Monday, March 14, 2011

Tsunami - dugaan atau bala

Sepanjang tahun ni banyak betul gempa bumi berlaku. Khamis atau Jumaat lepas kita dikejutkan dengan bencana tsunami 8.9 pada skala Richter di Jepun (tak ingat sebab masa tu aku demam, x ambil kesah pasal donia).

Tsunami diturunkan di negera paling canggih teknologinya. Tetapi kekuasaan Allah tiada tandingan. Kita dipertontonkan bagaimana kereta, rumah-rumah dihanyutkan nampak saperti kotak-kotak kasut yang hanyut dalam sungai lepas hujan je! Melihat kepada paparan tersebut, rasa betapa kerdilnya kita manusia, bersyukur rasanya tidak dilahirkan di negara tersebut. Mengingatkan aku akan keESAan Allah S.W.T dan menginsafkan diri kerana kurang bersyukur dengan nikmat yang telah diberi Allah kepada aku ni!

Simpati teramat sangat kepada penduduk Jepun yang diuji musibah dengan begitu teruk, salam takziah buat mereka. Rakyat Jepun memang terkenal dengan jiwanya yang kental, sebagaimana mereka boleh bangkit selepas perang dunia ke2 dulu mereka akan bangkit juga nanti. Suatu yang dapat dilihat rakyat Jepun seolah-olah sudah bersedia menghadapi bencana ini kerana tidak pula kita dipaparkan mayat-mayat bergelimpangan sebagaimana tsunami dulu.


Apa tangkapan bila tengok kartun ni


Tetapi aku terkilan jugalah kita rakyat malaysia ni yang kononnya terkenal lemah lembut berjiwa halus tiba-tiba dalam sebuah akbar harian tempatan keluar pulak kartun yang kononnye kelakar. Bila tengok aku berkata dihati, "kelakar ke atas musibah orang lain". Tengok ni

Hari ni keluar pulak kenyataan yang aku rasa tak elok nak dengar pulak, macam menyalahkan kerajaan Jepun kerana tak guna teknologi hijau, ape kaitan, pening juga aku, pada aku Jepun adalah negara canggih manggih teknologinya. Tonton ni.




Tapi bila baca kenyataan akhbar ni, sejuk hati

Salam takziah dan simpati kepada warga Jepun

Menginsafi akan bencana gempa bumi dan
tsunami yang melanda negara Jepun beberapa hari yang lalu, saya mewakili warga kepimpinan dan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Tsunami yang diberitakan antara yang terburuk dalam sejarah Jepun jelas merentap sanubari.
 

Walaupun begitu, kita seharusnya mencontohi masyarakat Jepun yang begitu berdisiplin meskipun ketika berhadapan dengan malapetaka besar. Tahap kesabaran mereka juga sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh masyarakat dunia. Kedua-dua ciri penting ini pastinya membolehkan mereka bangkit dengan cepat bagi membina semula bandar yang musnah teruk. Apatah lagi dengan kegigihan dan kesungguhan mereka mengenalpasti kaedah dan strategi serta penyebaran maklumat cepat dan tepat kepada seluruh rakyat, pasti akan membantu.

Nyata sekali insiden ini mengundang kesedihan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai. KEADILAN mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada mereka yang terlibat. Semoga Kerajaan Jepun cepat menyusun pembangunan semula infrastruktur yang terkesan akibat bencana ini.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya"

Apapun, semuanya langit dan bumi serta isikandungan adalah milik Allah, semua ditentukan olehNYA. Semua yang tersurat ada yang tersirat, tiada kita mengetahui. Sebagai hambaNYA, jauhi laranganNYA dan laksanakan tuntutanNYA. Semoga kita dijauhi dari kemurkaanNYA dan diberi musibah yang tak tertanggung oleh kita.
"ya Allah, ampunilah kami, hambaMU yang leka dengan nikmatMu hingga tersasar untuk mensyukuri nikmatMU"

No comments:

Post a Comment