Sunday, March 27, 2011

Pentingkah dara/teruna pada anda?

Ini rentetan dari kotak helomelo saya, sue tanya penting ke ada dara/teruna pada anda. Mengikut fahaman saya sue maksudkan jika nak kahwin penting ke pasangan kita itu masih dara atau teruna, kalau itu maksudnya saya ada satu cerita nak dikongsikan berkenaan seseorang,  dia berkahwin hasil dari 'matchmade', jadi dia tidak kenal pasangan nya. Dia menerima untuk berkahwin dan dia tidak mengambil tahu pasal masa silam pasangannya kerana padanya masa silam adalah 'past tense' yang telah jadi sejarah, apa yang penting 'present tense' & 'future tense' yang akan dilalui bersama. Maka berkahwinlah pasangan ini,  malam pertama dilalui, beberapa lama melalui hidup berumahtangga, suatu hari dia ditanya suami adakan dia masih ada dara semasa berkahwin & dgn pasti dia menjawab YA (sebab ia pasti pasal dirinya).

Si is3 ini tidak pernah fikir akan penting status dara ni pada suaminya (sebab pada dia masa lalu adalah sejarah). Nak jadi crita malam pertama mereka, cadarnya berwarna 'merah hati' maka tiadalah kelihatan tompokan. Itu sebab orang tua-tua dulu akan alaskan cadar dengan kain putih bagi memastikan malam pertama barulah 'pecah dara si gadis' (akan ada tompokan darah diatas cadar tu). Tidak adil juga untuk kita menilai 'dara' is3 tapi 'teruna' suami macam mana nak tahu?.

Masa berlalu, si suami kerap bertanya hal yang sama. Sikap prejudis suami membuatkan si is3 tidak selesa. Menyesal juga si is3 kerana tidak menunjukkan cadar 'mlm pertama' tersebut sblum di basuh dulu (kerana tidak terlintas akan si is3 pentingnya status dara ni). Akibatnya  keharmonian rumahtangga mereka tergugat hingga kini dan membuat si is3 sering kecil hati, makan hati, jauh hati & macam-macam hatilah!.

Dari kisah tu, pada aku, berterus teranglah jika kita ada ketelanjuran masa silam, lebih baik xjadi kawin dari makan hati sepanjang tempoh perkahwinan. Dalam kes ni takde pun berlaku penipuan cuma si suami tu tak yakin sebab xtengok 'tompokan' kot. Atau mungkin sisuami ni xteruna kot so dia ingat is3nya pun dah tak..... (mungkin ia  teringat kata-kata ni 'perempuan yang baik utk lelaki yg baik, perempuan yang tak baik utk lelaki tak baik)

Dalam islampun, menganjurkan, kawinilah seorang wanita itu kerana kecantikan, kekayaan, keturunan dan agamanya, tiada pula cakap kerana 'dara' @ 'teruna'nya seseorang tu.


Apa pun dalam perkahwinan, nawaitu kena betul iaitu kerana Allah swt. , melepaskan nafsu kurniaNya mengikut lunas yang telah disyariatkan dan juga sunnah Rasulallah saw. disamping membanyakkan umat muhamad saw.

Terima seadanya jodoh kita yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Kebahagian bukan terletak pada kisah lalu tetapi bagaimana kita melayari bahtera perkahwinan tersebut . Kebahagian hakiki adalah milik Allah.

Semuga kita mendapat keberkatan didunia dan juga di akhirat. AMIN.

layan bualan tanpa suara ni.

Wasalam

5 comments:

  1. Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.

    Cuba kena atas batang hidung sendiri

    nak ke kita kepada seorang perempuan yang senang saje memberikan kesucian dirinya kepada lelaki lain

    lebih teruk sekali maruah diri seorang perempuan islam telah di ambil oleh lelaki yang bukan Islam contohnya orang india atau cina

    dimanakah perempuan itu letak maruah dirinya sebagai islam dan lalu memberikan kepada orang bukan islam kerana ditipu dengan janji tipu lelaki bukan islam. Ramai lelaki bukan islam mengatakan perempuan melayu are cheap so they try with janji manis and use old method skill “I will masuk islam”

    Gila x selepas perempuan melayu telah berikan maruah dan dara kepada orang bukan Islam, perempuan melayu tu in the end nak cari Lelaki Melayu yang beragama Islam

    Orang bukan Islam diletakkan tarafnya lebih tinggi daripada lelaki Islam oleh perempuan melayu tersebut kerana telah memberikan dara dan maruah yang tidak dapat dibeli oleh wang ringgit walaupun 1 billion ringgit

    Talk is cheap. To all Lelaki Islam, you nak x you bukan orang yang pertama, dan yang lagi gila tubuh badan dan aurat perempuan yang bakal jadi isteri telah di ratah oleh lelaki lain sebelum kamu.

    Maruah seorang perempuan perlu dijaga. Mesti ada sebab Allah jadikan seorang perempuan itu dilahirkan DARA

    ReplyDelete
  2. nasihat 21,
    mohon maaf kalau N3 tu membuat anda tidak selesa. Maksud saya jika kita telah suka & bersedia utk berkahwin, perlu terima pasangan seadanya. tak perlu ungkit masa lalu. Kalau dah tahu wanita yg bakal kita kahwini dah tiada dara & tak boleh terima xperlulah diteruskan pkahwinan itu. Bimbang menjadi ungkitan sepanjang perkahwinan tersebut maka hilanglah ungkapan 'rumahku syurgaku'

    Kes wanita islam ternoda oleh bangsa lain (skrang ni bukan cina, india je bangla & indon pun dah banyak meratah budak melayu) tu adalah masalah sosial yang makin parah.Semoga Allah melindungi & kuatkan iman anak-anak saya. Amin

    ReplyDelete
  3. sy stuju 100% dgn Cheqno

    ReplyDelete
  4. Tapi apa yg buatkan perempuan berhsai sangat sampai tak nak creta itu dah kire penipuan dan scammm sebab bila samapi masa malam pertama …. Tak ee pun

    ReplyDelete