Salam sejahtera buat semua pelayar alam maya yg sudi lalu & singgah! Kekalutan alam nyata menyebabkan alam maya aku xber'nyawa'.
Yesterday evening tetiba rasa nak tengok blog. Dikotak hai-hai aku, ada reminder dari rakan maya "dah hampir Ramadhan ni" (TQ Thomas, ..he..he..), related pulak dgn renungan pagi dsampaikan oleh my officemate masa mesy. pagi kat office aku ni. Apa yg disampaikan mengingatkan aku pada kandungan buku terjemahan Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni-'Hikmah Berpuasa di Bulan
Ramadhan', yg belum habis aku baca (target nak habis sblum ramadhan..he..he...slow sesangat)
Ada beberapa N3 yg pernah aku nukilkan bab ramadhan ni, antaranya pasai nostalgia aku di bulan ramadhan, yang ni dan juga beberapa N3 tentang kelebihan yg ada dlm bulan Ramadhan. Ingat Ramadhan ingat puasa (sebenarnya banyak lagi yg kita ingat ...bajulah, makananlah dll).
Kali ni, aku nak kongsi puasa sebenar dalam islam. Jangan kita menyangka puasa hanya menahan lapar & dahaga sahaja. Puasa sebenar melibatkan seluruh anggota/pancaindera badan.
Puasa MATA
Hindari dari memandang perkara-perkara yang menimbulkan fitnah serta perkara-perkara yg tergolong dalam maksiat, umpamanya menonton filem lucah, rancangan hiburan yang melampau juga melihat aurat wanita bukan mahram. Melihat makanan sehingga membuat kita terkesima nak makan juga perlu dielakkan.
Banyakkan melihat Al-Quran dan tunduki penglihatan.
Ketika matamu melihat keburukan orang lain,
katalah, "wahai mata, orang lain juga memiliki mata".
Jika mata tidak berpuasa sebagaimana perut, maka kita dianggap TIDAK BERPUASA!
Puasa LIDAH/MULUT
Lidah dituntut berpuasa dari mengumpat, fitnah dan mengutuk orang. Sesungguhnya perkataan yang buruk merupakan dosa yang paling besar dilakukan oleh lidah manusia. Berbicara tentang makanan juga wajar dielakkan.
Banyakkan bertadarus Al-Quran dan zikirulallah.
Hendaklah lidahmu tidak menyebut-nyebut keburukan orang lain,
kerana setiap orang memiliki keburukan, juga lidah.
Jika lidah/mulut tidak berpuasa sebagaimana perut, maka kita dianggap TIDAK BERPUASA!
Puasa TELINGA
Jauhkan telinga kita dari mendengar nyanyian yang melalaikan, mendengar umpat keji dan kata-kata nista yang menanam naluri buruk di hati dan menyuburkan keinginan melakukan perbuatan keji.
Banyakkan mendengar Al-Quran dan zikirulallah.
wahai telinga orang yang rugi, janganlah kamu tukar
Kenikmatan pendengaran muzik yang sirna
Jika telinga tidak berpuasa sebagaimana perut, maka kita dianggap TIDAK BERPUASA!
Puasa KAKI
Janganlah kita melangkah ke tempat-tempat yang dimurkai Allah, ke tempat-tempat hiburan yang melalaikan dan membuang masa.
Melangkah lah ke rumah Allah
Jika kaki tidak berpuasa sebagaimana perut, maka kita dianggap TIDAK BERPUASA!
Puasa TANGAN
Hindari tangan dari melakukan kemungkaran, kerosakan, pengkhianatan, umpama mencuri, berjudi, mengambil harta yang haram dan amalan rasuah.
Ringankanlah tangan untuk bersedekah/infaq kepada yang memerlukan
Jika tangan tidak berpuasa sebagaimana perut, maka kita dianggap TIDAK BERPUASA!
Puasa AURAT
Litupi aurat kepada bukan mahram dan tidak berhias berlebihan kerana ia punca kepada GAGALNYA puasa mata & mulut orang lain!
Betulkan yg Biasa (xtutup kepada tutup aurat)..... Biasakan yg Betul (kekal tutup aurat) - aku cilok dari blog yg pernah aku singgah.
Litupilah aurat dengan sempurna supaya tidak mencacatkan puasa sesama kita!
