Thursday, August 11, 2011

Nostagia Solat Taraweh

Bulan Ramadhan akan seiring dengan solat taraweh kemudiannya ia akan seiring dengan 'more' (juadah yg disediakan selepas selesai solat taraweh)

Nostagia aku ni aku bahagi kpd beberapa segmen (macam rancangan tv lah pulak)

Segmen pertama.

Semasa aku kecik dulu, bulan ramadhan bulan dinanti (bukan sebab suka posa tapi aktiviti disebaliknya). Pertamanya ada makanan yg macam-macam, lepaih tu pi solat tarawih (bukan nak solat sangat tapi nak main). Solat 8 rokaat je lepaih tu keluar surau pi main mercun, main sorok-sorok dll (masa ni tak takutlah kononya 'hantu' dah kena ikat). Masa aku kecik dulu, tiap-tiap malam ade 'more'. AJK masjid akan membentuk beberapa kumpulan untuk menyediakan sajian 'more' ni untuk sepanjang bulan Ramadhan. Kami, kanak-kanak ni usya lah jenis juadah yang disediakan, kalau sedap pada kami, surau akan penuh balik bila solat witir bermula tapi kalau biasa-biasa je kami teruslah bermain. Ini jelah peluang boleh bermain waktu malam. Itu yang seronoknya.

Segmen kedua

Masa remaja/dewasa, solat tarawih adalah ibadat yang dituntut dah dilaksanakan dengan lebih serious lagi. xde nak main-main tapi aku selalu buat 8 aje- nak kejor rancangan TV.

Segmen ketiga

Bila aku dah mempunyai anak, aku tetap melaksanakan solat tarawih di surau, aku tidak menjadikan anak kecil aku untuk tidak hadir ke surau bersolat tarawih dan aku tidak meninggalkan anak-anak kecil aku di rumah (aku memang tiada pengasuhpun untuk menjaga mereka). Kerana pada aku, kalau aku tidak hadir masa itu, aku mungkin akan terus tidak ke surau di kemudian hari.

Kanak-kanak tentu bosan & letih menunggu ibunya menghabis 20 rokaat solat taraweh. Apa yang aku buat ialah semasa  ke surau aku siapkan susu botol, air, makanan & mainan (lego, mainan power ranggers juga 'colouring book') serta tilam kecil untuk mereka tidur (macam pi picniclah pulak). Pada waktu itu, surau di taman aku ni macam rumah kampung, ade 'varanda', so aku letak depa di 'varanda' & aku solatlah (tiap selesai solat aku tengoklah depa). Kadang-kadang aku fotostad gambar untuk diwarnakan beberapa salinan untuk kanak-kanak lain juga bagi mengelakkan mereka membuat bising.(jadi macam pertandingan mewarnalah pulak).

Bila mereka diperingkat tadika dan dah boleh ikut orang dewasa solat, mereka akan solat. Peringkat nilah paling mencabar aku, surau lantai papan, bayang kan semasa kami solat (terutama masa sujud) kanak-kanak ni berlari, naik pening kepala dibuatnya, tapi bagi aku kena sabar supaya mereka menjadi 'rakan surau'. Nasib baik tok imam surau aku ni pun oklah, (dia pun ade anak sebaya anak aku) katanya biarlah mereka, jangan pulak ibubapa melarang anak mereka ke surau sebab mereka membuat bising kerana ditakuti mereka tidak akan mendekati surau/masjid bila dewasa nanti. So aku dah jemaah lain ni sembahyanglah dalam 'kegeraman' dengan telatah kanak-kanak ni. Mereka ni pun pandai, bila tok imam mula baca fatihah depa pun mulalah bermain (berlari, menjerit dll) tapi bila kami dah di tahayat akhir, pandai pulak depa duduk diam. Itulah kanak-kanak! 

Segmen keempat

Kini anak-anak aku dah remaja & Alhamdulillah depa semua dah jadi 'rakan surau'. Surau di taman aku pun dan didirikan bangunan konkrit.

Generasi berikutnya pulak 'buat hal', anak aku balik surau merungut 'depa tu bising, kacau orang nak solat', Aku pun kata 'depa tu macam hang dululah, lagi teruk dulu surau kayu, hangpa lari bergegar satu surau'.

Semalam sekeping dinding kaca telah pecah akibat 'lagak ngeri' kanak-kanak tersebut, lepas pecah tu baru semua duduk diam. Pada aku tak perlu nak marah, biarlah, kerana ini akan mendekatkan mereka kepada 'rumah Allah'.

Kini, bulan Ramadhan lebih kepada pengisiannya untuk mendekatkan diri kepada Pencipta, menjalan segala suruhan dengan sesempurna mungkin sebagai bekalan untuk mengadap Pencipta di akhirat kelak.

Beberapa hari lagi akan tiba pertengahan ramadhan dan dipenghujungnya akan ada malam 'Laitatul Qadar', malam yang lebih baik dari seribu malam. Semuga kita menjadi salah seorang yang bersua malam tersebut.

Sekian,

Wasalam.


2 comments:

  1. menarik cerita cheqno...buat saya teringat zaman kanak2 dl...g terawih xbising sgt...sembahyangnya kadang ikut kadang tidak..ngantuk...;)

    ReplyDelete
  2. crita zaman kanak2 memang indah utk dkenang. Nak elak dari ngantuk masa tarawih saya kurangkan masak tambah ngan resepi 'tunjuk' he..he..

    ReplyDelete