Thursday, June 26, 2014

PUASA TOTAL

Salam sejahtera buat semua pelayar alam maya yg sudi  lalu & singgah! Kekalutan alam nyata menyebabkan alam maya aku xber'nyawa'. 

Yesterday evening tetiba rasa nak tengok blog. Dikotak hai-hai aku, ada reminder dari rakan maya "dah hampir Ramadhan ni" (TQ Thomas, ..he..he..), related pulak dgn renungan pagi dsampaikan oleh my officemate masa mesy. pagi kat office aku ni. Apa yg disampaikan mengingatkan aku pada kandungan buku terjemahan Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni-'Hikmah Berpuasa di Bulan Ramadhan', yg belum habis aku baca (target nak habis sblum ramadhan ..he..he...slow sesangat)

Ada beberapa N3 yg pernah aku nukilkan bab ramadhan ni, antaranya pasai nostalgia aku di bulan ramadhan, yang ni  dan juga beberapa N3 tentang kelebihan yg ada dlm bulan Ramadhan. Ingat  Ramadhan ingat puasa (sebenarnya banyak lagi yg kita ingat ...bajulah, makananlah dll). 

Kali ni, aku nak kongsi puasa sebenar dalam islam. Jangan kita menyangka  puasa hanya menahan lapar & dahaga sahaja. Puasa sebenar melibatkan seluruh anggota/pancaindera badan.

Puasa MATA
Hindari dari memandang perkara-perkara yang menimbulkan fitnah serta perkara-perkara yg tergolong dalam maksiat, umpamanya menonton filem lucah, rancangan hiburan yang melampau juga melihat aurat wanita bukan mahram. Melihat makanan sehingga membuat kita terkesima nak makan juga perlu dielakkan.
Banyakkan melihat Al-Quran dan tunduki penglihatan. 
Ketika matamu melihat keburukan orang lain, 
katalah, "wahai mata, orang lain juga memiliki mata".

Jika mata tidak berpuasa sebagaimana perut, maka kita dianggap 
TIDAK BERPUASA!

Puasa LIDAH/MULUT
Lidah dituntut berpuasa dari mengumpat, fitnah dan mengutuk orang. Sesungguhnya perkataan yang buruk merupakan dosa yang paling besar dilakukan oleh lidah manusia. Berbicara tentang makanan juga wajar dielakkan.
Banyakkan bertadarus Al-Quran dan zikirulallah.
  Hendaklah lidahmu tidak menyebut-nyebut keburukan orang lain, 
kerana setiap orang memiliki keburukan, juga lidah. 

Jika lidah/mulut tidak berpuasa sebagaimana perut, maka kita dianggap  
TIDAK BERPUASA!

Puasa TELINGA
Jauhkan telinga kita dari mendengar nyanyian yang melalaikan, mendengar umpat keji dan kata-kata nista yang menanam naluri buruk di hati dan menyuburkan keinginan melakukan perbuatan keji.
Banyakkan mendengar Al-Quran dan zikirulallah.
  wahai telinga orang yang rugi, janganlah kamu tukar 
Kenikmatan pendengaran muzik yang sirna

Jika telinga tidak berpuasa sebagaimana perut, maka kita dianggap 
TIDAK BERPUASA!

Puasa KAKI
Janganlah kita melangkah ke tempat-tempat yang dimurkai Allah, ke tempat-tempat hiburan yang melalaikan dan membuang masa.
Melangkah lah ke rumah Allah
Jika kaki tidak berpuasa sebagaimana perut, maka kita dianggap 
TIDAK BERPUASA!
  
Puasa TANGAN
Hindari tangan  dari melakukan kemungkaran, kerosakan, pengkhianatan, umpama mencuri, berjudi, mengambil harta yang haram dan amalan rasuah.
Ringankanlah tangan untuk bersedekah/infaq kepada yang memerlukan

Jika tangan tidak berpuasa sebagaimana perut, maka kita dianggap
 TIDAK BERPUASA!

Puasa AURAT
Litupi aurat kepada bukan mahram dan tidak berhias berlebihan kerana ia punca kepada GAGALNYA puasa mata & mulut orang lain!
Betulkan yg Biasa (xtutup kepada tutup aurat)..... Biasakan yg Betul (kekal tutup aurat) - aku cilok dari blog yg pernah aku singgah.

Litupilah aurat dengan sempurna supaya tidak mencacatkan puasa sesama kita!

Puasa PERUT
Setelah seluruh anggota/deria berpuasa, barulah berpuasa dengan perut-meninggalkan makanan dan minuman, supaya tiada kelaparan dan kehausan ketika disisi Allah kelak.  Awas! perut berpuasa, tapi minda telah tercari-cari menu untuk berbuka, ni pun boleh mencacatkan puasa.

Kejayaan melaksanakan Puasa Total (maksudnya semua yg diatas dpt di'puasakan')  dan dilakukan segalanya dengan ikhlas kerana Allah. Insyaallah, akan mendapat kurniaan/ganjaran dari Allah di hari kemudian.

Semoga kita berjaya melaksanakan ibadah 'puasa sebenar menurut islam'. 

Selamat beribadah  dan beroleh ganjaran pahala berganda!
Ihsan dari Google-minta dihalalkan pemiliknya.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 
DAN 
MELAKSANAKAN RUKUN ISLAM YANG KE TIGA

Wasalam.
ps: Sekadar berkongsi, mohon maaf silap & salah. Selamat berpuasa!

1 comment:

  1. Harap2 di bulan puasa yg mulia dan total ini,negara kita akan aman kembali dari bermacam2 kontroversi yg tak pandai habis.

    ReplyDelete