1 April 2011, ia mengingatkan aku di zaman sekolah dan masa aku mula kerja dulu. Sebenarnya aku paling benci april fool ni, sebab aku selalu 'terkena' @ jadi 'mangsa' nya. Tapi kini ia menjadi benda paling kelakar untuk dikenang.
April fool ni lebih kepada hari 'kenakan' orang @ joke @ hari membodohkan orang pada tahap melampau. Masa terkena tu memang rasa nak hempuk si pembuat tu, tapi lepas tu ia jadi kenangan indah pulak!
Selalu yang terkena ni kawan-kawan. ahli keluarga dan rakan pejabat tak terkecuali guru-guru paling teruk kena. Waktu yang paling sesuai untuk mengena @ terkena ialah di awal pagi masa baru sampai sekolah/pejabat, kalau lambat sikit orang dan perasan hari tu 1 April, dah tak menjadi dah!. Masa aku sekolah dulu, aku selalu terkena dengan pesanan guru besar nak jumpalah, ditampal dengan tulisan-tulisan lucu dibelakang lah dan macam-macam lagi.
Bila kerja pun kena juga, Ketua Pengarah panggil, aku pegilah, KP & aku sama-sama tercengang! masuk opis, depa gelak bagai nak gila. sakit hati tol. Satu lagi yang tak leh nak lupa bila kasut aku dibubuh dalam bakul sampah, puas aku cari depa buat dek je, si pekena tu lupa nak keluarkan maka bila makcik yang kutip sampah dtg, kasut akupun dibuang nye. Balik pakai selipar jamban lah aku. Esoknya, ditanya pada makcik yg ambil sampah tu katanya "dah buang, ingatkan kasut tu dah rosak walaupun nampak macam baru". Adoi, nasib baik masa tu hobi aku beli kasut-tak pelah banyak lagi stok kat rumah. Beratus kali minta maaf, tak buat dah!, mintak maaf jelah, tak ganti pun kasut aku yang dibakulsampahkan tu.
Tak pulak diketahui tentang 'April Fool' ni ada berkaitan dengan keugamaan macam 'velentine day' tu!, Tapi rasanya ia lebih kepada meraikan bulan mengikut 'kalendar gregorian' kot'. Sejarahnya, siapa yang mula tu, malas pulak nak tanya pakcik Google. sapa nak tahu carilah sendiri!
Tapi kalau mengikut agama Islam, berjenaka tahap melampau sehingga boleh mengaibkan orang ni berdosa juga tu, tapi selalunya selepas kita mengena atau terkena kita akan saling memohon maaf atas jenaka tersebut. Mungkin masa tu tak maafkan lah tapi lepas tu oklah.
Cepat sungguh masa berlalu, rasanya macam baru sambut tahun baru, suku tahun pertama 2011 dah berlalu rupanya. Ciri-ciri akhir zaman.
Selamat menyambut 'April fool' (boleh ke beri ucapan ni), jangan buat nakal ok.
Cepat sungguh masa berlalu, rasanya macam baru sambut tahun baru, suku tahun pertama 2011 dah berlalu rupanya. Ciri-ciri akhir zaman.
Selamat menyambut 'April fool' (boleh ke beri ucapan ni), jangan buat nakal ok.
Wasalam
No comments:
Post a Comment