Puasa PERUT
Setelah seluruh anggota/deria berpuasa, barulah berpuasa dengan perut-meninggalkan makanan dan minuman, supaya tiada kelaparan dan kehausan ketika disisi Allah kelak. Awas! perut berpuasa, tapi minda telah tercari-cari menu untuk berbuka, ni pun boleh mencacatkan puasa.
Kejayaan melaksanakan Puasa Total (maksudnya semua yg diatas dpt di'puasakan') dan dilakukan segalanya dengan ikhlas kerana Allah. Insyaallah, akan mendapat kurniaan/ganjaran dari Allah di hari kemudian.
Semoga kita berjaya melaksanakan ibadah 'puasa sebenar menurut islam'.
Selamat beribadah dan beroleh ganjaran pahala berganda!
Alkisah lawatan 'terkejut beruk' ke Betong, Yala, Selatan Thailand....
Pasai apa 'terkejut beruk' ......sebab habaq hari khamis (27 Feb) suruh buat border pass..program hari sabtu (1 mac), xke 'terkejut beruk' tu!. Nak ambik gambaq, nak kumpul anak beranak-depa ingat nak buat border pass boleh kirim2 ke? Imigresen nak jugak tengok muka depa tu!. Tima kasih PM tubuh UTC bolehlah apply border pass diluar waktu pejabat. Petang pi ambil gambaq, malam (khamis) pakat berarak kat UTC (ingat kan aku je ...jiran aku pun sama!).
Ini merupakan program Hari Keluarga yg dianjurkan oleh persatuan taman tempat tinggal aku (tahun lepas pi Pantai Merdeka, xbuat N3 sebab dah banyak kali pi situ, last N3 pasai hari keluarga yg ni). Walaupun short notice, dua bas jugalah kami berangkat ke Betong, Yala Thailand - 'kalau buat surat edaran, mau 4 bas ni'...kata pengerusi kami.
Ketibaan anda ke daerah Betong di sambut .....
Pandangan dari luar & dalam pintu gerbang utama
Selepas melalui jalan berliku & berbukit tibalah di pintu gerbang utama menyambut kedatangan penyunjung ke Piyamit Tunnel. Tunnel ni dibuat oleh komunis malaya utk bombshells & storing food supplies, terletak di border Malaysia-Thai, etc tanya google..k..!
Entrance ke Piyamit Tunnel
Lepas tertongek-tongek naik, kita akan disamput oleh kaunter tiket untuk masuk Piyamit Tunnel ni, harga tiket RM5-dewasa & RM2-kanak-kanak. Tapi ari tu, kami dapat offer RM3 dewasa, kanak2 free!
Depan kaunter tiket tu, adalah kedai-kedai jualan (xtengok pulak depa juai ape...kalut cari tempat nak melepas)
Dari kaunter tiket tadi bermulalah ujian 'lutut' & 'jantung' anda. sapa rasa xlarat beghenti, ..jgn dok paksa diri!
Sepanjang laluan ade beberapa tempat rehat ...boleh 'ambik nyawa' he..he...
Tempat pembakaran kayu untuk dijadikan arang
On the way, terdapat tempat membakar kayu dibuat arang utk mereka memasak (depa xguna kayu utk elakkan asap yg banyak).
Kami diberi penerangan teknik & peralatan memasak
Sampai pintu masuk terowong tu (aku rasa tempat depa masak), kami diberi penerangan oleh pegawai bertugas (dimaklumkan beliau adalah bekas komunis) tentang bagaimana mereka menyedia, dan mendapatkan bekalan mereka. (xhabih dia bcrita kami dah kalut nak masuk terowong...kesian kat dia..hu...hu... kurang hajaq sungguh!!!).
Intipati nya ialah komunis ni, pakar dalam engineering (bina terowong & sistemnya) & bijak sains (antaranya teknik mengubah asap menjadi wap air utk mengelirukan askar ...macam mana depa buat ...panjang crita....pi dengaq sendirilah!)
Pintu masuk utama & pintu keluar juga kemudahan yg ada.
Kat belah kanan tempat depa masak tulah 'pintu terowong' & bermulalah perjalanan (mula-mula aku ingat kene merangkak...ghopanya tinggi).
Dalam terowong ni macam-macam tempat disediakan such as, tempat duduk, working table, food container etc.. Dalam terowong ni ada exit/entrance (xpasti-7@8 kot). Tunnel ni pun ada menurun & menaik (lutut & jantung anda juga diuji)
dah terambik gambar ....tunjuk jelah!
