang semula minggu berikutnya. Bab ambik ubat ni aku suruhlah suami aku pi ambik.

Bila balik, aku pun nak bagi makan ubat, bila tang  garam (lupa pulak nama saintifiknya)  yang perlu dilarut untuk minum tu, suami aku cakap 'yang ni dia suruh buat mandi'. Aku heran, 'tak penah pulak ada ubat kena buat mandi, melekitlah badan budak ni nanti, mandi air garam ,' detik hatiku, tapi aku ikut jelah!

Seminggu kemudian, kami pun pegilah bawak anak  aku jumpa doktor, doktor tu ambik anak aku sambil memeriksa anak aku dia pun tanya,'ubat yang saya bagi habis !'. 'Dah, termasuk serbuk yang doktor suruh buat mandi tu', kata aku. Terkejut doktor tu 'itu garam bukan buat mandi tapi untuk diminum, saya ni dah jadi macam bomoh pulak, buat air mandi'. Aku tergelak besarlah. Suami aku diam aje. Lepas keluar dari bilik doktor tu, dia cakap 'Lain kali awak ajelah ambik ubat, saya jaga anak'

Itu kisah anak sulung aku, hero kedua aku juga mengalami demam panas yang lebih mencemaskan aku. Pengalaman anak pertama membuat aku takut setiap kali anak-anak aku demam. Satu hari anak kedua aku ni mengidap demam panas sehingga tahap matanya hanya nampak mata putih je, tanggannya digemgam kemas dan giginya mula kancing, masa tu aku bersendirian dengan 2 anak aku, abah mereka kerja. Dengan 'panicnya aku lari ke rumah jiran (depan rumah aku ialah perkampungan melayu) jiran aku ni pulak tak penah ada masalah anak 'tarik' (anak dia sorang je), dia pun lari ke rumah jiran di belakang rumahnya untuk membantu aku. Kak tu pun ikut aku balik rumah dan meminta aku mejirus anak aku. Aku jirus sekejap dan aku keluarkan dari bilik air, anak aku kembali kejang. Kak ni yang ada pengalaman anaknya 'tarik' telah mengambil anak aku dan kembali ke bilik air dan membiarkan anak aku di pili air yang dibuka semaksima mungkin dan air itu mengalir terus ke kepala anak aku sehingga anak aku kelemasan dan badannya menjadi lemah & longlai, barulah dikeluarkan dari pili air tu. Aku yang melihat anak aku kelemasan merasa amat kesian, kak tu kata memang kena buat macam tu. Lepas tu anak aku keletihan & tidur. Malam tu semalaman aku tak tidur, lebih kurang jan 3 pagi dia kembali kejang, apalagi kami pun bergegas ke unit kecemasan hospital . Aku dan anak aku bermalamlah lebih kurang seminggu di hospital sehingga ia betul-betul sihat. Doktor menasihati aku supaya sentiasa mematau tahap suhu badannya jika demam kerana kemungkinan untuk menjadi 'tarik' akan berlaku. Ia akan berada ditahap selamat selepas mencapai umurnya 7 tahun.

Anak ketiga dan keempat aku tidak mempunyai banyak masalah, mungkin itu hasil dari susu ibu sepenuh masa anak-anak kurang dihidapi penyakit dan lebih rapat dengan aku berbanding anak yang diberi susu tin (tak tergamak nak cakap susu lembu). Ini testomoni  akulah tentang kebaikan susu ibu.
Itulah kenangan aku bersama anak-anak semasa kecil mereka. Kepada ibu-ibu sentiasa mengambil serious jika anak kita sakit, kadang-kadang kita ingat demam biasa rupanya ia boleh membawa maut.





Thursday, February 17, 2011

Bas oh Bas

Semenjak dua menjak ni adalah aku tertengok iklan & sembang di radio tentang galakan untuk menggunakan perkhidmatan awam. Di war-warkan perkhidmatannya dah semakin baik terutamanya bas-bas awam, jadi tak perlulah nak bawak kereta sendiri, kuranglah sesak jalan & akan lancarlah perjalanan. ye ke!

Aku bukan nak ulas kempen @ saranan tu! tapi aku teringat masa dolu-dolu, di mana aku menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur Ibu negara Malaysia sekitar tahun 80-an. Banyak suka, duka, sesak nafas dan kejutan. Masa itu seingat aku hanya ada bas Mini , bas SJ(Srijaya) & beberapa lagi syarikat yang jarang aku gunakan perkhidmatannya. Aku dulu belajar di UTM, Jalan Gurney (kalau naik teksi, bila ditanya nak pegi mana, kami tak cakap UTM tapi sekolah tinggi Ainudin N.C ketika itu), masa tu UTM belum pindah Skudai lagi. Belajar di UTM, bukan semua dapat duduk dalam kampus, ramai yang kena sewa di luar, sekitar Kg. Baru (bakal hilang dari peta Kuala Lumpur) dan Keramat.

Macam ni lah bus tu, tapi jgn haraplah kosong macam ni

Bas Mini,
kalau naik bas ni tak kira jarak bayar je 50 sen (masa tu lah). Sekarang bas ni pun dah jadi sejarah. Kalau naik bas ni jangan beranganlah nak duduk dengan selesa, kalau tak disumbat macam iklan 'milo fuze', selagi boleh letak kaki & tangan boleh paut kat mana-mana bahagian bas tu, naiklah. boleh bawak maut! tapi tak pernah  dengar pulak ada yang mati tercampak dari bas ni. Kental dan kuat sungguh stamina penumpang ketika itu. Kalau dah sumbat macam tu, bayangkan betapa tengit dan letihnya dalam himpitan manusia yang memakan masa berjam jugaklah. Kekuatan tangan & kaki akan diuji bila pemandu membuat brek mengejut, Adoi!

