N3 ni macam part 2-salam maal hijrahlah, sebab dalam N3 tu aku habaq nak sambung amalan sempena 10 Muharram juga dikenali 'Hari Asyura', sebagai berkongsi ilmu dan peringatan diri.
Sejarah Hari Asyura
Berasal dari perkataan arab 'asyara' bermaksud sepuluh dalam bulan Muharram juga bermaksud hari kemenangan/kegembiraan berdasarkan kejayaan menegakkan keadilan & kebenaran.
Hari Asyura (10 Muharram) menyaksikan banyak sejarah & keajaiban (kemuliaan) berlaku keatas para nabi dan menyebabkan kita menghormati hari tersebut. Antara kejadian besar yang berlaku pada 10 Muharram antaranya :
- Allah menerima taubat nabi Adam a.s
- Allah menaikkan darjat nabi Idris a.s
- Hari berlabuhnya kapal nabi Nuh a.s
- Hari kelahiran nabi Ibrahim a.s & diangkat sebagai 'kholillah' juga selamat dari api
- Allah menerima taubat nabi Daud a.s
- Allah mengangkat nabi Isa a.s ke langit
- Allah menyelamatkan nabi Musa a.s
- Allah menenggelamkan Firaun.
- Allah mengeluarkan nabi Yunus a.s dari perut ikan
- Allah mengembalikan kerajaan nabi Sulaiman a.s
Hari Asyura juga bermaksud sepuluh kemuliaan yang diberikan kepada umat Islam iaitu :-
- Bulan Rejab - kemuliaan kepada hambanya melebihi bulan lain
- Bulan Syaaban-kelebihan nabi Muhammad s.a.w atas semua nabi
- Bulan Ramadhan-kelebihan Allah keatas semua makhluk
- Lailatul Qadr -lebih baik dari seribu bulan
- Eidul Fitri-hari menerima ganjaran
- Hari sepuluh (1-10 Zulhijjah)-hari berzikir pada Allah
- Hari Arafah-yang berpuasa dapat menebus dosa 2 tahun
- Eidul Adha-hari korban
- Hari Jumaat-hari paling mulia antara hari-hari
- Hari Asyura - puasanya dapat menebus satu tahun dosa.
Amalan Hari Asyura (10 Muharram 1433 = 6 Dis 2011)
Doa hari Asyura
- Mandi sunat Asyura ("sahaja aku mandi sunat hari asyura kerana Allah taala")-Allah menjaga/menjauhi penyakit.
- Puasa sunat Asyura ("sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari asyura kerana Allah taala")
- Mengembirakan ahli keluarga- masa/belanja lebih dari biasa, Allah akan meluaskan rezeki sepanjang tahun.
- Saling mendoakan orang lain (hari Asyura hari yang mustajab berdoa)
- Memuliakan fakir miskin-memberi makan/pakaian (Allah menganda 70x disyurga)
- Menyapu & mengusap kepala anak yatim (mengembira & menziarahi mereka)-usapan dari belakang ke depan.
- Bersedekah- didahului kaum keluarga & orang islam, pahala diganda kepada 700
- Memelihara kehormatan/kebersihan diri-memakai bau2a,memotong kuku, memakai celak, menahan marah.
- Membersih/menghias rumah
- Membaca surah Al Ikhlas 1,000 kali (selepas solat subuh hingga terbenam matahari )-Allah akan memandang dgn belas kasihan
- Solat sunat 4 rokaat (sahaja aku sembahyang sunat hari asyura 4 rokaat kerana Allah taala). nota : rokaat 1&2, selepas Al-fatihah baca Al-ikhlas 11x.
- Menjamu orang berbuka puasa
- Menyambung silatulrahim -ziarahi ibubapa, kaum keluarga, orang alim, orang sakit & mengiringi jenazah ke kubur.
- Berzikir & solat-solat sunat-bermula malam Asyura (malam 5 Dis-6 Dis 2011)
Untuk lebih lanjut/sahih rujuklah mereka-mereka yang lebih berpengetahuan, ni hanya pengetahuan cetek saya.
SELAMAT BERAMAL
Wasalam
ps : masa zaman kanak-kanak dulu, paling seronok pi masjid/surau kacau 'bubur asura' (bukan kacau tapi mengacau/menganggu), kikis tempurung kelapa sampai botak utk isi bubur asura. Itu masa kanak-kanak, dah jdi mak budak ni lainlah pulak pengisiannya huk..huk..huk
terima kasih... Sama2 la kite amalkan...
ReplyDeleteain, yelah buat mana yang boleh dgn ikhlas moga dterima Allah, sbgai bekalan d akhirat kelak..
ReplyDeleteEsok tu ain.
Perkongsian yang baik, semoga telah membawa manafaat kepada ramai.
ReplyDelete:-)
WAh...terima kasih mengingatkan kembali sejarah yang commonly orang selalu lupa
ReplyDelete