Keluar dari terowong, ada mini muzium. Ditunjukkan barang-barang yang mereka miliki & gunakan semasa dalam hutan. Teruja juga tengok, depa ada peralatan muzik, telekomunikasi, dll. Sebenarnya pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar (amaran diletakkan dipintu masuk utama, kami masuk kot pintu belakang...dah ambik gambar baru nampak ...hu..hu..hu).
Lukisan dinding depan pintu masuk muzium (brsama 2 model)
Habis lawatan, bergerak turun ke Pekan Betong, kat sini xsemeriah Padang Besar & Danok, juga harganya lebih mahal ....tapi dah mai beli jelah...bagi menjana ekonomi penduduk setempat. Tiada masalah komunikasi disini kerana mereka fasih berbahasa melayu & beragama Islam juga mengunakan duit RM.
Banyak yg boleh dilawati di Betong ni, lawatan sehari kami hanya melihat Piyamit Tunnel tinggalan komunis. Anak aku yg bongsu tanya "komunis tu sapa?"(..hu..hu..hu..dia xtau), aku tanya "kat sekolah xbelajar ke?", "Sejarah belajaq pasai batu-batu & org zaman batu...." katanya, "nanti belajarlah" kata aku.
Pasai apa title N3 ni VVIP trip. Sebab kami 'escorted by' polis Pengkalan Hulu dan Polis Thailand (Betong). Pertama kali rasa melalui jalan tanpa henti & setiap melalui trafic light akan berbunyi siren utk kami diberi laluan....
Pasai apa kami dapat layanan VVIP... rupanya, ni atas kerja keras salah seorang penduduk taman aku yg jadi ketua polis/balai (xtau sangat pasai polis ni) kat Pengkalan Hulu & beliau telah meminta kerjasama Ketua Polis Betong. Setibanya kami di sempadan daerah Pengkalan Hulu, 2 buah kereta beserta 4 buah motosikal polis sedia menunggu. Aku yg selalu bersangka buruk ni, ingatkan depa buat road block utk saman menyaman (lanikan sibuk dok wat road block saman nak cover BR1M kot), rupanya depa menunggu ketibaan kami & dibawa ke balai. Ketibaan kami disambut oleh barisan pegawai polis, diberi sedikit taklimat & dijamu makan tengahari.
depa yg paling seghonok!
Kami kemudian diiringi hingga ke sempadan (laluan terus-xguna pun border pass tu...melayang duit aku kat RM100 buat gambar &bpass..hu..hu..hu) & disambut oleh polis Betong yg mengiringi kami sepanjang di Betong sehingga kembali ke Pengkalan Hulu dengan selamatnya!
Buat rakan maya aku, Thomas & Cheqna ... mailah singgah Betong ... jiran sebelah pintu... ('bandar ni masih selamat dari sebarang pergolakan', itu kata polis Betong, Thailand)
Hari ni dah 2 Zulhijjah 1434H yang lebih dikenali bulan haji. Bila kata bulan haji maka tentulah ada raya haji aka aidul adha aka raya qurban.
"Event" utama pada bulan ni ialah melaksanakan rukun islam ke-5, menunaikan haji di Baitullah (bagi yang terpilih menjadi tetamu Allah). Bagi yang x sampai giliran @ yg dah pi, boleh laksanakan ibadah Qurban.
Selama aku laksanakan ibadah qurban ini, yg aku tau, selaku org yang nak buat korban, aku diingatkan :-
Pilih binatang ternakan berkaki empat (unta, lembu/kerbau, kambing/kibas) cukup umoq, sihat tubuh badan, cukup sifat (xcacatlah) dan sekiranya betina pastikan ia tidak bunting/mengandung. Kambing/kibas dikira satu bahagian (seorang je), binatang lain boleh syer 7 orang (7 bahagian).
Melaksanakan diwaktu-waktu yg ditetapkan iaitu 10-13 Zulhijjah (lepas solat aidul adha 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah), jangan nak memadai sembelih malam raya ke @ nak lajak 14 Zulhijjah ke! Tu xkira qurban, boleh jadi sedekah jelah!
