Wednesday, December 14, 2011

Sembah Tahniah

N3 ni  nak ucap tahniah atas perlantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sebagai Yang DiPertuan Agong ke XIV, selama 5 tahun bermula 13 Disember 2011- 2016.


Aku bukan anak negeri baginda sultan tapi aku berpegang pada pepatah "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung", maka aku menjunjung kasih dan mengucapkan tahniah kepada baginda. Semoga baginda sentiasa di dalam lindungan Allah SWT. dan dapat memerintah dengan penuh bijaksana,  berdaulat dan aman.
 


Ini merupakan kali kedua baginda dilantik menjadi YDP Agong, kali pertama pada tahun 1970-1975 (YDP Agong V), masa tu permaisuri  tuanku ialah Sultanah Bahiyyah.

Aku kecik lagi, tapi aku rasa dalam banyak-banyak sultanah/raja perempuan yang jadi permaisuri pada masa tu, Sultanah Kedah nilah paling 'cun' dan berpendidikan tinggi (kalau tak silaplah). Alfatihah... buat Almarhummah baginda Sultanah Bahiyyah.


Terima kasih, Tuanku.
 
Kepada baginda sultan  Tuanku Mizan Zainal Abidin, sekelian rakyat mengucapkan terima kasih atas keperhatinan dan kebijaksanaan tuanku  menangani pelbagai masalah  rakyat & pemimpin sepanjang pemerintahan tuanku.
 
Paling aku ingat (juga seluruh rakyat)  ialah titah pekenan  tuanku kepada perhimpunan Bersih 2.

Seluruh rakyat mendoakan agar baginda berdua dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera kembali ke singgahsana tuanku, Amin.
  
Menjunjung Kasih Tuanku!
 
DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU.. 

Wasallam
  

3 comments:

  1. amiin pada semua doa-doa..

    hehe..yg confirm baton tak akan sampai kat *cheqna*,

    ;-)

    ReplyDelete
  2. Cheqna,
    kalau nak baton tu, cheqna boleh lagi tau, dikabarkan sultan kelantan sedang mencari permaisurinya bagi menduduki kerusi agong tu next 5 yrs. bolehlah buat permohonan he..he..he

    Apik,
    Sultan adil sultan dijunjung he..he.. macam crita dolu-dolu

    ReplyDelete