Perpindahan ni sebenarnya xdapat restu (he..he… macam nak kawin lak) sebahagian dari kami (ade depa nak kisah).
Aku yang dah pasang akar tunjang/pasak kat bangunan ni >20 tahun. Dah beberapa pengarah datang dan pergi, setiap 2 tahun sewa bangunan akan di’renew’ & setiap kali ‘renew’ akan ditambah beberapa syarat & pemilik bangunan juga akan minta naik sewa. Bangunan ni xlah brapa selesa (xlah teruk sangat pun) tapi lokasi strategiknya dan ‘carpark’ yang luas (xdapat yg free...berbayar pun banyak) menyebabkan kami xkisah tentang lain-lain kekurangan tu.
Atas alasan kononnya kesian & ingin memberikan suasana kerja ‘newlook’ maka keputusan berpindah diambil tanpa merujuk pandangan sekelian umat yang terlibat.
Atas dasar orang lama, aku tahu kenapa dalam tempoh >20 tahun, pengarah-pengarah dahulu tidak membuat permohonan untuk pindah. Aku pernah menjadi ahli J/Kuasa yang terlibat dalam mengurus ruang pejabat ni. Ni crita dulu-dulu bagaimana kami tetap disini sehingga >20 tahun.
Begini critanya, sayugia bila hampir tiba masanya tamat kontrak sewa bangunan, maka dipanggilnya kami sekelian ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat (he..he..he.. sorry ye! puasa…terlebih baca kitab lama).
Dalam mesyuarat, pihak pengurusan akan meminta pendapat untuk ‘renew’ @ berpindah. Memang terdapat cadangan untuk ke tempat baru & pihak pengurusan akan meminta kami mencari bangunan-bangunan yang sesuai. Bukan itu saja, seluruh ‘rakyat marhain’ akan dimaklumkan akan cadangan tersebut & seterusnya meminta pendapat/pandangan tentang tempat baru tersebut.
Selepas ‘survey’ pendapat/pandangan sekelian ‘rakyat marhain’ tu, kami akan membuat ‘checklist’ & pastikan semua tuntutan ‘rakyat marhain’ tu dipenuhi. Kegagalan syor berpindah selalunya ialah kerana xcukup ‘carpark’ & kami tidak kisah ketidakselesaan yang akan dihadapi masa tu (dah 'manghli' kot). Dengan itu gugurlah cadangan tersebut untuk 2 tahun berikutnya. Walaupun pengarah silih berganti, proses setiap kali tamat kontrak sewa tetap sama sehingga di noktahkan pada 2011.
Selepas ‘survey’ pendapat/pandangan sekelian ‘rakyat marhain’ tu, kami akan membuat ‘checklist’ & pastikan semua tuntutan ‘rakyat marhain’ tu dipenuhi. Kegagalan syor berpindah selalunya ialah kerana xcukup ‘carpark’ & kami tidak kisah ketidakselesaan yang akan dihadapi masa tu (dah 'manghli' kot). Dengan itu gugurlah cadangan tersebut untuk 2 tahun berikutnya. Walaupun pengarah silih berganti, proses setiap kali tamat kontrak sewa tetap sama sehingga di noktahkan pada 2011.
Insiden kabel letrik dalam bangunan dicuri (nipun aku heran..pak guard buat ape, orang masuk bangunan pun xtau). Untuk beberapa hari semua Ok, sehingga satu hari tu, banyak computer kami ‘power oversupply’ & beberapa peralatan elektronik/computer jadi mangsa. Bila depa chek satu kabel dah xde-hilang/curi (kabel ‘earth’ kot, kalau yang lain mau kami rentung jadi arang & abu dah). Nak recover balik memakan masa 2-3 weeks jugaklah, mungkin tu yang big bos aku cuak & tanpa tanya apa kata survey keputusan berpindah dibuat.
Atas justifikasi ape perpindahan dibuat aku xpasti, tapi mungkin justifikasi kabel tulah yang paling top, untuk tambah perasa pada justifikasi, dibangkitkan isu maintenance..toilet xelok, lift & econ selalu rosak dll. Satu lagi yang selalu dibangkitkan ialah lain-lain pejabat dah pindah ke tempat baru, jadi kami pun nak pi tempat baru…rapuh sungguh justifikasi tu!
Selalunya justifikasi utama untuk pindah ialah berlaku penjimatan kos, ruang lebih luas dan lebih selesa, tapi perpindahan kali ini aku xpasti sama ada berlaku penjimatan kos ke x, ikut cepua aku, kos sewa tingkat mesti lagi mahal (bangunan baru kan). Keselesaan kemudahan-kemudahan dalam bangunan maybe lah elok sebab bangunan baru. (toilet paling depa risau, aku heran betul lah depa nak tidoq ke dalam toilet tu?, nak melepas jekan!).
Last week, aku pegi ‘site visit’ & nampak masalah yang akan aku hadapi…. xcukup ‘carpark’, nak bayar pun xde tanah nak bayar. Kalau datang pagi (kalau awal lah) mungkin selamat, lepas aku pi ‘drift’ (ambil anak tengahari) sorry no parking!. Entry/exit ke bangunan punyalah sempit & jem teruk. Masa balik aku kena ambik kanan (jarak antara exit dari bangunan ke traffic light pendek) nak kekanan tu, kalau ade yang kesian bagi laluan....lepas, kalau x…nasib kaulah labi!!!
Masa memaklumkan perpindahan, kami diberi janji manis, jangan risau parking banyak-semua dapat, perabut baru, barang-barang yang nak dibawa pun xpayah susah-susah, semua dah dikeluarkan tender, depa akan ‘pack & carry’, u-all bawa badan je …chewah …bla…bla…bla lagi janji (macam kempen janji ditepati memanda Menteri lak).
Bila tiba masa nak pindah, kami dikhabarkan 'carpark' yang disediakan oleh owner bangunan hanya 25% dari keperluan, yang lain tu pandai-pandailah nak idup. Keluasan ruang pegawai teknikal juga mengecil 2-3'. Tang barang-barang pulak, masing-masing unit pack sendiri & semasa proses perpindahan/angkat barang perlu ade wakil/pemerhati (masa tu lepas cuti umum aidul fitri, hampir semua sambung cuti, tinggai non muslim & sorang dua ...naya).
Aik mana janji-janji ‘don’t worry..be happy’ dulu tu. Now we are worried & unhappy!
Ni pun berpunca dari xikut jadual, ikut schedule pindah selesai sebelum puasa, tapi keluar tender ubahsuai lewat, delaylah segala benda. Nasib baik owner bangunan xhalau, kalau x mau buat khemah kat bawah pokok.
N3 ni sebelum kami pindah, bila pindah nanti baru tau, seronoknya ditempat baru, yelah segalanya baru. Paling aku teringin nak tengok toiletnya bertaraf 5 star kot & tiada kerosakan/kesesakan lift & econ nya yang sejuk nyaman sentiasa….tunggu after raya.
SELAMAT MENYAMBUT AIDUL FITRI, MAAF ZAHIR & BATHIN.
BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, MALANG XBERBAU,
JANGAN BIARKAN ORANG KESAYANGAN MENANGIS!
Wasalam.
No comments:
Post a Comment