Sunat dilakukan bagi seorang yang menjalankan ibadah qurban ialah :-
sunat dihadapkan binatang sembelihan ke arah kiblat
sunat kita menyapu/mengusap kepala binatang korban
menggunakan pisau besi yg tajam semasa penyembelihan
menyaksikan sendiri binatang korban tersebut disembelih (kalau xrasa ngerilah & xboleh rasa kesian kat binatang tu),
Semasa proses penyembelihan binatang qurban tu, bacalah bismillah, berdoa (Yaa Allah, inilah amalan yang ENGKAU perintahkan supaya aku kerjakan keranaMU terimalah amalanku ini ...lebih kuranglah), berselawat & bertakbir.
sunat melakukan sendiri penyembelihan binatang qurban (kalau lelaki lah)
Bila aku ronda kat Youtube, dengaq ceramah ni, baru aku tau!!
DISUNATKAN KEPADA MEREKA YANG BERHAJAT MELAKUKAN IBADAH KORBAN, apabila masuknya bulan zulhijjah (1 zulhijjah) sehingga selesai ibadah korban, tidak dibenarkan memotong kuku juga mencukur segala rambut yg ada di badan. (sib baik aku potong kuku Jumaat aritu-lom masuk Zulhijjah. Dulu-dulu tu xtaulah, walaupun sunat tapi rugi gak kalau xbuat)
Jom dengaq ni....
Ini berdasarkan sabda Rasullullah saw. bermaksud :
"sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka biarkan (jangan dipotong) rambut dan kuku-kukunya"
Bila dah laksanakan qurban, sekoq lembu/kerbau/unta dibagilah 7 tompok/bahagian. Maka bahagian kita tu bolehlah kita simpan sikit utk sekali makan (xdigalakkan menyimpan lebih pada 3 hari) yg lelain tu sedekahlah, 1/3 kat kaum keluarga, 1/3 utk sahabat handai (xkira miskin..kaya) dan 1/3 kat golongan fakir & miskin. Pernah juga aku dengar (xpasti), daging qurban boleh diberikan kepada non-muslim terutama kepada mereka yg diharapkan akan memeluk islam & dengan pemberian tersebut menunjukkan kebaikan & Islam menyanjungi mereka sebagai manusia, walallah huallam!.
Satu kemuskilan aku tentang membuat qurban di negari/negara lain (Sabah, Kemboja, Palestine dll) juga terjawab dalam ceramah Dr. Abd. Basit tu. Jadi bolehlah aku teruskan niat nak melaksanakan ibadah qurban di Kemboja (bukan aku pi, tapi wakilkan kat ustaz yg pi tu he..he..he...Insyaallah) sebab room-mate aku akan buat qurban kat taman perumahan aku ni.
Selamat menunaikan ibadah qurban dgn hati yg ikhlas, tanpa rasa takbur @ menunjuk2 dan daging qurban tersebut diagihkan tanpa membazir.
Semoga amalan kita diterima & diberi ganjaran oleh Allah swt. AMIN!
Lama xberN3, nyaris aku lupa pw sign in... Ramadhan berlalu, Syawal dah dipenghujung. Masa pergi xperlu disuruh.
Hasil post mortem Ramadhan tahun ni (he..he..Ramadhan pun buat post mortem), aku mencapai target 100% solat sunat terawih (xmasuk uzur syarii) & pembaziran sifar (90% tercapai), Alhamdullilah. TAPI......
Penemuan berikutnya, aku kurang melakukan 'infaq'/sedekah/derma, hasil post mortem mendapati
...ia berpunca dari....
PM xbagi bonus hanya bagi bantuan khas kewangan ....duit tu pun lesap (xcukup pun) kat service kreta nak balik kampung (sebenarnya lebih afdal kiranya kita memberi infaq semasa kita sendiri 'rasa' xcukup peruntukan) ..hu...hu...
Kurang orang datang kat rumah/pejabat minta infaq ...depa semua dah ade sponsor kut! (pejabat baru-pak/mak guard x bagi naik kot!)
