Wednesday, December 28, 2011

Perbuatan Kurafat di Bulan Safar

Tat sat  tengok kalendar, kalau tengok kalendar tu nak cuti lagi lah!  Anak aku sms 'mak jgn lupa cuti  29 hb nak pi beli buku kat sekolah' . Tenong kalendar..... hai dah 2 Safar 1433 (27 Dis 2011) -masa berlalu pantas. Safar mengingatkan aku amalan kurafat dolu-dolu.


Bulan kedua dalam kalendar islam, Safar ertinya sifar/kosong. Dinamakan Safar kerana bulan ini orang arab jahiliah dahulu meninggalkan rumah mereka untuk berperang dan menuntut pembalasan keatas musuh-musuh mereka setelah bebas dari bulan-bulan diharamkan berperang.


N3 ni aku saja nak imbas kenangan masa kecik dolu-dolu dmana bulan ini umat islam banyak melakukan perkara bida'ah & kurafat akibat dari kejahilan masyarakat islam terdahulu. Amalan & kepercayaan turun temurun bahawa bulan Safar adalah bulan turunnya bencana & malapetaka. Paling aku ingat ialah pesta Mandi Safar beramai-ramai d sungai/laut. Masa tu aku masih kecik lagi, bab mandi sungai/laut ni sungguh menyeronokkan, xde lah aku niat nak tolak bala ke hape. Kepercayaan bahawa mandi beramai-ramai ni akan menghapuskan dosa & menolak bala kerana kepercayaan bahawa bulan Safar, Allah menurunkan kemarahan dan hukuman kepada dunia khusus pada hari rabu terakhir bulan Safar.

Bulan ini juga tidak dibenarkan diadakan kenduri kahwin kerana dikhuatiri jodoh xpanjang & xde zuriat, manakala bayi yang lahir dibulan Safar dikatakan bernasib malang & perlu dibuang dengan upacara tertentu, mengadakan kenduri tolak bala dan korban pada 27 Safar dan pelbagai lagi perbuatan kurafat.

 Amalan kurafat/karut ditegah oleh syarak & tiada manafaat malah boleh merosakkan akidah/iman. Kerosakan imam akan menyebabkan amalan kita tidak akan diterima oleh Allah swt.

Daripada Abdulah ibnu Umar ra-sabda Rasulullah saw. "Barangsiapa yang menanguhkan hajat kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka ia telah berbuat syirik"

Bencana, kerosakan dan kemalangan tidak berlaku dalam bulan Safar saja dan kepercayaan ini bertentangan dengan firman Alllah swt:-

surah Al-taubah ayat 51 bermaksud :
katakan (wahai Muhammad) : "sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada (dengan kepercayaan itu)  Allah  orang-orang yang beriman bertawakal"

surah At Taghaabun ayat 11 bermaksud :
"Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah: Barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

juga sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Bukhari, bermaksud :
" Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa". 

Alhamdullilah, selari dengan kemajuan mungkin, dan pengetahuan mengenai  agama islam telah meningkat, perkara-perkara kurafat bulan Safar ni dah xde. Bagi generasi yang dilahirkan pada 80-an mungkin tidak langsung mengetahui akan perbuatan kurafat ini.

Sebagai umat islam jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan bagi menentukan setiap perbuatan mengikut syarak atau sebaliknya.

 
Wasalam

lani aku tengok trend depa dok tunggu 25 & 26 Dis nak jdi bencana apa, ni kurafat zaman ICT pulak kot! Astagfirullah - Istighfar banyak-banyak,

 

6 comments:

  1. panduan untuk kehidupan kiter kak

    ReplyDelete
  2. salam kak..sy tak brape tau pasal amaln khurafat ni dolu2...baca n3 akak baru tau..terus pk bulan ape sy kawin ekk?? bulan ape anak2 sy lahir ekk?? kikiki..tq kak for info..
    tapi apepun kita berpandukan al-quran & sunnah...

    ReplyDelete
  3. AP,
    jangan jadi orang dulu-dulu, apa saja perbuatan ikut 'membabi buta' xkaji dulu kenapa&mengapa sesuatu perkara perlu/xperlu buat.

    SN,
    org dulu kalau nak tetap tarikh kawin dll mesti tengok kalender, matchkan tarikh lahir mempelai dll yg karut marut. Jadikan sempadan Pah, setiap perbuatan utk cari redha Allah bukan murka Allah.

    ReplyDelete
  4. itulah kak..orang sekarang ni pulak..kalau kiter bantah..diorang kata adat kena jaga..padahal adat tak ikut sunnah pun...

    ReplyDelete
  5. Sama kot dgn pesta puja pantai yg di buat dulu2.

    ReplyDelete
  6. Apik,
    tulah saya dulu kalau d suruh buat sesuatu, saya akan tanya 'ni ikut hukum ke, ikut adat? Kalau ikut adat, abaikan'...

    Thomas,
    Memang samalah dgn puja pantai tu, masa saya buat N3 ni saya tercari-cari 'term' lain bagi mandi safar ni, xteringat langsung. TQ Thomas.

    ReplyDelete