Saturday, August 11, 2012

Negative Thoughts on Ramadhan/berpuasa

Lama tinggai rumah maya aku ni, sibuk dengan keje & packing nak pindah office.

TQ pada yang lalu lalang & singgah kat rumah yang xbrapa nak cantik ni..he..he..he.

N3 ni nak habaq pasai tangkapan negative semasa kita melaksanakan ibadat puasa secara sedar atau tidak.

Scene 1 :
Semasa mengakhiri sesuatu mesyuarat, selalunya ia akan disudahi dengan next program/meeting. Lepaih tu pengerusi pun sibuklah klebek kelender …. Selak  sana…selak sini (selak kalendar tau,.jgn nak melalut kelain plak). Dia nak tengok program dialah, bila dia ‘free’. Lepaih tu dia pun dapat tarikh keramat tu…ting..tong…ade sorang ahli mesyuarat habaq kat pengerusi masa tu posa…

SO WHAT????????

Pengerusi pun pilih tarikh 2 weeks after raya ….. delay lagi. Takat meeting je bukan penat pun ..mulut ngan tangan je guna. Xkan cakap sampai  boleh habih ayak liuk/lapaq kot!...
Memalukan sungguh!!!

Scene 2,
Dalam satu ‘group discussion’ nak set program satu projek ,  kita setkan program for that year, after settled setting program. Seorang dari group tu  terperasan (xsengajalah kan) dia pun cakap. Eh! Data collection/site visit masa bulan posa lah.

SO WHAT????????

Scene 3,
Pengurus projek sedang review projek yang dah memang ‘sakit’ (projek pun ade sakit…jgn xtau), maksudnya re-programlah projek tu, masa program asal tu eloklah xkena bulan posa, dalam dok re-shedule tu bos perasan yang program pameran semasa bulan posa, Bos tanya ‘you all’ boleh ke?

SO WHAT??????

Itulah antara scene-scene yang wujud dalam menghadapi bulan posa. Aku pun heran bin ajaib, pasai apa bulan Ramadhan yang mulia jadi mangsa untuk tidak melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan yang jika dilaksanakan dibulan ni akan diberi pehala berganda dengan niat mendapatkan rezeki halal kerana Allah.

Sepanjang perkhidmatan aku,  aku pernah terlibat ‘data collection’ dalam bulan posa, letih memanglah letih!. Alasan nak bersahor, berbuka puasa, nak solat tarawih semua susah adalah ‘nonsence’. Hang dok buat kerja tu masih dalam Malaysia lagi cuma luar kawasan je, merata-rata bazar ramadhan, nak solat masjid/surau berselerak merata tempat … nak @ tidak je!. Tolonglah jangan jadikan sebab puasa xboleh buat kerja.

Aku pernah bertugas di tempat pameran, bukan susah pun layan/tunggu je kat situ kalau ada yang tanya, jawab…bukannye kene usung bahan-bahan pemeran tu kehulu kehilir, cuma kita xdok dalam office, tu je!

Aku juga membuat kerja ‘overtime’ masa bulan Ramadhan, masa nak pi solat tarawih tu pilah sat , buatlah 8 je kalau rasa xcukup masa (tarawih tu sunat je kan, jgn nak kusutkan otak).

Kadang-kadang malu juga dengan non-muslim, bila berpuasa kita seolah-olah hilang tenaga nak bekerja, betapa kita telah mungkar kepada Pencipta dalam melaksanakan tuntutan NYA.
Masa zaman Nabi Muhamad saw., baginda dan sahabat2 baginda siap pi berperang lagi, xde hal pun.

Semasa membuat N3 ni teringat aku akan seorang teman, satu hari dalam bulan Ramadhan aku sms kat dia ucap selamat berposa. Dia replied sms aku “aku penat tol lah hari ni, rasa macam nak buka posa je!”. Aku replied balik “teruknya! anak aku pun xmacam hang, hawat(why) hang angkat batu ke?..”. Dia replied balik  “bukan, aku cat langit”. 
Lepaih tu  ...KAH …KAH. .KAH  kembung perut aku tergelak,  xpulak aku tau dia berjaya atau gagal pada hari tu.... Aku dah ‘lost contact’ dengan teman aku ni bila handphone aku rosak, rupanya no dia aku saved dlm phone bukan dlm sim  …hu..hu…hu… Moga dia  sentiasa diberkati Allah, Amin.

Akhir N3, selamat menghabiskan 10 (dah kurang dah) hari terakhir Ramadhan tahun ini dengan membanyakkan ibadah kepada ALLAH. Antara amalan yang disarankan pada 10 terakhir Ramadhan ialah :
  1. I’tikaf di masjid – bukan pi tidoq kat masjid pulak! Niat I’tikaf & buat amal ibadat dekatkan diri kepada Alllah swt dengan lebih aman & khusyuk
  2. Adanya malam Lailatul Qadr – Malam yang mempunyai fadhilat & kelebihan yang amat besar, dimana ibadat pada malam tersebut menyamai ibadat beri’tikaf selama seribu bulan @ 83 tahun. Berzikir, bertasbih, berdoa, tilawah Al-Quran dan solat sunat sebanyak mungkin yang mampu. (peringatan untuk aku yang ‘dhaif’ ni).

Ya ALLAH berilah kekuatan &istiqamah untuk memenafaatkan malam-malam terakhir ramadhanMu & berilah hambaMU ini peluang untuk menjalankan ibadah puasa tuntutan MU ditahun depan. Amin..Amin..Amin.

SELAMAT BERAMAL SEMOGA   BERTEMU MALAM LAILATUL QADR.


Wasalam.


4 comments:

  1. Memang biasalah mcm tu di bulan puasa,
    semuanya blame ke bulan yg mulia ni,
    jadi saya terpaksa buat kerja lebihlah utk cover.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thomas,
      saya memohon maaf bagi pihak mereka, 'kesulitan amat dikesali' he..he..he. Saya juga nak minta maaf jika ada comments yg menyentuh rasa (trend kami kat office ni, sempena aidulfitri memohon maaf dengan semua tanpa mengira bangsa & agama)

      Delete
  2. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Odm,

      Tq kerna singgah, akan kunjungi Odm.

      Delete