Aku ambil sikap berhati-hati nak infaq ...lepas beberapa incidences seolah-olah aku dtipu (bila baca berkaitan penipuan peminta infaq yg dicritakan hampir sama spt yg aku alami). Walaupun UAI dah dijelaskan tentang pahalanya, tetap terkilan dihati.
hati & akal aku tetap xrela-hilang rasa ikhlas!
pernah aku infak untuk bina masjid tapi dimaklumkan masjid tu xbina pun!, redha jelah.
sekadar hiasan-ihsan Google
pernah aku lihat sendiri dmana seorang makcik (masih sihat..segar bugar), masa dia baru 'bukak sila' (nak duduk), diselak lengan baju ...tuuuudia...gelang emas sekerat lengan, dlurut simpan dlm beg tangannya. Anak aku nampak sampai terkeluaq ayat "tudia.... gelang dia banyaknya!". Lepaih tu, aku terminated makcik tu dari senarai penerima infaq aku!
sekadar hiasan-ihsan Google
aku xlagi memberi kepada OKU/peminta sedekah yg dok nyanyi lagu-lagu "lagha" kecuali depa dok selawat @ zikir.
masjid yg sama (atas alasan nak bina) berulang kali minta derma pun aku reject bila dbualbicara, aku rasa was-was akan jawapannya.
anak-anak yg dok juai 'beli sambil derma' pun aku deleted dari senarai, kalau depa kata xda duit nak makan aku ajak pi makan!
Kenapa xde tindakan?-Ihsan Google
aku hadkan infak aku kepada badan/persatuan yg nyata & pasti statusnya.
aku hadkan infak aku kat masjid/surau yang aku singgah utk solat yg dah tentu/pasti akan digunakan oleh masjid/surau tersebut.
Adakah itu bermakna hati & jiwa aku 'kering'?
Ya Allah, ampuni aku!
Dah crita pasai post-mortem Ramadhan bab infaq/sedekah ni, nak juga aku hikayatkan pasai kelaku peminta sedekah/derma ni & sayugia tertipunya aku!
#1 - dompet dicopet Aku rasa ni ramai yg terkena, kejadian ni masa aku duduk kat KL. Masa aku dlm perjalanan ke Puduraya (nak balik KL Junior). Aku didekati seorang lelaki, dengan tertib/sopan memberi salam & mengisahkan dia kena pickpocket, nak balik JB, mintak duit kat aku untuk beli tiket bas ke JB. Dengan penuh simpati, dia minta RM10.00 aku bagi RM20.00. Bila aku crita kat housemates aku, depa gelak terguling-guling ..... kene tipu. hu..hu..hu..
#2 - minta derma masa makan
Kalau kita makan kat gerai (tepi ke tengah jln) akan adelah bebudak mintak derma, aku macam biasa "nak makan -duduk, kalau nak duit xboleh", kata aku - confirm depa bla punya! (adakah itu sindiket?)
#3 - lelaki berbasikal
Lelaki ni selalu berbasikal meminta sedekah (aku jumpa muka dia merata-rata, kat office lama aku pun ade). Kali pertama dia datang rumah aku, tunjuk surat 'sakit mental' dari hospital, kesian so bagilah (takutpun ade-bekas org gile). Berikutnya datang lagi, kali ni aku screw dia, "Saya taulah encik ada surat sakit mental, tapi badan sihat, kaki-tangan-mata-telinga, semua elok. Apa kata, pi belakang rumah saya, bersihkan rumput/daun-daun kering, nanti saya bayar upah" (dalam hati aku takut gak, dia ni ade 'surat sakit mental',walaupun dah lusuh, buat mai gile dia mampus aku ..he...he takut beb!). Tau ape dia cakap! ... "ni yg xsuka ni, kita minta duit, dia suruh buat kerja" ...ha...ha...ha.. xgilelah tu. Aku cakap "saya nak duit pun kene kerja, saya xde duit pi mintak kat org lain!". Nasib baik dia akur & keluar. Sejak hari tu, lama xdtg sehingga satu hari dia timbul balik. Dari sumber anak aku, somi aku pernah bagi duit kat dia masa aku xde-tu yg dia mai lagi. Nampak aku yg keluaq (mungkin muka aku ada dlm memory dia kot ), terus bla.(adakah dia gile?)
#4 - pak cik mintak derma.