Bas Sri Jaya,
Bas ni lebih sopan sikit, muatan penumpang tidak lah seteruk bas mini. Dulu-dulu depa kata Dato' Yusuf Haslam penah jadi konduktor bas ni, aku tak penah jumpa, mungkin dia ditugaskan di 'route' lain (tahniah dato' kerana berjaya membina kekayaan walaupun aku tak suka cerita dia-sorry dato'). Dengan bas SJ ni aku ade cerita lucu nak cerita. Bas SJ ni besar bukan macam bas mini, satu hari tu aku naik bas ni diluar waktu puncak, jadi penumpangnya tak ramailah. Aku naik bas ni dari UTM ke AU3 (kat keramatlah-ade lagi ke tak rumah sewa tu tak taulah). Perjalanan ke destinasi tu bas akan lalu suatu kawasan berbukit & membelok (Bukit Keramat kot-lupa lak, mungkin jalan ni dah lurus kot). Sebelum tu aku nak cerita 'lay-out' dalam bas ni, bahagian depan nya kerusi disusun menghala ke depan (arah pemandu) adalah dalam 10 baris kot! di belakang bas dibuat kerusi di kiri-kanan dinding bas, jadinya penumpang dikerusi belah kanan dinding akan mengadap penumpang di kiri dinding bas.

Nak jadikan cerita, akibat keletihan menyiapkan tugasan, semasa pulang kelas, naik je bas mulalah mengantuk dan tersengok-sengok menahan mengantuk. Orang taklah ramai, tapi tempat duduk depan dah penuh, aku ambil tempat duduk yang di dinding tulah bersama beberapa orang menumpang lain. Nak jadikan cerita semasa melalui kawasan berbukit dan membelok tu driver telah buat 'lipat maut', maka aku yang mulanya duduk ditempat duduk belah kiri telah berpindah ke tempat duduk belah kanan bas. Bila bas dah bergerak lurus, aku sedar-sedar dah duduk ditempat lain. Masa tu tak dapat nak digambarkan malunya, ade beberapa penumpang senyum-senyum tengok aku dah berpindah tempat, kalau ada kawan bolehlah aku gelakkan diri aku sendiri tapi aku sorang je, buat dek jelah. Bila aku balik rumah sewa cerita kat 'housemate' gelak terguling bukan kesian pun. Tapi bila diingat balik memanglah lucupun.

Satu hari lain, aku naik bus SJ ni, penumpang tidak begitu ramai, bila aku naik dah tak ada 'sit' kosong, maka akupun berdiri. Bas SJ ni, untuk penumpang berdiri, disediakan tali-tali yang dipasang pada rod besi di tengah bumbung bas, sapa-sapa yang berdiri berpautlah pada tali tu untuk elakkan diri dari terjatuh. Aku pun bergantunglah pada tali tu (kalu nak pegang terus rod besi tu pun boleh, tapi aku tak cukup inci-ketotlah) maka terpaksalah pegang pada tali je! nak jadikan cerita masa sedang berdiri tu (aku berdiri ditengah-tengah bas, depan & belakang aku adelah 2-3 orang). Sedang akal aku menerawang ke alam lain (selalunya pikir nak makanlah-nak masak ke, nak beli), 'driver' tiba-tiba menekan brek (driver bas ni banyak yang 'gila-gila'). Apa lagi aku yang dalam kondisi tidak bersedia ni terus melurut ke depan  dan melanggar penumpang depan aku dan terus menghimpit mereka ke depan hingga ke tempat pemandu. Belakang pemandu tu ade jaring besi, maka jadilah 'sandwich' kat besi tu!, nak kata apa, mintak maaflah-marah ke! tak ke! dah jadi nak wat cam ne!. Malu jugaklah, tapi kat KL ni kadang-kadang depa  tak kisahpun. Sejak tu kalau berdiri, aku tak pegang dah tali tu, aku akan pegang besi di kerusi - tak lagi bergayut macam beruk tu.

Sebagai penumpang tetap bas ni dan selalu menggunakan 'route' yang sama, kita akan menjadi kawan pulak dengan driver & konduktor bus dan ada ketikanya mereka sanggup menunggu kita jika mereka melihat kami masih terhegeh-hegeh berlari untuk menaiki bas dan akan bertanya khabar jika lama tidak melihat aku dan kawan-kawan menaiki bas.

Banyak lagi masam-manis jadi penumpang & duduk di KL, kini dah tak tau nak naik bas awam lagi. Tinggal di zon selesa di Utara tanah air tiada lagi hiruk pikuk kota yang meletihkan. Biar dikatakan Bandaraya Kampung, aku selesa disini, walaupun ia bukan negeri kelahiran atau tempat bermain tapi ia tempat aku mencari rezeki. Alhamdullilah

Di kesempatan lain, akan aku coretkan kenangan pahitku menaiki bas ekspress pula.

KEPADA YANG MASIH MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM SENTIASA BERHATI-HATI DAN BANYAK BERSABAR