Biasalah hujung minggu, akan ada orang datang minta derma bina surau/masjid/rumah anak yatim/sekolah agama dll. Setiap bulan aku akan peruntukan wang kertas RM1/2 dgn jumlah RM20-30 (aku letak dlm mangkuk atas almari) untuk anak-anak aku beri kepada sesapa yg mintak derma (kadang-kadang depa 'pau' duit tu beli ice-cream). Nak jadi crita, satu pagi tu semasa aku kat dapur, anak aku jerit "Mak! org mintak derma". Aku kata "ambik duit dalam mangkuk tu". "Dah habis", kata anak aku. Aku pun balas "katalah xde"
Lepas tu aku dengar peminta derma mcam marah-marah. Aku ke ruang depan. Dia merungut & marah2 "nak derma pun susah, bagilah brapa pun". "Pak cik, nak bagi kene ikhlas, kalau x, saya xdapat pahala!", aku pun tetiba jadi naik angin (niat asal nak juga tengok derma apa yg diminta-terus xjadi, xpasal2 aku naik darah). Buat malu kat kopiah/songkok je!
#5 - aci mintak derma.
Satu hari, aci (wanita india) ni datang kat rumah aku, tetiba dia jengoi kat ruang tamu (xtutup pintu pagarlah). Katanya "aka, saya sudah 3 bulan xde bayar sewa rumah, itu tuan rumah sudah mau kasi halau juga, boleh tolong ka, kasi bayar satu bulan sewa". Aku pun tanya "mana duduk, brapa itu sewa?". Katanya "RM30 sebulan". Hari itu mungkin 'hari kesian sedunia kot', ihsan sesama manusia, akupun bagilah spt yg diminta.
Alih-alih next month dtg lagi, kali ni nak buat tambang bas anak dia balik KL, "anak mau masuk sekolah (IPT)", katanya. Aku bagi lagi.
Bulan berikutnya, dtg lagi. Aku jadi cuak "aci, ini kali saya xrak mau kasilah, u pi minta kat kebajikan masyarakatlah", kata aku. ha..ha..ha...tiada lagi keikhlasan dhati aku. Sejak itu aci tu xmai dah!
#6 - derma nak tampung kos pembedahan.
Aku ke pasar malam, seorang lelaki cina meriba anak memohon derma. Sebak/sayu/hiba melihat anak tersebut dgn wayar yg menutupi badannya (yg tinggal kulit & tulang je)! dgn seorang ayah memohon derma utk selamatkan anaknya (selalu tengok emak & anak). Aku mendekati & bertanya, dia menunjukan keratan akhbar (bahasa cina, aku tengok gambar jelah ..he..he..), katanya kutipan xcukup & anaknya perlu dibedah dgn kadar segera, tu yg dia minta derma. Dua kali je, aku melihat kelibat dia mintak derma (kat tempat tulah), conclusion aku mungkin dana dah cukup @ anaknya telah dijemput Illahi terlebih dahulu (banyak kes macam tu kan!). Moga anak itu selamat menjalani pembedahan (kadang-kadang aku terpikir, xboleh ke Jab. Kebajikan Masyarakat top-up kos yg xcukup tu, dah jelas depa xmampu...oh Malaysia Tanahairku).
Persepsi tentang Infaq
Kita selalu salah tanggapan tentang infaq/sedekah. Kita (akupun sama) sempitkan infaq hanya pemberian fizikal (eg duit, brg dll). Sebenarnya segala tindak tanduk/perbuatan yg kita lakukan dgn hati ikhlas untuk membantu adalah sedekah dan diberi ganjaran pahala.
Kita selalu mendengar unggapan ....
....senyum itu sedekah
....membantu org itu sedekah
....percakapan/ucapan yg baik itu sedekah Infaq adalah antara perbuatan yg sangat dituntut. Kita selalu merasa bersedekah akan membuat harta kita sedikit tapi janji Allah dalam... Al Baqarah ayat 245 "...janganlah kamu takut kepada kemiskinan kerana membelanjakan harta ke jalan Allah swt"
Hadis nabi Muhammad saw. "Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan ...kecuali bertambah ...bertambah...bertambah.." (HR.At-Termidzi) Bila masa yg sesuai nak infaq? Bila-bila & dimana-mana saja, dengan syarat kearah kebaikan & ikhlas kerana Allah.
Menjadi kelaziman masyarakat melayu untuk meningkatkan infaq dalam bulan Ramadhan & pada hari Jumaat. Masa aku kecik-kecik dulu, mak aku selalu suruh bagi derma pada hari Jumaat (sib baik peminta sedekah xtau, kalau x, ramailah depa tunggu kat depan rumah aku tiap hari jumaat ..he..he..). Khasiat/Fadhilat Infaq Bersedekahlah, ....sedikit atau banyak, kerana didalamnya ada 10 kebaikan iaitu :- 5 didunia
membersihkan harta kekayaan
membersihkan diri dari dosa-dosa
menolak bala & penyakit
menyenangkan hati org miskin
menjadikan berkat kepada harta & luas rezeki
5 dikhirat
menjadi naungan diakhirat
meringankan hisab penghitungan amal
memberatkan timbangan amal
memudahkan menyeberangi diatas shirat
bertambah darjat di syurga.
INGATLAH !!!!!!
Harta kita bukan milik kita tapi milik Allah, yg dpinjamkan kepada kita. Dalam harta itu ada haq-haq org lain yang perlu ditunaikan (zakat & infaq).
Xperlu tunggu kaya...baru nak infaq!
Infaq dulu ... Insya Allah kita kaya!.
Jom Layan ......
Wasalam
Ps : Kat Kedah ni, bila depa niatkan infaq/sedekah depa suka guna perkataan "kenduri", contohnya kita tempah makanan/sajian untuk majlis tahlil/kesyukuran, pengendali sajian tu cakap 'saya bagi lebih, saya buat "kenduri" (maksudnya dia sedekah). Mula-mula dulu aku pening gak. Pada aku kalau kenduri tu .. besar-besaranlah ..he..he.. lain padang-lain belalang.
Alhamdullilah, sehingga tanggal 21 Syaaban 1434, aku masih diberi nikmat untuk menyedut udara di bumiMU. Insyaallah, jika diizinkanNYA, untuk kesekian kalinya, Ramadhan 1434 Hijrah akan aku sambut lagi! Syukur atas nikmatMU, Yaa Allah.
Sempena bulan Ramadhan tahun ini, marilah kita ......
Banyak kan ini
ini....
juga ini......
...... dan ini
Dibulan ramadhan, ini pun dikira sunat
Kurangkan ingatan kepada ini ....
Jangan begini ....
Juga begini -
Lebih besar ganjaran jika kita 'sponsor' orang berbuka puasa dari membazir begini.
Kepada peniaga, jangan hanya rebut laba dunia, bekalan akhirat jangan dilupa. Solat laksanakan & aurat dihijab.
Jangan pulak jual ini!
Sifar kan ini
juga jangan.....
.....banyakkan
Dihujung N3, aku bekalkan untuk menyambut Ramadhan dengan ini ....
juga ini ....Nah!, sorang sekotak, he...he..he..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1434 HIJRAH & SEMOGA AMALAN KITA DITERIMA ALLAH, AMIN.
Wasalam.
p/s - Kerja macam biasa, jangan buat kekawan sepejabat yg bukan muslim sakit hati, lantaran terpaksa laksana lebih kerja atas 'minda negetif' kita tentang puasa. Mohon maaf atas segala N3 & komen yang menyakiti hati pembaca N3 aku, xde tujuan ke arah itu sekadar luahan semata! Kepada pemilik gambar-gambar di N3 ni minta dihalalkan.
N3 ni nak habaq pasai Kewajipan Pemimpin, tajuk masa kutbah Jumaat (aku xpi solat jumaat tapi dengaq kat TV), kalau x silap sempena hari merdeka 2012 (Janji Ditepati!). Antara intipati yang aku rasa boleh ambik 'pot' masa nak ngundi ni kan! Nak habaq kat hampa. Khutbah Jumaat ni, ending dia (sebelum doa kat DYMM Agong), wajib ada puji-pujian kerajaan 1M. (masa tu eloklah pi bilik ayaq-ambik wuduk-solat zohor ...he..he..he). Kewajipan Pemimpin 1.Menjaga Agama Rakyatnya- Pemimpin yang tidak menjaga agama rakyatnya akan menyebabkan rakyat lemah akhlaknya dan hilang semangat patriotik dan jati diri. Tidak mustahil akan tergadailah negara demi tuntutan nafsunya dengan pemikiran libralisma dll. (ulasan aku : terjagakah agama rakyatnya bila sekolah agama ditindas & disekat peruntukan, pendidikan moral tidak diberi perhatian di sekolah?) 2.Menjaga Nyawa Rakyatnya - Islam mengharamkan pertumpahan darah dijalan yang tidak dibenarkan. Jika nyawa rakyat xterpelihara, negara akan musnah & kesejahteraan akan hilang. "Seorang islam itu menyelamatkan kaum muslimin melalui lidah dan tangan yakni berkuasa & pelaksanaan orang yang BERIMAN". (ulasan aku : selamatkah kita bila saban hari dihidang dgn kes bunuh/culik/rogol dll di media?. Kutbah ni sebelum kes di Lahat Datu) 3. Menjaga Akal Rakyatnya- Akal dipelihara dan dipupuk dengan ilmu. Unsur-unsur yang merendahkan akal saperti dadah, arak wajib dibenteras dengan segera (ulasan aku : segera hapenye...brapa lama dah dok lagu tu....). Hanya yang berakal & berilmu mampu mempertahankan kedaulatan/ kemerdekaan negara. (ulasan aku : terpeliharakah akal bila pusat hiburan tumbuh bak cendawan manakala pendidikan agama diabaikan-dihadkan pelajaran agama disekolah? Tok Imam habaq unsur je, xhabag kewajipan pemerintah memberi pendidikan agama/moral kat rakyat). 4. Menjaga Maruah & Keturunan Rakyatnya - Demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat, apabila keturunan telah rosak saperti zina, biseksual dll. Sistem sosial/masyarakat akan kacau/kelaru & akan runtuh dengan sendirinya. (ulasan aku : ni berkait dgn no: 1&3 kat ataih tu lah) 5. Menjaga Harta Rakyatnya - Islam telah mengariskan pendekatan KEADILAN & mengharamkan segala bentuk penindasan. Haramkan amalan riba, rasuah, monopoli yang xseimbang, monupulasi pasaran & segala bentuk penyelewengan @ perkara yang menzalimi & merugikan pihak-pihak tertentu. (ulasan aku :sapa yg kene tindas tu-kitalah, rakyat marhain ni. Mana pegi hasil mahsul negara kalau tak pi kat 'mereke & keluarga mereka' ). lepaih tu tok imam baca surah An-Nisa, ayat 29 "Hai, orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka diantara kamu. Dan janganlah kamu berbunuhan sesama sendiri(diri sendiri @ orang lain). Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu" Lepaih tu tok imam pun kempen 1Malaysia .. NBOS ..NKRA ..TQ kat pemerintah & mintak rakyat taat setia kat pemerintah ....bla ..bla ..bla..(time tok imam intro tu...jom masuk bilik ayaq-ambil wuduk-solat zohor...aman!). Tok imam xtau kalau depa majoriti kat parlimen (kalau pembangkang setoit je) ade depa nak layan BR1M, BB1M ....bagai lagi 1Malaysia tu.. KIRIM SALAM lah!!!..tok imam oooiiiiii (kesian tok imam..dia baca je teks yg depa bagi...sorry ye tok imam!) lepaih tu tok imam baca surah An-Nisa, ayat 59. "Hai, orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasulnya(sunnahnya). Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". ... ade depa rujuk Al-Quran & Sunnah Rasullullah saw.?
diikuti Sabda Rasulluallah saw. " "Barangsiapa yang mentaati aku, dia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa mengingkari aku, sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Dan sesiapa yang mentaati pemerintah, ia telah mentaati aku. Dan sesiapa yang mengingkari pemerintah maka ia telah mengingkari aku"
Tang nak taat pemimpin/pemerintah ni, aku rasa pemimpin yang perlu ditaati ialah pemimpin yg mukmin (beriman), macam N3 ni. Wallahhualam!
Dari apa yang dikutbahkan tu,hampa ghasa kerajaan jaga ka kita ni???????????????
Terdidikkah akal & akhlak anak-anak kita?
Selamatkah anak-anak kita bermain diluar rumah?
Selamatkah kita bila diluar @ dalam rumah?
Terjagakah harta kita bila kita tiada di rumah?
Ihsan Google
INI KALILAH...UBAH PUTRAJAYA
JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH & MERUBAH (tukar/pindah rumah & tempat kerja dah selalu apa salah nya kita tukar kerajaan pulak)
Sekadar pencerahan minda. Wasalam
Ps: heran! macam mana aku ingat begitu 'detail' khutbah jumaat ni ye. Crita dia hari tu, puteri aku sibok dok rakam bunyi kucinglah, rakam apa yg aku cakap...Lelama aku cakap 'dok rakam xtentu arah tu, baik rakam khutbah jumaat kat tv tu!'. Sblum aku 'delete' tulah, aku dengaq & rasa sesuai buat N3 sempena PRU. Sekian...adanya.